Monday, August 3, 2015

JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - KB PERMAI SILVERCRAFT

Jalan-jalan Pantai Timur - Day 05 - Part 02 - KB Permai Silvercraft.

Selepas selesai sarapan di Pasar Siti Khadijah, kami pun berjalan balik ke hotel untuk menunggu tour guide yang akan membawa kami jalan-jalan.


Sebelum mula trip ke pantai timur ni saya dah contact dulu Doremi Travel and Tours Sdn Bhd dan buat arrangement for a City Tour selama lebih kurang 4 jam. Kenapa saya ambik tour ni ialah kerana saya teringin nak melawat tempat-tempat membuat silvercraft, songket, batik dan makanan serta kuih-kuih tradisional yang selama ini produk-produk tu semua saya hanya nampak di kedai-kedai. Lagi pun kalau tak pakai tour mana la kami tau di mana lokasi tempat-tempat ni. Also kalau cari sendiri takut kami ambik masa lama nak cari lokasi-lokasi tu.


Masa berjalan balik ke hotel, saya ternampak banner ni :).



Lama saya berdiri depan banner sambil tersengih-sengih trying to decipher the meaning.

Tak pasti betul ke tak tapi....
"Jangan simpan emas dalam tempayan beras, dalam tin biskut, bawah tilam. Simpan dengan saya. Bukan setakat free je, saya bayar pulak setiap bulan".
Betul ke? Hehehehe... saya suka betul 'teng ssekut' tu!!! :)


Saya tak nampak banyak beca seperti di bandar-bandar lain yang ada service beca.



Alhamdulillah, cuaca nampak cukup baik hari tu :).



Masa berjalan tu saya notice since day 1 sampai Kota Bharu ni, saya akan terdengar bacaan ayat-ayat suci Al Quran. Pagi tu sama juga. Not loud, but just enough to hear the verses. Saya dongak, rupa-rupanya bacaan tu datangnya dari corong-corong speaker ni :).




Kami passed by juga mak cik-mak cik ni seddang menjual sarapan pagi.



Dan ini adalah Khairil, guide kami pagi tu, dari Doremi Travel dan Tours Sdn Bhd.




First stop was KB Permai Silvercraft di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bahru.




Ada pelbagai barangan dan perhiasan yang dibuat dari perak. Ada juga bermacam jenis barangan berbentuk souvenirs yang cantik-cantik.



Pusat kraf perak ni ditubuhkan oleh Allahyarham Tuan Haji Ab. Manan bin Haji Yakub atau lebih dikenali sebagai Pok Teh pada tahun 1985. Sejak kecil, Pok Teh sering memerhatikan kerja pertukangan bapanya,  Haji Yakub bin Mohamad yang merupakan seorang tukang perak mahir menghasilkan barangan kraf perak untuk pegawai-pegawai Inggeris selain menerima tempahan dari istana. Bermula seawal usia 14 tahun (pada tahun 1958), Pok Teh mula serius mendalami kemahiran pertukangan perak daripada bapanya.



Saya paling seronok bila diajak oleh En. Razali ke bahagian bengkel membuat ukiran perak ni :).



Inilah En. Razali. Beliau adalah anak saudara Pok Teh. Banyak maklumat yang beliau beritahu saya. Contohnya Pok Teh pernah mendapat pengiktirafan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang melantik Pok Teh sebagai tukang perak istana pada tahun 1993. Allahyarham banyak meninggalkan koleksi barangan perak terutama untuk Istana Kelantan seperti Payung Adat Istiadat, Kepala Logo Kenderaan Istana dan Cokmar Diraja.



Pok Teh juga telah diiktiraf sebagai Adi-guru Kraf Perak oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Pok Teh juga pernah menerima anugerah Industri Pelancungan Negeri dari Usahawan Seni Kraf Bidang Perak Olek Kemajuan Kraftangan Malaysia pada 2007. Juga pernah dinobatkan sebagai Tokoh Kraf Negara 2011. Hasil karya beliau juga pernah terpilih untuk dipasarkan di gedung membeli belah ternama Harrods, London.



