Friday, September 25, 2020

ALOR SETAR - MORNING WALK - JEJAK DIRAJA - DAY 02 - PART 03



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Masih lagi dengan cerita 'Alor Setar Morning Walk' pada hari kedua kami di Alor Setar. Morning walk ni saya seorang sahaja kerana wife ada meeting. 

Selepas lawat Rumah Merdeka, saya sambung jalan kaki menuju ke Medan Bandar. Di situ saya akan melakukan 'Jejak Diraja' or 'Royal Trail'. 

Tiba di persimpangan Jalan Putra dan Darul Aman Highway.

Fyi, tiada zebra crossing di sini. May be because it is a 'highway'. Pandai-pandai la nak menyeberang 😅.

Dua menara ikonik di Alor Setar: Balai Nobat (kanan) dan Menara Jam Besar.


Semoga tidaklah hujan. Mendung berat dah nampaknya tu. But it was nice though, sebab redup 😃.

Across the road adalah bangunan Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Jom cross.

Dibina pada 1922, asalnya bangunan ini dibina sebagai Mahkamah Tinggi sehingga 2005 sebelum dijadikan galeri pada 2007. Ia dibina oleh British dengan penglibatan oleh DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah sendiri. 

Galeri ini mempamerkan sejarah dan artifak Sultan Kedah Abdul Abdul Halim ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Saya ingat nak la masuk ke dalam tapi nampaknya tutup. Confirm tutup bila saya tanya security guard yang ada di situ sebab sedang dibaikpulih. 

Bangunan ini dibina dengan reka bentuk bercirikan seni bina Roman. 

Ada info tentang galeri ini. 


Landmark seterusnya ialah Balai Nobat. Lokasinya betul-betul depan Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. 

Balai Nobat dibina ketika menjelangnya pembukaan Bandar Alor Setar pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II, Sultan Kedah ke-19 (1710-1778), bersama beberapa bangunan lain termasuklah Istana Kota Setar, Balai Besar dan Masjid Negeri.

Pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-23 (1854-1879), Balai Nobat yang baharu setinggi lima tingkat telah dibina. Seluruh bangunan ini dibina daripada kayu dan beratapkan zink.

Balai Nobat ini kemudiannya telah diberikan oleh baginda kepada sebuah madrasah. Kini Balai Nobat lama ini telah menjadi sebahagian daripada Madrasah Tok Janggut yang terletak di Langgar, Kota Setar, Kedah. 

Dahulu antara fungsi Balai Nobat ini adalah sebagai tempat untuk mengumumkan kedatangan Sultan atau wakilnya dan ketika ada keputusan kerajaan yang penting telah dibuat. Kini ia berfungsi sebagai menara di mana azan dilaungkan dan sebuah beduk diletakkan di lantai bawah menara ini.

Alat permainan musik Nobat pernah disimpan di balai ini. Mengikut sejarah, alat-alat musik ini dihadiahkan oleh Sultan Melaka iaitu Sultan Mahmud kepada Sultan Kedah. Pada masa itu, Kedah di bawah naungan Sultan Melaka yang memerintah seluruh negeri di semenanjung Tanah Melayu.

Pada zaman Pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-25 (1881-1943), bangunan Balai Nobat baharu telah dibina. Ia diperbuat daripada batu dan logam. Ia mempunyai tiga tingkat dan kubah yang terletak di kemuncaknya mencerminkan unsur keIslaman seperti pada binaan masjid. Bangunan baru ini siap dibina pada tahun 1906.

Pada hari ini, Balai Nobat Kedah dijadikan tempat menyimpan alat-alat muzik Nobat Diraja. 
Nobat ialah alat permainan muzik atau orkestra Diraja yang mengandungi satu Gendang, satu Nafiri, dua Gendang Nobat (Gendang Ibu dan Gendang Anak), satu Serunai dan satu Gong. Nobat DiRaja Negeri Kedah adalah yang tertua di negara ini dan dimainkan di istiadat-istiadat rasmi sejak turun temurun seperti Istiadat Pertabalan Diraja, Istiadat Perkahwinan Diraja, Istiadat Permakaman Diraja dan sebagainya. Pemain-pemain Nobat dipilih mengikut keturunan. Nobat hanya dimainkan apabila diperintahkan oleh Baginda Sultan dan untuk Istiadat tertentu sahaja.
Sumber: www.kedah.gov.my/nobat-diraja

Nobat adalah salah satu cabang seni muzik tradisi yang terdapat di Malaysia. Terdapat empat buah negeri di Malaysia yang mempunyai kumpulan alat muzik Nobat iaitu Kedah, Perak, Terengganu dan Selangor. Nobat negeri Kedah dikatakan sebagai yang tertua dan mula diperkenalkan di Kedah pada zaman pemerintahan Sultan Ataullah Muhammad Shah I iaitu pada tahun 1118 Masihi. Nobat merupakan orkestra Diraja bagi Majlis adat istiadat istana seperti istiadat pertabalan, perkahwinan, menjunjung duli, berkhatan, kemangkatan dan sebagainya.
Sumber: pengurusan.istananegara.gov.my

Seni muzik Nobat begitu unik kerana ianya hanya dimainkan khas untuk kaum kerabat diraja semasa upacara-upacara rasmi. 

Pada asalnya Balai Nobat dibina dengan kayu. Later dibina semula menggunakan batu dan besi oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.


