Monday, January 4, 2016

KEMBARA EROPAH - DAY 05 - PART 01 - NETHERLANDS - ZAANSE SCHANS DAN AMSTERDAM CITY TOUR

Hari ke 5. Another long day of jalan-jalan dan touring. Syukur Alhamdulillah.

Hotel Ibis Airport Amsterdam. Wonderful deco. Friendly staff. Spacious. 2 thumbs up :).

Hotel ni juga besar dengan beberapa blok. Nak ke breakfast, kena turun lift ke lobi, cross the lobby and then turun escalator ni. 

Sarapan di Ibis Kitchen. Our usual were bread and eggs + tea :). 

Di Ibis Kitchen ni juga ada this big screen TV and tentunya tuned to local news stations. So sambil sarapan kami mengikuti perkembangan terbaru Paris' attacks. 

Sarapan kami pagi tu. I must say the bread and croissants were so good! Anyway, asal kenyang la kan.. hehehe... 

A few shots of the  hotel's lovely lobby areas. 

Seperti biasa lepas sarapan kami akan berjalan-jalan di luar hotel dulu sebelum bas gerak. Walaupun masa tu hujan dan sejuk serta berangin, tetap jugak kami keluar ambik gambar.. hehehe... Syukur Alhamdulillah we were adequately attired for such weather condition. 



So off we went for the day's journey. Masa bas bertolak masih lagi hujan. Memang la selalunya saya tak tidur tapi since masa tu nak ambik gambar pun tak best, maka nap le sekejap.. hehe. 

Hotel Ibis tu memang dekat dengan airport. 

Kami akan ke Zaanse Schans pagi tu. Bangun tidur jengok tingkap masih hujan lagi tapi tak selebat tadi. Dapat la a few decent shots :). 

Gembira dapat shots ala poskad ni. Tapi sungguh sukar dengan keadaan menembak dari dalam bas bergerak masa cuaca hujan kelam :). 

Dan kami pun sampai ke Zaanse Schans. Jom tengok apa ada di sini. Oh ya, masa sampai tu still hujan. Redah je. 

Ada papan tanda ni tentang Zaanse Schans. 




Di Zaanse Schans ni ada kincir angin kayu, bangsal, rumah-rumah dan muzium yang dibina dalam gaya seni bina kayu Belanda, yang dipindahkan ke tempat ini sedikit demi sedikit sejak tahun 1961. Ada juga kraf tradisional seperti clog [terompah kayu] dan pembuatan keju. Boleh juga melawat kincir angin dan bangunan-bangunan tradisional. Boat cruise pun ada juga. Dan tentunya ada restoran-restoran dan kedai/butik.  



























Masuk adalah percuma dan kami explore tempat tu on our own which was just great lah :). 
Zaanse Schans memberikan gambaran sepintas lalu ke masa kejayaan rantau Zaan ketika abad ke-18 dan ke-19 . Dulu ia adalah kawasan perindustrian tertua di Eropah Barat di mana terdapat sekitar 600 kincir angin aktif pada masa yang sama. Ini adalah akibat langsung daripada perdagangan antarabangsa dalam Zaman Keemasan Belanda (abad ke-17). Tidak lama untuk usahawan-usahawan tempatan kreatif memastikan banyak produk-produk dihasilkan dengan penggunaan kincir-kincir again tersebut. 

Sambil jalan-jalan dalam hujan sambil ambik gambar. Tak basah ke kamera? Basah! So kena serkop le.. hehehe... 

Eurasian Coots on green field dengan windmill backdrop... nice lah tempat ni! 


Selalunya burung Eurasian Coot ni tak nak terbang. Lebih kepada 'berlari' atas permukaan air sambil mengibar kepak with much splashing terutama masa mempertahan kawasan mereka. 

Ada juga farm animals. A living museum! 



Mallards pun ada juga :). 

Kalau tak silap yang ni Drake Mallard. 

Memang they keep the buidings authentic like it was hundreds of years ago. Cool! 



