Program Kembara Eropah kami pada hari ke 6 ialah ke negara ke 5 iaitu ke Germany. Perjalanan bermula dari Amsterdam ke Cologne dan lepas tu terus ke Frankfurt.
Seperti dalam peta di bawah, perjalanan ke Cologne akan mengambil masa selama lebih 2 jam sejauh 225 km dan dari Cologne ke Frankfurt pula ialah selama 2 jam sejauh 190 km.
Hujan pagi tu. Pukul 8:45 am kami dah bertolak. Seronok bila travel dalam group members yang punctual. In fact everyone was already at the lobby by 8:30 am :).
Susah juga nak ambik gambar dalam suasana hujan so these were the best I could do. Kira ok la sebab nampak la jugak biri-biri tu.. hehehe...
Ahahaha... biri-biri lagi. Banyak pulak pun sheeps nya so kena la capture kan.. hehehe...
Kalau perhati betul-betul nampak tak bontot-bontot biri-biri ni berwarna biru.
Luas ladang-ladang di sini, saujana mata memandang.
Beautiful sceneries. Actually memang sedap tidur dalam bas masa ni especially since baru lepas sarapan dan dalam suasana sejuk macam ni. Tapi kena jege mata masa tuh.. hehehe... kalau tak terlepas sceneries cantik macam ni :).
Were those migratory birds?
Alhamdulillah, hujan nampak macam nak berhenti dah :).
Dapat juga a couple of windmill shots :).
Ada juga ladang kuda dan biri-biri hitam :).
Ada kuda-kuda hitam kaki pendek yang digunakan dalam kerja-kerja pertanian. Ada juga black sheeps which I think is quite rare. |
Highways, green houses and towers.
Ada juga pemandangan keretapi merentasi ladang-ladang luas.
Separuh dari total energy supply untuk sistem keretapi di Netherlands ada dari wind farms. Amazing! |
More farm animals shots.. hehe..
Macam-macam sebenarnya pemandangan dari highway ni.
Hay covered in colorful coverings. Colour coded tu!
Dapat la jugak shots migratory birds :). It was so beautiful to see them passed by.
Menghampiri sempadan Netherlands-Germany.
Alhamdulillah cuaca semakin cerah.
More beautiful green farms as far as the eyes can see.
Sejukkkk... kuda-kuda pun kena selimut.
Sebagaimana undang-undang pemandu di sini, lepas 2 jam driving kena stop rehat. Bas pun stop at RnR Raststätte Cloerbrucke Süd (Cloerbrucke South Rest Area).
Sejerus selepas 'menjawab panggilan alam' saya bergegas ke taman kecik di RnR ni. Cantik! :)
Nice right? :)
Macam peaceful je...
Selit satu foto petrol pump.
Ni Ulrich our bus driver. Dia dari Belgium. Isteri dia la yang update him and later him to us about the situation at Brussels.
That's a big dog! :)
Okeh, jom sambung semula perjalanan.
Tak tau ni traktor apa.
Ini ICE train the Intercity-Express [InterCityExpress] adalah sistem keretapi berkelajuan tinggi yang beroperasi di sekitar Jerman dan negara-negara jiran.
Ada ICE train yang kelajuan maksima boleh mencapai 330 km sejam. |
'Weltkulturerbe Kolner Dom' tu bermaksud 'World Heritage Kolner Dom' iaitu Cologne Cathedral. Dalam itinerari kami akan ke gereja tu.
Dan kami pun tiba di bandar Cologne, bandar ke 4 terbesar di Jerman. Moden bandar ni dan tak nampak bangunan lama sebab banyak yang dah musnah masa Perang Dunia ke 2.
Bayangkan bila 34 ribu tan bom dijatuhkan di bandar ini dan pemindahan penduduk seramai 95% masa Perang Dunia ke 2. Havoc!! |
Bangunan yang kiri tu ialah bangunan Cologne Tower (KölnTurm) yang tingginya 44 tingkat dan kedua tertinggi di Cologne selepas Cologne Cathedral. Yang kanan ialah runtuhan kota Roman lama.
First look at the Cologne Cathedral. Sangat besar, mendominasi langit Cologne.
Cologne Cathedral is dedicated to St Peter and the Virgin Mary. |
Batu asas Katedral Gothic telah diletak pada 1248 semasa sambutan Assumption of the Virgin Mary. Katedral yang lama dianggap tidak layak untuk meletak the mortal remains of the Three Magi yang dibawa oleh Archbishop Rainald von Dassel ke Cologne dari Milan selepas Milan ditawan pada 1164.
Jadi apakah 'the remains of the Three Magi' tu? Teruskanlah membaca ya :). |
Pintu depan masuk ke Cologne Cathedral.
Mula bina pada 1248 lepas tu stop pada 1473. Lepas tu sambung bina pada kurun ke-19 dan siap pada 1880. So nak siap tu makan masa 600 tahun. |
Keliling Cologne Cathedral ni.
