Seterusnya kami nak pergi check-in ke hotel.
Ini suasana bandar Taupo.
Ini suasana bandar Taupo.
Sebuah hotel yang mengadap Lake Taupo.
Taupo Fire Station. Masa musim panas ni, yang memang panas, Fire Danger untuk hari itu adalah pada tahap 'Very High'.
Pemandangan Lake Taupo dengan #lovetaupo.
Restoran McDonald's Taupo ni dalam kapalterbang.
Juga ada Night Golf. Pastinya mereka pakai dissolvable golf balls.
Dan kami pun tiba di Wellesley Hotel, 100 Lake Terrace, Taupo 3351, New Zealand. Lokasinya betul-betul tepi Tasik Taupo mengadap Tapuaeharuru Bay. Kata Haziq dari hotel ni boleh nampak 3 gunung berapi across the lake. Saya pun tentu la immediately plan nak zoom-zoom my camera cari gunung-gunung tu nanti.. hehe.
Pemandangan Tapuaeharuru Bay, Tasik Taupo.
Tasik Taupo ni adalah tersangat besar!
Di lobby Wellesley Hotel. Very homey. Nice!
Haziq tolong check-in.
Bilik kami. Cukup selesa. Seperti juga Victoria Lodge di Rotorua, tak ada air-cond disediakan di Wellesley Hotel ni, cuma heater untuk kegunaan di musim sejuk. Memang tak perlu air-con pun.
Kami suka almari tu, macam gerobok dulu-dulu 😊.
Bilik airnya pun luas. On the left tu, behind the door is a huge tub/standing shower.
Tadi saya noticed ada beberapa lukisan-lukisan yang menarik di dinding laluan masa nak ke bilik. So here they are. Very fascinating indeed.
The Headman
Old turbaned woman
Sangoma
The Chief
So while my wife was resting, saya explore la the hotel. Ini laluan ke small pool.
Ada swimming pool kecil.
Lovely sunlight.
More paintings.
Di tingkat 1, the Lazy Trout restaurant.
Jom kita explore di luar pulak.
Lengang betul. Hanya sekali sekala je ada kereta lalu.
Wellesley Hotel terletak di bahagian Tapuaeharuru Bay of the Taupo Lake.
Tenang sungguh rasanya berada di sini.
Tadi Haziq ada beritahu dari lokasi ini kita boleh nampak 3 kon gunung berapi. Saya buat research dan nama gunung-gunung tu ialah Mount Ruapehu, Mount Tongariro and Mount Ngauruhoe.
Ini peta lokasi Wellesley Hotel, Motutaiko Island, Mount Ruapehu, Mount Tongariro and Mount Ngauruhoe.
Boleh nampak Motutaiko Island, tapi gunung-gunung tu tak berapa nampak mungkin sebab kabus.
Di tepi tasik ini ada pantai dan kawasan yang luas sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti swimming, jogging, walking, walking the dog or simply lepak-lepak dan berkelah.
Memang cantik sungguh pemandangan di sini.
Ada penduduk Taupo yang sedang sun bathing and swimming.
Snoozing under a tree by the lake.
Kawasan ini dinamakan Taupo Lakefront Reserve.
Ok, itu je foto-foto for now. Tengok jam lambat lagi nak sunset. Now balik bilik dulu, masa nak sunset plan nak keluar semula to take sunset photos pulak.
Then Haziq hantar ke bilik kami sarapan untuk esok pagi sebab hotel ni tak sediakan breakfast. Tu dia... dengan a big loaf of bread plus Boysenberry jam, 6 ketul chocolate muffins, sebotol susu dan a 1 litre carton of apple and nectarine juice. Ni untuk kami berdua ni, bukan untuk kami semua 6 orang! Dah gitu bajet sarapannya kata Haziq.. hehe.
Apa-apa pun, syukur Alhamdulillah.
Haziq juga hantar sekali dinner kami untuk malam tu, nasi briyani dari sebuah restoran yang bernama Master of India. Ada pilihan ayam dan kambing.
And it was very delicious, albeit a bit too spicy for me. As usual, portion nya besar sungguh. Gigih kami nak habiskan.. hehe. Syukur Alhamdulillah.
Maghrib pukul 8:27 malam hari tu di Taupo. So a few minutes before 8, saya pun keluar semula ke tepi Tasik Taupo. My wife tak ikut sama, letih katanya.
Masih terang lagi. Remang senja.
So I sat there, on one of the benches and just watch the sunset.
Absolutely glorious! SubhanAllah.
Nampak kelam-kelam je Motutaiko Island dan gunung-gunung, Ruapehu, Tongariro dan Ngauruhoe. So la cantiknya!
Lokasi where I sat (Wellesley Hotel), Motutaiko Island, Mount Ruapehu, Mount Tongariro and Mount Ngauruhoe.
Dapat juga saksikan keindahan ray of light waktu senja.
Oh ya, fyi, masa ni dah mula sejuk. Tambah berangin lagi di tepi tasik ni. So I had to zip my jacket all the way up.. hehe.
Menyaksikan keindahan matahari terbenam dari Tapuaeharuru Bay of the Taupo Lake ini for me has got to be one of the highlight of our North Island, New Zealand trip. Alhamdulillah.
Cantik pulak bunga-bunga kecil tepi jalan warna ungu ni.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
cantiknya view. Sir if you dont mind sharing.. guna camera apa ya ? the pics r all so good. ke ada special lense ? hihi..
ReplyDeleteim so in untuk all the delicious juices kat sana. memang suka sangat nak membeli dan cuba. not that coffee or hot choc nye type of person. hihi.. hari2 kalau tengok view cantik tasik tu pun x apa. tenang nyaa lahai..
Tak de pakai lens Cik Siti. Saya pakai compact camera cap Canon. Kalau nak tahu lebih lanjut ttg kamera tu, Cik Siti email saya ya.
DeleteCik Siti sama la macam isteri saya. Dia pun suka juices. Apple + nectarine juice tu tak pernah kami rasa sebelum ni, sungguh la sedap! Even yg ada biasa kami minum like tropical fruit drink (cap Keri) dan Peach Ice Tea (cap Lipton) pun sedap :).
Mmg betul tenang dok kat bench tepi tasik tu. Sungguh pun betul2 tepi jalanraya, tapi tenang je tak de hingar bingar traffic since kereta tak byk di situ. And at times I was there all alone, not a single soul around and not even a car passing by. Yg ada cuma saya dan tasik, di sapa angin sejuk nyaman, sambil langit dihiasi sunset...enveloped in tranquility... Alhamdulillah... Aaa... I really missed that place...
beautiful ray of light en syed!!!
ReplyDeletesubhanAllah
sejuk masa tu ?
siang nya tak berapa sejuk kan?
ada nampak water activities tak kat tasik ni ?
Kan. Mula2 tak berapa nampak RoL tu, then muncul! Needless to say I got super excited la.. hehe
DeleteYes, towards malam suhu mula drop ke belas-belas degrees.
Siang just nice, and even at times panas macam di Malaysia.
Masa saya di tasik tu tak nampak sebarang water activities melainkan people swimming. Tapi situ boleh berkayak, stand-up paddleboard, waterski or wakeboard, or windsurf and parasailing. Also ada fishing charters, sailing and scenic cruises.