Kia hora te marino, Kia whakapapa pounamu te moana, kia tere te Kārohirohi i mua i tōu huarahi
May the calm be widespread, May the ocean glisten as greenstone, May the shimmer of light ever dance across your pathway
Māori proverb
Selepas menonton persembahan hebat Kapa Haka, kami pun bergegas ke lokasi Nombor ❶ dalam peta Te Puia ni iaitu ke tempat berkumpul untuk join one of the free guided tours. Walking tour ini akan bawa kami ke ❺ (Carving and Weaving Schools) dan ke kawasan geysers di ⓬ dan ⓮. Lepas tu ke ❾ (Kiwi House).
Berjalan ke lokasi ❶.
May the calm be widespread, May the ocean glisten as greenstone, May the shimmer of light ever dance across your pathway
Māori proverb
Selepas menonton persembahan hebat Kapa Haka, kami pun bergegas ke lokasi Nombor ❶ dalam peta Te Puia ni iaitu ke tempat berkumpul untuk join one of the free guided tours. Walking tour ini akan bawa kami ke ❺ (Carving and Weaving Schools) dan ke kawasan geysers di ⓬ dan ⓮. Lepas tu ke ❾ (Kiwi House).
Berjalan ke lokasi ❶.
Di tempat berkumpul ini ada satu info board dengan satu nama yang panjang; Te Whakarewarewatanga o te o pe taua a Wahiao yang bermaksud The War Dance of The War Parties of Wahiao. Inilah nama sebenar dalam bahasa Māori bagi kawasan Te Puia ini. Nama pendeknya ialah Whakarewarewa atau Whaka saja as the locals calls it.
Di Te Puia inilah letaknya tapak kubu Māori yang pertama diduduki sekitar 1325, dan dikenali sebagai kubu kuat yang tidak dapat ditembusi yang tidak pernah ditakluk dalam peperangan. Orang Māori telah tinggal di sini sejak itu, memanfaatkan sepenuhnya geothermal activity di lembah ini untuk pemanasan dan memasak.
Ini tour guide kami. Nama dia Te Rina. Masa dia explain nama tempat yang panjang ini, dia juga kata nama dia sendiri juga sebenarnya adalah panjang. Tak ingat dah kami nama panjang tu. Kata dia senang bila dipendekkan jadi Te Rina sahaja. She said orang Māori memang suka nama panjang-panjang.
Selain Te Rina, mak dia juga bekerja di Te Puia ni sejak 1986. 2 orang abang dia pun kerja di sini. Begitu juga 2 orang adik-adik dia. It was nice to see how Te Rina welcome all the group members and beri penerangan tentang tempat ini. Nampak dia begitu passionate and proud about this place, her and her people's place of heritage.
"And it's really because of our visitors that come into this place that we're able to keep our stories alive".
- Te Rina Rachael Anri West |
Ok jom kita mulakan walking tour.
Mula-mula kami dibawa ke New Zealand Māori Arts and Crafts Institute (NZMACI).
I thought it was quite a wonderful idea to have a place where not only heritage is preserved but also to allow visitors to witness them, all in one place. Having the chance to gain fascinating knowledge and insight about a community I knew nothing much about and to be able to experience their culture and heritage including their arts and crafts are, to me, such joyful and exciting prospects. In other words, exactly my cup of tea lah 😊.
Jalan menuju ke bangunan NZMACI ini ada beberapa patung ukiran kayu yang dibuat oleh students dari institut ini.
Jambatan ini dibarisi dengan patung ukiran Dewa Māori di kiri dan kanannya.
Let's have a look at them shall we.
