Tempat terakhir yang kami lawat di Melbourne ni sebelum bertolak ke airport ialah taman-taman iaitu Treasury Gardens dan Fitzroy Gardens. Taman-taman ini menjadi sebahagian daripada rangkaian taman bandar Melbourne iaitu Fitzroy Gardens, Carlton Gardens, Flagstaff Gardens dan Kings Domain. Taman-taman ini semua disenaraikan dalam Victorian Heritage Register kerana kepentingan sejarah, arkeologi, sosial, estetika dan hortikultur, reka bentuk abad ke-19 yang cemerlang, tata letak jalan dan penanaman.
Since kami masuk ikut entrance di corner Spring Street and Wellington Parade (red arrow) maka taman yang akan kami lalui dulu ialah Treasury Gardens.
Entering Treasury Gardens. Fitzroy Gardens lagi 270m.
Seperti Flagstaff Gardens yang kami lalu tadi semasa nak ke masjid di ICV, Treasury Gardens ni juga sangat cantik dan dijaga begitu rapi.
Since kami masuk ikut entrance di corner Spring Street and Wellington Parade (red arrow) maka taman yang akan kami lalui dulu ialah Treasury Gardens.
Entering Treasury Gardens. Fitzroy Gardens lagi 270m.
Seperti Flagstaff Gardens yang kami lalu tadi semasa nak ke masjid di ICV, Treasury Gardens ni juga sangat cantik dan dijaga begitu rapi.
Luasnya 5.8 hektar.
So cantiklah! Ada pokok-pokok conifers palms, Moreton Bay Figs, elms, oaks, plane and poplar.
Also seperti di Flagstaff Gardens, pokok-pokok di Treasury Gardens ni juga dibalut dengan metal sheets di bahagian bawah untuk elak brushtail possums dari merosakkan pokok-pokok di sini bila possums tu memanjat hence mencalar balar the trees' bark yang boleh menyebabkan pokok-pokok mati.
Dari Treasury Gardens ni boleh nampak Melbourne's new high rise apartments building, setinggi 43 tingkat, the 35 Spring Street Tower. Di Melbourne ni saya noticed banyak juga bangunan dinamakan ikut alamat bangunan tu sendiri seperti '35 Spring Street Tower' ini.
Bangunan-bangunan tinggi di Spring Street.
And we came upon rows of these magnificent trees.
Ini adalah pokok Moreton Bay fig atau juga dikenali sebagai pokok Australian banyan.
Entah berapa ratus tahun usia pokok-pokok ni. Agaknya dah ada sejak 1867 masa taman ni mula dibuat i.e 150 tahun lalu.
The Treasury Gardens ini juga penting dari segi warisan Victoria kerana kecemerlangan design, path layout and planting style abad ke 19.
Dari segi kepentingan estetika pula, taman ini direka dengan susunan pokok-pokok matang membentuk lorong-lorong seperti terowong di sepanjang laluan pejalan kaki. I really like this!
Kenangan kami at this beautiful Treasury Gardens.
Treasury Gardens ni juga ada kepentingan dari segi arkeologi bukan sahaja dari peninggalan awal rekaan landskapnya tetapi juga kerana tanah di situ secara amnya lama tidak diusik atau dibangunkan. Jadi ia ada potensi mengandungi bukti arkeologi dari zaman awal sejarah Victoria. Tak pun mana la tau kot korek tanah di taman ni boleh jumpa tulang dinosaurs or ancient civilizations 😊.
Berjalan terus menuju ke Fitzroy Gardens.
Di seberang Lansdowne street tu ialah Fitzroy Gardens.
Dan kami pun enter kawasan Fitzroy Gardens. Luas taman ni about 26 hektar, di timur Melbourne, dah 150 tahun usianya. Since kami cuma ada a couple of hours je nak jalan-jalan di taman ni maka kami cover mana-mana area yang sempat berdekatan dengan entrance yang kami masuk ni.
