Assalamualaikum.
Selesai jalan-jalan malam di Gamcheon Culture Village yang cantik, kami pun dibawa Sarah (our tour guide di Busan City) ke pusat bandar untuk makan malam.
Kami perhatikan suasana di jalan raya di bandaraya Busan ini pada waktu itu tenang sahaja, tiada kesesakan / traffic jam. Fyi, hari itu adalah weekday, dan waktu itu adalah waktu orang balik kerja. Agaknya ramai penduduk Busan memilih untuk menggunakan pengangkutan awam kerana mungkin ianya efisien.
Dan saya baca, memang betul sistem pengangkutan awam mereka sangat efisien.
🔵Majoriti penduduk Busan sangat bergantung pada pengangkutan awam, terutamanya sistem metronya yang luas, menjadikannya cara yang sangat biasa digunakan untuk mengelilingi bandar.
🔵Kebanyakan penduduk menggunakan rangkaian bas dan kereta api bawah tanah untuk bernavigasi di Busan kerana sistemnya yang efisien dan merangkumi laluan kawasan yang luas.
🔹Sistem metro yang dibangunkan dengan baik: Busan mempunyai rangkaian kereta api bawah tanah yang komprehensif dengan berbilang laluan yang sampai ke kebanyakan bahagian bandar.
🔹Rangkaian bas yang mudah: Di samping metro, sistem bas yang mantap juga tersedia untuk mencapai kawasan yang tidak dihubung secara langsung oleh kereta api bawah tanah.
🔹Kadar penggunaan yang tinggi: Oleh kerana kualiti dan kemudahan pengangkutan awamnya, kebanyakan penduduk Busan memilih untuk menggunakannya untuk perjalanan harian.
🔵Bas awam Busan City dianggap agak cekap dan mudah diakses oleh pelancong, dengan rangkaian laluan yang besar meliputi kebanyakan kawasan bandar, papan tanda yang jelas dalam kedua-dua bahasa Korea dan Inggeris, dan keupayaan untuk membayar dengan kad pengangkutan untuk tambang diskaun.
🔹Rangkaian yang luas: Terdapat pelbagai jenis bas termasuk bas biasa, bandar, ekspres dan bas ulang-alik, yang membolehkan akses ke kebanyakan bahagian Busan.
🔹Mudah dinavigasi: Kebanyakan perhentian bas mempunyai paparan elektronik yang menunjukkan masa ketibaan bas yang akan datang dan maklumat dalam bahasa Korea dan Inggeris.
🔹Penggunaan kad pengangkutan: Menggunakan kad pengangkutan seperti "Kad Hanaro" memberikan tambang yang lebih murah berbanding dengan wang tunai.
🔹Jenis dan pengenalan bas: Jenis bas yang berbeza ditunjukkan dengan nombornya, membolehkan penumpang mengenal pasti bas yang betul dengan mudah.
🔹Cabaran lereng bukit: Disebabkan topografi Busan yang berbukit-bukit dan bergunung-ganang, beberapa laluan bas mungkin berliku dan mengambil masa perjalanan yang lebih lama.
Kami pun tiba di Gwangbok-ro Fashion Street. Sarah membawa kami makan malam di sebuah restoran India di kawasan ini. Untuk mencari tempat parking Sarah menggunakan phone apps. Berpusing-pusing juga dia mencari lokasinya.
Selepas parking kami dibawa oleh Sarah berjalan kaki ke restoran. Ini adalah kali pertama Sarah membawa pelanggan ke sebuah restoran halal, jadi dia tidak tahu exactly di mana restoran itu, jadi dia pun menggunakan aplikasi phone.
Pada kami berdua ok je berjalan walau pun badan sudah letih kerana sudah travel sejak dari semalam. Ini kerana ia membolehkan kami merasai suasana bandar Busan, di pusat membeli belah dan pada waktu malam pula.
Sibuk tengok sana, tengok sini, dan ambil gambar, tak terasa pun jauh atau dekat perjalanan kami ketika itu... hihi 😁.
🔵Di Busan terdapat banyak cultural street dengan tema yang berbeza dan Gwangbok-ro Fashion Street di Jung-gu, Busan, adalah merupakan salah satu tarikan pelancong yang terkenal di bandar ini.
🔵Nama jalan Gwangbok-ro Fashion Street adalah gabungan "gwangbok (pembebasan)" dan "fesyen."