Ue-tonga: the patron god of tattooing. |
Muri-ranga-whenua: a goddess or divine ancestress of Māui. |
Dalam banyak-banyak dewa yang ada di sini, kami diperkenalkan dengan Maui oleh Te Rina. Mengikut kepercayaan Orang Māori, Maui adalah seorang dewa yang licik dan banyak berjasa kepada manusia. Dia sebenarnya adalah seorang manusia yang dipelihara oleh dewa-dewa semenjak masih bayi lagi. Disebabkan hakikat ini, Maui sentiasa bersimpati kepada manusia. Dia diceritakan telah mencuri api dari kediaman para dewa untuk kegunaan manusia dan memancing keluar pulau-pulau dari lautan untuk dijadikan kediaman manusia. Maui turut diabadikan di dalam filem keluaran Disney yang bertajuk Moana.
Māui: the great culture hero and trickster in Polynesian mythology. |
Watak Maui dari filem Disney, "Moana."
Tāwhaki: a semi-supernatural being associated with lightning and thunder. |
Hinetuahoanga |
Wheri |
Berjalan masuk ke NZ Māori Arts and Crafts Institute.
New Zealand Māori Arts and Crafts Institute ini ditubuhkan pada tahun 1920-an untuk memelihara semua aspek budaya Māori.
Di Te Puia, institut seni ukiran batu dan tulang, ukiran kayu dan tenunan melatih pelajar seni yang berbakat dari sekitar New Zealand di bawah bimbingan pakar kraf.
Di National Stone and Bone Carving School, pelajar-pelajar menggunakan bahan asas seperti batu, tulang ikan paus dan pounamu (greenstone atau jade) dan menggunakan alat dan teknik kuno dan moden.
Pelajar-pelajar di institut ini berusia di antara 18-35 tahun dan berasal dari seluruh New Zealand.
Hanya pelajar berketurunan Māori atau mereka yang boleh membuktikan mempunyai pertalian darah keturunan Māori sahaja yang diterima belajar di sini dan mereka ditaja sepenuhnya dengan pemberian biasiswa.
While observing the carvings in progress, pelawat juga boleh membaca informasi yang disediakan.
Antara ornaments/adornments yang dibuat di sini ialah kapeu, kuru pounamu, hei matau, hei tiki dan pekapeka.
Di sekolah ini disediakan untuk pelajar-pelajar alat tukang dan perkakas mengukir moden dan tradisional.
Tekun membuat ukiran batu.
Jenis-jenis batu yang digunakan di National Stone and Bone Carving School ini termasuk onewa, pounamu, paraoa dan hoanga.
Let's have a closer look.
Upon request, pelawat juga boleh minta untuk melihat dengan lebih dekat ukiran yang dibuat.
Ini adalah some of the ornaments/adornments yang dihasil oleh pelajar-pelajar sekolah ini.
Mako yang dibuat dari batu jade.
Kapeu pendants are long and elegant and usually worn from the ear. Ia sangat berharga dan tanda high rank dalam masyarakat Māori.
Hei matau is an ornamental fish hook, a talisman for fishermen. Ia melambangkan kekuatan, keberuntungan dan perjalanan yang selamat di lautan.
Pekapeka means to duck and dive like a bat, which explains the ornament's shape.
It has been suggested that the pekapeka represents the native bat (also called pekapeka). However, it is also seen to represent two intertwined bird forms. |
Hei tiki are pendants in human form and probably the best known Māori adornment.
Hei tiki dibuat dari New Zealand nephrite jade.
Ini pula ialah tulang ikan paus yang juga digunakan untuk dibuat pelbagai ornaments/adirnments orang Māori. Tulang lembu juga ada digunakan.
Ini beberapa contoh ornaments yang dibuat dari tulang.
Aurei yang dibuat dari tulang ikan paus dan tulang lembu.
Hei tiki dan heru iwi.
Orang Māori memang sangat menjaga alam sekitar mereka kerana mereka percaya mereka telah diamanahkan oleh dewa mereka untuk menjaganya. Jadi tulang ikan paus yang digunakan hanyalah dari ikan paus yang sudah mati terdampar di pantai. Oleh itu tulang-tulang ikan paus ini dan ornaments/adornments yang dibuat dari tulang ikan paus adalah sangat berharga.
