Friday, April 25, 2014

JAPAN TRIP 2014 - DAY 04 - MOUNT FUJI - LAKE KAWAGUCHI - PEACE PARK - OWAKUDANI - SHINKANSEN

Hotel Fujinoboukaen terletak di kawasan Gotenba di kaki Gunung Fuji. Jenguk di luar tingkap, Alhamdulillah, cuaca pagi tu cerah dan tak hujan. Awal2 lagi kami dah bersiap dan ke restoran untuk sarapan pagi untuk elak kesesakan.

Ok, tak la sesak sgt. Tu pun kira kami dah awal. Breakfast roti, scrambled egg, fish [sedap sungguh!], fries, salad and vege soup + tea.

Restoran terletak di tingkap 9 dan inilah view dari restoran tu. Breathtaking! Gunung Fuji tu looks so magnificient! Lepas took a few shots barulah isi perut...hihi...

Di luar restoran tu ader balcony which is just great! Dpt unobstructed view of the mountain. Oppsss... kejap, wife suruh pose..hihi...

Curious aku zoom max. So nice, right? Ni le puncak Mount Fuji.

Memang la tak cukup took a few shots....hihi. Maklum le kan, bila lagi la nak ke sini, ye tak :)




The 2 photos ni is the opposite side where sun rises. Equally breathtaking!

Dah puas ambik gambar dan sarapan pagi, kami naik semula ke bilik dan bersiap dan did some last minute packing. Terus turun awal dan letak bag di lobi hotel. Kami turun cepat sebab nak go check out the hotel's surrounding and to explore a bit the small garden in front of the hotel. 

Ni dolls kat lobi hotel. Sgt unik. Miniatures dolls with pakaian tradisional lengkap. 

Hotel Fujinoboukaen. Masa tu sgt la sejuknya. Alhamdulillah kami ader bawak jaket winter. If not memang beku ler.

Garden nya kecik je tapi cantik. Ader ikan koi di kolam. 

Ader small waterfall. 


Penjagaan yg sgt rapi. 

Pada saya ni lah peluang yg dinanti2kan :)


Bayangkanlah kalau semua pokok2 sakura ni berbunga!

Tapi pada aku lah kan, ia tetap ader keindahan tersendiri :)

Macam scene dalam movie...hihi...



Dan kami pun bertolak ke kawasan Mount Fuji untuk ke Fuji Visitor Center. Yg bestnya sepanjang perjalanan ke sana kami dapat menikmati pemandangan gunung Fuji with such clear view!  

Gunung Fuji boleh di daki tapi ketika musim panas sahaja. Puncak gunung Fuji tu bersalji all year round. 

Penduduk Jepun menganggap gunung Fuji ni suci so kuil2 di situ akan buat beberapa upacara2 tertentu that start around musim mendaki. Bila upacara2 mula, musim mendaki pun tamat.

Satu lagi shot puncak gunung Fuji dari arah highway [shot dari dalam bas].

Dan kami pun tiba ke Fuji Visitor Center. Di sini ader Fujisan World Heritage Site di mana ader byk information about Mount Fuji. Yes, Japan managed to get Mount Fuji pengiktirafan Tapak Warisan Dunia baru2 ni pada tahun 2013. Bertahun2 mereka cuba dptkan pengiktirafan tu.  

Di situ juga boleh tonton video penerangan tentang Mount Fuji. 

Informasi dari phamplets.


Kebetulan ader pameran. Cantik giler! Terpegun aku....

Satu lagi shot gunung Fuji dari arah Fuji Visitor Center. Actually gunung Fuji ni adalah gunung berapi yg masih aktif. Around gunung ni pun ader 25 kawah gunung berapi yg juga masih aktif!

Satu lagi shot puncak Mount Fuji :)


Rugi kalau ambik gambar Mount Fuji tu je bila kawasan keliling juga secantik ini :)

Di center ni juga ader kedai souvenir. Macam2 ade. Menarik dan harga pun ok gak. 

Tu origami gunung Fuji where pelawat can write notes and stick kat papan tanda ni. Menarik. Tu ha... beria2 tourist tu ambik gambar... hihi...

