Monday, September 21, 2020

ALOR SETAR - MORNING WALK - PASAR KAMPUNG BERJAYA - DAY 02 - PART 01



Masa saya nak mula tulis blog entry ini, this just happened.



Ok, sambung lagi cerita cuti kami di Alor Setar pada hari kedua pula.

Good morning Alor Setar.



Check cuaca Alor Setar. Scattered thunderstorms 😦.

Turun ke bawah for breakfast. Sambil tu ambil gambar sekeliling hotel. 

Boleh nampak Sungai Anak Bukit.

Dari sudut ini pula.

Nampaknya ada kampung di hujung sana tu. Mungkin saya boleh jalan-jalan ke sana pagi ini.


Dari Royale Signature Hotel ini juga boleh nampak Gunung Keriang.


Kami sarapan di restoran hotel ni sahaja. Tak sempat nak pergi cari di luar sebab my wife ada meeting pagi ni.


Tiada buffet breakfast di hotel ini pada hari itu sebab PKP. Cuma ada disediakan table for tea/coffee etc.

Sarapan pula boleh dipesan dari beberapa breakfast sets yang disediakan. Jadi kami memilih English Breakfast dan mee hoon goreng. Alhamdulillah. 

Pada pagi hari kedua kami di Alor Setar saya merancang untuk buat morning walk di sekitar bandar Alor Setar. Dah siap map out the routes. Tapi as with all my other morning walks ada kalanya termelencong la jugak ke tempat-tempat lain 😄. But it's good to have a plan. Oh ya, since my wife ada meeting pagi itu (the actual reason kami ke Alor Setar ini), maka saya pun morning walk seorang diri lah. 

Bismillah. Jom kita mulakan Alor Setar Morning Walk. Saya mulakan dengan melalui Jalan Lumpur. 

Pelannya nak ke Rumah Merdeka yang terletak di Jalan Putra. Kalau ikut peta google walk it'll take about 9 minutes walk dengan jarak 700 meter. 700 meter in 9 minutes? Kalau saya jogging pun for sure akan ambil masa lebih dari itu.. hehe.

Tadi dari hotel ada saya ternampak sebuah kampung berhampiran. Nampaknya menarik. So saya pun cari la kampung tu since lokasinya tak jauh dari hotel dan on the way ke Rumah Merdeka.

Berhati-hati la juga saya masuk kampung orang. Suasana nyaman dan sunyi mungkin sebab masih awal lagi masa tu. Kelihatan cuma beberapa ekor ayam serama hitam.   

Nama kampung ini ialah Kampung Lubok Peringgi.

Seronok juga rasanya jalan-jalan di kawasan kampung. 

Dari Jalan Lumpur tadi, belok je di satu selekoh dah boleh masuk kampung ini, yang lokasinya cuma 900 meter sahaja dari Aman Central shopping mall dan Menara Alor Setar. Jadi kampung ini actually berada dalam Bandaraya Alor Setar. 



Ada juga nampaknya beberapa buah rumah yang sudah tidak diduduki.


Terfikir juga masa tu kalau la ada terjumpa seorang dua penduduk di sini boleh juga saya bertanya a thing or two about this kampung.



Masa jalan-jalan di sini tercari-cari juga saya kot ada contoh rumah tradisional Melayu Kedah. Perhaps this house is the closest one I could find of such house in this kampung.

Lovely flowers.



So ok, jalan-jalan di kampung tadi (yang tak ada in my morning walk plans) adalah salah satu contoh 'termelencong' yang saya katakan earlier 😄. 

Sambung semula dengan morning walk. Dari Jalan Lumpur saya ke Jalan Putra. 

Kemudian saya menuju ke arah kanan dan dah nampak signboard Rumah Merdeka. Bangunan putih tu ialah Hotel Royale yang nampaknya sudah ditutup. 

Tapi sebelum saya menyeberang Jalan Putra ini untuk ke Rumah Merdeka, saya ternampak ada jambatan. Jadi saya ke sana dulu. Saya fikir tentu cantik ambil gambar Sungai Kedah dari jambatan tu. 

Tak tahu saya apa nama jambatan ni jadi saya refer saja sebagai Jambatan Jalan Putra. 

Jambatan Jalan Putra ini merentasi Sungai Kedah. As it turned out, lepas saya check, ini adalah Sungai Anak Bukit 😄. 