Seorang pelajar di institut ini sedang membuat design ukiran dinding. Terdapat buku digunakan sebagai rujukan oleh pelajar ini.
Let's have a closer look.
Ini ukiran dinding dari House of Hinematioro, seorang chief wanita dari suku Ngati Porou dari kurun ke 18.
Ukiran dinding dari House of Hinematioro (kiri), lukisan ukiran (tengah) dan ukiran dinding dari Te Whare Wananga-a-Hatupatu - House of Learning - Hatupatu (kanan).
Info tentang Spiritual value of ornaments.
Turut dipamerkan adalah clubs (belantan) Māori.
Wahaika adalah sejenis senjata tangan tradisional orang Māori. Ia adalah sebuah belantan pendek yang biasanya dibuat dari kayu atau tulang ikan paus. Namanya dapat diterjemahkan sebagai "mulut ikan".
Manaia adalah makhluk mitologi budaya Māori, dan merupakan motif umum dalam ukiran dan perhiasan Māori. Manaia biasanya digambarkan sebagai mempunyai kepala burung, ekor ikan dan badan manusia. Kadang-kadang digambarkan sebagai burung, ular, atau manusia dalam profil.
Wahaika boleh dibuat menggunakan acuan. Manaia pula dibuat dari jade atau greenstone.
Membuat arts and crafts menggunakan acuan-acuan dan bahan seperti resin.
Innovative materials like resin is also used.
Wahaika yang dibuat dari resin.
Ini pula ialah māripi atau pisau.
Ngā māripi dibuat dari kayu dan gigi ikan jerung untuk memotong daging ikan paus dan ikan jerung. Manakala māripi tuatini ialah sejenis pisau adat yang digunakan untuk memotong human flesh.
Seterusnya kami masuk ke bahagian The National Wood Carving School (Te Wānanga Whakairo Rākau o Aotearoa).
The work floor of the carving school. Laluan pelawat-pelawat adalah di sebelah kanan atas dalam foto bawah.
“If we lose our arts and crafts, we lose our identity. It’s important that we pass on our art to future generations, to show our unique art form worldwide.”
Clive Fugill, Tumu Whakarae (Master Carver) at NZMACI
NZMACI diberi mandat untuk melatih Māori dari iwi (suku) di seluruh New Zealand. Pemohon untuk masuk ke The National Wood Carving School ini mestilah lelaki, berumur 18 tahun dan berketurunan Māori. Maksimum lima ākonga (pelajar) dipilih setiap tahun.
Semasa belajar, pengukir-pengukir sekolah ini berpeluang untuk terlibat dalam Kaupapa (inisiatif) besar di seluruh dunia, di New Zealand dan luar negara. Hasilnya adalah dua cabang - ia memenuhi mandat pengekalan, perlindungan dan promosi budaya NZMACI dan memperlihatkan pelajar kepada persekitaran bagaimana pengetahuan, sejarah, dan idea dapat dilihat melalui budaya material.
Ehh.. dia ni salah seorang dari performer Kapa Haka tadi.
Pelajar-pelajar di sekolah mengukir ini diajarkan teknik dan kemahiran yang diperlukan untuk menyampaikan konsep Māori dan naratif (kōrero) melalui ukiran dan untuk membuat khazanah (taonga Māori).
Diajar juga tentang bahan yang digunakan dalam ukiran tradisional serta cara melukis dan painting.
Cara bagaimana untuk menghasilkan ukiran bagi setiap lapan suku kaum yang diketahui juga merupakan syllabus di sekolah ini.
Cara merekabentuk dan menghasilkan Pātuki, TekoTeko dan senjata tangan panjang dan pendek juga diajar.
Juga ada informasi tentang Ngā taonga pūoro (Musical Instruments).
Tradisi muzik Māori adalah didasarkan dari kisah penciptaan di mana 'The Gods sang the Universe into Existence'. Oleh itu, alat-alat muzik Māori adalah sebahagian daripada keluarga para Dewa.