I can smell the rain already la masa ni... that earthy, musky generally pleasant smell.. bersiap sedialah nak lari cari teduh kejap lagi 😅. 


Info tentang Balai Nobat. 

Info ringkas tentang Balai Nobat. 

Balai Nobat dan Menara Alor Setar.

Di sebelah Balai Nobat pula ialah replika pintu gerbang Istana Kota Tengah. 




Seperti yang dijangka, tetiba hujan pun turun dengan lebatnya. Maka dapat la saya berteduh di bawah gerbang ini 😀. Tak lama, ada la dalam 15 minit terperangkap.




Ada info tentang replika gerbang ini, unfortunately ianya dalam keadaan yang teruk. 

Replika Pintu Gerbang Istana Kota Tengah / The Archway replica of Istana Kota Tengah.

Anyway, saya pun cari la the info di internet. Please read caption below.
“Pintu gerbang ini asalnya terletak di hadapan Istana Kota Tengah, Bandar Alor Star yang merupakan salah sebuah istana Almarhum DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-26 (1882-1943). Istana ini pernah dikunjungi oleh King Chulalongkorn dari Thailand pada 13 Mei 1890.

Di atas tapak istana ini kemudiannya telah dibina Wisma Negeri (1973) menyebabkan pintu gerbang yang asal itu terpaksa dirobohkan. Pada  tahun 2008, pintu gerbang itu telah dibina semula sebagaimana bentuk asalnya. Pada setiap sudut pintu gerbang ini mengandungi pelbagai ukiran dan lukisan melambangkan maksud-maksud tertentu hasil ciptaan tukang-tukang Melayu di zaman silam.”






Ok, jom teruskan lagi explorations walau pun langit dah gelap macam ni 😃.

Across Darul Aman Highway tu ialah satu lagi mercu tanda di sini iaitu Menara Jam Besar. 

Dahulunya jam di menara ini akan berbunyi setiap kali menjelang masuknya waktu solat. Kemudian diikuti paluan nobat dari Balai Nobat dan seterusnya azan akan dilaungkan dari Masjid Zahir.

Menara jam ini dibina pada tahun 1912 dahulu dan kini berusia lebih kurang 100 tahun.




Info tentang Bangunan Jam Besar, Alor Setar.


Di sini juga ada 'Frame of Alor Setar'. 

So let's frame the view lah 😊. Pemandangan Masjid Zahir.

Framing Balai Nobat and The Archway replica of Istana Kota Tengah.



Replika Pintu Gerbang Istana Kota Tengah, Balai Nobat dan Menara Alor Setar.

'ALOR SETAR' big sign. 

Menara Jam Besar dan Masjid Zahir.

Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Setar. 

Masjid Zahir merupakan mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, dengan ciri kubah hitam - satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil, yang melambangkan lima rukun Islam.

Masjid ini mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 3 tahun.


Tapak masjid ini pada asalnya ialah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah daripada serangan Siam (1821). 

Reka bentuk masjid ini diilhamkan daripada Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. 
Masjdi Zahir dan Masjid Azizi.

Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.

Bangunan bersejarah di Medan Bandar yang seterusnya adalah Balai Besar.  

Balai Besar merupakan sebuah balai besar yang dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II (1710 – 1778) pada tahun 1735 dan berfungsi untuk mengendalikan upacara rasmi raja-raja dan kerajaan. 

Dua orang Sultan Kedah yang pernah ditabalkan secara rasmi di Balai Besar ini ialah Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan Kedah ke-22 (1804-1845) pada tahun 1805 dan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Kedah ke-27 (1958-2017) pada 20 Februari 1959. 

Balai Besar Kedah dibina menggunakan kayu cengal emas dan ia merupakan bukti kehalusan dan kesenian pertukangan kayu Melayu. Balai Besar Kedah mempunyai ukiran berwarna keemasan dan cermin dari Cina pada bumbungnya. 

Balai Besar Kedah mempunyai sejumlah 42 tiang utama yang diperbuat daripada kayu keras yang masih kukuh sehingga hari ini. Balai ini dibina dengan menggunakan bahan kayu untuk tiang, atap dan lantai.

Info tentang Balai Besar / The Royal Hall.

Ambil gambar dari luar pagar sahaja.




Info tentang Balai Besar yang lebih lengkap.





Sambung jalan lagi. Dari tengah Medan Bandar ini, bila kita pusing clockwise bermula dengan Masjid Zahir at 9 o'clock, kita akan nampak (ikut sususan) Menara Jam Besar, Menara Alor Setar, Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Balai Nobat, Replika Pintu Gerbang Istana Kota Tengah, Balai Besar, Monumen Tanjak Emas dan Galeri Seni Negeri Kedah.

Monumen Tanjak Emas.



Berhampiran dengan Medan Bandar ini juga ada Muzium Diraja Kedah. 

Jom kita masuk kejap.

Maklumat tentang Muzium Diraja Kedah.



Sangat cantik istana lama ini selepas dibaikpulih.

Pamphlets tentang Muzium Diraja Kedah.



Ambil gambar adalah tidak dibenarkan di bahagian dalam muzium. Cuma boleh di ruang depan ini sahaja. 









Mitos asal usul Raja Kedah.


Salasilah Kesultanan Kedah.

Sejarah bangunan Muzium Diraja Kedah Darul Aman.










Singgahsana. 




Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment