Monday, March 11, 2019

NEW ZEALAND - NORTH ISLAND - DAY 04 - PART 02 - TE PUIA - PART 01

"He tātai whetū ki te rangi, ko te ira tangata ki te whenua".
Like the myriad of stars in the heavens, so is the essence of mankind spread across the land.
Māori Proverbs

Yes, dalam entry ini ada cerita pasal orang Maori hence the proverb.

Ok, kita sambung cerita Day 04 - Part 02 pula.

Seterusnya kami akan ke Te Puia yang merupakan pusat budaya Maori dan geothermal New Zealand. 

On the way tu ternampak bungy jumping. Haa... kalau nak bungy jump di Rotorua ni pun ada, di Velocity Valley Adventure Park tu. Tingginya 43 meter. Satu lompat kena bayar NZD129 (RM357) seorang. Kalau lompat berdua pun caj sama untuk seorang. Berat kena minimum 35 kg dan maximum 150 kg provided can fit their safety harness la. Kalau lompat berdua, combine weight max 200 kg. Also rules di situ, kalau last-last tak jadi lompat (sebab gemuruh, gugup kencang, hyperventilating, sakit perut nak pergi toilet, finally come to your senses, teringatkan anak bini, takut if cedera terfikirkan hospital bills; oleh sebab itu takut terlepas flight (fyi Air Asia dah tak terbang ke Auckland so tak ada dah tiket murah) and hari Isnin dah nak masuk office - banyak reports dah nak due.. etc etc - banyaknya alasan.. hehehe), it's ok, you don't have to jump. Tapi no refund, ok. Haa.. ada berani? Saya tak berani sebab memang takut height. Also cajnya pun jenis yang perlukan tahap keberanian tinggi. Plus banyak lagi sebab lain 😊. 

Haa.. baru la nak nampak banyak kereta. Tapi tak banyak mana pun especially considering masa ni nak dekat pukul 12 tengahari.

Papan iklan New Zealand Ocean Swim Series
🔵 We’ve been creating incredible ocean swim experiences for 12 years, all around New Zealand. Whether you’re a seasoned salt water specialist or dipping your toe in the water for the first time, we’re the ocean swimming experts.
🔵 From 500m to 5km swims, three swims for kids and even the brand new Amphibian swim-run events, you are sure to find an event and experience that’s right for you. 
Source: oceanswim.co.nz

Ini adalah Rotorua Golf Club, Whakarewarewa, Rotorua. It is New Zealand's only Geothermal Golf Course.

Menuju ke Te Puia. Te puia ni terkenal dengan geysernya iaitu Pōhutu geyser.

Tiba di Te Puia.

Te Puia merangkumi 70 hektar kawasan Te Whakarewarewa Geothermal Valley yang bersejarah di Rotorua. Di Te Puia ini ada the world famous Pōhutu geyser, kolam lumpur, mata air panas dan formasi silika. Juga ada burung Kiwi dan institut kebangsaan ukiran kayu, tenunan, ukiran batu dan tulang. Semua ini menjadi kebanggaan orang Maori yang telah dikongsi with the public sejak lebih 170 tahun dahulu. 

Ok, saya cerita sikit tentang orang Maori dahulu sebelum masuk ke Te Puia. 

Te Arawa ('Teh-a-rah-wah') adalah orang tempatan di kawasan sekitar Tasik Rotorua. Setelah berpindah dari Polynesia dengan canoe sekitar 700 tahun lalu, mereka meneroka dataran gunung berapi New Zealand dan memanfaatkan sumber-sumber geothermal yang banyak yang terdapat di kawasan itu. 

Dalam tradisi Te Arawa, Tamatekapua dan saudara-mara beliau keluar berlayar untuk ke New Zealand dari Hawaiki dengan sebuah double-hulled canoe. Selepas seekor jerung menyelamatkan mereka daripada dimakan oleh seekor makhluk laut yang besar, mereka menamakan semula canoe mereka sebagai Te Arawa, iaitu nama sejenis spesis ikan jerung.  
Māori migration canoes - Te Arawa.

Suku Te Arawa pada hari ini adalah gabungan dari Māori iwi dan hapu yang terdiri dari suku kaum Ngāti Pikiao, Tūhourangi dan Ngāti Whakaue. Ada seramai 40,000 orang Maori yang tinggal di kawasan Rotorua dan Bay of Plenty. Hari ini orang Māori di sini membentuk 14% dari total penduduk. Sejarah, bahasa dan tradisi mereka adalah identiti New Zealand.

Ok jom masuk ke cultural center ini.

Entrance Te Puia.

Dekat pintu masuk ke pusat kebudayaan ini ada sebuah Gateway (Whatitoka Waharoa). 

