Wednesday, November 13, 2024

MOROCCO-SPAIN-PORTUGAL - SPAIN - CORDOBA - MEZQUITA - CATEDRAL DE CORDOBA - COURTYARD

Assalamualaikum.
Dan kami pun sampai ke Masjid-Katerderal Cordoba. Sebelum masuk ke dalam, kami di bawa shopping souvenir dulu di sebuah kedai betul-betul sebelah historical building ini. Lagi pun kami belum boleh masuk sebab according to our ticket, waktu lawatan kami adalah pukul 4:30 petang nanti.



Bergambar kenangan di sudut Mosque of Córdoba di jalan-jalan C. Magistral González Francés dan C. Corregidor Luis de la Cerda.


There's an info board on the "Restoration of southeast corner on the facade of the Mosque-Cathedral of Cordoba".

Kami berdua tak banyak shopping. Cuma untuk cat sitter kami je. But to some of our group members it is one of the essential thing to do. If it brings them joy and happiness, why not, right? In fact, elok juga shopping sekarang sebab di waktu dan ketika lain, itinerary kami penuh and there were hardly times for shopping, especially at the historic parts of the city like this.

Macam-macam ada dalam kedai souvenir ini. 





I was especially drawn to this amazing designs. 

Fridge magnets.

Keluar dari kedai souvenir kami pun berjalan perlahan-lahan sambil mengambil gambar di C. Magistral González Francés ini menuju pintu masuk ke Mosque-Cathedral of Cordoba.

Walaupun dalam Cordoba Historic Center ini ada beratus-ratus bangunan yang mempunyai kepentingan budaya dan sejarah, monumen yang paling menonjol di bandar ini ialah Masjid Besar ini yang kini dipanggil Masjid-Katedral. 

Saya berdiri di sini untuk beberapa ketika mengagumi bangunan bersejarah ini, memikirkan bahawa pada 784–786 orang Islam telah memiliki kemahiran kejuruteraan untuk membina bangunan monumental yang indah seperti ini.

🔵Masjid Besar Cordoba telah ditulis dalam Senarai Warisan Dunia pada tahun 1984.
🔵Pada tahun 1994, keluasannya telah dilanjutkan untuk memasukkan sebahagian daripada Pusat Bersejarah (Cordoba Historic Center), Alcázar (kubu), dan memanjang ke selatan ke tebing Sungai Guadalquivir, Jambatan Rom dan Menara Calahorra. 
🔵Menjadikan jumlah kawasannya meliputi 80.28 ha.

Keindahan seni dan reka bentuk Islam yang indah pada fasad dinding.



🔵Masjid asalnya mempunyai pelan lantai berukuran kira-kira 74 atau 79 meter persegi setiap sisi, dibahagikan sama rata antara dewan solat di selatan dan halaman terbuka (courtyard) di utara. 
🔵Seperti yang kita boleh lihat dari foto di bawah, tapak asal masjid itu adalah landai, maka penambakan dan pemadatan tanah yang besar diperlukan untuk mewujudkan tanah yang rata untuk tujuan pembinaan.  
🔵Dinding luarnya pula diperkukuh dengan penopang besar, yang masih kelihatan di bahagian luar hari ini.



🔵Mezquita-Catedral adalah salah satu struktur tertua yang masih berdiri sejak umat Islam memerintah Al-Andalus.
🔵Ia merupakan bukti kepelbagaian budaya yang ada di Córdoba. 
🔵Dinding luar masjid ini adalah gabungan gaya dan zaman, termasuk gerbang dan ukiran Islam, tiang Rom, dinding batu primitif, dan hiasan Gothic.
🔵Elemen asas masjid ini adalah gerbang berganda (double arches) yang berulang-ulang dari: 
🔹bahagian atas, berstruktur dan menyokong bumbung, adalah separuh bulatan dengan rekabentuk berasal dari Rom.
🔹bahagian bawah, yang bertindak sebagai 'pengikat' struktur adalah ladam-lengkungan yang berasal dari rekabentuk Visigothic.



Kami pun tiba di sebuah dataran, Plaza de Santa Catalina. 
🔵Di dataran ini ada salah satu pintu masuk ke Mezquita-Catedral de Cordoba, namanya Puerta de Santa Catalina / Saint Catherine's Gate, dibina pada 1573. 
🔵Fyi, terdapat kira-kira 20 pintu di bahagian luar Masjid-Katedral Córdoba.
🔵Puerta de Santa Catalina terletak di sebelah timur dan memasuki halaman yang dipanggil Patio of Oranges (Patio de los Naranjos).

