Monday, July 27, 2020

CAMERON HIGHLANDS - DAY 01 - PART 04 - ORCHID & ROSE GARDEN PART 02






Ok, saya sambung dengan bahagian ke 2 cerita jalan-jalan kami di Orchid & Rose Garden (O&R Garden), Cameron Highlands. 

Sibuknya jalan sana jalan sini dalam taman ini.. 😄. I have to admit that I really enjoy the time spent at this beautiful garden. Like my wife said, datang ke garden ini mengingatkan dia pada lawatan kami ke Hamilton Gardens di New Zealand.


So many variety of roses, orchids and other flowers yang ada di garden ini. 
Kanan: Bengal rose. Kiri: Dahlia.


Kanan: Alpine rose (?). Kiri: Chinese ground orchid. 

Beautiful paintings of Cameron Highlands mountainous landscapes. 

Well manicured garden. Nice!

Falming katy melimpah keluar dari tempayan besar. Nice!

Beautiful flaming katy.

I really did explore this garden. Good times.. hehe.

Hortensia. 


I think the green shrubs are so beautiful. 


Nice nook.

Low's Paphiopedilum. Ia berasal dari Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Borneo, Jawa dan Sulawesi.



Saya suka lorong-lorong macam ni 😊.


So yellow.

Such tall flowers.

Putih dan suci.

Lavenders.


Macam-macam spesis orkid ada di sini. Siapa yang suka tanam orkid, memang harus ke sini.



Oppss... jangan letak mask bawah dagu ya. 

Garden ini luas dan well designed. Selesa jalan-jalan di sini. Suhu pun just nice sejuk sejuk nyaman. Oh... and we did not encounter any pesky insects. 




Pekat betul kaler orkid ni!

So vibrant.

Blue And White Daisybush. Such a beautiful flower. 

More orchids. 


Ada banyak sudut-sudut menarik untuk bergambar.




Peach angel's-trumpet. Beracun bunga ni. Jadi jangan didekati.


Anggerik Bulan.



Kanan: Hortensia. Kiri: Sevenbark.

Ehh... ada ladang kubis la. Tak sangka pulak di Orchid & Rose Garden kita boleh jalan-jalan di ladang kubis. Nice!

Jom tinjau ladang kubis pulak.

Sangat luas ladang sayur kubis ini.

Rows of cabbage. 

Tanaman sayur-sayuran utama di Cameron Highlands adalah Chinese cabbage, English cabbage dan tomato, yang popular di kalangan masyarakat di Malaysia. Hampir semua benih sayuran ini adalah diimport dari Jepun. 

Ketiga-tiga tanaman ini terutamanya terdapat di kawasan yang lebih tinggi di Cameron Highlands seperti di Kea Farm, Kuala Terla dan Blue Valley. Ketinggian terbaik untuk penanaman Chinese cabbage dan English cabbage adalah sekitar 1,500 meter (+ -300 meter).

Kubis adalah tanaman short-term cash crop yang dapat dituai dalam masa tiga bulan. Oleh itu Chinese cabbage dan English cabbage boleh dituai 4 kali setahun. 

Menuai dilakukan secara berperingkat. Sebaik sahaja penuaian dilakukan di kawasan kubis yang telah matang, petani mula menanam kubis baru di kawasan yang sama.

Dalam penanaman Chinese cabbage, yang ambil masa sekitar 90 hari dari penanaman di tapak semaian hingga penuaian, racun serangga dan racun kulat digunakan kira-kira tiga hari sekali. Ia juga sama untuk English cabbage.

Mengikut data 10 tahun lalu, secara purata rakyat Malaysia makan sekitar 35 kg kubis setiap tahun dan secara kolektif memakan sekitar 6,000 tan metrik kubis sebulan. 

Permintaan untuk kubis dataran tinggi sedikit meningkat semasa perayaan besar sementara tahap pengeluaran menurun dengan ketara pada musim tengkujuh.

Aspek penting dalam kalendar tanaman ladang kubis ialah Chinese cabbage mestilah ada untuk dituai sekitar Tahun Baru Cina kerana sayur ini sangat popular di kalangan masyarakat ketika itu, dan dengan itu boleh dijual dengan harga yang lebih menguntungkan.

Sebilangan besar permintaan sayur-sayuran ini adalah dari pembeli institusi seperti hotel, institusi pendidikan dan asrama. Namun, para petani di sini yang kebanyakannya menanam benih hibrid yang diimport dari Jepun, Taiwan dan Korea di ladang seluas 2 ekar yang mereka sewa, hanya dapat menghasilkan antara 4,000-5,000 metrik tan sebulan (data 2010).

Majoriti petani sayur-sayuran di sini adalah orang Cina, diikuti oleh orang India; dan sangat sedikit orang Melayu.