Ada info tentang gateway ini.


Information about Gateway (Whatitoka Waharoa). Waharoa ini dipasang di pintu-pintu masuk ke perkampungan Maori yang dipanggil Pa.

The intricate carvings of a Whatitoka Waharoa.

Kia Ora, Welcome to Te Puia. 

Di Te Puia ada banyak tempat yang kita boleh lawat. Jadi kami plan untuk tengok the Kapa Haka Performance di ❼(Rotowhio marae), lepas tu ke ❶ untuk join free guided tour yang akan bawa kami ke ❺ (Carving and Weaving Schools). Then guided tour akan ke kawasan geysers di ⓬ dan ⓮. Lepas tu ke ❾ (Kiwi House). Lepas tu selesai la lawatan kami di Te Puia ni.

Kalau pening nak decide yang mana satu nak lawat, boleh la refer to 'The Top Picks' ini.  


Sebelum ke NZ ni kami dah pun request travel agent to book the tickets for us. Then di sini with the booking confirmation printout Haziq tolong belikan the tickets di kaunters ini.

Ada beberapa package yang boleh dipilih oleh pelawat. Kami pilih yang ini. 

Kami tak pilih yang ini sebab they are either with 'Evening Experience' or tak ada Maori Cultural Show.

As usual, saya share the pamphlets. 

I must admit yang kami berdua sangat teruja nak ke Te Puia ni sebab kelainannya, lain dari yang pernah kami alami dalam percutian kami sebelum ini.

Such wonderful information.


The packages.


Kami akan ke Whakarewarewa geyser terrace, Pōhutu geyser dan mud pool. 


Juga akan ke Kiwi House.


"Inā kei te mohio koe ko wai koe, I anga mai koe i hea, kei te mohio koe. Kei te anga atu ki hea".
If you know who you are and where you are from, then you will know where you are going.
Maori proverb.

Ini tiketnya. Jom masuk.

Masuk saja di entrance kita akan nampak Heketanga-ā-Rangi, yang bermaksud 'Heavenly Origins'. Ia adalah karya seni Māori kontemporari yang diilhamkan oleh alam rohani yang berlainan dalam budaya Te Arawa yang menggabungkan ukiran, patung dan hiasan.

Info tentang Heketanga-ā-Rangi dari pamphlets. Ada 12 ukiran representing the spiritual guardian of Te Arawa tribe.

Batu yang ada di tengah art work ini melambangkan bumi dan 'mauri'nya (mauri bermaksud life force) yang orang Maori percaya wujud dalam semua makhluk hidup.

Karya seni yang mengagumkan ini menggabungkan seni Maori tradisional dengan contemporary sculpture untuk menceritakan kisah penciptaan Maori.

About the carvings of the 12 spiritual guardians of the Te Arawa tribe. 

Ok, let's have a look at each of them. Perhatikan bukan sahaja ukiran muka spiritual guardians ni tapi juga the cloak (kākahu) yang melambangkan karektor mereka dan alam spiritual atau fizikal yang mereka lindungi.

Ini Tāne: god of the forests. 


Tūmatauenga: god of man / god of war.


Rongo-mā-Tāne: god of cultivated plants, especially kūmara, a vital crop.


Haumia: god of natural food.


Tāwhirimātea: god of natural elements.


Tangaroa: god of sea, lakes and rivers. 


Rūaumoko: god of volcanoes and earthquake.


Pūhaorangi: According to Māori mythology, Pūhaorangi is a celestial being who descended from the heavens to sleep with the beautiful maiden Te Kuraimonoa. From this union came the revered ancestor Ohomairangi. Pūhaorangi is a powerful celestial deity associated with the cosmic halo and was the protector of Rangiatea which is the name of the house of the Creator in the heavens.


Whiro: god of all things evil.


Rehua: god who resided in the eleventh heaven.


Urutengangana: god of light.


Mareikura: Supreme Goddesses of the Twelfth Heaven. The Twelfth Heaven is all Female and the Highest of all the Spiritual Realms. 


Info di atas ada pada plak yang diletak di tepi ukiran patung di setiap tiang.



Pada puncak tiang-tiang artwork in juga ada ukiran muka-muka the spiritual guardians.


Haa.. kan... tu baru cerita masuk entrance Te Puia ni.. hehe.

Berpandukan peta Te Puia ni kami pun terus mencari lokasi nombor  ❼  iaitu Rotowhio marae, tempat Kapa Haka Performance akan diadakan. 

We passed through this big seating area yang juga tempat makan/minum. Food and drinks boleh beli di cafes di sebelah. 

The cafes. 