Melodi dinamakan sempena Rangi (Sky Father) dan irama pula datangnya dari denyutan jantung Papa (Earth Mother).
Pelajar-pelajar sedang menghasilkan ukiran.
Mengukir menggunakan pahat dan tukul. Kecil papan yang diukir pelajar ini. Mesti payah dan perlukan ketekunan tinggi.
Dan yang bestnya juga ialah ada sekali info tentang jenis-jenis ukiran. Selain dari kemahiran membuat tattoo, nenek moyang orang Māori yang datang dari Polynesia juga sangat mahir mengukir.
Ok, let's have a look at the beautiful carving patterns.
Gigi juga jadi sumber ilham untuk ukiran. Bukan sebarang gigi, tapi gigi Kae seorang priest yang makan ikan paus. Bukan sebarang ikan paus tapi ikan paus pet.
Gigi juga jadi sumber ilham untuk ukiran. Bukan sebarang gigi, tapi gigi Kae seorang priest yang makan ikan paus. Bukan sebarang ikan paus tapi ikan paus pet.
Corak thumb print, nice!
Corak inner skin seekor tikus juga jadi ilham ukiran kayu orang Māori.
Ukiran kayu corak tattoo pada bontot pun ada.
Side note: Mereka yang buat tattoo pada muka, masa healing, tak boleh makan solid food. Kena sedut liquid food pakai straw. Kalau lepas bontot kena tattoo, surely tak boleh duduk right? Nak berak macam mana? Kalau cangkung pun sure kulit bontot regang dan sakit la bahagian luka-luka tu. Payahnya. Tak jadi la nak tattoo... hehe.
Seni ukiran juga diabadikan dalam bangunan Te Aronui-a-rua (main meeting house). Di sini juga diadakan acara graduation pelajar-pelajar institut ini.
Seterusnya kami ke bahagian tenunan pula iaitu cabang ketiga Māori Arts and Crafts Institute yang dinamakan National Weaving School (Te Rino). Sekolah ini mengajar seni dan kemahiran yang diperlukan untuk menguasai beberapa teknik tenunan tradisional dan tenunan semula jadi (fibre-related) yang berbeza.
Bahan utama yang digunakan dalam kesenian tenunan Māori adalah tumbuhan flax (harakeke).
Auaha - Form and Fashion.
Pakaian orang Māori yang dibuat dari flax, shell and feathers.
Tumbuhan New Zealand flax yang sudah diproses untuk dijadikan pakaian tradisional Māori.
Bahagian top pakaian ini dibuat dari muka (flax fibre) dan skirt yang dipanggil piupiu yang dibuat dari juraian harakeke (flax) yang sudah direbus dan di dye dengan paru (lumpur).
Kata Te Rina ia dinamakan Piupiu kerana bila dipakai dan pemakainya bergerak-gerak, jerami-jerami flax ini akan mengeluarkan bunyi macam 'piu-piu'. |
Beberapa pakaian yang dibuat dari flax fibre.
Information about harakeke (New Zealand flax).
Daun flax mesti dikikis bahagian kerasnya dengan mussel shell untuk mendapatkan fibre yang lembut di bahagian dalamnya. Seterusnya boleh direbus dan diwarnakan dengan lumpur.
Tumbuhan harakeke atau New Zealand flax ada di tanam di luar bahagian display ini untuk pelawat melihat tumbuhan sebenar.
Lain-lain produk tenunan turut dipamerkan.
Informasi tentang kreativiti nenek moyang orang Moari dalam membuat pakaian menggunakan the natural resources yang ada di New Zealand.
Patung besar: dipakaikan piupiu, pake (rain cloak dibuat dari daun hukahuka), bulu burung Huia sebagai hiasan rambut dan pounamu earring.
Patung kecil: berpakaian kakahu (cloak) dari bulu burung kiwi dan kaka.