Selain kubis, antara tananam pertanian yang turut diusahakan oleh petani-petani di Cameron Highlands adalah seperti di bawah.


Panjang pulak kan cerita pasal kubis.. hehe. Jom sambung lagi jalan-jalan di garden ini. 


Masa di entrance tadi nampak macam kecil je garden ni. Tapi sebenarnya luas. Kalau penat atau saja nak sit and enjoy suasana di garden ini, boleh la relaks di benches yang disediakan untuk pelawat. Atau boleh juga menunggu di kerusi ini while your significant other explore and enjoy this beautiful garden 😄.

Seterusnya kami masuk ke satu lagi section yang penuh dengan bunga-bungan.

Taman di sini diteduh dengan bumbung greenhouse roofing. So kalau hujan, pelawat tidaklah kebasahan.

So many Amaryllis flowers yang asalnya dari Africa Selatan.



And Scarlet Sage too.






Amaryllis. 


Scarlet sage ni asalnya dari Brazil. 

Ini Anthurium, yang berasal dari Americas, banyak tumbuh di Mexico utara ke utara Argentina dan Caribbean.

Ladang kubis tadi, seen from the other side.




Beautiful velvety Honey Plant. 

More gorgeous pink blooms.


Wah.. ada pemandangan cantik. Let's check it out.

Watch your steps.

Cantik view kawasan pertanian bertingkat-tingkat from here.



Maka haruslah bergambar dengan background ini 😊.

Ada benches surrounded by scrubs and sweet scented blossoms and florets.  

Pemandangan ladang kubis from this end.

Batas-batas kubis baru. 

Ada pathway kalau nak jalan di ladang ini hingga ke hujung sana. Alang-alang dah sampai sini, jom la kita jalan sikit ke dalam sana. I mean, how often do I get to masuk ladang kubis, ye tak? 😊

Bahagian ladang yang sudah dituai kubisnya. 

Pekerja ladang sedang mengangkut unwanted parts of the cabbage plants.


Looks very heavy. 




Balik semula ke dalam taman.

While walking I kept thinking how big this garden is!



And there were hardly any other visitors masa tu. So it was nice, kinda like having the garden all to ourselves 😊.



Showy medinilla.

Di garden ini juga ada farm animals. More for the kids I guess 😊.

Riuh beaks mereka ni! Memecah kesunyian.. hehe.





Mereka ni pun very loud! Mmmbekkk incessantly...😄

So adorable though 😊.




Medinilla Magnifica.

Cute.

Ok, let's exit the garden.


Cantik pulak tumbuhan juraian ditocangkan like this. 



Macam biasa bila ke tempat-tempat begini laluan keluarnya dibuat melalui the store. What's special for this garden ialah dalam kedainya ada dijual pelbagai tumbuh-tumbuhan hiasan yang cantik-cantik sangat. 






So many variety of cacti. 





Candelabra spurge.


Burro's tail.

Kanan: Cleistocactus winteri.



Siapa ada green thumbs boleh la beli pokok-pokok cantik ni dan tanam di rumah. 


Plectranthus zuluensis atau Zulu spurflower.


Watermelon and hortensia/sevenbark. 




Maka selesailah jalan-jalan kami di Orchid & Rose Garden, Cameron Highlands ini. 

Masa berjalan di lorong keluar dari garden ini, En.Parthi, our taxi driver/tour guide kami kata kami kena hati-hati ketika berjalan di bawah pokok Angel's trumpets ini sebab ada ulat-ulat bulu besar. Kalau kita tersentuh dengan ulat-ulat bulu tu, boleh jadi gatal satu badan! Dah la pokok Angel's trumpets ni memang berbahaya! 

Punya la saya sangat berhati-hati ambik foto ni! 😃😌


Honestly, sebelum masuk ke garden ini, I basically knew what to expect. Or so I thought. Last-last I found out the garden has so much more to offer! Pleasantly, I found myself sibuk jalan sana, jalan sini taking photos of a variety of wonderful scrubs, all sort of vibrant colored blooms, macam-macam jenis kaktus, ladang kubis (who would have thought! I sure did not.. hehe) dan lain-lain. Perhaps it was fun for me because I love taking photos. However, I feel that even if you are not into photography, I would say this garden should definitely be part of your itinerary kalau nak jalan-jalan di Cameron Highlands. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. en syed guna appa apa ya for identifying the flowers
    yang apps yang saya cakap tu tak best aa..
    kena bayar kalau lebih 5x guna... cisss...

    i wonder apa dia orang buat dengan unwanted kubis parts tu ...
    just dump it ? buat baja kompos ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna PlantNet. Bagus apps ni sebab boleh identify bunga dan pokok. Lumut pun boleh.

      Very likely jadikan baja kompos.

      Delete
  2. *apps apa ..*

    hahaaha
    appa apa amma ama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tersasul tu... tu la banyak sangat menjahit :).

      Delete