Monday, November 3, 2014

DENGGI

Beberapa minggu yg lalu ada sedara di kampung yg deman teruk dan berkeadaan yg tidak bermaya. Disyaki denggi kerana di kawasan Batu Gajah memang banyak ada kes denggi. Bersegera kami balik kampung.

Kami bawa sedara seorang ibu dan her teenage son ke hospital Batu Gajah. Yes, both kena demam teruk. Kesian sungguh kami tengok especially the mother who looked very weak. Moreover she is already 50+. 


Kami terus bawa mereka ke bahagian kecemasan.

Terus mereka dibawa ke bahagian pemeriksaan. Kami dibenarkan masuk sekali kerana keadaan mereka berdua yg agak teruk. Ini adalah si ibu.

And this is her teenage son. Kesian, lemah je rupanya. His blood test result was a bit ok and his demam tak kuat sgt so dia tidak ditahan di wad. Tapi kata doctor esoknya dia mesti dibawa ke klinik untuk check darah sekali lagi sebab kata doktor selalu bila dah mula baik demam masa tu lah bilangan platelet turun.

Si ibu sedang diberi rawatan oleh petugas Hospital Batu Gajah bahagian Kecemasan.

Dan pada hari itu si ibu telah dimasukkan ke wad wanita di Wad 4 kerana bilangan platelet yg rendah.

Wad 4 yg penuh kerana ada banyak kes denggi.

Doktor yg sedang bertugas.

Si ibu terpaksa diletakkan di katil sementara kerana semua katil2 di Wad 4 tu dah penuh. 


Dan tengahari tu ramai sanak saudara yg datang berkunjung selepas diberitahu si ibu telah masuk wad. 

Alhamdulillah, selepas beberapa jam si ibu telah dipindahkan dari katil sementara ke katil tetap.  


Suasana Wad 4 Hospital Batu Gajah yg selesa.


Ada pesakit yg perlu dikelambu. Saya tak pasti sakit apa.

Nurse station. 



Esoknya saya bawa the teenage son ke Jabatan Pesakit Luar Batu Gajah untuk pemeriksaan susulan seperti yg diarah oleh doktor. Sementara itu isteri saya ke Hospital Batu Gajah untuk menjaga si ibu.

Pemeriksaan awal oleh jururawat. Selepas pemeriksaan doktor, si anak juga terpaksa ditahan di wad. Kesian dia.

Statistik kes2 demam denggi di Malaysia.

Banyak kes denggi di Batu Gajah.


Mereka di hospital selama lebih kurang seminggu. Syukur Alhamdulillah sekarang mereka dah pun sihat.

Akhir kata, sila pastikan rumah kita luar dan dalam tiada tempat nyamuk boleh membiak demi keselamatan kita dan keluarga kita, insyaAllah.

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. cantik bangunan lama Hospital Batu Gajah tu..
    masih bangunan kayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. I wished masa tu saya ada time nak jalan2 keliling ambik gambar.
      Actually betul2 depan hospital tu ada prison. Lagi old building tu! Kalau lah... hihi...

      Delete
  2. pernah dengar/pergi God's Little Acre kat Batu Gajah tu..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kubur tu kan doc? Pernah dengar tapi tak pernah pegi....

      Delete