Foto kanan: burung Huia yang sudah pun pupus.
Patung kecil: berpakaian kakahu (cloak) dari bulu burung kiwi dan kaka.
Foto kanan: burung Huia yang sudah pun pupus.
Orang Māori sentiasa menganggap burung kiwi sebagai burung istimewa. Mereka percaya ia adalah 'hidden bird' dewa Tānemahuta iaitu dewa hutan. Bulu Kiwi ditenun menjadi jubah yang cantik, yang dipakai oleh chiefs sahaja. Nama 'kiwi' dipercayai telah diilhamkan oleh 'kivi', seekor burung tropika dengan paruh panjang yang terdapat di Polynesia yang menyerupai burung kiwi. Satu ketika dulu orang Māori makan burung kiwi dengan mengukusnya di hāngi (earth oven).
Seterusnya kami masuk ke Āhua Gallery. Te Rina menerangkan sejarah New Zealand Māori Arts and Crafts Institute.
Suasana di dalam Āhua Gallery.
Di galeri ini ada pelbagai koleksi tāonga Māori (treasures) dari seniman dan pengamal seni Māori di seluruh Aotearoa.
Galeri Āhua dibuka pada tahun 2018 untuk mempamerkan tāonga Māori New Zealand dan untuk dijual.
Produk seni tulen bernilai dan bermutu tinggi di sini adalah hasil dari warisan New Zealand Māori Arts and Crafts Institute (NZMACI).
Setiap karya seni di galeri ini telah dihasilkan oleh graduan atau Master Carvers institut ini.
Ini bermakna setiap karya seni di sini mempunyai asas tradisional yang kuat, yang berkaitan dengan budaya orang Māori dan adalah 100% produk Māori.
Hasil seni di sini dibuat dari pelbagai medium seperti kayu, tulang, batu, gangsa dan tenunan.
Senapang berukir juga ada.
Di galeri ini juga ada these beautiful vintage photos that give visitors glimpses of the Māori craftmen and women of the past.
A beautiful Māori woman dressed in glorious Māori traditional clothes.
Memang best la lawat New Zealand Māori Arts and Crafts Institute (NZMACI) ni. Melihat kemahiran seni dan hasil karya seni mereka had definitely gave us some interesting insight tentang orang Māori. Like how their crafts are deeply connected to their beliefs and how deeply rooted it is in terms of what each of the craft symbolizes.
Ok, selesai di NZMACI seterusnya kami dibawa oleh Te Rina pergi ke Geothermal Valley tengok geysers pulak.
Tu dari jauh dah nampak kepulan wapnya amidst the green surroundings!
Let's zoom in.
Ada jambatan dibina menyeberangi sungai air panas. Dari jambatan itu juga boleh saksikan air terjun air panas. SubhanAllah.
Jauh juga nak jalan ke sana. Ada la dalam 10 ke 15 minit berjalan. Dan masa tu agak terik panas.
Haa.. orang Māori pun ada emojis mereka sendiri dipanggil Emotiki.
So cute, right? 😊
Jom sambung jalan.
Di Geothermal Valley ini disediakan banyak maklumat about the valley itself and other related information such as below.
Basically air hujan masuk ke dalam tanah hingga ke level ada magma panas (batu cair) yang mendidihkan air tu dan tekanan dari didihan dan stim menbuatkan terjadinya semburan air panas ke permukaan.
Whakarewarewa Geothermal Valley - Te Riu o Whakarewarewa berlokasi dekat dengan zon volcanoes yang aktif.
Selain dari geysers di valley ini juga ada kolam lumpur panas, serombong stim semulajadi dan kolam panas.
Kita akan saksikan the geysers of Whakarewarewa.
Bila baca maklumat bawah ni saya risau adakah fissures tu stabil dan kuat? Mana la tau kot ada sudden surges of bigger pressures and the fissures break causing bigger splash. Melecur la sesiapa yang ada around it. Hehehe.. ignore me, I'm such a worrier.. as usual lah.. 😊.
