Showing posts with label tam tam. Show all posts
Showing posts with label tam tam. Show all posts

Wednesday, May 27, 2015

TAM TAM KENA SUNTIK

TAM TAM KENA SUNTIK

Dah tiba masa untuk bawak Tam Tam ke klinik haiwan di Ara Ampang Animal Center for his yearly vaccination and deworming. 

Ni Tam Tam duduk menyorok dalam carrier dia di bilik doktor haiwan tu. Macam takut2 je... heheheh...

A few years ago, first time bawak Tam Tam untuk suntikan, kena ada assistant pegang dia sebab meronta kuat. Kali ni dia macam dah tau pulak. Tengok la tu, diam menyorok je sampai doktor pun kata Tam Tam baik la hari ni :).

Muka Tam Tam lepas kena suntikan vaccination... hehehe... kesiannyaaaaa :).

Lepas tu, like every doctor's visit, mesti ambik berat badan. Sama je berat Tam Tam ni at 4.8 kg. Tak naik, tak turun. Macam tuan dia jugak. Senam sampai nak rebah, berat gitu la jugak.. hai... 

Berat 4.8 kg, dah nak macam sekampit beras. Tak boleh dah dukung lama2, lenguh weh! 

Lepas tu bagi ubat pil deworming pulak. 

Caranya ialah seperti dalam foto. Grad the back of the neck and muka arah ke atas, then sumbat the pill. Letak pill sedalam boleh ke tekak supaya pill terpaksa ditelan. Kalau letak atas lidah and diluahkan oleh Tam Tam. 

Again, even prosedur yang Tam Tam paling kuat meronta ni, dia tetap baik je. Good boy!
Alahai, sayang kat Tam Tam lah! Hehehehe... 

Buku Rekod Vaksinasi dan Kesihatan Tam Tam Jr. :).

Rekod treatment hari tu. Feline Rhinotracheitis-Calici-Panleukopenia-Chlamydia Psittaci Vaccine [Feline 1-HCPCh]. Modified Live Virus and Chlamydia. 
Tu diaaa... panjang betul nama vaccine ni! 

Inilah vaksin tu.
Tugas vaksin ni:
1) To protect against several important feline viruses as well as feline Chlamydophila. A quality 1-year core vaccine that protects against feline rhinotracheitis, feline panleukopenia (FPV), and feline calicivirus (FCV), plus protects against feline Chlamydophila.
2) To block the replication of canine parvovirus (CPV) in cats
3) Optimal for healthy outdoor cats or cats that board frequently

Ia dibuat oleh "Merial a multinational animal health company. Merial produces many products and vaccines for domestic pets, farm animals and wildlife. Merial is present in more than 150 countries in the world".
Wooiii... patut la mahal harganya...

Lepas tu saya minta tolong doktor kalau-kalau dia boleh tolong potongkan kuku Tam Tam. Bolehhhh... kata doktor. Yay! 
Kami berdua habis dah tangan dan kaki calar balar kena cakar by Tam Tam. Just a slight scratch from him... tak rasa apa2 pun at first.... then a few moments later baru rasa pedih2....  check2 ehh... dah bercalar dan berdarah! That's how runcing dan tajam kuku dia. Apa tak nya dia dok asah kuku2 dia hari2 pada bangku kayu keras kat balkoni depan tu. Krak kruk krak kruk hari-hari.... 

Also Tam Tam baik je merengkok dalam carrier dia. Takut pun ye gak tu.... hehe... 


Alaaaa... ciannya.. ekor all curled up like that.. hehehe... 

Sikit pun dia tak protes... :).

Still my wife pujuk2 dan tenang2kan dia... 


Okeh, sampai rumah dah... yay!

Terus lari keluar.. hahahaha... 
Alhamdulillah, selesai dah  Tam Tam's yearly treatment. 

Ambik foto kuku2 Tam Tam yang dah kontot.. hehehe..

Bil vaksinasi dan deworming. GST RM4.20 !!

Seperti selalunya, lepas kena suntik Tam Tam akan keletihan dan dia akan tidur je. Ni tengah tidur dalam petak bunga kegemaran dia. Menelentang lagi.. hehehe...

Cute, right! :)

Hehehe.. kesian nengoknya... :)

Then beralih ke katil pulak. Teruk ke kena suntik Tam Tam, sampai tido terjelir lidah macam tu? Hehehehe...