Fitzroy Gardens dinamakan sempena Sir Charles Augustus Fitzroy (1796-1858), Gabenor New South Wales (1846-1851) dan Gabenor Jeneral Tanah Jajahan Australia (1851-1855). Dikunjungi lebih dari 2 juta pelawat tempatan dan antarabangsa setiap tahun, ia adalah salah satu tarikan utama di Melbourne.
Yet another breathtakingly beautiful gardens. Dengan padang hijau yang well trimmed, laluan pejalan kaki yang wheel chair friendly, pokok-pokok besar albeit togel belaka tapi still very charming 😃.
Information on the Fitzroy Gardens. Ada macam-macam dalam taman ni rupanya. '... where different era of Melbourne's history are represented, both in the landscape and the built features'.... I like that! 😊
Tempat pertama di Taman Fitzroy Gardens ni yang kami lawat ialah Conservatory. Ada colorful floral exhibition dalam tu. Jom!
Conservatory mula dibuka sejak 1930 dibina dengan ciri Spanish mission architectural style. Di sini diadakan 5 pameran berlainan sepanjang tahun mengikut musim.
5 exhibitions tu adalah seperti berikut:
🔹Display 1: Hydrangea/Fuchsias November ⟹ February
🔸Display 2: Tuberous Begonia/Gloxinia ⟹ February - April
🔹Display 3: Tropical/Poinsettia ⟹ April - July
🔸Display 4: Cineraria/Cyclamen ⟹ July - September
🔹Display 5: Schizanthus/Calceolaria ⟹ September – November
Ada sebuah kolam dan patung 'Diana and the Hounds' di hadapan Conservatory ni.
In Roman mythology, Diana was the goddess of the hunt.
Sebelum masuk ke dalam Conservatory, kami ke flower patch yang cantik ni dulu.
Let's have a closer look, shall we.
Beautiful white and yellow flowers. Ni bunga ros ke? I donno la. To me look like roses.
Oh rupanya bunga ranunculus. Ni la first time pun tau nama bunga ni... hehe.
Bunga ranunculus... suci dan delicate.
Ini aptenia cordifolia variegata, I think la.. hehe.
Ok, jom masuk dalam Conservatory ni.
Nice! Dan harummmm... kembang lubang hidung sedut bau wangi bunga-bunga ni.. hehe 😊.
Dan dalam Conservatory ni sejuk nyaman.
Birunya! Tak pernah sebelum ni tengok bunga warna biru macam ni. Macam Persian blue.
Bunga-bunga cineraria dan cyclamen.
Beautiful white daisies with purple tips.
Dari apa yang saya nampak, jumlah pokok-pokok bunga dan tumbuhan lain yang dipamerkan di sini adalah unbelievable! Banyak betul! Yet they looked so elegantly arranged sampai nampak rimbun dan classy. Tak semak.
Cineraria.
Ada banyak pokok-pokok bunga hanging baskets. Berjurai.
Amazing splashes of rich vibrant blues, pinks, purples and whites flowers.
Ada patung-patung dalam Conservatory ni. Kiranya macam nak tambah sentuhan artistik kot. Ada ikan koi dalam kolam berfountain tu.
Dalam Conservatory ni ada 1,700 pasu cyclamen dan cineraria; 400 tumbuh-tumbuhan ‘background’ seperti Buxus sempervirens topiary, Magnolia grandiflora ‘Teddy bear’ dan Cordyline fruticosa; dan banyak pokok-pokok bunga bakul yang digantung.
Selain pokok-pokok yang dah memang on display ni, ada juga stock pokok-pokok back up untuk gantikan mana-mana pokok-pokok display yang rosak atau layu.
Ok so sepanjang tahun dibuat 5 exhibitions. So apa jadi pada pokok-pokok bunga ni lepas habis tempoh pameran?
- Akan diguna semula untuk pameran yang akan datang atau dikitarsemula dengan berbagai cara.