🔵Jalan Gwangbok-ro terletak bersebelahan dengan laut Busan, tempat imperialis Jepun mengeksploitasi orang Korea dan tempat orang Korea berperang menentang Jepun untuk kemerdekaan negara mereka.
🔵Selepas pembebasan, warga Busan menamakan kawasan itu "Gwangbok-dong" untuk meraikan kemerdekaan negara dan mengingati gerakan anti-Jepun penduduk tempatan.
🔵Inilah asal usul nama Gwangbok-ro Fashion Street.
🔵Di jalan ini terdapat banyak kedai-kedai hanbok (pakaian tradisional Korea), pakar optik, kedai pakaian sukan dan luar, kedai fesyen berjenama, kedai pakaian tanpa jenama, dan sebagainya.
🔵Gwangbok-ro adalah jalan membeli-belah yang popular di kalangan pelancong asing, yang kagum dengan pelbagai kedai pakaian jenama asli Korea dan konsep fesyen yang unik yang ada di sini.
🔵Gwangbok-ro Fashion Street digemari bukan sahaja oleh pelancong tetapi juga oleh warga Busan sendiri.
🔵Sebagai syurga membeli-belah di Jung-gu, Gwangbok-ro Fashion Street ialah destinasi yang sangat disyorkan, di mana pengunjung boleh mengalami pelbagai tarikan dan menerokai sejarah moden Busan serta fesyen yang bergaya.
🔵Jalan ini bukan sahaja untuk golongan muda tetapi juga untuk lelaki dan wanita dari semua peringkat umur yang akan mendapat kepuasan daripada membeli belah pelbagai jenis barangan fesyen di jalanan.
Selepas dihubungi beberapa kali oleh Sarah, maka owner restoran itu pun offer to meet us at wherever we were at that time. That's him in black.
Kami pun tiba di restoran Bombay Brau Gwangbok Branch, 75 Gwangbok-dong, Jung-gu, Busan, South Korea.
Sebenarnya apa yang kami bayar untuk pakej percutian Korea Selatan kami ini cuma termasuk sarapan sahaja dan tidak untuk makan tengahari dan makan malam. Tetapi pihak travel agent kami iaitu selamatbercuti (Wan Vacation Sdn Bhd) telah bermurah hati menaja makan malam kami, bukan makan malam pada malam ini sahaja, tetapi semua makan malam kami sepanjang percutian kami di Korea selatan ini. Mereka sudah memaklumkan tentang dinners gratis ini kepada kami sebelum kami bertolak ke Korea.
Terfikir juga kami kenapa selamatbercuti menawarkan untuk menaja makan-makan malam kami. Isteri fikir mungkin sebab kami adalah repeat customers mereka. Sebelum percutian Korea ini, kami telah pun 3 kali pergi percutian private package bersama Selamatbercuti ke Manado (Sulawesi, Indonesia), Cebu (Philippines) dan Phuket (Thailand). Trip kami yang terkini ke Morocco, Spain dan Portugal juga bersama selamatbercuti.
Terima kasih, Selamatbercuti!
Bergambar kenangan bersama auntie Sarah Park yang begitu sangat menjaga 'kebahagian' kami sebagai pelancong selama kami di Busan ini 😄.
Selesai dinner, kami berjalan semula ke kereta Sarah untuk ke hotel penginapan kami di Busan ini.
Tidak kami singgah mana-mana kedai masa itu kerana kami sudah keletihan, tambahan pula perut pun dah kenyang 😄. Teringin juga nak tahu mahal ke barang-barang seperti pakaian di Korea ni compare to Malaysian prices.
Menara di belakang sana itu ialah Daegaksa Temple, sebuah kuil Buddha yang diasaskan pada tahun 1911 oleh Yongseong Seunim dan terletak tidak jauh dari Istana Changdeokgung.
Pink Gate Cafe di Busan ini ialah kafe bertema popular yang terkenal dengan hiasan merah jambu yang meriah dan daya tarikan estetik, menarik penduduk tempatan dan pelancong.
Dari Sarah kami dapat tahu tentang makna warna-warna plat kereta di Korea ini.
🔵Biru (kiri): kereta elektrik.
🔵Kuning (kanan): kereta syarikat.
🔵Putih (tengah): kereta persendirian.
Our hotel for two nights in Busan was a 3-star hotel called Arban City Hotel. It is very comfortable and located in the heart of downtown Busan.
No comments:
Post a Comment