Assalamualaikum.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Baik, saya sambung cerita. So I started my Jalan-jalan Melaka program dengan mendapatkan Grab Car. Tempat yang pertama yang saya nak lawat ialah tempat yang dah begitu lama saya teringin nak lawat, iaitu Hang Tuah Center.
Grab Car dah sampai ke lobi Thistle Hotel. I got a 5🌟 rated driver. Nice lah.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Baik, saya sambung cerita. So I started my Jalan-jalan Melaka program dengan mendapatkan Grab Car. Tempat yang pertama yang saya nak lawat ialah tempat yang dah begitu lama saya teringin nak lawat, iaitu Hang Tuah Center.
Grab Car dah sampai ke lobi Thistle Hotel. I got a 5🌟 rated driver. Nice lah.
And let me just share with you yang service, cara pemanduan, condition kereta dan lain-lain criteria Grab Car En. Zarir ni adalah sememangnya top. And En. Zarir also have a pleasant disposition. Sikap dia yang menyenangkan, baik hati, friendly, mudah nak sembang dengan dia dan respect pada orang tua (tua dah saya ni) membuatkan perjalanan saya sepanjang hari itu jadi lebih pleasant lagi.
Menuju ke Hang Tuah Center. |
Ya, saya kata sepanjang hari sebab lepas saya beritahu program jalan-jalan saya pada En. Zarir, dia terus offered to drive me to all the locations of interest for the day dan later akan hantar saya balik ke hotel at end of the program. Dan tentunya saya bersetuju. Bila dah settle hal transport, lega sungguh rasanya. Alhamdulillah.
Sebuah Chinese Temple. |
Lokasi Hang Tuah Center (aka Hang Tuah Museum atau Muzium Hang Tuah) adalah di Kampung Duyong, Melaka. Saya juga akan melawat Perigi Hang Tuah sekali kerana lokasinya juga adalah di Kampung Duyong juga.
Perjalanan kami dari Thistle Hotel, Port Dickson ke Hang Tuah Center, Melaka ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit, which gave myself and En. Zarir ample time to discuss about my jalan-jalan program.
Memasuki Daerah Rembau.
Masuk ke lebuhraya.
Masuk ke Melaka.
Perjalanan ke Perkampungan Hang Tuah.
Memasuki kawasan Perkampungan Hang Tuah.
Ini Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah, Kampung Duyong, Melaka. Lokasinya lebih kurang 200 meter dari Perigi Hang Tuah. Namanya adalah sempena Hang Tuah dan bukanlah dibina oleh Hang Tuah sendiri.
Kami pun selamat tiba di Hang Tuah Center yang terletak di dalam Perkampungan Hang Tuah. Alhamdulillah. There is a big parking place betul-betul depan center ini which is very convenient untuk pelawat.
Ok saya share dulu info tentang Perkampungan Hang Tuah. "Perkampungan Pahlawan Laksamana Hang Tuah, pahlawan terbilang Melaka" dibina oleh kerajaan negeri di Kampung Duyong kerana kampung ini dikatakan adalah kampung asal Hang Tuah. Ini juga ada disebut di dalam Lagenda Sungai Duyong.
Di Kompleks Hang Tuah Centre juga terdapat 5 buah rumah bersaudara iaitu Rumah Hang Tuah (Pejabat Pentadbiran Hang Tuah Centre), Rumah Hang Jebat (Pameran Keris), Rumah Hang Kasturi (Pameran Busana Tradisional), Rumah Hang Lekir (Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Melaka) dan juga Rumah Hang Lekiu (Akademi Perantara) beserta gelanggang silat di setiap rumah lima pahlawan. Cerita lawatan saya ke rumah-rumah pahlawan ini akan saya buat dalam blog yang akan datang, insyaAllah.
Di parking lot center ini ada sebuah Panel Informasi Perkampungan Hang Tuah. Ada peta perkampungan ini yang boleh dijadikan panduan untuk merancang lawatan oleh pelawat. Elok rancang sebab kompleks ini besar.
Di perkampungan ini ada Pusat Kebudayaan (Balai Adat), Stesen Kereta Kuda, Rumah Tradisional Melaka, Rumah 5 Bersaudara, Perigi Hang Tuah, Muzium Hang Tuah, Auditorium (digunakan untuk sebarang acara seperti bengkel, seminar, mesyuarat dan sebagainya) dan Gelanggang Silat. Juga ada lain-lain facilities seperti tempat meletak kereta, surau, gerai makan dan tandas awam.
Lokasi Pusat Kebudayaan (Balai Adat), Stesen Kereta Kuda, Rumah Tradisional Melaka dan Perigi Hang Tuah adalah agak jauh dari parking lot depan Muzium Hang Tuah. Jadi mungkin perlu memandu kalau nak ke sana.
