Friday, December 20, 2019

MELAKA - HANG TUAH CENTER - PART 06 - RUMAH-RUMAH PAHLAWAN

Masih lagi dengan cerita lawatan ke Hang Tuah Center. 

Pemandangan di laman bangunan Hang Tuah Center. Landskap yang cantik dan rapi. 

Dan tentunya salah satu feature sebuah Rumah Melaka adalah tangga batu konkrit depan yang dihiasi dengan jubin-jubin menarik yang berwarna warni dan bermotif flora. Dikatakan juga tangga sebegini melambangkan status penghuninya pada suatu ketika dulu.

Tangga batu ini biasanya mempunyai bilangan anak tangga yang ganjil seperti 3, 5, 7 dan 9.

Struktur tangganya bercirikan seni bina China dan dihiasi dengan jubin-jubin pelbagai corak dan warna buatan tempatan dan yang diimport.

Identiti sebuah rumah Melaka dapat dilihat pada seni binanya yang mengabungkan budaya Melayu, Cina dan Eropah melalui penggunaan jubin-jubin berwarna-warni ini. 

Kalau kita perhatian dengan lebih dekat lagi, jelas kelihatan jubin-jubin ini berpermukaan terukir. Cantik sangat.

Banyak jenis rekaan dan hiasan jubin yang saya pernah lihat kerana ianya bergantung kepada citarasa pemilik rumah dan kemahiran tukang rumah. Jadi saya kongsikan di sini. 

Ini tangga batu ala Rumah Melaka yang menjadi feature utama di lobi Mudzaffar Hotel, Ayer Keroh, Melaka. 

Ini pula adalah jubin ciptaan anak-anak tempatan yang dihasilkan secara komersil oleh Yayasan Restu.
Yayasan Restu berdedikasikan untuk menyusun dan merakam motif-motif budaya tradisional Melayu untuk setiap negeri di Malaysia yang jelas dipengaruhi oleh budaya Islam.

Keindahan tangga batu Rumah Melaka juga sering digambarkan dalam bentuk mural. Contohnya mural ini yang bertajuk 'Cerita Kita' yang merupakan salah satu dari siri murals di serata stesen Petronas di Malaysia dibuat sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun 2018. 
'Cerita Kita' yang bertujuan mempromosikan detik-detik indah berdasarkan keunikan negara kita. Ia juga untuk menggalakkan perpaduan dan bersosial bersama di kalangan rakyat Malaysia.

Dan sudah pasti ada tangga batu ini bila kita melawat MTIB  Rumah Melaka. Ia adalah sebuah Pusat Promosi Perabot dan Perkayuan Negeri Melaka yang terletak di Jalan Tun Kudu, Melaka.
* MTIB: Malaysian Timber Industry Board 

Dan di RnR Ayer Keroh pun ada juga tangga batu Melaka. Cantik design jubin-jubinnya.

Masa saya berwalking tour di Melaka di area Jalan Tokong Melaka, saya juga stumbled upon a couple of rumah Melayu Melaka bertangga batu yang cantik. 


Okeh, balik semula cerita lawatan ke Hang Tuah Center... hehe. 



Dalam entry ini saya kongsi pula foto-foto rumah-rumah 5 bersaudara. Di Kompleks Hang Tuah Centre juga terdapat 5 buah rumah bersaudara iaitu Rumah Hang Tuah (Pejabat Pentadbiran Hang Tuah Centre), Rumah Hang Jebat (Pameran Keris), Rumah Hang Kasturi (Pameran Busana Tradisional), Rumah Hang Lekir (Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Melaka) dan juga Rumah Hang Lekiu (Akademi Perantara) beserta gelanggang silat di setiap rumah lima pahlawan.

Lokasi rumah-rumah itu tak jauh. Cuma beberapa meter saja dari bangunan Muzium Hang Tuah tadi.


Kawasan kompleks ini cantik dan berjaga rapi. 



First stop, Rumah Hang Tuah. 

Rumah Hang Tuah ini adalah merupakan Pejabat Pentadbiran bagi Hang Tuah Centre. 

Cantik sungguh tangganya.




Luas anjungnya.

Ada dipamerkan gambar-gambar lukisan mengenai 'Perkahwinan Tradisional Kaum Melayu Melaka'. 


Let's have a closer look.



Juga ada artikel suratkhabar Harian Metro bertajuk 'Meriam Hang Tuah di Goa'.

Simbol Kesultanan Melayu Melaka ditemui di India dipercayai dibawa Portugis.

Maaf foto tak elok sebab artikel surat khabar tu dah lusuh sangat.






Satu lagi rencana Harian Metro. Yang ini bertajuk 'Penjinak Kuda Dikagumi'.





Ok, let's explore the house.

Ruang tamu.


Yang ini pula artikel NST titled 'Where's Hang Tuah's grave?'







Yang ini pula artikel Melaka Hari Ini bertajuk '11 versi mitos angkat Hang Tuah karya kreatif'. 





Satu lagi oleh Harian Metro.









Oleh BH - 'Pahlawan Melaka bukan watak fiksyen'.





Exploring the rest of the house.






Seterusnya Rumah Hang Jebat.

Mengikut kenyataan rasmi di Rumah Jebat ini ada Pameran Keris.



Ehhh... ada kucing! 😍


Comel-comel semuanya!

Ada yang bagi makan. Sebab tu la ada kucing.. hehe. Semoga Allah memurahkan rezeki orang ni. 

More articles. 


Bukan sahaja keris, senjata-senjata Melayu lain juga ada dipamerkan.

Rumah Hang Jebat ini sarat dengan pelbagai barang. 

Banyak sungguh barangnya, dah macam mini muzium.














Ok, ke rumah lain pula. 



Rumah Hang Kasturi.

Di Rumah Hang Kasturi ada Pameran Busana Tradisional.




Pakaian pengantin yang cantik dan sangat klasik.




Juga ada foto-foto lama. 

























Rumah Hang Lekiu, lokasi Akademi Perantara.




Saya tak dapat masuk sebab tutup. 


Dan last sekali Rumah Hang Lekir - Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Melaka.



Juga tak dapat masuk sebab tutup.



Maka begitulah kisah lawatan saya ke Hang Tuah Center yang dah saya ceritakan dalam 6 blog entries. Lama dah teringin nak lawat tempat ni, baru ni la berpeluang. 

Would I recommend this place? Most definitely. Sesuai kalau nak visit secara berseorangan and allow yourself to be immersed in the history and myths, atau fun visit program bersama family and friends. 

To me personally, lawatan ke muzium ini sangat menarik kerana ianya sarat dengan banyak maklumat tentang Hang Tuah melalui pameran di galeri yang menceritakan mengenai ketokohan Hang Tuah sebagai Pahlawan Ulung Nusantara berdasarkan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Hang Tuah. Juga yang buat lagi menarik ialah muzium ini menggunakan pelbagai teknik muzium moden, video, model dan paparan interaktif, which I think can appeal kepada semua peringkat umur. 

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment