Pada 28 Julai 2018 yang lepas kita telah dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh paling lama pada abad ke-21. Ia adalah fenomena yang kedua berlaku tahun ini, kelihatan di Australia, Asia (termasuk Malaysia), Afrika, Eropah dan Amerika Selatan bermula 1.14 pagi dan berakhir 7.28 pagi.
Fasa Gerhana Penuh berlangsung selama 1 jam 42 minit 57 saat dan tempoh ini menjadikannya fenomena paling lama bagi abad ke-21 (2001 hingga 2100).
Gerhana bulan penuh berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada di kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayang umbra bumi. Warna kemerahan akan dapat dilihat ketika fasa penuh pada 28 Julai.
Fasa Gerhana Penuh berlangsung selama 1 jam 42 minit 57 saat dan tempoh ini menjadikannya fenomena paling lama bagi abad ke-21 (2001 hingga 2100).
Gerhana bulan penuh berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada di kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayang umbra bumi. Warna kemerahan akan dapat dilihat ketika fasa penuh pada 28 Julai.
Rakyat di negara ini dapat melihat gerhana bulan itu dari mana-mana kawasan di negara ini bergantung kepada keadaan cuaca setempat dan lokasi pencerapan paling baik adalah di lokasi yang berada paling barat.
Beberapa bandar di Malaysia yang menyaksikan bulan terbenam dan kenampakan gerhana itu ialah Kota Kinabalu, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Langkawi.
Sumber: www.mstar.com.my
It started of with a beautiful full moon night.
Sumber: www.mstar.com.my
It started of with a beautiful full moon night.
27/07/2018 - 7:46 pm |
Cantik penuh bulan malam tu.
27/07/2018 - 7:47 pm |
Alang-alang zoom-in terus sampai maximum.. hehe.
27/07/2018 - 7:48 pm |
Bermula dengan warna putih mutiara.
28/07/2018 - 1:38 am |
28/07/2018 - 1:39 am |
So saya tidur la dulu since eclipsing tu bermula around pukul 3 pagi. Siap set alarm. Sudah mula dilindungi bayang masa ni. Dapat ambil gambar ni dari tingkap bilik rumah. Mujur la boleh, sebab malasnya nak keluar rumah pukul 3 pagi.. hehe.
28/07/2018 - 3:08 am |
Tinggal lagi 1/3 masih terang.
28/07/2018 - 3:11 am |
Sikit lagi.
28/07/2018 - 3:23 am |
Perlahan-lahan bulan kelihatan dari warna putih mutiara kepada warna kemerahan.
28/07/2018 - 3:25 am |
28/07/2018 - 3:27 am |
Dah fully kemerahan. SubhanAllah, ia merupakan antara tanda kebesaran Allah yang ditunjukkan kepada kita. Balik ke warna asal dalam masa 5 jam. Setakat ni je sanggup tunggu. Ngantuk dah.. hehe.
28/07/2018 - 3:37 am |
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا
Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”
All photos taken using compact camera Canon.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
SubhanAllah
ReplyDeletecantik sungguh..
malam tu kita orang pergi Planetarium
dapat nengok planet guna big telescopes!
and I cant believe my eyes bila nampak Saturn with my own eyes!!
cantik sangat !!
and the rings..maqnifique !!
and balik tu terus tidur tak tunggu gerhana
:))
Sgt lah cantik. Tak sangka boleh dpt satu dua shots yg menjadi. Sgt susah nak dptkan shot yg dah fully eclipse tu!
DeleteDgn telescope mesti la awesome sgt doc! The rings! OMG!! Jeles ni!