Friday, November 21, 2014

MTB XCO & FUN RACE - PART 03

Diteruskan dgn acara seterusnya for MPAJ/TEKAS MTB XCO & FUN RACE event.

Up next was the 'Super Heavy Weight' category. Pelumba2 yg nak bertanding dalam kategori ini mesti punya berat badan 91 kg ke atas. Saya noticed rata2 pelumba2 kategori ini were heavy set guys except for that middle guy in yellow. I think he's over 91 kg cause he's a big tall guy. 

Dan ini adalah pelumba2 terakhir dari kategori sebelumnya. 

And off they went speeding up the padang and headed to their right for a U turn. Kategori ni ramai abah2 je kot...hihihi...

The guy in yellow was first to dash forward to the front of the lot.


Diikuti rapat oleh adik dari Team TEKAS. Soon after the U turn actually bro jersey kuning tu jatuh dalam lumpur tu tapi saya tak sempat nak snap gambarnya. Terus dia dipotong oleh pelumba2 lain.

Santai je abah2 ni berbasikal...hihi... 


Ni bro jersey kuning tadi. 

Seterusnya kategori 'Wanita Terbuka'. 

Memecut dgn laju. Hebat mereka ni!

Diikuti dengan kategori 'Lelaki 46 Thn - 50 Thn'. They looked so cool...hihi...

Off they went! 


Masa ni saya terdekat sangat dgn pelumba sampai tak cukup framing...haha...



Bro dari Team Mercury ni siap senyum lagi...hihi... cool!


Tengah2 saya ambik gambar, bro baju oren ni join sama. Seronok la saya ada kawan nak sembang2 masa tunggu the racers to pass by again for their next lap :). Kalau tak sorang2 je saya di situ ditemani nyamuk dan kerengga2...hahaha...

Memang mereka begitu serious, focussed dan bersemangat. Tengok saja dari riak muka mereka ni!

Ni masa the last lap dan dah nak sampai ke garisan penamat. Tetiba bro ni jatuh dalam lumpur! Adoiiii....!

Next was kategori adik2 kecik 'Junior 10 Tahun Lelaki/Perempuan'. 


Bersungguh adik2 ni redah jalan berlumpur tu :)

Kesiannya saya tengok adik ni. Masa tu dia dah tak boleh kayuh so dia turun dan tolak basikal dia. Payah sungguh dia menolak basikal dia yg asyik tersekat dalam lumpur. Then kaki dia termasuk selut lumpur yg dalam dan tersangkut. Bila dia tarik kaki dia dan melangkah, tercabut pulak kasut dia. Dia pun lepaskan basikal dia dan capai kasut dia.
Kesiannyaaa :(.
Mana la bapak adik ni! Tolong la dia....

Masih lagi kategori 'Junior 10 Tahun Lelaki/Perempuan'. Yg ni adik2 lelaki pulak berlepas. 

Hebat adik ni!

Tu dia! Jangan cuba nak halang dia atau overtake dia! Hihihi... so serious lah adik ni :)

Alaaaa... kesiannyaaaa.... :(

Kategori yg ini juga sangat sengit perlumbaannya. Ni kategori 'Lelaki 18 Tahun - 29 Tahun'. 

Relak2 dulu tunggu adik2 dari perlumbaan sebelumnya selesai pusingan mereka. 

Hmm.. alahai... rasa macam nak gi tolong je adik2 ni...

And here comes the 'Lelaki 18 Tahun - 29 Tahun' category. Now, for me being too close kira bahaya juga sebab kalau ada pelumba yg jatuh ke, kot terkena saya pulak nanti. 
Untuk dapatkan sudut yg lain sikit saya masuk dalam semak di U turn pertama route. Woo... best sudut ni dapat ambik close shots masa pelumba2 sedang berburu berasak2. 

Mereka mula meredah kawasan yg berlumpur. Dek kerana mereka ni semua muda2 belaka kuat bertenaga juga banyak pengalaman, langsung tak de masalah lanyak lumpur2 tu. Tak de satu pelumba pun yg tersekat. Laju jek semua! :)


Shots masa mereka lalu dalam kawsan hutan. 

- Ewahhh.... adik ni! Ni nak lumba ke atau nak buat show?...haha. Apa2 pun I'm glad he did a bit of a stunt right there...haha! Awesome!
- Pas tu dia gelak2 dan sempat toleh belakang and looked at me. I just smiled and quickly gave him an enthusiastic thumb-up...hihi. Show off betul....haha... which was great sebab tak le saya asyik take the same kind of photos again and again. Kira ada le variety sikit :)

Saya suka tempat shoot yg ni cause I was able to be quite near the racers. Actually jalan ni menirus naik batu besar yg saya rasa memang sengaja dibuat laluan di situ untuk jadikan race tu lebih mencabar. Rasanya kalau ada pelumba yg terbabas, mungkin boleh cedera gak tu if they go too fast di situ.

Seronok dapat shot yg ni :)

Risau gak bila tengok macam adik tu nak potong masa di lorong sempit ni!



Bro yg sporting. Sempat senyum for the camera :)

There you go! That's the spirit! Just have fun and not be too serious la kan...hihi :)

Photos at the drop-terrain. 




Penat tu sebenarnya tapi still can senyum. Mereka kena buat 3 pusingan dan setiap pusingan adalah sejauh 1.8 km dgn bermacam challenges. Tu kira short distance pada mereka but still kena ada stamina dan endurance yg kuat juga must possess skills and experience. 