Ambil gambar di luar dahulu sebelum masuk.
Senibina bangunan Hang Tuah Center ini sangat cantik dengan design tradisional Melayunya. Nampak indah tersergam.
Ada caj masuk RM5.00 untuk seorang dewasa. Kanak-kanak umur 7-12 RM3.00. 6 tahun ke bawah masuk percuma. Open daily from 9 am to 5 pm. Tutup masa waktu solat Jumaat.
Gerbang masuk ke Hang Tuah Center.
Tapi sebelum masuk saya ambil gambar arca-arca ini dulu.
The warriors. Dari kiri: Hang Lekiu, Hang Jebat, Hang Tuah, Hang Kasturi dan Hang Lekir.
Hang Tuah.
Hang Kasturi.
Hang Lekir.
Hang Jebat.
Hang Lekiu.
Masa nak masuk tu ada satu group adik-adik comel ni buat lawatan.
Pokok Melaka.
Di ruang legar depan main entrance. Oh ya, En. Zarir join saya sekali masuk ke muzium ini. To me elok sangat la sebab tak la nanti dia dok lama menunggu je di kereta since I plan nak take time to explore muzium ni.. hehe.
Di ruang anjung ini ada lukisan-lukisan besar depicting Hang Tuah's journeys sebagai utusan Raja Melaka.
Dalam Hang Tuah Center ini ada galeri muzium Hang Tuah yang menceritakan mengenai ketokohan Hang Tuah sebagai Pahlawan Ulung Nusantara berdasarkan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Hang Tuah.
Bangunan utama muzium ini dipenuhi dengan pameran yang menerangkan sejarah, legenda dan mitos sekitar Hang Tuah menggunakan pelbagai teknik muzium moden, video, model dan paparan interaktif, which I think is great as it made the visits that much more interesting.
Petikan sajak 'Dilema Seorang Melayu'.
Saya masuk dahulu ke bahagian kanan iaitu Ruang Dang Merdu. I love the interior design yang menggunakan hardwood untuk dinding dan lantai.
Ada artikel New Sunday Times bertajuk "Hang Tuah: The man and the myth". Interesting read indeed.
And there also were Hang Khelembak, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Isa Pintas, Hang Hassan Cengang, Hang Usuh dan Hang Nadim.
Sebuah lukisan bertajuk 'Adat Taat Setia Melayu Kepada Raja'.
Adat Taat Setia Melayu Kepada Raja.
Demang Lebar Daun berwaadat dengan Sang Sapurba - Palembang (Abad ke-13 M).
Juga ada artikel BH ini - 'Legasi Tuah'.
Peta ini menunjukkan perjalanan Hang Tuah dari Melaka ke beberapa negara termasuk Ryukyu yang kini dikenali sebagai Okinawa, Jepun.
Hang Tuah dikatakan boleh bertutur dalam 12 bahasa.
Pembuktian kewujudan Hang Tuah secara empirikal menggunakan sumber dan artifak asing.
Garis hayat Hang Tuah.
Keris Luk 9 ditemui di Kuil Diraja Engakuji, Okinawa, Jepun.
Keris Luk 9 yang dinyatakan di atas dikatakan dibuat daripada meteor. Teringat saya pada keris yang dibuat dengan campuran meteor yang saya lihat di Galeri Meteor, Melaka. Ini kerisnya.
Artikel 'Hang Tuah akhiri hayat di Palembang'.
Beberapa lagi artikel suratkhabar tentang Hang Tuah.
Ini pula adalah bahagian 'Busana Zaman Hang Tuah'. Tapi saya akan kongsi the photos in later entry.
Sebuah lagi lukisan. Yang ini bertajuk 'Serangan Majapahit'.
Di ruang muzium ini juga ada pameran yang dipanggil 'Legasi dan Peninggalan Hang Tuah'.
Cara pameran yang menarik.
Maklumat dilekatkan pada bongkah-bongkah yang boleh diputarkan. Let's have a closer look shall we.
Saya cuma tahu only a few of these. Fascinating!
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
Assalamualaikum tuan, minta izin untuk guna info dan gambar dlm blog Hang Tuah Centre ni, utuk digunakan untuk tujuan assignment, ye.
ReplyDeleteNina
Pelajar UIAM
Waalaikumsalam Cik Nina.
DeleteBoleh, silakan. All the best for your studies. Semoga success, inshaAllah.
Assalam, hi tuan, tuan Ada contact muzium hang tuah tak, saya nak buat tempahan Majlis kahwin Di Sana...
ReplyDeleteSaya dah tak ada ctc no. tu. Cuba Zhafirah check facebook center tu.
Delete