Seterusnya dari Chocolate Hills kami ke Bohol Tarsier Conservation Area untuk tengok spesis monyet terkecil di dunia. Perjalanan kami berpatah balik ke selatan Pulau Bohol ke sanctuary itu.
Ini ShipHaus.
Masa dalam perjalanan tu hujan turun dengan lebatnya. Mujur la tak hujan masa kami di Chocolate Hills tadi. Kata Mr. Padre, our tour guide, hujan hari itu adalah suatu blessing sebab dah lama tak hujan di Bohol ni.
Dan kami pun sampai ke Bohol Tarsier Conservation Area. Alhamdulillah area ni tak hujan lebat sebab kalau nak tengok monyet tarsier tu kena jalan outdoor dalam kawasan hutan.
Besar juga conservation area ni. Ini information center. Kami diberitahu ada lebih kurang 100 ekor tarsier di kawasan konservasi ini.
Ada banyak info menarik tentang tarsier. Let's have a closer look shall we.
Conservation Status: Endangered.
Biggest Threat: Habitat Loss.
Maka elok la diadakan sanctuary macam ini.
Average litter size: 1. Cuma seekor je.
Beginilah comelnya monyet tarsier ni. Tingginya cuma antara 9 cm hingga 16 cm sahaja.
Tarsier ada pada wang kertas 200 Peso.
Berapa ekor monyet tarsier can you see in this photo? 😊
Hujan sedang renyai jadi kami diberikan payung seorang satu. Suasana cukup nyaman sekali dalam hutan ni masa tu.
Yes, visitors must remain absolutely silent. And to ensure that the conservation dah stationed their guides at places di mana monyet-monyet comel tu tengah tidur.
Dan guide di situ akan tolong tunjukkan di mana ada monyet tu. Good idea la sebab if it was up to us, memang kami tak akan nampak sebab monyet tu kecik sungguh.
Ini seekor tengah resting pada dahan di bawah serumpun daun-daun hijau besar berteduh dari hujan.
Maka terhendap-hendap la kami di bawah pokok ini.. hehe. Punya la excited.. hehehe. And of course not a beep! And kami tak lama di sini. Cuma a few minutes sahaja.
Memang susah nak dapatkan imej yang jelas sebab low light dalam hutan yang sedang hujan renyai. And definitely no flash. Also we are forbidden to go any closer. Bagus la, if not kesian la monyet ni akan terganggu. Yang dapat ni pun dan ok sangat dah bagi kami. Asal ada kan.
Then kami ditunjukkan lagi seekor.
Tengah sedap tidur di tengahari hujan renyai yang sejuk nyaman.
Alaahaiiii.. comelnyaaaa.... 😍.
Masa jalan-jalan dalan sanctuary pelawat boleh di pondok-pondok yang disediakan, to rest or just simply enjoy the beautiful forest.
Waaa... nampak lagi seekor!
Dan kami perasan monyet-monyet ni bertenggeknya di level rendah begini, dan bukannya tinggi di atas pokok. Jadi mudahlah kami nak tengok dan ambil gambar.
Yang seekor ni nampak macam tengah tidur tapi mata terbuka.. hehe. Comelnyaaa... Dalam pada itu saya berharap tidur mereka tidak terganggu. Kesian pulak rasanya.
And another one!
Yang ini tak nampak mukanya, mengadap the other way.
Bulat badannya.. hehe. Ekor macam ekor tikus.
Conservation area ini nampaknya dijaga elok dengan suasananya yang natural dengan pathways yang convenient untuk pelawat lalui.
Then kami sampai ke last spot yang ada monyet tarsier.
Monyet ni nampak cozy je nestled among the lush green. Rasa guilty pulak ganggu dia. Tapi jarak kami jauh. And according to the guide kami tak ganggu dan monyet tu tak rasa threatened sebab kalau dia rasa tergugat, mesti dia dah cabut lari.
Haa.. yang ini tak tidur.
Bulat buntang je mata dia.. hehe.
So comel and adorable sangat!
Oh hello sweety. Sorry ganggu you tidur. Kan tarsier ni nocturnal.
Nampak macam senyum pulak. Boleh ke monyet tarsier senyum.. hehe.
Anyway, we were there for only a few minutes.
Pulau Sulawesi di Indonesia juga ada monyet tarsier ni cuma kami tak sempat nak pergi tengok masa kami bercuti di Manado dahulu. Jadi kami bersyukur dapat lihat tarsier di Pulau Bohol ni.
Ok dah jom move on. Ini souvenir shop.
Lepas spent time di Bohol Tarsier Conservation Area, on the way to lunch kami stop sekejap di Bilar & Loboc Forest.
Park van tepi jalan untuk bergambar kejap.. hehe. Cantik hutan man-made ni.
Hutan man-made yang terbentang sepanjang 2 km ini ditanam dengan pokok Mahogany yang terletak di sempadan bandar Loboc dan Bilar.
Sebenarnya ini jalan highway, jadi ada banyak kenderaan berdesap-desup. So jangan asyik leka sangat bergambar di tengah jalan, nanti kena hon! Hehehe..
Nak bergambar kena tunggu jalan clear dulu, then cepat-cepat lari ke tengah jalan, posing dan snap.. hehehe.
Tinggi pokok-pokok ni dan melentuk di bahagian atas jadi macam canopi. Memang sejuk nyaman berada di bawah teduh pokok-pokok mahogany ni.
Bukan kami je, banyak lagi kenderaan bawak pelancong lain yang berhenti tepi jalan.
Foto yang menggambarkan how tall and beautiful this forest is.
Mesti la ada group photo.. hehe.
Bersama Mr. Padre.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
yoda!!!!!!
ReplyDeletebuntang nya mata dia
dan comelnya!!!!
kalau dapat kat tam tam ni.... :)))
Kalau tam tam dpt habis la.. arwah terus! Hehehe...
Delete