- Akan diguna semula untuk pameran yang akan datang atau dikitarsemula dengan berbagai cara.
Mana-mana pokok-pokok bunga selepas pameran yang masih in good condition (seperti cyclamen and cinereria) akan dipulangkan semula kepada para penanam atau disimpan di tempat lain sehingga next exhibition. Tumbuhan yang tidak boleh digunakan semula atau yang tidak dikembalikan kepada penanam selalunya disumbangkan kepada organisasi amal, sekolah dan kebun komuniti. Tumbuhan pemenuh atau tumbuhan background terus berada di tempat pameran untuk digunakan dalam exhibition seterusnya.
Tak tau kenapa patung Mary Gilbert ni diletak dalam Conservatory ni.
Ok, cukup la tu foto-foto bunga 😊.
Kami pun explore lagi Fitzroy Gardens ni.
What a magnificent tree. SubhanAllah.
Inilah pokok Moreton Bay Fig atau Australian banyan yang kami nampak earlier masa lalu di Treasury Gardens.
Pokok-pokok bunga di kaki pokok.
Info Moreton Bay Fig.
Yang ni pulak pokok Captain Cook's Pine.
Next kami ke Cooks' Cottage.
Dibina pada tahun 1755, Cooks' Cottage adalah bangunan tertua di Australia dan merupakan tarikan pelancong Melbourne yang popular.
Pada asalnya terletak di Yorkshire, England, dan dibina oleh ibu bapa Kapten James Cook, pondok itu dibawa ke Melbourne oleh Sir Russell Grimwade pada tahun 1934. Dibawa? Ya, rumah ni ditanggalkan, dipack masuk dalam kapal dan dibawa dari England ke Australia dan dipasang di Fitzroy Gardens ni.
Yang kagumnya, setiap batu bata dinomborkan secara individu, dibungkus dan diletak dalam 253 kotak dan 40 barrels dan kemudian dihantar dan dipasang semula di Australia. Even pokok menjalar ivy/hedera yang tumbuh di dinding cottage tu masa di England juga diambil dan dibawa bersama ke Australia untuk ditanam semula pada cottage itu. Also, pemasangan semula cottage ini dilakukan betul-betul ikut yang asal sampaikan dinding asal cottage ni semasa di England yang dah pun condong, dipasang semula condong juga.
Grimwade, seorang ahli perniagaan dan dermawan yang terkenal, menyumbangkan rumah itu kepada orang-orang Victoria untuk ulangtahun seratus tahun pendudukan Melbourne pada Oktober 1934. Kos keseluruhan yang terlibat dalam perpindahan cottage ini pada masa itu ialah lebih daripada £1,700 atau kalau ikut rate hari ini ianya lebih kurang setengah juta pound.
Di cottage ini juga ada patung James Cook.
Captain James Cook, explorer, navigator and pioneer.
Di dalam pondok itu terdapat barang-barang antik yang berabad usianya dengan ruang dalam stylised ikut gaya abad ke-18.
Bendera Union Jack juga dipasang di hadapan cottage ini.
Fitzroy Gardens Visitor Center.
Pemandangan di sekeliling kawasan Cooks' Cottage.
Crested pigeon di Fitzroy Gardens.
Berdekatan dengan Cooks' Cottage ada sebuah taman kecil yang ada kolam. Ooo... let's go in 😊.
Dah cahaya petang. Time check: 4:52 pm. Ok, ada masa lagi.
Eh.. cantik. Taman kecik ni macam tersorok sikit dan give visitors some privacy. Like it is your own private little garden, with pond. Nice.
Aaaa... ada itik pulak. Perfect! 😊. Ini Australian Wood Duck.
Ini pula Pacific black duck.
Beautiful pond.
Rest kejap di bench tepi kolam ni and soak it all in. Dah usia macam ni rajin pulak pak cik nak 'soak in' surroundings. Dulu tak pernah kisah pun.. hehe 😊.