Menggantung Tanglung sempena perayaan Tahun Baru Cina. I suppose Te Puia ni ramai dilawat oleh pelancong dari China, hence the CNY decorations. Then I found out, per below info dari Tepuia.com, dijangka 30 ribu pelancong dari China dan Korea akan datang ke NZ dan akan ke Te Puia yang sememangnya salah satu destinasi mesti lawat kerana ia pusat kebudayaan orang Maori. Kalau 30 ribu pelancong tu ambik pakej macam kami, dengan harga pakej itu, that will translate into NZD2.1 million! Haa.. mau tak gobsmacked! So the least Te Puia can do is gantung la the lanterns. 
🔴 Red lanterns adorn Te Puia’s entrance in celebration of the Chinese and Korean Spring Festival, also known as the Chinese New Year, which runs from 28 January to 11 February.
🔴 Chinese and Korean people all over the world are celebrating the Spring Festival, with half a billion Chinese estimated to travel, either at home or overseas, during the two-week holiday period, resulting in the largest seasonal human migration in the world.
🔴 Tourism officials are expecting about 30,000 to come to New Zealand.
🔷 Source: tepuia.com

Sampai di gerbang masuk yang cantik berukir ke kawasan Rotowhio marae. 

Dalam kawasan Rotowhio marae ini ada kawasan padang yang merupakan tempat tetamu berkumpul dan disambut. Di sini adalah tempat persembahan dimulakan. 

Dalam kawasan Rotowhio marae ini juga ada 3 binaan: 
🔷 2 bangunan meeting houses (wharenui) yang dpanggil Te Whare Wananga-a-Hatupatu (House of Learning - Hatupatu) dan Te Aronui-a-rua (main meeting house).
🔷 Pataka (elevated storehouse).

Pada wang kertas 50 dollar New Zealand ada gambar Maori meeting house.

Bahagian luar bangunan Te Aronui-a-rua ini cantik dihias dengan ukiran tradisional orang Maori. Rumah pertemuan yang besar ini telah dibina antara tahun 1967 dan 1981 oleh pelajar dan graduan sekolah ukiran Te Puia. Ini adalah penghormatan yang besar bagi mereka yang terlibat, kerana mengukir untuk sebuah rumah pertemuan suci ini dianggap sebagai puncak kerjaya.

Rumah pertemuan biasanya dinamakan sempena nenek moyang suku tetapi kerana sekolah ukiran Te Puia merangkumi semua puak New Zealand, ia dinamakan sempena 'basket of knowledge' dalam kepercayaan Māori.

Seperti bahagian luarnya, bahagian dalam Te Aronui-ā-rua ini juga mempunyai ukiran yang menakjubkan, panel yang dihias dengan ukiran yang rumit dan tenunan yang hebat. 

Memang kebiasaannya struktur tradisional dan banyak objek yang dipaparkan dalam kehidupan orang Maori setiap hari diliputi dalam dekorasi hiasan yang berukir.

Seni ukiran kayu orang Maori dipanggil 'whakairo rakau' dengan tumpuan diberikan kepada penggunaan pelbagai jenis kayu asli, terutamanya kayu dari pokok gergasi hutan New Zealand iaitu kauri dan totara.

Memerlukan kesabaran, ketekunan dan intuisi pada bahan organik yang digunakan, 'whakairo rakau' adalah lebih daripada keingintahuan sejarah di New Zealand, ia adalah kemahiran yang berterusan diasah sebagai penghormatan pada warisan mereka dan untuk membawa pengetahuan yang dipelajari kepada generasi akan datang. 

Since Kapa Haka Performance belum mula lagi, maka saya pun pergi explore the smaller meeting house di sebelah iaitu Te Whare Wānanga a Hātūpatu.

Information on House of Learning - Hatupatu - Te Whare Wānanga a Hātūpatu.

Jom masuk dalam. Whare wānanga (‘wah-nung-a’) adalah sebuah rumah pembelajaran. 
Seorang lelaki Maori membuat bakul. Tapi kelihatannya begitu sibuk dengan handphone dia. May be he was on a break or have very urgent matter.

Ia dibina supaya sejarah, cerita dan whakapapa (genealogical links) orang Maori dapat diteruskan ke generasi masa depan. 

Ada juga on display gambar-gambar lama wanita Maori. Saya sangat la suka tengok foto-foto lama macam ni. Wanita-wanita ini pastinya dari kalangan bangsawan/berstatus di dalam kaum mereka kerana bertattoo seperti mereka ini dibenarkan dibuat hanya oleh mereka dari upper class.

Te Whare Wānanga a Hātūpatu dibina pada tahun 1901 dan merupakan sebahagian daripada 1906 New Zealand International Exhibition yang diadakan di Christchurch. 