Next should be Mount Fuji's 5th station tapi disebabkan ader kejadian tanah runtuh kami hanya boleh ke 1st station je. Dan pemandangan di 1st station sama je macam di Visitior Center tadi. Ramai ahli rombongan yg kecewa tapi kami ok sebab sebelum ni dah pun pernah sampai ke 5th station tu. Kesian pada mereka sebab kami tahu pemandangan2 di sana memang cantik2. 

Disebabkan kami tidak dapat ke Mount Fuji 5th station tu, salah seorg ahli rombongan mencadangkan kami ke Tasik Kawaguchi which I think was a great suggestion. Kami berdua dulu juga sudah pergi ke tasik tu dan pemandangan di situ juga cantik. 

Memang seronok ambik gambar di sini. Tak sesak dgn pelawat. Very relaxed dan calm je :)

Oppss.... wife suruh pose lagi...hihi...

Teringat my dear friend doc yg pakar ambik gambar landscape/panorama. So I must try also lah :)




So kami jalan2 lagi. Banggunan yg diseberang tasik tu ialah hotel Mifujien yg kami menginap masa trip kami ke Jepun pada tahun 2009. 


Sibuk aku dok kejar burung2 kat pokok2 ni....hihi... Dpt lah satu shot yg elok imho :)


Ader gak org yg memancing masa sejuk ni! Dah minat.
'Peace'? Ok, ok, next time akan pose cara lain pulak...hihi...


Small township kat tasik Kawaguchi.

Terperasan ader beberapa ekor helang yg berlegar2. 

Boleh naik bot laju atau just sit by the tasik and tgk itik2. 

Seterusnya kami akan ke Peace Park [haaa.. kalau pose dgn 'peace' sign barulah sesuai kat park ni...hihi]. 

Pemandangan menarik sepanjang perjalanan. 


Byk ladang2 pertanian.




Dan kami pun sampai ke Peace Park. Yg putih tu Outer Gate. Pas tu jalan naik bukit sikit dan sampai ke Inner Gate yg merah tu. 

Taman yg cantik. Lagi cantik kalau bunga sakura keluar 100%.


Gunung Fuji juga kelihatan dari sini.


Gunung Fuji dari arah atas bukit park ni. Dalam gambar bottom right tu, dalam stupa putih tu dikatakan ader abu mayat Buddha yg dihadiahkan oleh Kerajaan India kepada Kerajaan Jepun. 


Selepas di Peace Park, kami ke Gotenba balik untuk makan tengahari di restoran Gotenba Kameya. It seemed that ni je restoran yg berdekatan yg big enough to cater to big groups. Tu ha jadual aturcara giliran kumpulan pelancong2 makan di restoran tu. Since kami dah sampai agak lewat kena la tunggu. Apa2 pun aku kagum dgn cara pihak restoran organize the whole lunch thing. Efficient sungguh dan sgt teratur. If not maunya kacau bilau. 

Since kena tunggu giliran untuk makan, kami pun jalan2 di kedai jual makanan tradisional Jepun. Sgt menarik!

Everything is so nicely packed. Byk gak benda2 yg pelik. Pelik pada aku la..hihi.

Tak lama pun menunggu dah siap dipanggil untuk lunch bento style. Aku ni sebenarnya seronok dpt peluang makan style Japanese ni. Very nice experience. And yes, I do not know how to use chop sticks...haha. So kena le ask for sudu dan garpu....hihi. 

Everything is freshly prepared. That salmon tasted so nice. Tapi udon tu yg favourite!

Lepas makan, tour guides kami memberitahu yg pihak restoran telah bermurah hati menyediakan tempat untuk kami bersolat. Alhamdulillah, lega sungguh bila diberitahu :).

Lepas makan, kami pun gerak ke destinasi seterusnya. Masa tu... ooo.... brrrrr.....  sgt sejuk..... 9-degrees celcius....... 

Perjalanan diteruskan ke Hakone untuk melawat Owakudani yg merupakan lembah air panas di gunung Fuji. Ader asap gunung berapi yg keluar dari celah tanah dan batu gunung. 

Namun pada aku ianya satu pemandangan yg sgt menarik. Tak pernah lagi ke tempat sebegini sebelum ni.