Tengah enjoy this secret secluded little garden, tetiba ternampak sekor burung gagak. Eh.. apa dia buat dalam semak tu. Then suddenly it took off with a big 'ball' shape object in its beak which he could hardly hold on to. Laaa.. rupanya gagak tu curi telor itik! Tengok tu, dia nak kepit dengan paruh dia pun tak muat! Jahat betul. Kesian itik tu nanti balik sarang telor dia dah hilang.
Hilang kejap concentration nak immersing in nature tapi cepat dapat balik focus calming myself bila tengok Pacific black duck ni berenang-renang tenang... 😊.
Australian Wood Duck dan Pacific black duck.
Beautiful little pond.
Hmm... it was really nice just sitting there but it was time to move on to the other sections in this huge garden.
Foto-foto seterusnya are Fitzroy Gardens' beautiful landscapes.
Seekor Magpie-lark.
Di tengah Fitzroy Gardens ni ada sebuah perkampungan miniature yang dipanggil 'Model Tudor Village'. Ia dibuat seperti perkampungan Kentish di England pada zaman Tudor dalam sejarah Inggeris.
'Model Tudor Village' ini dihadiahkan kepada City of Melbourne oleh penduduk City of Lambeth, England pada 1948, sebagai penghargaan kepada Melbourne kerana menghantar makanan ke Britain, semasa Perang Dunia Kedua (1939-45).
Model Tudor Village di Fitzroy Gardens pada 1948.
Model rumah Shakespeare dan cottage Anne Hathaway juga ada dalam kampung miniature ni.
Pada tahun 2005, kerja-kerja restoration telah dibuat pada kampung miniature ini yang pada ketika itu telah selama 57 tahun tidak dilakukan sebarang major restorations. Kesemua 25 rumah model simen ni telah dibawa ke pusat restoration, diperiksa sebarang kerosakan struktur, diperbaiki keretakan dan dicat semula.
Kampung ini lengkap dengan macam-macam bangunan yang typically ada dalam sebuah kampung seperti pondok jerami, gereja, sekolah, hotel dan lain-lain bangunan awam.
Dari apa yang saya baca, semasa kerja-kerja restoration dilakukan, didapati mini cottage yang bersaiz besar, beratnya adalah about 300 kg sebab ia dibuat dari concrete, besi dan bahan-bahan yang dijumpai seperti batu bata, serpihan kaca, jubin dan lain-lain bahan.
Yang dimaksudkan dengan lain-lain bahan yang dijumpai ialah artisnya Edgar Wilson telah mengumpul bahan-bahan dari kawasan pengeboman bandar London oleh Jerman pada Perang Dunia ke 2. Kiranya rumah-rumah miniature ni each of them ada fragments sejarah di dalamnya.
Jadi kampung miniature ni bukan saja sebagai simbol penghargaan dan cantik dipandang tapi juga secara literal ada menyimpan serpihan-serpihan sejarah dari Perang Dunia ke 2.
Sebuah sekolah. And just look at those 'miniature' trees! So precious lah 😃. Make the whole village look more 'real'.
Pokok-pokok and bushes pun ikut skala. Nice!
Beginilah rupa sebuah typical Kentish cottage built during the "Tudor" period of English history dengan design red bricks and black wood frames.
Agaknya bangunan dalam foto kanan tu ialah sebuah barn dengan living quarter di bahagian atas to guard over the farm animals yang dikurung di bawah. Agaknya la 😊.
Siap lengkap dengan main pathways.
And branched out to smaller pathways reaching to each homes.
Pilgrim’s Rest ni ialah satu penghormatan kepada 'The Pilgrim's Progress from This World, to That Which Is to Come'.
Kebanyakkan rangka rumah dan cottages lama di Kentish Tudor Village dibuat dari tiang-tiang kayu.
Ni contoh-contoh timber-framed Tudor period houses. Ada rumah-rumah yang dibuat dari batu bata dan ada juga dari bahan campuran rangkaian batang dan ranting yang ditutup dengan lumpur atau tanah liat dan dicat putih. Kerana masa tu susah nak dapat batu bata dan ianya mahal.