🔵 Wanita Maori foto kiri memakai hiasan rambut bulu burung Huia.
🔵 Burung Huia sudah pupus kerana bulu-bulunya sangat berharga pada orang Māori dan Pākehā. Burung Huia mempunyai 12 bulu ekor berwarna hitam dengan hujung berwarna putih. Ini boleh dipakai secara tunggal, atau kesemuanya. Ada direkodkan bahawa bulu burung huia ini telah digunakan pada zaman purba untuk membuat a special kind of war headdress. Bulu Huia begitu berharga sampaikan kotak yang diukir khas (dipanggil waka huia) dibuat untuk menyimpannya dengan selamat.

Inilah burung Huia.

Rumah ini dinamakan sempena Hātūpatu. Hātūpatu adalah salah seorang peneroka Te Arawa yang telah yang meninggalkan tanah air asalnya Hawaiki untuk mencari tempat tinggal baru. Setelah menemui New Zealand, Hātūpatu menjadikan Maketū di Bay of Plenty sebagai penempatan barunya. 

Ada seorang wanita Maori di sini yang membuat pakaian tradisional Maori menggunakan harakeke which is a New Zealand Flax, sejenis daun yang darinya serat tekstil diperbuat. Yang digantung di dinding (on the right) ialah sejenis skirt yang dipanggil piupiu yang dibuat dari harakeke.

Hātūpatu jadi terkenal kerana telah memenangi banyak pertempuran, termasuk pertempurannya dengan wanita burung ajaib, Kurangaituku.

Foto-foto lama wanita Maori.

Magical bird-woman? Gini ceritanya. Pada suatu hari ketika Hātūpatu berada di dalam hutan, dia ditangkap dan dipenjarakan oleh seorang wanita bersaiz sebesar pokok, berkuku panjang dan tangannya bersayap. 

Pakaian tradisional orang Maori yang dibuat dari harakeke (New Zealand flax)..

Hātūpatu kemudiannya berjaya melepaskan diri, mencuri taonga (harta) bird-woman itu dan memusnahkan sekali rumah bird-woman itu.  

Wanita Maori dalam foto kiri namanya Hera Rodgers. 

Marah dengan apa yang terjadi, bird-woman itu pun mengejar Hātūpatu ke Lembah Whakarewarewa tetapi dia tidak melompat melepasi kolam-kolam berapi yang ada di lembah itu seperti yang dilakukan oleh Hātūpatu, maka bird-woman itu pun mati terbakar.


Hanya mereka yang berkedudukan sosial yang baik sahaja yang boleh bertattoo. Yang low class dan slaves tidak dibenarkan bertattoo. Dan bagi wanita tattoo placement adalah pada dagu, bibir dan hidung.
Wanita Maori foto kanan namanya Riripeti Horne. Dia memakai pakaian yang dibuat dari bulu burung kiwi.


Lelaki Maori foto kanan namanya Te Mango Ratema.

Ok dah tiba masanya untuk menonton Kapa Haka Performance. Seni persembahan atau kapa haka ini menggabungkan nyanyian berharmoni, tarian berirama dan tarian perang Māori yang ferocious yang dipanggil haka.

Penonton/tetamu semua dijemput ke padang di depan bangunan Te Aronui-ā-rua dan berdiri di belakang tali pengadang ni. Pak cik duduk ya, letih nak berdiri lama-lama.. hehe. 

Then datang salah seorang performer, traditionally one of the lady elders, menyambut kedatangan para tetamu dengan ucapan 'Kia Ora!' yang bermaksud 'Hello!', satu ucapan santai, juga boleh diucapkan for cheers, good luck or best wishes. 

Memang sudah sejak zaman nenek moyang mereka, orang Maori apabila ada orang datang melawat, mereka akan memberikan layanan dan penghormatan pada para tetamu. Dan di Te Puia, ia adalah sebahagian daripada budaya mereka untuk mengalu-alukan, memberi makan, menghiburkan tetamu, melayan tetamu seperti sebahagian daripada keluarga mereka. Tapi dalam pakej kami ni tak ada la jamuan. 

Kemudian the lady host selepas memberi penerangan tentang budaya sambutan tetamu, minta seorang volunteer untuk mewakili kumpulan kami (tetamu). A guy, Luke dari Idaho, USA menawarkan diri menjadi penghulu kami. Sebagai penghulu kepada tetamu yang datang, Chief Luke diajar tentang adat datang bertamu.

Kemudian pōwhiri dimulakan dengan satu cabaran. Pōwhiri biasanya bermula di luar marae dengan wero (cabaran). 

Seorang pahlawan dari tangata whenua (tuan rumah) akan mencabar manuhiri (tetamu), memeriksa untuk melihat apakah yang datang itu kawan atau musuh. 

Warrior ini juga membawa taiaha, sejenis senjata seperti tombak. 


