Monday, July 20, 2020

CAMERON HIGHLANDS - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE



Alhamdulillah.

Lama dah kami berdua teringin nak jalan-jalan di Cameron Highlands. Nak drive ke sana memang kami tak rajin. Dan selalunya Cameron Highlands was not in our top 5 places yang kami rancang nak visit. Sehinggalah pada suatu hari, my wife kena ke sana atas sebab kerja. Makanya ada la alasan atau 'keterpaksaan' untuk ke sana.. hehe. Program my wife tu was on a Monday. So kami pun ke Cameron Highlands pada hari Sabtu. Pergi awal supaya bolehlah kami jalan-jalan di sana.

Fyi, kami ke sana sebelum Kerajaan Malaysia mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) yang bermula dari 18 Mac 2020 bagi mengekang penularan Wabak Covid-19.

Kami ke Cameron Highlands naik bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Departure pukul 10 pagi dari TBS, so seawal 8 pagi kami dah bertolak dari rumah ke TBS naik Grab Car.

Kami beli tiket secara on-line. Harganya RM35 seorang/sehala dari TBS ke Cameron Highlands.

Simpang ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). 

Terminal Bersepadu Selatan (TBS). 


Excited kami sebenarnya sebab inilah first time kami nak naik bas jalan jauh di Malaysia ni 😄. Actually tak la jauh mana pun.. hehe. We were dropped off di sini.

Excited also sebab inilah pertama kali kami masuk ke dalam Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Selalunya tengok dari luar je.

Canggih macam airport! Teringat masa zaman dulu berada di Perhentian Bas Puduraya. Jauh benar bezanya.

Quite impressive really. Ini adalah di Aras 3 bangunan TBS.

Nampaknya sistem jual tiket bas di sini adalah centralized dan bukan ikut syarikat bas. 

Jadi tiket boleh dibeli at any counter, wherever your destination is. Juga boleh beli di Ticket Vending Machines.

Antara destinasi-destinasi yang terpapar pada papan elektronik Berlepas dan Ketibaan.

Since kami dah beli tiket secara online, kami terus ke kaunter Bus Boarding Pass. Sekarang naik bas pun ada Boarding Pass. Nice!

Selesai urusan dapatkan Pas Masuk Bas, kami pun explore terminal bas ini sambil cari restoran nak bersarapan.

Ini laluan untuk masuk ke Lobi Perlepasan / Departure Lobby. 

Jom naik ke Aras 4. Ada banyak facilities dan food outlets di aras ini. Juga ada tempat menunggu yang luas dan selesa dengan banyak seats di sini.

Ada juga seperti anjung tinjau di Aras 4 ini. 

View of platforms. 



Lots of massage chairs. 

Boleh nampak Stesen ERL. 

Ada jambatan pejalan kaki yang dibina menghubungkan TBS dengan Stesen ERL, Stesen Komuter dan Stesen LRT di seberang sana. 


Ada banyak restoran.


Yang ada di TBS.

Pemandangan ke Aras 3 dari Aras 4.



Kami bersarapan di Restoran Nasi Kandar TBS ini.

Sarapan roti telur dan teh tarik. 

Harga lebih kurang murah sikit dari yang di airport.

Lepas breakfast, relaks kejap sambil ambil gambar. 

Cantik pemandangan dari Bangunan TBS Aras 4 ini. 





Then kami singgah di bakeri ini beli some pastries in case later rasa lapar.

Turun semula ke Aras 3.

Jom ke Pintu Perlepasan. 

Menuju ke Gate 17.

Pintu/Gate 17, 18 dan 19 di Aras 3.

Laluan ke Lobi Perlepasan / Departure Lobby.

Turun dengan eskalator ke Aras 2. Ini adalah Tempat Menunggu (Waiting Area) Gate 18. Gate 17 adalah di belakang eskalator ini.

Maklumat tentang cara-cara menghentikan dan mengawal penularan Covid-19.

Ini Tempat Menunggu Gate 17. Tempat perlepasan ini dinamakan Primary Departure Lounge

Pas Masuk Bas (Boarding Pass) dan Pintu/Gate 17. 

Departure Platform adalah betul-betul di depan pintu perlepasan. So tidak perlu berjalan jauh nak ke bas.

Ok, bas dah sampai dan pengumuman memanggil penumpang-penumpang ke Cameron Highlands sudah kedengaran. Moh kita naik bas. 

Perlepasan ke Cameron Highland adalah Ikut Jadual/On Schedule.

Selesa bas CS Express ni. Tempat duduknya 2-1. Ingatkan tak ramai penumpang tapi hampir penuh dengan pelancong-pelancong dari luar negara dan mereka yang bekerja di Cameron Highlands.

Ada free Wifi tapi slow sangat... hehe. 

Off we went. 

Perjalanan sejauh lebih 200 km akan ambil masa lebih kurang 4 jam. 

Dah sentuh macam-macam benda kat terminal tadi, so kena pakai Hand Sanitizer.

Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Tracking our journey.


A City of Contrast and Diversity. 

Kuala Lumpur city scape. 


Plaza Tol Jalan Duta.

Short stop at Hentian Behrang. 

Plaza Tol Tapah.

Tapah. 