Senibina Tudor (period 1485–1603) juga banyak menggunakan 'Tudor arch' pada tingkap. Juga ada dormer iaitu bumbung di atas tingkap macam awning.
Ni pulak adalah gereja dengan kawasan dipagar tembok batu.
Saya suka betul brick fence ni 😊. Pintu masuknya lengkap dengan bumbung dan steps.
Kentish Tudor Village Church.
Complete dengan stained glass.
Pam air Kentish Tudor Village.
Ini rumah Shakespeare.
Ini pula Anne Hathaway's Cottage, she's Shakespeare's wife.
Model Tudor Village ni berpagar. As should la sebab if trampled upon habis la rosak village miniature ni.
Sebuah cottage jerami.
Then datang sekor Spotted Dove terbang turun nak minum dekat pam air Tudor Village ni 😊.
So cute la 😊.
Quenching thirst.
Sunset over the picturesque medieval Kentish Tudor Village.
I had quite a lovely time here sebab dah memang suka miniatures.. hehe. May be enjoyed more by kids but I am the few adults that enjoyed it too I guess 😊.
Bersebelahan dengan Model Tudor Village ada sebuah karya ukiran pada pokok red gum yang dipanggil 'Fairies Tree'. Artis yang buat ukiran tu namanya Ola Cohn.
Ola Cohn sedang menoreh.
Ukiran ni ambil masa 3 tahun untuk disiapkan. Mula 1931 dan siap pada 1934.
Ada macam-macam ukiran 'makhluk halus' seperti imps, dwarfs, fairies, goblins dan elves dan juga binatang.
Tengok lama-lama macam creepy pulak 😊.
By this time dah around pukul 5:30 petang, so we should be making our way back to the hotel since the pick up time nak airport ialah pukul 7:30 malam. Jauh gardens ni dari hotel.
Jadi kami pun mula berjalan balik semula ke Treasury Gardens nak ke entrance yang kami masuk earlier iaitu di simpang Wellington Parade dan Spring Street.
Ternampak pulak nun jauh di sana taman daffodils. Belakang sana tu ialah Sinclair's Cottage salah satu tarikan di Fitzroy Gardens ni yang kami tak sempat nak lawat.
Jadi kami pun mula berjalan balik semula ke Treasury Gardens nak ke entrance yang kami masuk earlier iaitu di simpang Wellington Parade dan Spring Street.
Ternampak pulak nun jauh di sana taman daffodils. Belakang sana tu ialah Sinclair's Cottage salah satu tarikan di Fitzroy Gardens ni yang kami tak sempat nak lawat.
Jauh nak ke flowers patches ni so kami shoot je dari jauh.
Lovely yellow daffodils.
Tiba di Lansdowne Street, jalan pemisah Treasury Gardens dan Fitzroy Gardens, kami singgah kejap di toilet ni. Tandas di taman ni pun nampak macam heritage building .
Di Treasury Gardens ni ada J.F Kennedy Memorial.
Pembunuhan Presiden Amerika, John F Kennedy pada tahun 1963 resulted in world wide condemnation and the monument acknowledges this important event.
Boleh nampak the old Treasury Building dari sini.
Boleh nampak the old Treasury Building dari sini.
Ada tranquil Japanese Garden di memorial ni.
Ada sebuah ornamental pond di sini tapi tengah repair.
Ada bronze bas-relief of John F Kennedy.
'.... for the service given by John F. Kennedy...'. Apa service JFK pada Melbourne? Hmm.. mungkin merujuk kepada kejayaan JFK elak perang nuklear dengan Soviet semasa krisis Cuban missile 1962.
Dah letih-letih tu masih tekun ambik gambar.. hehe.
Treasury Gardens. Ehh.. ternampak bulan pulak.
Maka harus la di ketik.. hehe.
Keupayaan kamera compact ni. Alhamdulillah.