Ini adalah salah satu meja kerja membuat barangan kraf tangan perak di KB Permai ini.



Salah seorang pekerja yang sedang tekun membuat kerja kraftangan.




Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian melayu yang sangat terkenal di Kelantan. Seni ukiran kraf yang sering digunakan bermotif bunga dan tumbuhan. Antara jenis bunga yang sering menjadi pilihan adalah bunga padi, bunga kiambang, bunga senduduk, bunga teratai, bunga langsat, bunga mawar, bunga manggis, bunga melur dan bunga raya.




En. Razali kata antara yang popular ialah permintaan untuk menbuat charm bracelets yang berharga dalam lingkungan RM150.00 bergantung pada jenis ukiran yang dipilih.





Juga menurut En. Razali, KB Permai banyak menerima tempahan membuat rantai dengan ukiran nama.





Ini adalah butiran halus perak yang digunakan. Ia perlu dileburkan dahulu dan dibentuk untuk tujuan tertentu.



Untuk menyiapkan satu rekaan nama, beberapa hari diperlukan. Ada juga sempai lebih seminggu bergantung pada jenis ukiran.



Ini adalah serbuk perak yang terhasil dari kerja-kerja memotong/mengikis/mengukir kepingan perak. Serbuk ini tentunya tidak dibuang malah akan dileburkan semula untuk menghasilkan barangan perak lain.



Oh ya, En. Razali kata boleh je ambik-ambik gambar di situ. Saya sempat juga berbual dan bertanya itu ini pada pekerja-pekerja di situ :).



Seterusnya En. Razali membawa saya ke bahagian bengkel di mana kerja-kerja melebur perak dilakukan.



En. Razali menerangkan langkah-langkah melebur perak. Ini adalah mangkuk-mangkuk yang digunakan untuk melebur perak. Tapi masa tu tak de la actual silver yang digunakan. Just demo je.. hehe.



Butiran/serbuk perak diletak dalam mangkuk ini dan dibakar dengan blow torch.




Tentulah mangkuk akan dipegang dengan penyepit ni.




Bila perak dah cair, ia dituang ke dalam acuan-acuan untuk dibentuk mengikut barangan/kraf tangan yang akan dibuat.



Acuan-acuan yang digunakan untuk membentuk perak yang telah dicairkan.



Ini pula adalah bahagian purifying the silver. Saya tak ingat apa solution yang digunakan tapi rasanya asidic. 




Balik ke bengkel, saya ambik a few more shots sambil sembang-sembang lagi dengan E. Razali. En. Razali ni memang best. Very knowledgable dan at times kelakar juga orangnya :). 




Pam kaki yang digunakan untuk blow torch. 



Pekerja ini pula menbuat cincin-cincin perak yang ada ukiran seperti ukiran name initials. Kalau saya yang dah rabun ni nak buat kerja halus macam ni memanglah akan terus migraine.. hehehe... 



Ok, selesai dah singgahan pertama kami pagi tu. Menarik sebenarnya pergi ke tempat kraf sebegini. Menarik kalau tidak cuma melihat-lihat and admire the kehalusan seni ukir :).



On to the next place pulak :).



Btw, this was our ride that morning. Kami berdua je, tapi travel agent tu sediakan van ni.. hehehe... 


Bersambung......


Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:


No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. macam kat Bali lak..
    :)

    charm bracelet tu ada yang macam Pandora tak?
    kalau murah dan cantik macam Pandora.. beli kat sini je lah..

    [ mesti pergi gugel Pandora lkepas ni .. :) ]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huishh... yg kat Bali tu lagi besar. This one kat bengkel tu boleh muat at most 10 staff je I think.

      Hahaha.. of course le kena google! Mana la saya tau rupa bracelet pandora tu! Hahahaha...
      Hmm... tak pulak saya nampak bracelet cam tu. Tapi saya tak la teliti semua barangan silver yg ada kat situ.

      Delete