Rupanya dah banyak geysers di New Zealand ni yang dah tak aktif.
Waikite geyser yang kini sudah tidak lagi aktif.
Dah pun sampai di jambatan yang kami nampak earlier.
Salah satu geysers of Whakarewarewa yang ada di sini adalah Pohutu geyser.
Selain menghidangkan pemandangan yang menakjubkan, Pōhutu adalah geyser yang paling reliable on Earth. Letusan boleh berlangsung dari beberapa minit hingga lebih lama lagi. Sekitar 15 tahun yang lalu, Pōhutu meletus selama lebih dari 250 hari. Pōhutu telah dikunjungi oleh royalti dan ramai orang terkenal lain. Walau bagaimanapun, kerana penduduk berdekatan membuat lubang-lubang untuk menerokai sumber-sumber geoterma di lembah ini, Pōhutu pernah mengalami risiko losing its power. Fortunately, program untuk menutup lubang-lubang tersebut telah memastikan hari ini Pōhutu terus mempersona pelawat sekali atau dua kali sehari.
Geysers di Whakarewarewa ini adalah protected. Geyser boleh hilang tekanan untuk memancut bila ada aktiviti mengorek ke dalam tanah untuk ambil air panas bagi tujuan kegunaan di rumah-rumah.
SubhanAllah, hebatnya ciptaan Allah swt. Although kami dah pernah lihat banyak foto geysers sebelum ini, nothing prepared us to be in front of this terrifying yet exquisitely and uniquely beautiful natural formations.
All I could do at that time was to keep on clicking my camera sambil memuji-muji Allah swt.
Truly it was an experience I will not soon forget.
Ni la first time saya tengok air terjun air panas yang berwap-wap.
Memang ada bau sulfur dan terasa bahang panasnya.
Dan jambatan ini is at a very safe distance dari the splash. But of course it is.. hehe. I tend to worry unnecessarily... hehe. Lelah.. haha.
A closer look. Nampak tak rumput tu? Boleh dia hidup tepi kolam panas bersulfur. SubhanAllah.
Ledakan air pancut panas Pohutu.
Cantik putih geyser flat ni. I wonder kenapa jadi putih. Sebab sulfur ke?
Actually when we walked close to the geyser, a gush of wind sprinkled a bit of water dari pancutan geyser ni, terkena pada kami. Fortunately airnya tak panas.
Alhamdulillah cuaca cukup baik sekali hari tu.
Ini adalah fumaroles (steam or gas vents) atau serombong stim dan gas semulajadi pada permukaan tanah.
Berkepul-kepul wap yang keluar.
Boleh kalau nak duduk tapi be careful katanya.. hehe.
Dan tentunya ada cerita lagendanya.
Te Hoata dan Te Pupu yang dihantar oleh kakak Ngātoroirangi untuk menyelamatkan Ngātoroirangi dari mati kesejukan dengan menjadikan volcanoes, geysers and hot pools.
Menyembur lagi.
Walking paths yang disediakan adalah lebar dan selesa.
Ini Te Whakarewarewa Cemetery, sebuah kawasan perkuburan orang Māori.
Then kami naik ke bukit kecil untuk mendapatkan pemandangan dari atas.
Ada sebuah kolam air panas warna turquoise. Cantik sungguh!
Information about the Blueys pool.
How it gets it's color.
Favourite swimming place? Ada steam vents di dasarnya yang kalau terkena akan kena third-degree burns? Huisshhh... tak usah la.
Tengok je kolam cantik ni sudah la. Tak usah la nak berendam dalam tu kan.. hehe.
Pemandangan sungai air panas from the other side of the bridge.
Sesungguhnya melawat geothermal valley ini memang adalah salah satu pengalaman paling unik dan mengujakan pada kami berdua dalam siri percutian-percutian kami. Tersangatlah kami kagum dengan kejadian semulajadi ini, unlike anything we had ever seen before. Begitulah keindahan dan kehebatan ciptaan Allah swt.
