Wednesday, January 20, 2016

KEMBARA EROPAH - DAY 06 - PART 02 - GERMANY - KE FRANKFURT

Selesai di Cologne Cathedral, it was time for lunch. Lapar! :)

Earlier, sebelum berpisah dari group dan masuk ke Cologne Cathedral, kami diberitahu oleh tour guide yang kami boleh lunch di sebuah restoran Turki about 10 minutes walk from the cathedral. Oh by the way, kami perasan hanya kami berdua sahaja dari group rombongan kami tu yang pergi ke Cologne Cathedral. The rest of the group members went shopping we think. 

Terus kami ke restoran Turki tu. Nama restoran ni ialah Istanbul Pizzeria & Kebaphaus. Masa masuk restoran ni memang teringat masa kami di Istanbul dulu. 

Suasana dalam restoran. 

Ooooo... baunyaaaaaa.....  

Jom tengok menu restoran ni. Dalam Deutsch tapi.. hehehe...


Bila waiter tanya kami nak makan apa, tanpa tengok menu terus kami kata nak Lahmacun.. hehehe... sebab masa kami di Istanbul dulu tu la makanan Turki yang kami suka :).
Inilah hidangan makan tengahari kami. Sedap sungguh :). 
Alhamdulillah, dapat kami merasa makan lahmacun ni sekali lagi. 

Bil makan tengahari kami, €13.00. 

Selesai makan kami berjalan ke tempat menunggu bas. Sambil jalan tu ambik la a few street shots. Ada ternampak a couple of homeless people. Masa ni sejuk suhu serendah bawah 5ºC dan hujan renyai. Kesian mereka.

Ini adalah St Mariä Himmelfahrt, sebuah gereja.

Di jalan ni ada beberapa kedai-kedai Turki. Di Jerman ni kelompok imigran terbesar ialah orang Turki. 

Goodbye Cologne. 

Naik bas, kami pun meneruskan perjalanan ke Frankfurt yang akan mengambil masa 2 jam sejauh 190 km.

Nothing much to do in the bus but to look out the window and take lots and lots of photos.. hehehe... 

Nothing much to story so jom kita tengok gambar-gambar pemandangan :).




Ni sample car plate numbers. Semua ni kereta registered di Jerman sebab ada huruf kod 'D' pada the blue European Flag tu.  

Kalau nak nature and outdoor adventure boleh la ke Wiedtal ni sebab ada gunung dan sungai dengan pemandangan cantik for hiking. Something like a walking holiday.  
Wiedtal adalah tempat yang ideal untuk pelancong, pencinta alam semulajadi dan semua orang yang suka percutian yang aktif. Pelbagai program ditawarkan termasuk lawatan ke destinasi berhampiran di sungai Rhine, sungai Moselle dan sungai Lahn.

As usual, lepas 2 jam memandu, Ulrich our bus driver must stop for a short rest. 

Ada Burger King di RnR ni.

Memang la best RnR kat sini. Bersih, cantik dan moden. Everything look so good and so fresh!

If only I know those ice cream tu halal or not! Hehehehe... 

Tapi yang paling best tentang RnR ni ialah pemandangan dari ruang makan restoran di RnR ni. Uwahh... cantik sangat!
SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Snow pun dah mula turun, lagi la nampak cantik!

Shot panorama guna handphone :).


So beautiful! 



Breathtaking!

Alhamdulliah dalam masa stop 30 minit tu sempat ambik gambar-gambar pemandangan landscape cantik bersalji ni. 

Perjalanan diteruskan. Suhu.. brrrr.... 

Walaupun baru pukul 3 lebih tapi matahari dah macam nak terbenam. 

Saya noticed bila bas kami berselisih dengan kenderaan besar yang lain seperti lori-lori ni, teresa macam dekat sangat macam nak bergesel!  نعوذ بالله من ذلك

Suasana dah mula berbalam-balam, menampakkan warna biru cantik langit berawan.  

MasyaAllah, so beautiful!



Schloss Montabaur dulunya sebuah castle. Sekarang ni dah jadi hotel 4 bintang. Boleh nampak hotel ni dari highway kerana kedudukannya di atas bukit.