Boleh juga kalau nak go for boat cruise but not during winter I guess. 

Beautiful windmills. 

Perkampungan yang cantik sangat. Macam dalam postcards! 

Hujan dan berangin masa tu. Tak larat nak terus sampai ke hujung sana. Lagi pun banyak lagi area nak explore.. hehe.. 



Rupanya windmills ni ada nama: 
Dari kiri ke kanan: De Zoeker [the seeker], De Kat [the cat], De Gekroonde Poelenburg [the crowned poelenburg] and De Huisman [the houseman].
De Zoeker - sebuah kilang minyak yang dibina pada 1672, membuat minyak dengan cara tradisional dengan mengisar biji dan kacang tanah.
De Kat - kilang pewarna dibina pada tahun 1646, adalah satu-satunya kilang di dunia yang masih memproses bahan-bahan mentah seperti kapur dan kayu ke dalam bentuk pigmen untuk pengeluaran cat dan pewarna. Ini adalah cara membuat cat yang telah digunakan pada zaman Rembrandt.
De Huisman - kilang rempah yang bermula sejak 1786 di mana Zaans mustard dibuat.

Kesejukan kami pun masuk la kedai jual barangan keju ni. Aaaa... so nice and warm.. hehehe... 

Macam-macam ada. 



Staff di situ sangat peramah. Dah biasa kot dengan kerenah pelancung.. hehe. 



Ada bermacam-macam perasa keju! Ada red chili peppers, truffle, green pesto, fenugreek, herbs and garlic, pepper, coconut, gouda dan lain-lain. 

Staff beruniform pakaian tradisional Dutch. Nice! And yes, she is very tall! Mesti sebab banyak makan keju! :) 

Keju tester juga disediakan. Sedap! 

Tengok tulip kayu ni je sebab tak ada yang real masa winter.. hehehe... 


Beautiful soft luxurious sheepskin! Tak beli la tapi due to 2 reasons.
Pertama sebab mahal! 

Kedua sebab kalau beli ni la jadinya. Dia je la yang akan conquer! Hahahaha... 

Then kami keluar dan ternampak barn ni yang ada farm animals. Hujan masa tu sebab tu kambing-kambing comel ni dok kat dalam. 

Lepas tu kami pusing balik kedai keju tu sebab nak masuk ke bahagian penerangan cara-cara atau proses membuat keju. This is Catharina Hoeve. 
Ini replika ladang Oostzaan yang authentic dilengkapi sepenuhnya untuk pembuatan keju. Di ladang ini, kakitangan, yang memakai pakaian tradisional, memberi maklumat tentang pelbagai jenis keju. Ini termasuk Gouda, keju dan herba keju kambing. Terdapat juga demonstrasi sepanjang hari, dalam 10 bahasa. Anda boleh belajar semua tentang peringkat pengeluaran keju serta merasa beberapa jenis keju lazat. Kedai ladang ini mempunyai semua jenis keju lazat untuk dijual. Catharina Hoeve dipindahkan ke Zaanse Schans pada lewat 1980-an.


Suasana dalam tempat penerangan pembuatan keju. 

Staff yang sedang memberi penerangan proses membuat keju. 

Ok, jom kita saksikan penerangannya. 


Lepas tu kami masuk semula ke bahagian kedai Catharina Hoeve ni. Sempat bergambar dengan Dutch Lady ni :). So tall! 

Dutch bonnet dibuat dari lace. Cute, right :). Notice how these shots were taken, like, from below? Sebab she is so tall! Hehehe... 

Out again in the cold rain! 

More shots of farm animals :). 

Since kami dah tak banyak masa lagi, terus kami menuju ke tempat buat clog atau kasut kayu ni. 

Pelawat akan melalui muzium clog ni dulu. So amazing! There are so many types of clogs. Di muzium ni ada clog yang dah berusia ratusan tahun! 
Clog tertua yang pernah dijumpai di Belanda bertarikh sekitar 1250an. Malangnya hampir semua terompah berakhir dengan dijadikan kayu api selepas digunakan, bermakna terompah bersejarah sukar ditemui.