Ada beberapa jambatan lain selain Jambatan Jalan Putra ❶ yang merentangi Sungai Anak Bukit di Alor Setar ni seperti di Jalan Tambang Badak ❷ dan Sultanah Bahiyah Highway ❸ di utara Jambatan Jalan Putra ini dan di Persiaran Sultan Abdul Hamid ❹ dan Jalan Raja ❺ di selatan.

Pemandangan Sungai Anak Bukit dari Jambatan Jalan Putra arah ke utara.

Pemandangan Sungai Anak Bukit dari Jambatan Jalan Putra arah ke selatan.

Cantik! Eh, ada jeti di tebing kanan tu. Jom ke sana. Fyi, Rumah Merdeka di tebing kiri. Termelencong lagi saya.. hehe.

Berjalan ke jeti.

Alhamdulillah, cuaca elok masa tu. Dapat la capture blue sky.





Dah sampai di seberang sungai. Ini kawasan Kampung Telok Yan. 

Jambatan Jalan Putra.

Can't help but feel like this beautiful waterfront is abandoned.  Seperti tidak dijaga. Tumbuhan menjalar tumbuh meliar dan sampah sarap dan puntung rokok di sana sini. 

Jeti ini pun cantik juga cuma tiada la saya nampak sebarang bot di sini. Mungkin ia sudah lama tidak berfungsi sebagai jeti. Or may be I was there at the wrong time. 


And there are no safety railings. Melihat pada lubang-lubang pada tiang-tiang kecil di jeti ini nampaknya macam dulu pernah ada railings dipasang. Entah ke mana dah batang-batang besi tu.   

Pemandangan Jambatan Jalan Putra dan Menara Alor Setar dari jeti ini.  Dari sini juga boleh nampak hotel penginapan kami, Royale Signature Hotel. 



Dari jeti tepi Sungai Anak Bukit ni saya ternampak sebuah pasar. Besar juga pasar tu. So I decided to go and have a quick peek. Laaa... so bila nak Rumah Merdeka? Asyik termelencong ja..😆.

Pasar ni namanya Pasar Kampung Berjaya. Let's explore.
Note: ada saya cuba cari MySejahtera code untuk saya scan tapi tak jumpa.  

Fyi, saya dah sejak dari dulu lagi, masa mula-mula suka fotografi ni, memang suka ambil gambar di tempat-tempat seperti pasar. Best ambil gambar dalam pasar! 😄.

Peniaga-peniaga di sini nampaknya tak kisah saya ambil gambar mereka. Lega. Mungkin mereka tengah sibuk mengurus perniagaan dan tak de masa nak kisahkan saya yang sedang menyibuk ambil gambar.. hehe 😄. 

Nampak tak kucing tu? Dekatnya dia duduk 😍.

Kedai Ayam Joe.

Sambil jalan-jalan tu, sambil berjaga-jaga penjarakan fizikal. 

At the vegetables section.




Penjual santan. Menarik ni. Let's have a closer look shall we.

Mesin pemerah digunakan untuk memerah santan. Rasanya ini mesin pemerah santan hydraulic

Isi kelapa dimasukkan ke dalam beg kain kuning tu dan kemudian diperah di bawah presser dan santan mengalir masuk ke dalam jug. 

Kemudian santan ditimbang dan dijual ikut berat. 


Di bahagian luar pasar ini juga meriah. Ada pasar pagi rupanya. Ke memang tiap hari macam ni?




Fruits section.




Bahagian tangkapan laut.




Menurut peniaga ini hasil tangkapan laut yang dijual di pasar ini adalah dari Kuala Kedah. Masa sembang tu saya bertanya habis ke semua dijual seafood yang banyak ni? Dia kata habis malah kadang-kadang tak cukup kerana selain dibeli oleh individu seperti suri rumahtangga, bulk of the seafood dibeli oleh restoran dan hotel. Alhamdulillah.


Very fresh.




Before leaving the market, saya buat satu round di bahagian luar tengok apa yang dijual.















Dan tentunya mesti la ada durian 😄. 



Bersambung..

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. hehehheheheee..
    banyaknya lencongan..

    besi-besi tu ?
    pastinya dah dijual oleh mat pit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... morning walk meredah doc, gitu le. Actually agak meletihkan bila lencong sana sini. Plan jarak this much, lepas lecong jadi that muuuuccchhhh... Letih pak cik.. hehe.

      I suspected that too.

      Delete