Dah nak sunset dah.
Berjalan merentasi Treasury Gardens menuju arah Spring Street.
Dari Treasury Gardens kami masuk Flinders Street untuk ke tram stop berdekatan.
Sambil jalan tu ambik a few gambar sunset over Melbourne ni.
So beautiful. SubhanAllah.
Di Federation Square.
Antara Federation Square dan Forum Theatre di Flinders Street.
Menunggu tram di Russle Street/Flinders Street tram stop.
Since tram tak sampai lagi, ambik la a few more sunset shots 😊.
Naik tram balik ke Ibis Melbourne Therry Street.
St Paul's Cathedral.
Ada horse carriage ride rupanya malam-malam di Melbourne ni. Ke ada wedding di cathedral ni and that's the newly weds' ride 😊.
Beberapa lagi foto City Of Melbourne. Masa ni lebih kurang pukul 6:00 petang.
Beware!
Naik tram lagi.
Sebelum ke hotel, kami makan dulu di restoran yang sama where we had our lunch tempohari.
Restoran Pondok Rempah.
Dah nak habis makan baru teringat lupa ambik gambar our last meal di Melbourne ni. Udah lapor! Hehehehe...
Sampai hotel, took our bags dari hotel's storage dan tunggu depan hotel for the pick up to airport.
Tiba di Melbourne Tullamarine Airport. Boleh tahan panjang queue.
Masa buat online check-in di hotel, kami tak dapat seats bersama sebab kami beli tiket berasingan. Masa drop bags dan nak dapatkan boarding pass, kami pun requested la nak seats together. Alhamdulillah masih lagi ada. Tapi seat di ekor kapalterbang le 😊.
Lepas tu kami pun cari Prayer Room dan bersolat. Prayer Room di Terminal 2, Tullamarine Airport ini terletak di kawasan Arrival, di tingkat bawah. Kalau dari Departure Area, gunakan lif untuk turun satu aras ke bawah.
Selesai solat kami terus ke departure. Mana-mana airport pun mesti di design lalu kedai-kedai Duty Free.
Pesawat kami, Malaysia Airlines MH 128 berlepas dari Melbourne Tullamarine Airport ke KLIA tepat pada pukul 11.25 malam mengikut jadual. Perjalanan pulang ini memakan masa 8 jam 30 minit berbanding 8 jam sewaktu datang ke Melbourne dulu.
Good bye Melbourne.
Lepas lebih kurang sejam berlepas, datang this pizza/bread.
Dari Melbourne merentasi benua Australia ke Laut Timor tu ambik masa 4 jam.
Makan lagi. Mine and hers 😊.
Memang la gegar macam masa nak Melbourne. Alhamdulillah kami selamat sampai ke KLIA.
Terus cari teh tarik 😊.
Maka berakhirlah cerita percutian kami di Melbourne/Victoria, Australia. Walau pun cuma untuk beberapa hari sahaja, isteri saya telah menyusun itinerari kami dengan padat tapi santai merangkumi pelbagai tempat lawatan; city tours, walking tours, river cruise, melawat bandar-bandar tepi pantai, melawat beberapa pantai, naik keretapi wap, melawat heritage farm, melihat native Australian animals in their natural habitats, amazing landscapes semasa Great Ocean Road Adventure tour, jalan-jalan di tepi sungai dan di taman-taman. Di samping itu juga kami dapat ke masjid di ICV, naik tram dan merakam Melbourne's city landscapes dan sunset di bandar Melbourne.