Another interesting thing to note ialah angin di situ. Punya la laju! Nak jalan pun kena bongkok2 melawan arus angin yg sgt kuat. Dah le sejuk, angin pulak begitu kuat. Nak klik camera pun jari2 rasa sgt sejuk. Tapi klik tetap jugak klik...hihi... Also kami tak le panjat gunung tu sebab dah le curam, angin pulak kuat. Rasa cam bahaya. Tapi ramai pelancung dan org Jepun sendiri yg panjat.
Note: No 'peace' sign agaknya sebab sejuk sgt...hihi

Tempat ni juga famous dgn Kuro-Tamago iaitu telur yg direbus dgn air panas yg keluar dari bumi di sini. Telur2 yg lepas direbus di sini kulitnya akan tukar jadi hitam tapi isi telur tetap putih la. Rasa pun macam telur biasa. Mengikut kepercayaan org Jepun kalau makan sebiji telur ni, umur akan panjang lagi 5 tahun. Telur ni dijual dgn harga 500 yen [RM15.00] sepaket yg mengandungi 4 biji telur. 

Pemandangan masa keluar cari kawasan Owakudani melalui bandar Hakone. Itu adalah tasik Ashi yg juga merupakan lokasi mula cable car service Hakone Ropeway. 

Next destination: Hamamatsu. Ni pemandangan yg sempat di rakam semasa perjalanan.

Dah mula ader banyak pokok sakura yg mula berbunga. Lagi makin bergerak ke arah selatan, suhu makin panas dan lebih banyak pokok sakura yg berbunga yg kami nampak.

Untuk ke Hamamatsu, kami akan menaiki bullet train. For me this is my 1st time experience. My wife dah pernah naik dulu masa dia ke Jepun menghadiri seminar. Aku sgt teruja dan seronok...hihi. Ni di station Kakegawa. Nak dekat 3 jam jugak dalam bas nak sampai bandar Kakegawa ni dari Hakone. We arrived at 6:30 pm.

Our tour guide En.Wan tgh beli tiket Shinkansen untuk kami. 

Station Kakegawa ni merupakan stesyen kecil yg menjadi stesyen persinggahan keretapi Shinkansen Kodama dalam laluan dari Tokyo ke Nagoya dan Osaka. Bas turunkan kami di stesyen ini dan bas tu teruskan perjalanan ke Hamamatsu dgn bagasi kami. 

Kami melalui jalan bawah tanah untuk ke platform.
Oh no, 'peace' sign again. I really must think of another way to pose lah...haha

Suasana station Kakegawa.

Tiket kami untuk yg free seating. Boleh juga beli yg assigned seats dan seats dalam gerabak yg boleh merokok. 

Ni di platform. Masa tunggu dalam 20 minit tu, ader 4 buah bullet trains yg lalu. Wahhh.... laju sungguh. Tu pun kira slow sebab kalau lalu kawasan bandar dan stations mana boleh laju yg maximum. Actual purata kelajuan trains ni is about 250km/hr. Ok la, senang le sikit nak tangkap gambar. Kalau laju sgt nanti blur2 je images...hihi.


Shinkansen yg lalu tanpa berhenti di stesyen Kakegawa.

Berdesap desup....

Itu pekerja stesen yg memastikan/memantau yg Shinkansen yg melintasi stesyen Kakegawa ni tiba dan bergerak mengikut masa. Kalau lewat walau seminit pun dia akan lapor to the next station yg train tu akan lalu. 



Train kami sampai. Woot! Woot! Hihihi...


Yg nak naik mesti berdiri di belakang garisan kuning dan dalam petak yg disediakan. 

Penumpang dah habis turun baru boleh naik. Macam di sini la tapi sana org2nya lebih discipline. 

Suasana dalam Shinkansen. Macam dlm plane. Ader macam2 notices. Yg bestnya ader in English :).
Perjalanan cuma selama 15 minit. 

Tiba di stesyen Hamamatsu yg sgt besar yg ader shopping mall. And we will be having our dinner here in the same building. 


Suasana Hamamatsu station.

While waiting for dinner, aku yg memang fascinated dgn makanan plastik ni ambik le gambar hidangan yg disaji oleh restoran. Memang nampak real dan tasty...hihi.

Hidangan ikan yg bottom left tu kalau convert berharga lebih kurang RM32.00. Tak tau le ikan apa. 