Kemudian pahlawan ini akan meletakkan tanda - seringkali ranting kecil - untuk chief pelawat mengambilnya sebagai simbol kedatangan dia and his entourage itu adalah bertujuan baik. 






Hah! Dapat pun satu shot jelir lidah.. hehe. Secara tradisinya, menjellir lidah ini bertujuan untuk mengalu-alukan pelawat, tetapi juga untuk menunjukkan kekuatan dan kesediaan mereka untuk bertarung sekiranya pengunjung membuat keputusan untuk menyerang.

Kemudian the lady host dari pihak tuan rumah akan melakukan karanga (panggilan) ke manuhiri (tetamu). Inilah isyarat para pengunjung untuk bergerak masuk ke marae. Pelawat berjalan ke marae dalam satu kumpulan, perlahan-lahan dan diam-diam. Kalau ikut tradisi mereka, masa berjalan masuk ke kawasan marae ni, wanita akan berada di depan lelaki dengan diikuti dengan mereka berhenti sejenak untuk mengingati nenek moyang mereka.

Sebelum masuk ke dewan, kami dipersembahkan dengan sebuah tarian dengan iringan nyanyian.









Selesai sahaja tarian dan nyanyian, kedengaran bunyi horn/trumpet dari salah seorang penari tadi yang meniup Pūtātara sejenis alat musik Maori yang merupakan conch shell sebagai seruan menjemput para tetamu masuk ke dalam bangunan Te Aronui-ā-rua.

Ok, jom masuk. Panas di luar ni. Dalam tu ada air-con.. hehe.

Kemudian semua tetamu masuk ke dalam bangunan Te Aronui-ā-rua diketuai oleh Chief Luke. Setelah semua duduk, ikut tradisi mereka, diteruskan dengan whaikōrero (ucapan selamat datang), ucapan dan waiata (lagu) dinyanyikan. 


Dan diakhiri dengan hongi - press noses together in a traditional Māori greeting, antara Chief Luke dan lelaki elders dari pihak tuan rumah. Masa acara ucapan, nyanyian dan hongi ini, tetamu tidak dibenarkan ambil gambar atau merakam video. Jadi ni saya letak gambar hongi dari website Te Puia di sini.

Di rumah saya selalu ber'hongi' dengan Tam Tam 😊. 

Dan barulah mula nyanyian dan tarian yang dipesembahkan dalam suasana setting yang cukup menarik, dikelilingi ukiran orang Maori yang indah. Kapa haka adalah istilah untuk seni pertunjukan Māori dan bermaksud secara literal membentuk barisan (kapa) dan tarian (haka). Ia melibatkan kombinasi lagu, tarian dan nyanyian yang emotional and powerful. Kapa haka dilakukan oleh kumpulan kebudayaan di marae, di sekolah, dan semasa acara dan perayaan khas.

Dimulakan dengan waiata tira (warm-up song).

Dalam menyampaikan sesebuah lagu, lirik nyanyian biasanya disertai dengan pergerakan tangan simbolik. Penari-penari flutter their hands, gerakan yang dipanggil 'wiri', yang menggambarkan shimmering waters, heat waves or a breeze moving the leaves of a tree. Persembahan juga diiringi dengan gitar yang dimainkan dalam pelbagai rentak bergantung pada konteks lagu dan persembahan.

Next, tarian Rākau di mana penari menggunakan rākau (batang kayu) seperti dalam permainan. 

Rākau terpendek dipanggil tītītōrea digunakan dalam permainan ini. Panjangnya kira-kira panjang lengan.

Batang-batang kayu ini dipukul bersama mengikut rentak musik dan dilempar dan ditangkap sesama penari.


Makin lama tahap kesukaran dan kelajuan batang-batang kayu itu dipukul bersama dan dilontar makin meningkat as the music progressed.

Matlamatnya adalah untuk teruskan permainan ini selama mungkin tanpa menjatuhkan batang-batang kayu itu.




Next, persembahan berduet lagu 'Pokarekare Ana' tentang kisah percintaan legenda antara Hinemoa and Tutanekai, which I already wrote in my Lake Rotorua entry. Diiring dengan petikan gitar ala romantik dan syahdu. 


And then this guy started singing. Suara dia macam penyanyi opera! Booming, musculine yet tender and heartfelt, eventhough he was holding a spear like that.. hehe. 

Such a beautiful love song, sung so very beautifully together. Dan dinyanyikan secara live begini made it so much more heartfelt. It really touched my heart I almost teared up walau pun tak satu patah perkataan pun yang saya faham. Yeah, ok so I'm emotionally like that.. hehe. 

And the female voice was so beautiful I felt her emotions, like she was sad then happy after finally able to be with her man. 