Antara clogs lama yang dipamerkan. 

Saya suka betul foto-foto lama ni! 

Ok, these are the close ups. 

















Menarikkan kasut ni! Tapi ada cerita ngeri disebalik kasut ni! 
Mengikut kisah lagenda semasa zaman penaklukan Moor di Pyrenees pada abad ke 9, seorang lelaki pemimpin orang Moor bernama Boabdil, telah jatuh hati dengan seorang gadis tempatan bernama Esclarelys. Esclarelys telah ikut lari bersama Boabdil padahal Esclarelys sebenarnya telah pun bertunang dengan Darnert. Darnert tentunya telah menjadi sangat marah lalu terus mencari pasangan kekasih tu di tengah malam untuk membalas dendam. Dan bila akhirnya Darnert pulang ke kampungnya, dia memakai terompah [seperti dalam gambar] yang telah dibuatnya sendiri dengan jantung Esclarelys dan Boabdil terpacak pada kedua-dua tanduk terompah tu. Like, what??!!

Walau bagaimana pun, setelah selama berabad, kasut yang mempunyai konotasi tragis ini telah bertukar makna kepada satu bentuk hadiah simbolik cinta. Kasut ini akan dibuat sendiri oleh seorang lelaki dan dihadiahkan pada tunangnya pada Christmas eve sebagai tanda kasih dan cinta.

Ini pula Marken Bridal Clogs. Bayangkan anda kawin pakai kasut kayu ni! Yang pastinya ia lain dari yang lain.. hehehe... 
If you were to be married in Marken a unique task awaited the bridegroom - this was to carve a pair of clogs by hand. Beautiful motifs often with a symbolical meaning were used. Sometimes the bride's name and wedding date were engraved. And after many, many hours of intensive work, an exclusive gift for the bride-to-be was created. The beautiful clogs were worn with pride once the pair were officially engaged. 

The Marken bridegroom uses many motifs and patterns in his carvings. Varying from figurative to symbolical - such as the bird which symbolizes fertility and geometric to semi-abstract such as the use of rosette, stars, interwoven hearts, spirals and knots. Incredibly time consuming, the clogs are a true expression of love.   

Ini pula church clogs. 



Diamond clog pun ada juga! 
Direka oleh Jan Roedema dengan reka bentuk yang diilhamkan oleh Damien Hirst dan bentuk organik clog. 

Kasut-kasut kayu yang dijual di sini berharga antara  € 22.95 - 43.95 mengikut saiz. Lagi besar kaki anda, lagi mahal. 

Workshop area where wooden clogs are made. 



Di sini juga ada demonstrasi membuat clogs. 



Jom kita tengok video yang sempat saya rakam: 


And of course ada kedai souvenirs. 

Me being touristy.. hahaha... 

Bersama isteri. Lebat hujan masa ni.. hehehe... 

Selesai di Zaanse Schans kami bertolak semula ke Amsterdam for City Tour. Hmm... harap-harap hujan reda la.... 

Reached Amsterdam and it is still raining. Oh well, shoot je mana dapat.. hehehe.. 

Kata our tour guide, kat Amsterdam ni tak kira musim apa pun, sentiasa je ada orang berbasikal. 

Ini kawasan Oosterdok - Eastern Dock. Ada banyak bot parking di sini. 

Hmm.. macam mana agaknya kereta tu di park atas bumbung bot ni? 