Suasana restoran Okatchan di stesyen Hamamatsu. 

Hidangan makan malam kami. Ader unagi. I like! Style makan duduk bersila. 

Lepas makan kami berjalan kaki sahaja ke hotel penginapan kami malam tu di Okura Act City Hamamatsu Hotel kerana letaknya sebelah stesyen Hamamatsu tu je. Cantik hotelnya. 

Biliknya juga sgt selesa. Yes, air paip kat Jepun selamat untuk diminum terus. Toiletries ditaja oleh Shiseido.  

Dan view dari hotel ini juga sgt breathtaking. Pemandangan malam bandar Hamamatsu. 


Bersambung.....

Di bawah saya senaraikan links untuk kesemua entry JAPAN TRIP 2014 saya:










No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

8 comments:

  1. wow 112 keping gambar yang sangat2 mengujakan saya.
    paling indah tentunya Gunung Fuji.
    TQ En. Syed berkongsi gambar2 indah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PT :). Saya sendiri pun mengaku sgt teruja bila di Jepun. Their natural surrounding sgtlah captivating.
      112 ya. Waa.. saya pun tak kira sebab bila dah saya frame2kan, dah lost count...hihi...
      You are most welcome PT. Thanks for dropping by viewing my photos and leaving me your wonderful comments. Really appreciate it :)

      Delete
  2. Wowwww
    Padat ngan pic cantik2....padat ngan info!
    Len kali wat gaya gwiyomi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Elly :)
      Yes, untuk entries Jepun ni saya tukar style sikit. Lebih kepada cara bercerita step by step disertakan dgn info2 yg berkenaan. Byk kerjanya tapi menyeronokkan...hihi.

      Gwiyomi...haha... yes kan, that'll be very cute, right? :)

      Delete
  3. Subhanallah...cantiknya Gunung Fuji...
    mereka begitu menjaga kebersihan...suka tgk air yg jernih dan ikan2 koi....taman2 yg terjaga rapi...bkn nak memuji lebih2 tp bila dibandingkan dgn sesetengah tempat pelancungan ditempat sendiri...jauh bezanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SubhanaAllah....
      I think la kan, dlm diri org2 Jepun dah diterap sifat2 dan attitude yg begitu sejak mereka kecil lagi. Makanya terserlah jelas pada persekitaran yg mereka jaga rapi kerana mereka begitu bijak menghargai.

      Delete
  4. haaa........
    doc tu tak ler pandai mana pun..
    dah scenery tu cantik.. cantik le cambar doc tu... :)

    Gunung Fuji awak tu memang menawan jiwa!
    dari sudut celah mana sekali pun !
    ni yang buat rasa macam nak mula jatuh hati nak ke sana..
    tapi tahun depan lah kan.. insya Allah.. sebab tunggu sakura tahun depan..

    saya kan..
    kalau duduk 7 hari kat Jepun..
    bisa turun 5 kg lhor...
    hahahhaa!!

    very well organised and planned tour kan..
    naik shinkansen.. tak payah bawak beg-beg tu..keluar2 keretapi terus gi makan..

    boleh bawak balik kan shishedo tu? :)

    last but not least..
    * peace *

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa... doc memang pandai pun..hihi.... teknik landscape doc flawless.... :)

      Saya syukur sgt doc sebab dpt shoot mount Fuji dari pelbagai arah. Tersergam indah dan majestic!
      Jepun tu ader byk benda yg boleh buat kita jatuh hati kan doc :)
      Waaa... sakura 2015... awesome!!!! Bayangkan kalau kita sama2 kat sana ambik2 foto! Sure best kan...hihi

      Why doc? Tak suka Japanese food ker doc?
      Never mind why. Elok la tu kan..hihi. I gi and balik sama je berat badan. Ok la tu. Kalau naik.. adoiii....

      Betul doc. For me tak serabut kepala. Leh enjoy the trip and savor every moment the way it was meant to :).
      Bayangkan kami semua ramai2 kena tarik/bawak bag2 besar naik bullet train! Hahahaha...

      Actually boleh. Tapi I tak ambik the bath gel/shampoo/conditioner. I took the shaving foam [in white compact metal bottle] and the shaver...hihi..

      Peace Yo! Hahahaha...

      Delete