﷽
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Masa jalan tu I came upon this temple called Tokong Hoi Chee Tzee Thai Pak Koong. I decided to enter the temple sebab lokasinya betul-betul di tepi Sungai Anak Bukit so naturally I thought the view by the riverside surely lah cantik. Kebetulan a temple elder was walking in so saya minta la kebenaran nak masuk ke dalam. Dia ok je. Malah mempersilakan saya masuk.
Saya teringat semalamnya dari Open Deck Menara Alor Setar ada saya ternampak tokong ini. This is the photo of the temple seen from Alor Setar Tower.
Tokong ini sudah berusia lebih dari 150 tahun It was established since 1862 and is one of the oldest temple in Kedah.
Memang cantik pemandangan Sungai Anak Bukit dari tepi tokong ini. Boleh nampak Masjid Zahir dan Menara Alor Setar.
Cantik pokok-pokok kelapa tu and their reflections.
Zooming in at Masjid Zahir dan Menara Alor Setar.
Sambung lagi jalan. Now di Jalan Tunku Yaakub.
Pekan Cina terletak di Persisiran Tanjung Chali, Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit.
Pemandangan Pekan Cina dari Menara Alor Setar.
Dikatakan pekan ini sudah ujud sejak awal tahun 1920an di mana bangunan shoplot 2 tingkat dibina sebagai bangunan perniagaan borong dan lain-lain perniagaan.
Pembinaan bangunan-bangunan ini juga dianggap sebagai antara bangunan yang paling awal dibina di Alor Setar dan merupakan permulaan pembangunan bandar ini.
Beautiful wooden door and windows. Mungkin yang asal.
Dahulu kawasan ini adalah lokasi pelabuhan utama dan pusat perdagangan di Kedah.
Ia juga merupakan tempat perniagaan orang Melayu yang dimulai oleh Tunku Yaacob Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah iaitu Putera ke-18 baginda Sultan Kedah. Mungkin sebab itu jalan di sini diberi nama Jalan Tunku Yaakub.
Tunku Yaacob juga adalah individu bertanggungjawab mengasaskan pasar mingguan yang melahirkan peniaga kecil Melayu, di Pekan Cina dan Pekan Melayu yang suatu ketika dahulu terletak di Tanjung Chali yang terletak di persinggahan antara Jalan Pekan China dan Jalan Pengkalan Kapal.
Sumber: www.bharian.com.my
Sebilangan besar bangunan di kawasan ini berasal dari awal abad ke-19 dan mempunyai perincian seni bina yang sinonim dengan zaman itu.
Jom tengok apa ada di hujung lorong ini.
Pekan Cina dahulu adalah pelabuhan bagi persinggahan kapal yang keluar masuk dari luar dan dalam negeri melalui Sungai Kedah, Sungai Anak Bukit dan Sungai Raja.
Ini lokasi Pekan Cina, Sungai Kedah, Sungai Anak Bukit dan Sungai Raja.
Mural 'Tukang Beca' ini was based on this old photo yang ada dipamerkan di Muzium Dunia Melayu Dunia Islam Melaka.
Rancangannya nak naik Menara Tanjung Chali ni dan ambil gambar Sungai Anak Bukit bertemu dengan Sungai Kedah di situ tapi tutup pulak due to renovations.
Ada pokok-pokok besar di tepi Sungai Kedah yang dihiasi dengan lampu-lampu tanglong.
Cantik riverfront di sini. Although I can see some of the parts are in dire need of repairs.
Ini Pintu Gerbang Muhibbah.
Kata-kata ‘Pekan Cina’ dan ‘Pekan Melayu’ terpampang pada gerbang ini di seberang Persiaran Sultan Abdul Halim. Kedua-dua pekan ini sudah ujud di sini lebih dari 150 tahun.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
Gambat 2nd last tu cantik
ReplyDeletenice perspective..
world best heritage building tu cafe ke hotel ?
terrace 48 tu apa? nama jalan ?
en syed yang noticed yang mural tukang beca tu sama dengan gambar dekat muzium MDMDI tu ? hebat ingatan en syed aaa
Yes, sudut yg nice. Tambah lagi dgn old shop houses di kiri dan kanan jalan.
DeleteIt is a trendy cafe.
Terrace 48 is a western restaurant and pub.
Thanks doc. First time saya tgk the actual foto di muzium tu it left quite an impression on me. It was such a good photo in that it illustrate an aspect of life of the people at that era. I really like that photo. Tu yg teringat tu.