Bangunan bentuk kapal ni pula ialah bangunan Nemo Science Centre. Amsterdam Nemo ni menempatkan banyak eksperimen dan pameran di dalam bangunan hijau ini yang terletak di Oosterdok. Tidak kira latar belakang anda, anda akan belajar sesuatu yang baru dan bersenang-senang semasa melakukannya. 
Kanak-kanak dari pelbagai peringkat umur boleh berseronok bermain buih sabun gergasi, bereksperimen di makmal kimia atau menghasilkan video dan muzik di Makmal Media. Yang dewasa juga boleh berseronok. Sukar untuk menahan diri bila didepan ada pelbagai peralatan untuk bereksperimen. Mengapung diri sendiri ke siling, menyelesaikan misteri pembunuhan dengan teknologi DNA dan disassembling barangan elektronik lama adalah bukan mainan kanak-kanak, lebih untuk yang dewasa :).

This is  Sea Palace Chin Restaurant. 
Sebuah restoran terapung 3 tingkat gaya pagoda di Tasik IJ yang menyajikan hidangan Kantonis, Sichuan & Beijing.

Bas terus meluncur di sekitar bandaraya Amsterdam. Bangunan lama bersejarah ni ialah stesen keretapi Amsterdam Centraal. More on this building later. 





Di Amsterdam, dalam satu jalan utama sebenarnya ada 8 jalan/laluan dalam 1.
01 - kaki lima untuk pejalan kaki.
02 - lorong basikal.
03 - lorong kereta.
04 dan 05 - 2 lorong trem untuk 2 arah berlawanan.
06, 07 dan 08 - teksi, bas dan kenderaan kecemasan guna laluan trem. 
Jadi jika nak melintas di Amsterdam anda mesti berterusan pandang kiri kanan dari saat anda melangkah untuk melintas hinggalah dah selamat sampai ke seberang.  



Ada service canal crusies. 


Gereja St Nicholas. 

Turun bas dan kami pun dibawa ke Amsterdam Experience ni, kedai souvenirs etc. Hujan masa ni so ambik foto depan kedai ni dari google's street view.


Ehh.. ada kucing pulak! Terus teringat Tam Tam!


Wooii... memang best kedai ni! Ada macam-macam souvenirs!


Harga pun ok, tak berapa mahal.




Dan tentunya ada section keju :).


Paling terkejut bila ni pun ada dijual! 

Di Amsterdam ni anda boleh masuk ke sebuah 'coffeeshop' dan beli 'soft drugs'. Malah anda juga akan diberi menu 'drugs-of-day'. Harga untuk 4 joints sama dengan harga 20 batang rokok. Anda tidak akan ditangkap sebab di Amsterdam ini tidak menyalahi undang-undang. Di bandar ini ada kira-kira 150 'coffeeshops' yang beroperasi menjual ganja dan hashish dan pelanggan mereka boleh menghisap ganja tu di kedai tu juga. 

Haaaa... cannabis lollipop pun ada! Dengan perasa strawberry dan blueberry!

Polisi dadah Belanda adalah dari idea bahawa setiap manusia boleh membuat keputusan tentang hal-hal kesihatan sendiri. Satu lagi idea ialah menyembuyikan fenomena sosial yang negatif tidak akan membuat ia hilang, malah akan menjadikannya lebih teruk lagi, kerana apabila disembunyikan ia menjadi jauh lebih sukar untuk dikawal.


Sambil touring tu tour guide kami beri beberapa pesanan dan info. Contohnya, berjalan-jalan di Amsterdam kena berjaga-jaga kerana ramai penyeluk saku.

Pemandu tram hanya akan stop di lampu merah. Dalam lain situasi dia akan jalan je. So other road users must get out of the trams' way!

Kena sangat berjaga-jaga dengan penunggang basikal sebab di pejalan kaki ada juga laluan berbasikal dan penunggang basikal di Amsterdam ni kalau bawak basikal macam gaya merempit. Jadi nak melintas laluan basikal ni kena berkali-kali tengok kiri dan kanan. Tambah tour guide kami pernah ada pelancung Malaysia yang kena langgar dengan basikal. 