Susah nak describe how wonderful this performance was. Urghh.. you just had to be there. Anyway, I share the videos di bawah yang sempat dirakam, bits and pieces of several performances, in one 4-minutes plus video, including this duet. The videos are not good and shaky, but they'll do.. hehe. 

Love the chemistry 😊. 

I was totally not expecting such a tender love songs dalam Kapa Haka performance ni. So it was such a nice surprise. I thought there'll only be a lot of mata terbeliak, lidah terjelir, feet stomping dan thigh slapping... hehe.  

Persembahan yang seterusnya dipanggil 'Poi' di mana penari-penari wanita memutar 2 'poi' atau bola putih bertali secara bersama-sama. 

Perubahan arah secara laju setiap penari dilakukan dengan memukul bola pada tangan atau bahagian badan yang lain, dan bunyinya menghasil satu irama. 


Penari Poi biasanya adalah wanita dan kemahiran persembahan mereka akan menggambarkan a sense of grace, beauty and charm.

Next, tarian Haka, sebuah tarian perang atau ceremonial dance or challenge. Ia disampaikan dengan nyanyian kuat, gerakan tangan yang tangkas, hentakan kaki dan pukulan paha. "A message of the soul expressed by posture and words.”

Walaupun biasanya dikaitkan dengan persiapan perang tradisi oleh pahlawan lelaki, haka boleh juga dipersembahkan oleh kedua-dua lelaki dan wanita. Beberapa variasi tarian ini juga dipersembahkan di social functions dalam budaya Māori. Haka dibuat untuk mengalu-alukan tetamu yang terhormat, meraikan kejayaan, memeriahkan majlis dan ketika pengkebumian.

The performers boleh menggunakan senjata tradisional, seperti taiaha (senjata seperti tombak) dan patu (belantan) ke dalam persembahan haka mereka. 

Mula-mula ditunjukkan kemahiran mereka menggunakan senjata disamping pergerakan-pergerakan pertempuran melawan musuh. 

Di sini ditunjukkan mereka menggunakan Taiaha yang rupanya seperti tombak. 

Taiaha adalah salah satu senjata yang digunakan oleh orang Maori pra-Eropah, dan ia bersamaan dengan quarter staff (a pole weapon). 

Senjata ini adalah "weapon of authority", yang digunakan ketika menyerang dan mempertahankan diri. 

Pada leher Taiaha ada tufts (bulu putih) bertujuan untuk mengelirukan perhatian pihak lawan ketika bertarung.

Peperangan Maori hampir selalunya adalah hand-to-hand combat dan ia merupakan aktiviti utama bagi orang Maori. 

Latihan peperangan adalah aktiviti penuh emosi dan berat, tetapi ia juga penuh dengan ceremony and ritual di sepanjang prosesnya. 

Terdapat banyak insentif-insentif utama untuk berperang bagi orang Maori, dan sebahagian daripadanya termasuk perhambaan, makanan dan tanah. 

Terdapat juga motif dendam, yang merupakan insentif untuk kebanyakkan orang Maori.





Tangan, kaki, badan, suara, mata dan lidah semua memainkan peranan untuk mengekspresikan sesuatu maksud seperti cabaran, alu-aluan, penentangan dan kegembiraan. 

Ekspresi sedemikian adalah penuh berdisiplin, namun beremosi.  

Lebih daripada aspek lain dalam budaya Maori, tarian yang kompleks ini merupakan ekspresi semangat dan identiti bangsa.

Dalam persembahan Haka, Pūkana atau ekspresi muka merupakan aspek penting dalam persembahan ini untuk memberi penekanan pada maksud lagu atau haka yang dipersembahkan while demonstrating the performer’s ferocity or passion. 

Bagi penari wanita, pūkana melibatkan membeliakkan mata, menutup mata pada saat-saat tertentu (dipanggil potete) dan jutting out dagu bertattoo mereka. 


Bagi yang lelaki, mereka juga membeliakkan mata dan menjelirkan lidah (dipanggil whetero) atau menunjukkan gigi. 

Walaupun ekspresi-ekspresi ini seperti menakutkan, mereka tidak semestinya tanda keganasan, tetapi juga untuk menunjukkan emosi yang kuat dan mendalam.




Facial expressions yang melibatkan membeliakkan mata dan menjelirkan lidah  atau menunjukkan gigi.

Di penghujung persembahan semua penonton diminta berdiri dan diajar beberapa gerak tangan dan badan tarian orang Maori. It was fun. I think I nailed them quite nicely if I may say so myself.. hehe. Nope, no video of proof though, you just have to believe I was rather excellent.. haha. 


Dan Kapa Haka ini diakhiri dengan whakawātea (closing song).