Deep in slumber...

Semoga Tam Tam sihat sejahtera ya :).

Till next year, insyaAllah.

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

Monday, January 19, 2015

KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 01 - THE DEPARTURE

Kami telah menerima jemputan untuk mengiringi pengantin lelaki, sepupu isteri saya, ke rumah pengantin perempuan di Kota Subang, Jawa Barat Indonesia. Since dah nak ke sana, isteri saya mencadangkan untuk kami pergi bercuti selepas wedding tu ke Jawa Timur nak tengok Gunung Bromo. Saya of course setuju sangat kerana Gunung Bromo tu adalah salah satu tempat yang saya memang teringin nak lawat. 

So the overall plan adalah seperti di bawah:

1- Hantar Tam Tam for boarding
2- Depart from KLIA2 to Bandung
3- Dari Bandung ke Kota Subang
4- Attend wedding
5- Jalan2 kejap di Sari Ater
6- Dari Kota Subang ke Bandung
7- Depart from Bandung to Surabaya
8- Dari Surabaya ke Malang
9- Ke air terjun Cobanrondo
10- Ke ladang epal
11- Shopping sikit
12- Candi Singosari
13- Stop kejap di Pasar Nongko Jajar
14- Bromo
15- Shopping sikit
16- Balik KL
17- Ambik Tam Tam

Semua atas tu dibuat in 6 days dari 26/12/2014 till 31/12/2014. Macam hectic tapi tak la sangat...hihi...

Kad jemputan dari keluarga pengantin lelaki. Actually pengantin lelaki ni belajar di Indonesia lalu jatuh cinta dengan gadis dari Kota Subang. Dah jodoh kan :).

Syaratnya yang anggota rombongan lelaki kena pakai baju melayu sepasang. Err... I don't have la sepasang. So kena la beli siap sampin, sponsored by my lovely wife...hihi...

Apa-apa pun, 6 hari terlalu lama untuk tinggalkan Tam Tam sekor-sekor kat rumah. So kena la hantar for boarding di pet shop yg dulu kami pernah hantar dia, di Rampai Pet Shop.

Ni sangkar dia....
Alaaa... kesiannya Tam Tam kena tinggal :(

Kesian tengok dia takut2 cam tu sampai mengigil.... :( :( :(

Kami naik Air Asia so departure dari KLIA2. Masa tu hujan. Memang masa year end 2014 tu hujan hari2. 

Ni first kami berdua sampai KLIA2. Ramai yg kata airport ni sangat besar. Kena jalan jauh. Macam shopping mall. Betul, betul dan memang betul! :)

So since first time ke KLIA2 ni, saya ambik many, many, many photos...hihi. Buat kenangan :)

Luas sungguh. Elok la buat airport baru ni cause LCCT tu udah sesak benor. 

In between buildings ada open air area yg berbumbung. Sebab hujan so dapat ambik foto from under the bumbung only lah. 

Bahagian kedua airport ni penuh dgn shops and eateries. Luas! Jalan lagi! :)


Kaunter yg ada payung lighted with multicolors tu adalah the check in counter. Ramai orang tapi tak sesak. Selesa la.

Nice and not cluttered. Everything look so new...hehe..

Di bahagian perlepasan antarabangsa. 

Then kami naik ke bahagian atas sebab nak lunch. Ternampak banner restoran ni masa kat bawah tadi. The Malaysian Recipe Cafe.

Cantik restoran ni. Makanannya ok2 je. Sebenarnya dah beli per-order meals for the flight tapi takut nanti lapar pulak since departure time pukul 3:20 pm.

Lepas makan kami terus check in. Jauh jalannya nak ke Gate 13. Sepanjang berjalan tu ada tingkap2 besar so stop kejap2 ambik gambar. Masih hujan lagi.

Kat bahagian dalam got more shops. Kalau tak larat boleh request naik kereta letrik tapi sampai kat check point je pas tu kena jugak jalan jauh lagi. But it helps la especially for mereka yang memerlukan.

Also kami tukar duit sikit. 

Flight kami QZ 0172, Air Asia Indonesia berlepas di Gate Q13. Very nice seating areas. I'm really liking this airport lah :)

Jalan2 lagi, baru sampai gate 3!