Nama Montabaur ni diilhamkan dari Mount Tabor di Israel. Dipercayai dibina pada tahun 959. 

Sempat jugak ambik gambar hotel ni dengan background sunset :). 

Foto-foto ini dan yang seterusnya adalah pemandangan landscape dengan brilliant blue sky and snow covered [some partially] fields. 


Di Mountabaur ni juga ada fashion outlet. Penuh parkingnya. Mesti Christmas shopping :).

Anyway, back to beautiful landscapes :).








Memang tak jemu-jemu saya ambik gambar pemandangan yang lebih kurang sama tapi definitely tak serupa ni.. hehehe. 



I really do like this shot. Alhamdulillah.







Ada juga kawasan yang belum dituruni salji. 


Bila tengok balik foto-foto ni rasa macam tak real je sebab cantik sangat! 





Awesome right the view!



Sedang saya asyik ambik gambar, saya terperasan adik yang duduk di seat depan saya dari bayangan dia di cermin tingkap bas. Saya perhatikan apa yang dia sedang buat. SubhanAllah, dia tengah baca Al Quran. Bagusnya adik tu! Serta merta saya terasa bagai disedarkan supaya jangan terlalu asyik ambik gambar sampai terlupa untuk sentiasa ingat kepadaNya. ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّــﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴــﻢَ
Alhamdulillah.  



Menghampiri Frankfurt. 

Beberapa foto malam di bandar Frankfurt.  



Sampai di satu tempat kami pun turun dan berjalan ke restoran untuk makan malam.  

Malam tu kami makan malam di restoran Central Grill, sebuah restoran Turki. 

Jom tengok menu restoran ni. Yumm.. look delicious right? :) 



Suasana dalam restoran. And the smell was so amazing! Kecur dibuatnya! 

Look at all those fresh skewered marinated meat! Chicken meat, chicken wings, beef, lamb, veal and vegetables!  

Juga ada fish and ribs. 

And of course those delighfully sweet Turkish desserts! 

Very nice ambience.  

Dinner kami. Amazing garden salad! 

Ada pilihan samada nak chicken or lamb :). Oh.. and the rice was so delicious!

Alhamdulillah, sedap makan malam kami malam tu. Selesai makan, kami berjalan semula ke tempat menunggu bas untuk ke hotel. 

Sementara menunggu bas ambik la a few shot of Frankfurt at night. 



Di Frankfurt kami menginap di Novotel Frankfurt City. 

Kami semua menunggu di lobi sementara Roy our tour guide check in. Dapat key card terus ke bilik. Letih dah... 

Alhamdulillah, bilik kami cukup selesa. 


Tengok luar tingkap ada view ni. Ada keretapi tengah lalu. Nice! 

Connect to wifi dan check messages. No news about Tam Tam. Jadi saya mesej Alan the petshop owner dimana Tam Tam boarding. And Alan sent these photos. Alaaa... kesiannya tengok muka dia. Macam serabut sangat... :(


Anyway, macam biasa sebelum tidur, mandi, solat dan back up photos. 

Syukur Alhamdulillah dah selamat sampai ke Frankfurt.

Bersambung...


Di bawah adalah links kepada semua entries Kembara Eropah saya:


16) KEMBARA EROPAH 2015 - RINGKASAN KESELURUHAN PERJALANAN

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. sejuk aaa makan aiskrim masa winter!!!!!!!!!!!!! :P

    ReplyDelete
  2. lawa lawa gambar pokok pine dengan langit biru-biru nak senja tu
    dan yang dekat RnR tu ..

    adik yang baca Quran tu, yang suka kacau and the attached kat en syed tu kan?
    pandai mak bapak dia mendidik anak ..

    macam best je sabun avocado tu!!
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik2 doc views masa tu. Menyebabkan saya ketik beratus-ratus gambar! :)

      Bukan, yg baca Quran tu ialah seorang adik perempuan yg dlm trip ni bersama kakak dan mak ayah dia. Mereka dari Kelantan. Mak ayah dia baik sangat offer kami serunding dan maggi :).

      Best sangat sabun tu. Ada seketul lagi, sayang nak pakai.. hehehe...

      Delete