So ok, for me this performance alone is reason enough to go visit Te Puia walaupun tak mahu nak pergi ke attractions lain yang ada di Te Puia ni. Not to be missed. In fact I believe kalau dah ke NZ ni, elok see this performance kerana ini adalah salah satu cabang budaya mereka. Kapa Haka ni bukan ada di Te Puia ni sahaja malah ada juga di Maori Villages yang lain di Rotorua. Cuma kalau di Te Puia ni, pelawat boleh lawat sekali the geysers dan lain-lain attractions.

Ok, in kompilasi videos performance ini yang sempat dirakam. Shaky and horrible zooming and panning.. hehe. Tak reti pak cik nak video-video ni.. hehe.


Pasukan ragbi terkenal 'All Blacks' melakukan haka mereka sebelum setiap perlawanan. New Zealand sports teams yang melakukan haka sebelum perlawanan antarabangsa mereka menjadikan haka lebih dikenali di seluruh dunia. Tradisi ini bermula dengan 1888–89 New Zealand Native football team tour dan telah diteruskan oleh New Zealand rugby union team ("All Blacks") sejak tahun 1905. So I insert a video of the All Blacks Haka here also lah.


Terlanjur cerita pasal orang Maori, I thought it'd be nice to cerita sikit pasal their tattoos also. I find them very intriguing.

"Wearing ink indicates to the world that you are one tough, mean, incredibly invincible human being. But it's also about the aesthetic: a well conformed body with good ink is really attractive."
Ngahuia Te Awekotuku, a Maori woman who wears moko

I had always been fascinated with the Maori tattoos more because of the intricate designs and what they symbolize. Memang la gerun bila baca pasal cara mereka buat tattoo ni especially cara tradisional mereka, tapi the end results are incredibly unique and fascinating.

Reka bentuk tatu Māori pada muka atau badan dipanggil 'ta moko' dan pada badan dan lengan pula dipanggil 'kiri tuhi'. Sebelum kedatangan orang Eropah, ta moko dibuat dengan cara tradisional menggunakan pahat yang dibuat dari tulang albatross (spesis burung laut yang besar), tulang tajam, batu tajam atau gigi jerung.

Diperkenal oleh Polynesians, membuat tatu adalah sesuatu yang sangat suci dan merupakan upacara penuh adat bagi orang Maori. Walaupun sekarang tatu adalah suatu perkara yang sudah sangat biasa, di kalangan ramai Maori ia masih merupakan sebahagian besar dari identiti budaya mereka dan aspek yang sangat penting dalam kehidupan mereka - a rite of passage.

Hari ini, ta moko sedang mengalami kebangkitan, baik dalam bentuk tradisional mahu pun moden. Ta moko adalah milik orang Māori, dibuat hanya oleh orang Māori dan kepada orang Māori. Bila reka bentuk Māori digunakan untuk alasan estetik, tanpa sebarang kepentingan tradisi, ia dianggap sebagai 'skin art'.

Dan tentu sekali cerita tatu orang Maori saya ini tidak lengkap jika tiada cerita mitosnya. 

Ok, begini kisahnya... sumber dari: teara.govt.nz

According to legend, Mataora, a rangatira who lived in Te Ao Tūroa (the natural world), married a tūrehu (spirit) named Niwareka, from Rarohenga (the underworld). 

One day he struck Niwareka across the face in a rage. She fled back to her homeland, as domestic violence was unheard of in Rarohenga. Mataora, overcome by guilt and love, set off to find her.

In Rarohenga he met Niwareka’s father, Uetonga, a rangatira descended from Rūaumoko, and a specialist in tā moko. Mataora was intrigued, for in his world moko was a temporary application of designs on the face. This form of adornment was termed ‘whakairo tuhi’ or ‘hopara makaurangi’, and used soot, blue clay or red ochre. Uetonga wiped his son-in-law's face to show the worthlessness of a temporary tattoo.

Mataora asked if Uetonga would apply moko to his face. The pain of the process was almost unbearable and as a consequence Mataora began to chant to Niwareka.

Niwareka was summoned by her sister, but Mataora, blinded by the swelling caused by the tattoo, was unrecognisable to her. However, she identified the cloak she had woven for her husband, pitied him for his suffering and greeted him with tears.

When his moko healed, Mataora asked Niwareka to return with him to Te Ao Tūroa. He promised Uetonga that he would not harm his daughter again as the moko he was now wearing would not rub off. As a parting gift, Mataora was presented with the knowledge of tā moko.

Dalam tradisi Maori, tato dibuat untuk lelaki dan wanita, selalunya pada masa remaja, sebagai tanda mereka melalui tempoh transitif dalam kehidupan mereka. Tatu-tatu ini dianggap sebagai simbol status dan nilai individu. Pada masa dahulu, moko muka lelaki dianggap sebagai tanda dewasa dan pencapaian, juga a flattering adornment. 