Masa ni ialah race for category 'Lelaki 18 Tahun - 29 Tahun'. Bila saya tanya kenapa adik ni berhenti tepi route tak teruskan race, dia kata sebenarnya dia bukan bertanding dalam kategori 'Lelaki 18 Tahun - 29 Tahun' tu sebab he was only 17 and already had his race earlier. So dia just joined this category for practice purpose je. So dia dan kawan dia ketepi kasi pelumba2 dalam kategori tu jalan dulu. Dah dia di situ dan saya pun tengah tunggu the next pelumba pass by, so saya pun pe lagi asked him to pose ler...hahaha...


Masa tu dah masuk waktu Zohor so saya pun nak balik dah. Lagi pun dah penat, haus dan berpeluh2. Also dah merah2 tangan dan tengkok kena gigit nyamuk dan kerengga. So tak le tunggu sampai penyampaian hadiah. Tapi sebelum tu saya singgah dulu ke tempat di mana HPC team tengah berehat2 just to say goodbye and good luck on the relay category. Sempat le ambik photo laki bini ni ha. Hihi... best aaaa mereka ni :)

Sempat juga saya ambik foto HPC team sebelum beredar.
Wish I could stay longer tapi udah2 le tu ye tak. Lagi pun tak elok lengah2 solat sebab sibuk dgn hal2 keduniaan :)

Needless to say I had so much fun being there, taking photos and getting to know the MTB community. 

Saya juga belajar jika nak ambik foto masa event macam ni kena la berani. Since saya ni suka take people shots, maka itulah target saya hari tu. Oleh itu, nak tak nak saya mesti berani bertegur sapa, bertanya soalan2 yg relevant dgn cara inquisitive. Actually memang saya sgt berminat pun nak tahu tentang komuniti ini dan kegiatan2 berbasikal mereka. 

Dan mereka semua bila saya bertanya demikian, mereka jadi seronok memberi penerangan. Ye la kan, kan they are very passionate about biking, so naturally they responded quite excitedly to my queries :). Contohnya, masa tu kami berempat, saya tanya pada mereka, katalah saya berminat nak mula hobby MTB ni, lebih kurang berapakah kos untuk beli basikal, jersey serta all the biking safety gears? Terus one of them terangkan satu per satu breakdown of the whole costs. In fact dia tambah lagi kalau saya nak beli mountain bike elok ajak sekali someone yg dah ada pengalaman. Dan dia juga beri saya beberapa tips lain. So cool, right :)

Di sini juga penting untuk saya create rapport by being humble and respectful. I mean, at all times pun memang la kita patut selalu humble and respectful. So after dah sembang2 tu, bila saya tanya nak ambik gambar mereka boleh ke, mereka terus  kata ok. Ada yg siap panggil kawan2 lain atau ahli keluarga lain untuk bergambar. In other words, masa tu mereka dah rasa selesa dgn kehadiran saya yg berkamera ni and tak jadi hal kalau saya nak ambik gambar mereka...hihi.  

Apa2 pun syukur Alhamdulillah.


No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. banyaknya kategori kan en syed!!?
    tapi tak lah panjang sangat eventnya sampai ke petang .. i suppose sebab traknya tak panjang sangat ..

    so, mereka ni memang cyclist kan..?
    bukan penduduk penduduk sekitar bukit indah tu ..

    adik yang tercabut kasut tu complete tak the race?
    kalau kategori budak-budak tu.. satu round je kan? macam penat sangat lak 3 round..

    shot ' Jangan cuba nak halang dia atau overtake dia!' tu epik !! hahhaaaaaaa!!
    look at the expression kat muka adik tu!!


    so..
    jadik tak nak beli basikalnya??
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak doc! Saya tak larat dah tunggu...haha...
      Yes, organizer nak habis kan event tu by 5 pm so they made sure that tak de gap lama antara kategori. One after another.
      And yes, you are correct, the trek is short and laps tak banyak so can finished cepat.

      Yes, mereka ni memang cyclists. Aktif masuk banyak pertandingan. And they belong to kelab2 basikal.
      Masa race tu ada juga peserta dari penduduk sekitar bukit tu dan taman2 lain yg berdekatan tapi tak ramai.

      YES!!! Adik tu teruskan jugak sampai ke garisan penamat! Gigih kan!?? :)
      Betul tu doc. 1 round saja. Actually originally suppose to be 2 rounds tapi organizer decided to keep it short and they did just 1 lap only.

      Ha tu la! Wooo... dahsyat adik tu! Jgn main2 dgn dia! His dad must be so proud of him!! Hahahaha....

      Hihihi.... tak lah. Dulu pernah beli basikal yg stationary, hmmphhh... 2 bulan je dah stop. Akhirnya jadi tempat sidai jemuran...hahahaha....
      Lagi la nak beli yg 'real' bicycle. Lagi pun ada one bro tu kata kalau nak seat yg sedap duduk, harganya dekat RM2k! Aduh!!! Leh beli lens baru tu! :)

      Delete
  2. banyak actions! banyak expressions! siyes saya suka!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks GB.
      Selain the so-called actions shots, saya juga suka take shots of ekspresi muka mereka. Nampak semangat dan kegigihan mereka.

      Delete