Amsterdam mempunyai kira-kira 800,000 penduduk dan 880,000 basikal [lagi banyak dari city dwellers]. Total basikal adalah 40% dari jumlah kesemua kenderaan di Amsterdam. Ada lebih kurang 400 km laluan basikal di Amsterdam. Setiap tahun 10,000 basikal dicuri.
Lebih kurang 30 basikal dicuri di Amsterdam setiap hari out of which 30% dicuri oleh penagih dadah. Jadi kemana perginya semua basikal tu? Dikitar semula. Basikal dicuri dan dijual semula. Basikal-basikal curi ni dijual di tempat-tempat awam je seperti di flea market. Kalau nak beli basikal curi, berdiri je di tempat awam tu dengan memegang rantai dan mangga/kunci basikal sebagai isyarat hendak membeli basikal. Lepas tu si penjual basikal curi pun dekati si pembeli dan perbincangan jual beli berlangsung. Selalunya harga basikal curi ni ialah €100. Kebanyakkan pengguna basikal yang dah kecurian basikal 4, 5 kali dah serik dan beli je yang 'recycle' tu.   

Berjalan di dalam lorong basikal bukan sebab utama kemalangan, tapi ia berlaku bila pejalan kaki dengan tidak sengaja termasuk ke lorong basikal. Sebabnya garisan lorong basikal adalah tidak standardize, ada yang bergarisan jelas ada yang tidak. Ada lorong basikal yang dipisah dari lorong pejalan kaki dengan divider dan ada yang tidak dipisahkan. Ada lorong basikal dan lorong pejalan kaki selari ada yang tidak dan berselirat. Ikon basikal di atas lorong basikal pulak ada bermacam-macam design.



Dari kedai Amsterdam Experience tu kami berdua berpecah dari rombongan dan berjalan ke Amsterdam Centraal. Dalam pakej ni jarang ada peluang nak jalan-jalan on our own so bila ada kesempatan macam ni kami pun berjalanlah. Tak berapa jauh dan jalan tu pun dengan penuh hati-hati. 

Nak ke Amsterdam Centraal kami melintas jambatan merentas terusan besar ni.

Juga kelihatan dari jambatan ialah Gereja St Nicholas.




Bangunan yang tengah tu ialah DoubleTree by Hilton Hotel Amsterdam Centraal Station.


Dah tiba Amsterdam Centraal sebuah stesen keretapi utama di Amsterdam.


Info on Amsterdam Centraal.




Saya cukup tertarik dengan seni bina bangunan Amsterdam Centraal ni.


Hujan lagi masa ni tapi tetap gigih ambik gambar. Sibuk betul saya asyik mengelap kamera.... hehehe...


Okeh, jom masuk dalam pulak. Ada a grand piano. Sesiapa nak main dan nyanyi boleh je di piano ni llike those 2 guys.


Ada banyak kedai dalam ni termasuk big department stores.



Selesai di Amsterdam Centraal kami berpatah balik to rejoin the group.

Amsterdam Hop On Hop Off.

Sambil tunggu group dan bas, ambik people shots.. hehehe...


Bersambung...


Di bawah adalah links kepada semua entries Kembara Eropah saya:


16) KEMBARA EROPAH 2015 - RINGKASAN KESELURUHAN PERJALANAN

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. Makin jadi x sabar pulak nk pergi.. tp bila baca tentang isis tu takut plak nak g backpack..

    Nak tanya .. keju kt sana kita boleh makan ke? 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... I understand. Saya dulu masa nak pergi pun super excited! :)

      Hmm... insyaAllah selamat. Cik Farlyna byk2lah berdoa dan buat la solat2 sebelum pergi semoga perjalanan2 diberkati dan dilindungi Allah swt. InsyaAllah kalau niat kita baik, niat kita betul, kita jaga solat... Allah akan memberkati.

      Boleh baca dan tanya kandungan keju tu pada staff di situ. Mereka ada yang faham tentang Muslim requirements since ramai dah Muslims tourist yg ke situ. The ingredients pun boleh let you know. Tapi kalau nak yang bungkusan ada cop 'Halal', saya tak nampak la.

      Delete