Ia mencerminkan whakapapa (keturunan) dan sejarah peribadi individu. Pada zaman dahulu, ia adalah penanda penting dalam kedudukan sosial, pengetahuan, kemahiran dan kelayakan untuk berkahwin.

Pada lelaki Maori, tatu adalah pada muka, kaki dan punggung. Tatu wanita Maori pula pada bibir, dagu, belakang dan leher. Biasanya wajah lelaki ditatu dari dahi ke leher, mewujudkan kesan seperti topeng, melembutkan atau menguatkan ekspresi muka, dan mengesahkan kejantanan, kepahlawan atau kebijaksanaan.

Dan yang hebatnya, setiap seni tatu Maori ini unik dalam reka bentuk dan mustahil untuk mencari persamaan antara satu design tatu dengan yang lain.

Secara tradisinya, tatu Maori melambangkan kuasa, prestij dan status dan hanya orang berpengaruh dalam sesuatu masyarakat yang boleh membuat tatu di wajah dan badan mereka. Hanya orang yang mempunyai kedudukan sosial yang baik mampu membuat tatu dan golongan kelas rendah seperti hamba abdi tidak dibenarkan bertatu sebegitu. Tatu muka melambangkan kedudukan sosial, pencapaian dan keturunan leluhur lelaki dan ia adalah suatu bentuk penghinaan untuk tidak mempunyai tatu jika orang itu berpangkat tinggi.

Orang Maori selalu menganggap kepala adalah bahagian paling suci pada tubuh, jadi kepalalah yang paling biasa ditatu. Secara tradisinya, lelaki Maori akan mentatu seluruh muka mereka, sedangkan wanita akan hanya pada dagu, bibir dan hidung. Tatu ini bukan semata-mata hiasan. 

Tatu akan ditambah bila usia makin meningkat, memperolehi lebih prestij dan kuasa, mengalahkan musuh dan bertambah pangkat di kalangan suku atau masyarakat. Adalah dianggap sangat menghina jika tidak dapat mengenali kuasa dan kedudukan seseorang Maori dari mokonya.

Tatu muka lelaki Maori biasanya dibahagikan kepada lapan bahagian wajah:
1. Uirere (hapu rank) – the eyes and nose area
2. Taitoto (birth status) – the jaw
3. Ngakaipikirau (rank) – the center forehead area
4. Raurau (signature) – the area under the nose
5. Wairua (mana) – the chin
6. Ngunga (position) – around the brows
7. Taiohou (work) – the cheek area
8. Uma (first or second marriage) – the temples

Ta moko adalah proses yang panjang dan menyakitkan. Jadi ia dilakukan dengan iringan muzik seruling dan nyanyian puisi untuk membantu menenangkan orang yang sedang ditatu dan mengurangkan rasa sakit. Ada beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi oleh mereka yang ditatu mukanya. Contohnya, tidak boleh keintiman seksual dan makan solid food. Perlu menggunakan alat penyedut for the liquid food and water intake supaya tidak ada sebarang bahan kotor bersentuhan dengan kulit yang sedang luka dan bengkak. 
Source

As one venerable elder stated, more than a century ago, "Taia o moko, hei hoa matenga mou".
Inscribe yourself, so you have a friend in death.

Bersambung...  


No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. hehhehehhehe..
    sakit perut saya ketawa bila baca rules tu !!!!!!
    macam aku kenal je siapa yang paling sesuai dan kena dengan rules tu !!!!!!

    saya dok bandingkan wajah wajah spiritual guardians tu dengan emoji-emoji!
    nanyak yang sesuai dan kena !! :)

    :)) pakcik tu awal awal lagi dah chop tempat !! saya amat berharap yang pakcik tu akan kena pilih untuk volunteer .. tapi hampa ...

    apesal tak boleh ambik gambar /video masa hongi ?

    pandai depa pilih yang ganteng ganteng menari ya !! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah takut tu sejuta alasan boleh diberi kan.. hehehehe

      Yep, I suppose they must have modeled them with the existing ones, cuma guna their ukiran/kraf.

      Ehhh... mesti la. Nak duduk paling depan masa tu. Also best duduk sebab bayang orang lain yg berdiri meneduhkan saya.. hehehe...
      Volunteer? Boleh je tapi rugi la saya tak boleh nak ambik gambar. Sebab when you jadi cheif/rep for the group you kena serious and pay full attention to the ceremony.

      Sebab masa tu adalah dikira their sacred ceremony and must be respected. So cannot take photo/video.

      Hehehe... depa eye candy tu for the ladies kot.. hahaha...

      Delete