Selepas keluar dari Lebuhraya PLUS di Plaza Tol Tapah, bermulalah pendakian melalui jalan bengkang-bengkok menuju ke Cameron Highlands. Maka kami pun bersiap sedia dengan beg plastik untuk digunakan sebagai 'beg muntah' in case... hehe. Dah usia begini takut tak tahan terhoyong hayang dok dalam bas yang melalui jalan membelok-belok. Syukur kami tak muntah. Tapi saya definitely terasa pening-pening lalat... hehe.

Kan kalau naik kapalterbang ada tv monitor kecik (where passengers can see flight paths, filight info, movies etc) pada seat in front of you. Bas ni tak ada, so saya letakkan my mobile phone.. hehe. Dah memang peel kami suka tengok flight paths masa dalam penerbangan percutian, so we did la the same dalam bas ni.. hehe. 

Lebih kurang 1 1/2 jam lagi nak sampai. 

Jalanraya memang la bengkang bengkok, tapi pemandu bas ni drive dengan berhemah. Cuaca juga ok dan tak hujan so far. Alhamdulillah.

Kami ada passed by sebuah perkampungan Orang Asli. Kalau tak silap ini adalah Kampung Orang Asli Batu 6 Jalan Pahang, Tapah, Perak.

Lokasi Kampung Orang Asli Batu 6 Jalan Pahang, Tapah, Perak.


Masa ini kami di Jalan Tapah - Brinchang - Blue Valley - Cameron Highlands.

Surau Al-Khairiah, Kampung Batu Enam, Jalan Pahang Tapah Perak.

Satu lagi selekoh tajam.

Dan sudah semestinya pemandangan di jalan ini begitu indah sekali. SubhanAllah.

Lush green tropical jungle.


Berselisih dengan lori sayur Cheng Xin Vegetables Supplies yang nak turun ke bawah. 
🌓Seperti yang kita tahu, Cameron Highlands adalah pembekal utama sayur, buah dan bunga segar ke seluruh negara.
🌗Kawasan ladang sayur di Cameron Highlands adalah seluas 3,988 hektar dan menghasilkan lebih 800 tan metrik sayur-sayuran sehari.
🌓Mostly sayur-sayuran dari Cameron Highlands dihantar ke pasar-pasar borong utama di seluruh negara, termasuk Singapura.

Selekoh tajam turun naik gunung.

Amazing views of Titiwangsa Range.

Bentuk muka bumi Cameron Highlands.


Cameron Highlands berlokasi di Banjaran Titiwangsa.



Jalan Tapah - Brinchang - Blue Valley - Cameron Highlands (Route 59) yang berliku.

Bila dua kenderaan besar about to berselisih, kedua-duanya akan memperlahankan kelajuan. Berhemah.

Ada sungai kecil di bawah tu. 



Huii.. rapat betul... 

Kampung Batu 14, Jalan Pahang, Tapah Perak. 

Sekolah Kebangsaan Batu 14.


Jam sikit di sini sebab depan tu ialah air terjun Lata Iskandar 

Banyak kedai dan restoran near the waterfall. 

Juga gerai-gerai.

Hutan Lipur Lata Iskandar.



Cantik air terjunnya. 





Ramai yang datang ke sini.



Perjalanan diteruskan.




Lebih kurang sejam lagi nak sampai.

Ini kawasan Tenaga Nasional Berhad, Empangan Jor, Stesen-Stesen Janaeletrik Cameron Highlands. 


Passed by beberapa lagi kampung orang Asli.

Di tepi jalan juga ada gerai-gerai yang menjual barangan kraftangan yang dibuat oleh Orang Asli di sini.



Sesekali ternampak juga sungai kecil begini. Cantik!

Very dense tropical rainforest. 


17 km lagi nak sampai ke Ringlet.

Pylons di gunung.




Satu lagi penempatan Orang Asli.








Kalau tak silap yang dijual di gerai ini adalah madu.

Di gerai ini ada jual petai.

Jalanraya 2 lorong di lereng kawasan pergunungan.



Penduduk di kawasan ini.

Ringlet, 2 km lagi.



Kenderaan berselisih di selekoh.

Kawasan tanah runtuh reinforced. 


Sekali sekala berselisih dengan deretan kenderaan-kenderaan lain.

Selain makanan dan kraftangan, potted plants juga ada dijual.

The locals.

Membina gerai.



Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. naik bas ke Cameron Highland!!???
    saya bayangkan pun dah nak termuntah pening!!
    saya cukup suka pintu bersalam tu!
    weh.. nengok fon dalam bas tak pening ke ??!!!

    macam air terjun dekat Sri Lanka tu kan!? right kat tepi jalan besar
    i always wonder macamana lah depa bawak all the things and erect thepylons..
    apparently ada guna helicopter !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, saya dah siap2 bawak beg plastik in case...
      Alhamdulillah cuma pening2 lalat sikit je...
      Also ada bawak Vicks inhaler to soothe my breathing..
      Ada la juga a few times I had to close my eyes and rest my head.. that seemed to work.
      Tak pe tgk phone kejap2 je :)

      Indeed, like in Sri Lanka! My thoughts exactly.
      I pun fikir yg sama tapi using helicopter can be very costly. I think still juga bawa pakai lori sampai lokasi yg paling dekat dgn tmpt yg nak dipasang - I think the pylons can be disassembled and assembled so that parts can be carried with lorries.

      Delete