Summary percutian kami:
Day 01:
- Departure and arrival
Day 02:
- City tour
- Royal Botanic Garden
- Yarra River
- St Kilda
- Bathing boxes
Day 03:
- Dandenong Ranges National Park
- Puffing billy
- Churchill Island Heritage Farm
- Koala Conservation Center
- The Nobbies
- Summerland
- Penguin Parade
- Great Ocean Road
Day 04:
- Anglesea
- Urquhart Bluff
- Memorial Arch
- Lorne
- Cumberland river
- Apollo Bay
- Twelve Apostles
- Island Archway
- The Razorback
- Loch Ard Gorge
- Port Campbell
Day 05:
- Federation Wharf
- Southbank
- Queen Victoria Market
- Melbourne River Cruise
- Islamic Council of Victoria
- Flagstaff Gardens
- Treasury Gardens
- Fitzroy Gardens
Sebagai penutup percutian kami di Melbourne/Victoria Australia ni saya buat a couple of short 360° videos as a short summary.
Syukur Alhamdulillah.
Summary percutian kami:
Day 01:
- Departure and arrival
Day 02:
- City tour
- Royal Botanic Garden
- Yarra River
- St Kilda
- Bathing boxes
Day 03:
- Dandenong Ranges National Park
- Puffing billy
- Churchill Island Heritage Farm
- Koala Conservation Center
- The Nobbies
- Summerland
- Penguin Parade
- Great Ocean Road
Day 04:
- Anglesea
- Urquhart Bluff
- Memorial Arch
- Lorne
- Cumberland river
- Apollo Bay
- Twelve Apostles
- Island Archway
- The Razorback
- Loch Ard Gorge
- Port Campbell
Day 05:
- Federation Wharf
- Southbank
- Queen Victoria Market
- Melbourne River Cruise
- Islamic Council of Victoria
- Flagstaff Gardens
- Treasury Gardens
- Fitzroy Gardens
Sebagai penutup percutian kami di Melbourne/Victoria Australia ni saya buat a couple of short 360° videos as a short summary.
Syukur Alhamdulillah.
Di bawah ialah semua links untuk entries Melbourne, Victoria saya for easy reference:
1) MELBOURNE - DAY 01 - DEPARTURE & ARRIVAL
2) MELBOURNE - DAY 02 - PART 01 - MELBOURNE HIGHLIGHTS - ROYAL BOTANIC GARDEN & YARRA RIVER
3) MELBOURNE - DAY 02 - PART 02 - MELBOURNE HIGHLIGHTS - ST KILDA & BATHING BOX
4) MELBOURNE - DAY 03 - PART 01 - DANDENONG RANGES NATIONAL PARK & PUFFING BILLY
5) MELBOURNE - DAY 03 - PART 02 - SASSAFRAS & CHURCHILL ISLAND HERITAGE FARM
6) MELBOURNE - DAY 03 - PART 03 - KOALA CONSERVATION CENTER
7) MELBOURNE - DAY 03 - PART 04 - THE NOBBIES - SUMMERLANDS - PENGUIN PARADE
8) MELBOURNE - DAY 04 - PART 01 - ANGLESEA - URQUHART BLUFF AIREYS INLET - GREAT OCEAN ROAD
9) MELBOURNE - DAY 04 - PART 02 - MEMORIAL ARCH - GREAT OCEAN ROAD - LORNE CUMBERLAND RIVER
10) MELBOURNE - DAY 04 - PART 03 - APOLLO BAY
11) MELBOURNE - DAY 04 - PART 04 - TWELVE APOSTLES
12) MELBOURNE - DAY 04 - PART 05 - ISLAND ARCHWAY - RAZORBACK - LOCH ARD GORGE - PORT CAMPBELL
13) MELBOURNE - DAY 05 - PART 01 - FEDERATION WHARF - SOUTH BANK
14) MELBOURNE - DAY 05 - PART 02 - QUEEN VICTORIA MARKET
15) MELBOURNE - DAY 05 - PART 03 - MELBOURNE RIVER CRUISE
16) MELBOURNE - DAY 05 - PART 04 - ISLAMIC COUNCIL OF VICTORIA (ICV - CITY MOSQUE) - FLAGSTAFF GARDEN
17) MELBOURNE - DAY 05 - PART 05 - TREASURY GARDENS AND FITZROY GARDEN - GOING HOME
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment