Wednesday, September 11, 2019

KUANTAN - DAY 02 - PART 01 - MORNING WALK

Sebelum wife start kerja and me start my jalan-jalan, kami sarapan dulu. Cantik dining cafe Mega View Hotel ini. 

Very inviting and charming. 

And cozy.

With beautiful view of Kuantan River.


Ok, jom breakfast.


Makanan sarapan bufetnya adalah sedap! I mean, really. Alhamdulillah. Makan lebih sikit sebab dah plan nak jalan-jalan sampai petang... hehe.

Lepas sarapan, sambil hirup teh panas, sambil menikmati keindahan pemandangan sungai Kuantan. Sungai Kuantan adalah sungai terpanjang di semenanjung Malaysia yang satu ketika dulu adalah habitat banyak buaya.

Di tepi sungai Kuantan berhampiran Mega View hotel ini ada jeti kecil Pejabat Laut Kuantan, Jabatan Laut Malaysia.

Dari Mega View hotel ini juga boleh nampak Jambatan Jalan Tanjung Lumpur yang menghubungkan Tanjung Lumpur (kanan) dan bandar Kuantan (kiri).

Tanjung Lumpur merupakan sebuah perkampungan nelayan tradisional yang terletak berhampiran Sungai Kuantan di Pahang, Malaysia. 

Tanjung Lumpur sebenarnya satu daripada kampung-kampung yang terawal dibuka oleh Orang Melayu di Kuantan. Ia terletak di daerah Kuantan kira-kira 2 kilometer tidak jauh dari bandar Kuantan. 

Ada big 'KUANTAN' sign yang didirikan di sebelah Tanjung Lumpur yang merupakan kawasan hutan bakau yang berusia 500 tahun. Tempat pelbagai tumbuhan estuarine, burung dan ikan, rizab hutan bakau ini meliputi kawasan 340 hektar di sepanjang Sungai Kuantan. 

Ada boardwalk yang membenarkan pelawat berjalan di dalam hutan paya bakau ini untuk melihat eco-system hutan ini dengan lebih dekat tetapi malangnya ia sudah ditutup.

Dari Mega View hotel ini juga its guests boleh nampak Menara Teruntum yang sedang dalam pembinaan (98% siap). Menara yang tingginya 180 meter ini adalah menara kedua tertinggi negara dan yang tertinggi di Pantai Timur. Ia dijangka siap pada Oktober ini. 
Akan ada observation deck di ketinggian 104 meter, pemandangan 360°, restoran di ketinggian 98 meter, skywalk at 104 meter, guided vertical fall from 104 meter and spire climb up to 160 meter.

Lepas hantar isteri ke tempat kerja, saya pun memulakan program jalan-jalan Kuantan saya with a short morning walk. 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

I started off di Jalan Besar. Fyi, Jalan Besar ini adalah merupakan sebahagian dari laluan 'Heritage Walk Kuantan'. 

Menjelang tahun 1955, bandar Kuantan menjadi pusat pemerintahan apabila ibu negeri Pahang dipindah dari Kuala Lipis ke Kuantan oleh pihak berkuasa penjajah British. Bangunan era kolonial dan bangunan lama lain masih boleh dilihat di Jalan Besar ini (dan juga di Jalan Mahkota) disandingkan dengan latar belakang perkembangan moden. Satu contoh adalah bangunan ini yang ada tahun ia dibina, pada tahun 1940, pada facade depannya. Sekarang ia adalah kedai Chen Hing Salted Fish. 

Masih terpelihara dibumbung bangunan ini ialah 2 ekor patung naga. 

Di seberang Jalan Besar, di sebelah kanan foto-foto di bawah adalah barisan bangunan lama dan yang moden di sebelah kiri. 

We were told kalau ke Kuantan, harus cari Kedai Kula Cakes dan try its Mango Cheese Cake. Looks yummy. 

Ehh.. ada pasar karat di Jalan Besar ini. Cuma about 50 meter sahaja dari Mega View Hotel. Senang la kami nak check it out malam ni. 

Seterusnya saya ke Jalan Mahkota. Jalan ini lebih besar and busy. 

Di Jalan Mahkota ini juga kita boleh lihat Masjid Negeri, Masjid Sultan Ahmad 1 Kuantan. 
🌓 Masjid ini adalah masjid terbesar di Pahang dan boleh memuatkan sekurang-kurangnya 8,000 jemaah. Pembinaannya ialah hasil idea Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
🌗 Pembinaan masjid ini berdasarkan reka bentuk seni bina zaman Othmaniah, tetapi menggunakan bahan dan teknologi moden.
🌗 Empat kubah separuh bulat diletakkan pada empat penjuru yang mengapit sebuah kubah utama yang mendominasi bahagian atas ruang utama solat.
🌓 Warna biru dan hijau digunakan bagi mewarnai keseluruhan Masjid Negeri ini.
🌗 Masjid ini juga mempunyai ruang halaman yang mewujudkan suasana keterbukaan dan mengimbangi keluasan masjid ini.
🌓 Nama masjid ini diambil sempena nama pemerintah Pahang pertama, Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah yang ditabal sebagai raja selepas mengalahkan Bendahara Wan Mutahir lewat 1890.
🌗 Masjid ini dirasmikan oleh Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada 21 Oktober 1994 Masihi.

Di hadapan (kiri dalam foto) Masjid Negeri ini ialah Padang Majlis Perbandaran Kuantan. Padang ni terkenal terutama semasa bulan Ramadhan kerana akan ramai orang akan berbuka puasa di padang ni. Berbuka secara open air. 

Saya tak explore further Jalan Mahkota dan berjalan balik ke hotel kerana nak freshen up a bit before calling Grab Car untuk program jalan-jalan. Tapi sebelum naik ke bilik, jalan-jalan kejap di Kuantan Esplanade tepi hotel ni.




Masa tu ada beberapa bot-bot nelayan sedang pass by. Fyi, bot-bot nelayan ini mesti diwarna mengikut negeri di mana ia didaftarkan. Bot berwarna merah berdaftar di Kelantan, hijau di Terengganu, Kuning di Pahang dan biru di Johor.  

Di atas bumbung bot nelayan ini ialah sangkar-sangkar yang dipanggil bubu kerisi untuk tangkap ikan kerisi. 




Bot-bot nelayan juga akan ditandakan dengan huruf-huruf A, B dan C. 
🌓 A menandakan bot tu boleh melakukan penangkapan ikan dari jarak pantai hingga 5 batu nautika.
🌗 Bagi bot-bot nelayan B pula boleh menangkap ikan dari jarak 5 batu nautika hingga 12 batu nautika. Tapi boleh juga masuk area bot-bot nelayan C dan C2.
🌓 Untuk bot-bot nelayan C, boleh tangkap ikan dari 12 batu nautika hingga 30 batu nautika.
🌗 Bot-bot nelayan C2 boleh tangkap ikan dari 30 batu nautika ke atas. C3 pula ialah untuk zon laut lepas.

General rule nya ialah bot-bot nelayan yang besar tidak dibenarkan masuk menangkap ikan di zon-zon bot-bot nelayan yang kecil. Tiada halangan bagi bot-bot dari zon berhampiran pantai untuk menjalankan operasi tangkapan ikan di zon yang lebih jauh, contohnya, bot-bot yang beroperasi di zon A boleh menangkap ikan di zon-zon B, C dan C2.

Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. histurrr sangat Kula Cake tu..hahhaa
    most datang nak bergambar , up load kat IG

    macam mendung aje ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Tapi mango cheese cake tu mmg superb!
      Yes, kejap mendung, kejap cerah masa saya di sana.

      Delete