Wednesday, August 19, 2015

JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - ISTANA BATU

Jalan-jalan Pantai Timur - Day 05 - Part 09 - Istana Batu.

Muzium DiRaja (Istana Batu)


Istana ini pernah menjadi tempat persemayaman Al-Marhum Sultan Yahya Petra Ibni Al- Marhum Sultan Ibrahim, semasa Baginda sebagai Tengku Mahkota Kelantan. Dibina daripada batu yang merupakan terawal di Kota Bharu menjadi milik KDYMM-Sultan Kelantan. Pada tahun 1991 KDYMM- Al Sultan Kelantan telah memberi ampun-perkenan untuk dijadikan sebuah muzium yang dikenali sebagai “Muzium Diraja”.


Di muzium ini mempamerkan Sejarah Kesultanan Kelantan sejak awal hingga sekarang termasuk salasilah, penulisan-penulisan, rajah-rajah, gambar-gambar, pakaian-pakaian rasmi, barang-barang hadiah dan lain-lain yang berkaitan dengan Kesultanan Kelantan.


Muzium ini terletak di Jalan Hilir Kota Bharu bersebelahan dengan Kampung Kraftangan dan Istana Balai Besar.

Sumber: http://www.muzium.kelantan.gov.my/


Dari Muzium Kraftangan kami berjalan ke Muzium DiRaja. Sebelah je.


Semalamnya dah ke muzium ni tapi dah tutup pulak masa tu. Masa kami sampai kali kedua ni pun tutup jugak. Kalau semalam tu saya faham la jugak sebab dah close to 5 pm. Tapi masa ni kami tiba pukul 2:30 pm tak kan dah tutup. So saya pun call le muzium ni tapi tak de orang jawab. Masih lagi lunch ke? Ehhh... dah 2:30 pm, tak kan lah lunch lagi. Saya pun call lah pulak Jabatan Muzium Kelantan tanya kenapa tutup sebab tak de notice depan muzium ni mengatakan sebab muzium tu tutup. Cik yang jawab tu kata muzium tu tak tutup. Sepatutnya buka dan ada staff yang bertugas. So dia minta kami tunggu sekejap dan dia akan telefon staff tu to find out. Nak dekat 15 minit jugalah kami menunggu sebelum 3 orang staff muzium ni berjalan balik dengan makanan tapau mereka. Aiyooo... 



Saya yang suka maklumat seperti muzium ni pun tanyalah salah seorang staff tu for some info like phamplets ke, tapi akak tu kata tak de sebab dah habis. Aiyooo... 



Masa menunggu staff2 tu di luar muzium berpeluh la jugak sebab cuaca panas. So lega la bila kami ingat masuk muzium tentulah nyaman berair-con. Unfortunately, memang la ada air-con tapi tak kuat. In fact quite warm. Kat luar tadi was cooler cause ada la jugak sekali sekala angin bertiup. Aiyoooo.... 



Ok lah, malas lah nak geram2, jom kita tengok apa ada dalam muzium ni. Since phamplets pun tak dapat, jadi tak banyak nak saya ceritakan so share foto-foto je lah ya.. hehehe... 






Ini adalah Cop Mohor, suatu tanda kuasa dan kebesaran Sultan yang memerintah. Ia berbeza samada dari segi betuk, motif dan tulisan yang digunakan. Ia ditulis di dalam bahasa Arab yang mengandungi doa memohon keredhaan Allah swt di sepanjang pemerintahan Sultan. Selain dari Sultan yang memerintah, Cop Mohor juga dianugerahkan kepada Raja Permaisuri, Menteri Besar, Hakim dan pembesar2 negeri lain. 























Bila tengok bilik-bilik begini teringat saya bilik-bilik palaces di Istanbul.











Tu lah foto-foto yang sempat saya rakamkan semasa di Istana Batu ni. 


Bersambung......


Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:


No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. Banyak informasi yang boleh di perolehi, saya masih belum ada kesempatan nak jejak kan kaki ke kelantan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam RF :)
      Betul tu. I wished I had more time masa di muzium ni. Banyak yang nak dibaca :).
      Hopefully one day RF dapat gi jalan-jalan ke sana. Banyak tempat-tempat menarik!

      Delete
  2. dua Sultan yang saya respect sangat..
    Sultan negeri saya
    Sultan negeri ini..

    ReplyDelete