Oleh kerana seni bina gothic yang mengagumkan, makam Three Wise Men, tingkap stained-glass yang hebat dan barangan seni yang penting, pihak UNESCO telah mengisytiharkan Katedral Cologne Tapak Warisan Dunia pada tahun 1996.
Tersergam dengan binaan style gothic lama. Walaupun mengalami kerosakan yang teruk semasa Perang Dunia Kedua, gereja ini terselamat dari total destructions. Pada masa kini faktor utama yang menjejaskan gereja ni adalah cuaca dan pengaruh persekitaran. Lebih 80 tukang-tukang batu, glaziers, roofers dan pakar lain sentiasa di gereja ni menyelenggaraan dan memulihan Cologne Cathedral ni.
Menara Utara tingginya lebih 7 cm dari menara Selatan. |
Seronok ada zoom lens ni sebab dapat perhati dengan lebih dekat segala macam depictions pada dinding gereja lama ni.
In bahagian West facade of the central portal. Salah satu dari 3 pintu masuk utama ke gereja ini.
The center portal has two doors with Mary as the main figure with the tympanum and archivolts above her. |
Patung-patung saints dan kings.
Punya la detailed.
Perasan tak ada satu patung dah tak de kepala tu.
Ada kerja-kerja restorations.
Di pintu luar ada foto-foto lama gereja ni.
Cologne 70 tahun yang lalu.
Bangunan-bangunan keliling gereja ni habis hancur. Gereja tu rosak teruk juga tapi tak seteruk bangunan lain sebab gereja tu tak dibom sebab pengebom menggunakan gereja tu sebagai landmark untuk jatuhkan bom-bom ke bandar Cologne. So dalam lain perkataan gereja tu telah digunakan/membantu pengeboman bandar Cologne.
Okeh, jom kita masuk dalam Cologne Cathedral ni. Sebelum tu saya share sikit pamphlet yang saya dapat ni.
Bentuk gereja kalau tengok dari atas adalah berbentuk salib.
Tak boleh buat ni semua dalam gereja ni. Tak boleh pakai topi tapi wanita boleh bertudung. Tak macam some temples di Sri Lanka di mana bertutup kepala even dengan tudung as required in Islam pun tak dibenarkan.
Masuk dalam memang massive interior gereja ni. Tinggi siling tu ada la dalam lebih 40 meter.
Ada banyak lilin-lilin dinyalakan berdekatan dengan satu patung belah kiri tu.
Patung tu ialah patung Jeweled Madonna salah satu patung Madonna yang sangat disanjung oleh pengunjung beragama Kristian ke Cologne Cathedral ni. Patung ni dikatakan sebagai 'miracle-working'. Hanya kepala Mary dan baby Jesus sahaja yang kelihatan sebab patung dipakaikan gaun sutera putih yang dilekatkan pelbagai jewels dan ex-votos (offerings to a divinity or saint). Patung ni dibuat pada kurun ke 17.
Ini adalah The transept Organ.
Organ-organ di Katedral Cologne ni adalah muzik utama ketika daily service, sebagai mengiring koir dan digunakan semasa konsert dan pertunjukan. |
Mural lama di siling salah satu bahagian di gereja Cologne.
Ada banyak patung dalam gereja ni.
Ini adalah patung St. Andrew mempersembahkan Konrad Kuyn [the cathedral's master builder and sculptor] yang sedang melutut mengadap the Madonna and Child. |
Ini patung The Gero Cross, salah satu salib tertua di utara Alps yang diderma oleh Archbishop Gero.
Wall monument to Arnoldus Haldrenius, a member of the cathedral chapter.
Ini pula ialah Blessed Sacrament Chapel. Tak boleh masuk kecuali untuk prayers sahaja. And no photography inside.
Ini patung St. Engelbert, Archbishop of Cologne. Dia mati trajis ditikam 47 kali kerana usaha-usaha beliau untuk gereja tidak disenangi oleh orang-orang bangsawan termasuk keluarga dia sendiri sehingga dia terpaksa pasang pengawal-pengawal peribadi. Alkisah, sepupu St. Engelbert, Count Frederick telah menindas dan menganggu biarawati di Essens lalu St. Engelbert dinasihati oleh Paus Honorius III dan Maharaja Frederick II untuk menangani masalah ini. Untuk menghalang tindakan St. Engelbert, Count Frederick dan kuncu-kuncunya telah membunuh St. Engelbert.
Di belakang patung St Engelbert tu ialah mural Mary dan St John di sebelah kiri dan kanan salib sedang berkabung. |
Ini keranda batu berpatung Archbishop Wilhem von Gennep.
Archbishop ni sendiri yang commissioned keranda dia ni masa dia masih hidup. |
Lantai mozaik yang disiapkan pada 1899 berukuran 1,350 meter persegi. Merupakan artwork terbesar di gereja ini.