Ok, dah nak dekat dah. Penat jugak nak gendung bag camera yg seberat 5kg [dah timbang kat rumah] ni jalan jauh2...hehe...

Dan sampai Q13. Rombongan Kak Kiah ni adalah seramai 34 orang dan all planned naik same flight so that senang nak urus bila sampai Bandung. Di airport Bandung pula nanti, pihak keluarga pengantin perempuan telah menyediakan sebuah bas untuk bawa rombongan dari airport Bandung ke Kota Subang. Siap ada guide sekali. Actually, guide tu adalah the same person yang akan bawa rombongan bercuti2 berjalan di Bandung after the wedding. Tapi kami cuma join rombongan tu jalan2 ke Sari Ater sahaja since the next day tu kami dah nak ke Surabaya.

Sambil tunggu departure, saya ambik la gambar dari tingkap :).


Pas tu pergi cari surau untuk solat jamak. Very nice surau! Apa2 pun solat kena settle dulu kan. Alhamdulillah. 


Pesawat yang didedikasikan kepada Head of Operations Air Asia, Bo Lingam.
Yg bawah tu pesawat Air Asia Thai.

Sapa2 nak buat iklan boleh guna body kapal terbang Air Asia :).

Banyak gambar saya ambik sebab departure delayed for 40 minutes. 




And finally boarding time.

Selesa. Not a full flight.

Kat luar masih hujan lagi. Tapi tak lebat.

Lawanya... :)

Saya suka belek kad keselematan ni. 
'Kencangkan sabuk pengaman....' :)

Bukan je lawa, suara pun sedap...hehe.. 

Kad ni jangan lupa isi. Nanti problem!

Menu pun saya suka belek2..hehe...

Our prebook meals. Yang ni my wife's Nasi Minyak Palembang. Ni menu Air Asia Indonesia.

Saya punya Vegetarian Fried Rice. Sedap jugak. 

And mesti juga take a few shots out the window. Alhamdulillah, the flight was smooth with minimal turbulence. 

Sambil2 tu baca in-flight magazine. Approximately 2 hours flight ni.

Alhamdulillah kami selamat mendarat di Bandar Udara [Bandara] Husein Sastranegara, Bandung pada pukul 5.15 petang waktu tempatan di Bandung. Waktu di Bandung adalah sejam lewat berbanding Kuala Lumpur. Hujan masa tu.

Airport ni kecik je and tak de airbridge so kena jalan on tarmac sambil berpayung yg disediakan oleh pihak airport. Sempat saya bergambar...hehe...



Bila semua dah siap urusan di imigresen, kami dijemput naik bas oleh Dadang our guide untuk perjalanan ke Kota Subang yang jauhnya lebih kurang 51 km dari airport Bandung ni. Walaupun cuma 51 km, perjalanan ambik masa selama lebih kurang 4 jam sebab masa tu dah petang jadi traffic jam, jalan2 sempit dan jalan2nya turun naik pergunungan. Also it was year end so the locals ramai yg ambik kesempatan bercuti2 juga dan Bandung memang la destinasi percutian yg popular di Indonesia. 

Since dah dinner time, bas berhenti di Rumah Makan Grafika Cikole for a buffet dinner. Selera kami makan sebab dah lapar...hihi...

Lepas makan perjalanan diteruskan lagi selama sejam dan kami selamat sampai ke Hotel Dafam Betha Subang lebih kurang pukul 10:15 malam. Dah letih so kami tido awal. Lagi pun esoknya pukul 8:30 am dah nak bertolak kerumah pengantin perempuan.

Bersambung ke Part 02...

Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO saya:
1. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 01 - THE DEPARTURE

2. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 02 - THE WEDDING PART 01

3. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 03 - THE WEDDING PART 02

4. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 04 - THE WEDDING PART 03

5. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 05 - SARI ATER

6. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 06 - DARI KOTA SUBANG KE BANDUNG

7. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 07 - DARI BANDUNG KE SURABAYA

8. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 08 – COBANRONDO

9. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 09 - WISATA PETIK APEL

10. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 10 - LUNCH-BRAWIJAYA-RAMAYANA-SUNSET

11. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 11 - SUNRISE DI KOTA MALANG DAN CANDI SINGOSARI

12. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 12 - PASAR NONGKO JAJAR

13. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 13 – BROMO

14. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 14 - PERMATA TANGGULANGIN AND GOING HOME

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.