Selesai di geothermal valley ni kami dibawa Te Rina ke Kiwi House pula. Itu stop terakhir kami dalam walking tour ini before we leave Te Puia.
On the way tu kami stop sekejap di mud pool.
Information about the mud pool.
Banyak khasiat lumpur ni sebab mengandungi banyak jenis minerals.
Lumpur yang membuak-buak dan melepaskan letusan-letusan wap.
Sambung jalan ke Kiwi House.
Māori art of Guardian of the Valley.
Information on Guardians of the Valley.
Tiba di Kiwi House.
Terdapat lima spesies kiwi: kiwi coklat, tokoeka, rowi, great spotted kiwi and little spotted kiwi. Kiwi di Te Puia ni adalah kiwi coklat. Kiwi mempunyai kaki besar yang kuat, kuku tajam dan paruh panjang. It’s feathers are shaggy. Telur kiwi adalah besar, dan kiwi betina bertelur hanya sebiji sekali. Beberapa tahun yang lalu terdapat kira-kira 12 juta kiwi, tetapi hari ini terdapat kurang daripada 100,000 dan dikategorikan sebagai terancam.
Burung kiwi adalah ikon budaya penting bagi semua warga New Zealand, yang memanggil diri mereka sebagai 'Kiwis'. Pada akhir 1800-an, kiwi mula digunakan sebagai trademark, dan digunakan di salah satu setem bergambar pertama yang dikeluarkan. Semasa Perang Dunia Pertama, tentera New Zealand mula dirujuk sebagai Kiwis. Istilah ini kekal popular sehingga hari ini.
Setem New Zealand dari tahun 1936 dengan gambar burung kiwi.
Dalam Kiwi House ni photography and video adalah tidak dibenarkan. Ambik gambar kiwi taxidermy ni boleh la. Unfortunately, kami tak nampak pun burung kiwi dalam bilik gelap yang katanya ada sepasang burung kiwi.
More information about kiwi.
Bersambung....
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
alaa...
ReplyDeletekenapa Te Rina tak bawak bendera!!!??
hehehhehe
Maui tu degil sangat dalam Moana tu ! geram !!
comel tap!
en syed tak lambai lambai kat pengukir tu ? senyum-senyum ke.. ?
makan pet whale !!?? jangan lah ! kesian!! dah lah endangered species ! makan mentah mentah pulak ...
konfius kejap .. pasal flax .. sebab ada beli flaxseed/ flax flour .. kekonon nak buat keto diet
rupa-rupanya flax NZ lain.. tak boleh keluarkan hasil sebagai makanan ..
saya dah down load emotiki :)
sesungguhnya amatlah kagum dengan air terjun panas dan geyser dan pool tu
tak ada jual ke mud tu , untuk muka etc?
saya dulu dulu memang follow betul Kiwi , All Blacks tu
masa Jonah Lomu ada
lepas tu dah lost dah lepas dia sakit ...
nak gambar kiwi betul!!!
Hahaha.. she should have la.. a Te Puia flag would be awesome. Mau I siap pinjam kejap bergambar.. hehehe..
DeleteWataknya mischievous.. really annoying kan... hehe...
Eh.. tak la... depa nampak serious gitu. Tgh concentrate, kacau pulak nanti.. hehe.
Kan.. kesian pet whale tu. Kena makan hidup2 agaknya :(
Yes, NZ flax NZ tu cannot buat food. Buat cloth fibre. Not sure if it is edible.
Hehehe.. me too. Nice emojis :).
Tu lah yg kami got so fascinated about.. air terjun air panas geyser. And the rock/landscape formation looks so unworldly gitu. Hence, punya la byk foto I ambil sampai pening nak pilih mana satu.
Lumpur tu rasanya ada dijual di gift shop tapi kami tak masuk gift shop tu.
Ada foto kiwi betul.. in later entry :).