Tak pasti apa cerita lantai ni. Mungkin gambaran master builder memegang pelan binaan gereja ini. Mungkin juga archbishop atau king memperkenan binaan gereja.
Salah satu kubur archbishop.
Saya tertarik dengan tingkap-tingkap stained-glasses yang ada dalam gereja ni. They are super huge and very colorful. Yang ni namanya The St. Jacob window, 1330. Ia mengenai St. James.
Jom tengok dengan lebih dekat. Yang belah kanan tu gambaran orang kena pancung dengan kepala tergolek ke tanah!
Ini pula ialah Window of St. Catherine and St. Heribert, 1856/57.
Ini pula ialah Crucifixion Altar, 1500.
Ini kubur keranda berpatung batu Archbishop Philipp I von Heinsberg.
Window of St. Barbara and Evergislus, circa 1855
Tingkap stained-glass ini mengambarkan St. Barbara and St. Evergislus.
Sebuah lagi altar.
Colorful stained-glass.
Sangat besar dan tinggi siling gereja ni.
Di gereja ini juga ada sebuah keranda emas sebagai mengandungi tulang daripada tiga magi [the three wise men] yang melawat baby Jesus semasa dilahirkan membawa hadiah emas, kemenyan dan mur [damar yang berbau wangi berasal dari pohon balsem].
Keranda emas ni dikatakan diletak dalam kotak kaca kalis peluru. |
Ini The Popes Pius window, 1956. Tingkap kaca berwarna ini didedikasi untuk empat Popes Pius terakhir. Di atas setiap pope adalah simbol mewakili satu isu yang menyifatkan paus tersebut.
Ini kubur berpatung Count Gottfried of Arnsberg, seorang kaya yang telah mewariskan semua hartanya pada gereja Cologne. Dia adalah satu-satunya orang biasa yang dikuburkan di gereja ini disamping archbishops dan saints.
Ini Organ of St. Mary.
Patung Joseph, Madonna and Child dan St. Christopher mengendong baby Jesus.
Ini Altar of Agilolphus yang dibina pada tahun 1520.
Ini pula Window of St. Peter, c. 1870 dedicated to St Peter the Apostle, the first head of the Church.
In this scene, God is shown giving St Peter the keys of heaven and Pope Pius IX is shown with the Bull of Convocation for the First Vatican Council. |
The main scene shows the Council of Jerusalem with Saint Peter in the middle. |
Four outstanding representatives of monastic orders can be seen in the lower part of the window. |
Window of Görres, 1855.
This window was donated in memory of the scholar and Catholic publicist Joseph Görres (1776–1848). In 1814, Görres was the first to call for the completion of Cologne Cathedral. |
The main scene shows Joseph Görres kneeling before Mary and the Christ Child. St Boniface and Charlemagne are depicted in the lower part of the window. |
Sebuah hamparan mengambarkan St.Stephane.
The impressive Rayonnant interior of Cologne cathedral
Selain Archbishops of Cologne, mayat orang-orang kaya di kota Cologne juga diberi penghormatan untuk disemadikan di gereja ini. Namun, tidak seperti mayat Archbishops yang disemadikan di aras utama, mayat-mayat orang kaya ini disemadikan di sebuah bilik di bawah tanah yang dinamakan Crypt.
Ke Cathedral Treasury.
Antara pameran di Cathedral Treasury.
Ini adalah Altar of the City Patrons, c. 1442.
Altar-piece of the city’s patron saints.
The Magi window, c.1330.
Some of the treasures.
Window of the Nativity, 1507.
These are the city’s patron saints: St George, St Maurice, St Gereon, and St Albinus. |
The city’s magnificent coats of arms are flanked on either side by Agrippa, the founder of the city, and Marsilius, the legendary hero of ancient Cologne. |
Window of St. Peter and Tree of Jesse , 1509
The left-hand section of the window relates the story of St Peter. The right-hand section of the window shows the Tree of Jesse with Christ’s royal ancestors. |
Lion Head Door Knocker.
Kami keluar dari West entrance of the Cologne Cathedral.
Di luar Cologne cathedral ni ada satu lagi kesan sejarah iaitu The Roman North gate.
Whew.... tak pernah saya buat blog entry sampai macam ni! Lelah dibuatnya. Tapi seronok actually.. hehehe... Anyway I hope it was not too much reading. I tried to simplified it as much as possible by inserting pertinent and 'interesting' info :).
Bersambung...
Di bawah adalah links kepada semua entries Kembara Eropah saya:
16) KEMBARA EROPAH 2015 - RINGKASAN KESELURUHAN PERJALANAN
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
wahhhh...
ReplyDeletepanjangnya dan banyak nya gambar!!
jap lagi datang balik dan komen
:)