Wednesday, September 25, 2019

KUANTAN - DAY 03 - PART 01 - PANTAI SEPAT

Baik, saya sambung cerita program jalan-jalan saya pada hari ketiga di Kuantan. 

Apa-apa pun sarapan dulu. 

Breakfast extra sikit sebab plan nak jalan-jalan sampai petang... hehe.


Isteri pergi kerja, saya dibawa En Badrul, the Grab Car driver I met semalam yang bersetuju nak bawa saya jalan-jalan hari ni. 

Masjid Negeri Sultan Ahmad 1.

Lepas bincang serba sedikit dengan En. Badrul tentang program jalan-jalan saya pagi itu, kami pun menuju ke destinasi pertama iaitu Pantai Sepat. Jadi kalau semalam program jalan-jalan hari kedua saya ke utara Kuantan, pada hari ini ke selatan pula, specifically ke bandar Pekan.

Passed Tenun Pahang Diraja which kami akan singgah on the way balik ke bandar Kuantan nanti. 

Melalui kawasan perkampungan seperti Kampung Derhaka, Kampung Kempadang, Kampung Rhu Bongkok dan Kampung Sungai Dua.  


Ok dah sampai ke Pantai Sepat. Tak jauh, cuma about 15 km dari Mega View hotel or about 20 minutes drive ikut Jalan Tanjung Lumpur.

Sebenarnya saya pernah ke pantai ini pada 2015 masa program jalan-jalan Pantai Timur saya. Since dah memang on the way, maka saya singgah la. Ada satu lagi sebab kenapa saya singgah. I'll tell shortly.

Pokok-pokok unik di Pantai Sepat. I wonder kenapa pokok-pokok ni semua condong ke arah darat? Adakah sebab tiupan angin yang kuat dan berterusan? Ada kami nampak pokok-pokok condong masa bercuti ke New Zealand dan sebabnya kerana ditiup angin. 

En. Badrul turut sama jalan di pantai ni. Saya prefer begitu sebab saya rasa tak nice la kalau dia cuma tunggu je saya di kereta. 

Ehh... ada ketam... hehe. 

Susah betul nak ambil gambar ketam ni! Dah kecil, tak duduk diam pulak tu.. hehehe.

A beautiful morning at Pantai Sepat, Pahang.

A couple having a nice long walk enjoying each other's company. 

Ok gak En. Badrul jalan sama, boleh la tolong ambilkan gambar saya.. hehe.

Pantai Sepat ni landai dan luas dan panjang. 

Dan juga bersih. 


Mencuba lagi ambil gambar ketam halus ni.. hehe.

Banyak blur-blur. Yang ni je yang decent.

Anyway enjoying the scenery at beach is always calming.

Especially bila pantai tiada orang. 


Saya suka tengok permukaan laut yang seakan-akan berkabus itu.

Ada orang sedang sendirian berjalan di pantai. 

Sambil menenangkan fikiran sambil bersenam. I do envy her. It's like she had the beach all to herself. 



Ada la nak dekat setengah jam juga kami di pantai. Saya pun ajak En. Badrul beredar tapi saya minta dia berhenti di satu spot dulu di depan sana sebelum ke Bandar Pekan. 

Saya suka suasana banyak pokok kelapa di kawasan Pantai Sepat ni.


Tu papan iklan The Saddle Resort & Riding Center. So sesiapa yang berminat nak mengunggang kuda bolehlah ke resort tu.

Tenang je drive di sini. Jalannya lengang. Jangan drive laju, windows down and enjoy the scenery.

Saw quite a few cyclists. 


Ok, ini spot yang saya nak stop by kejap. 

Pada 2015 yang lalu saya ada stop di spot ini. Yang pada saya cantik la sangat. 

Tapi suasananya dah berubah. 

Ye la kan, dah 4 tahun passed by.

Yang di phone saya tu masa 2015. 

Inilah foto-foto spot ini yang saya ambil pada 2015. Cantik ada air dan reflections. 



Dan kami pun meneruskan perjalanan ke Bandar Pekan.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

3 comments:

  1. kabus ke jerebu ? :)
    masa ni belum serangan jerebu kan?

    cantiknya gambar masa 2015 tu !
    poskad like!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kabus or I think water evaporation/spray.. Not jerebu.
      Belum jerebu lagi.

      Cantik kan. I was there at the right time I guess.

      Delete