🔵Lukisan di tengah mewakili nama pintu gerbang iaitu Saint Catherine of Alexandra. Juga ada lukisan Saint Acisclus and Saint Victoria.



Di sebelah kanan Saint Catherine's Gate ada sebuah kolam yang dahulunya pernah menjadi tempat para jemaah berwuduk.




Jalan C. Magistral González Francés yang kami lalu earlier.

Waktu melawat ke Mezquita-Catedral de Cordoba.

Inilah Patio of Oranges (Patio de los Naranjos). 

🔵Keluasan Patio de los Naranjos (Laman Pokok Oren) ini adalah kira-kira 50 meter kali 30 meter. 
🔵Kawasan tertutup ini dibahagikan kepada tiga bahagian, masing-masing dengan air pancut gaya Renaissance di bahagian tengahnya.

🔵The cathedral bell tower, once the mosque's minaret. 

🔵Menara masjid asal yang merupakan tempat azan dilaungkan, telah diubah menjadi menara loceng katedral selepas berlakunya gempa bumi pada 1589.
🔵Hari ini, menara loceng Katedral, yang asalnya adalah Menara masjid, mendominasi Patio de los Naranjos.

🔵Pada abad ke-10 Abd ar-Rahman III (r. 912–961) diisytiharkan sebagai Khalifah baru di al-Andalus. 
🔵Sebagai sebahagian daripada pelbagai projek pembinaannya, beliau mengolah semula dan membesarkan dalaman masjid.
🔵Abd ar-Rahman III juga meluaskan halaman (courtyard) dan mungkin juga telah menambah galeri di sekeliling tepi halaman. 
🔵Galeri yang ada kini (foto bawah) telah dibina semula oleh arkitek Hernán Ruiz I pada abad ke-16.

🔵Siling kayu rata asal masjid ini diperbuat daripada papan kayu dan rasuk dengan hiasan berukir dan dicat.
🔵Sebahagian daripada serpihan-serpihan siling asal itu telah terselamat dari kemusnahan dan kini dipamerkan di galeri/beranda Courtyard of the Oranges ini.  

🔵Serpihan-serpihan itu telah ditemui pada abad ke-19 dan penemuan itu telah membenarkan para pemulih moden membina semula siling di beberapa bahagian barat masjid mengikut gaya asal mereka seperti foto di bawah.

🔵Banyak serpihan-serpihan siling masjid asal kini ada dipamerkan di Courtyard of the Oranges ini.



🔵Halaman Masjid Agung-Katedral ialah contoh halaman tradisional terbaik di bandar ini dan berfungsi sebagai model untuk halaman lain. 
🔵Salah satu kawasan lapang tertua di Cordoba, halaman yang luas ini telah berubah bersama dengan pelbagai penambahan dan pengubahsuaian.

🔵Sehingga abad ke-11, halaman masjid (juga dikenali sebagai sahn) ini adalah tanah yang tidak berturap dengan pokok sitrus dan palma yang diairi pada mulanya dengan tangki air hujan dan kemudiannya dengan saluran air. 
🔵Penggalian menunjukkan pokok-pokok ditanam dalam bentuk bercorak, dengan saluran pengairan permukaan.

🔵Persekitaran berberanda pertama kali dibina sebagai gerbang ladam pada abad ke-10 dan kemudiannya dibina semula dalam era moden. 
🔵Halaman ini telah berfungsi sebagai tempat ibadat dan salah satu dataran utama bandar sejak ia dibina.

🔵Seperti di kebanyakan halaman masjid, ia mempunyai air pancut atau besen air untuk membantu umat Islam melakukan wuduk sebelum solat.  
🔵Gerbang yang menandakan peralihan dari halaman ke bahagian dalam dewan solat pada asalnya adalah terbuka, membenarkan cahaya semula jadi memasuki bahagian dalam. 
🔵Tetapi kebanyakan gerbang-gerbang itu telah berdinding semasa zaman Kristian (selepas 1236) kerana gereja kecil dibina di sepanjang tepi utara dewan.

🔵Halaman masjid asal Abd ar-Rahman I tidak mempunyai galeri atau serambi di sekelilingnya, tetapi dipercayai telah ditambahkan oleh Abd ar-Rahman III antara 951 dan 958.    
🔵Galeri semasa, bagaimanapun, telah dibina semula dengan reka bentuk yang serupa oleh arkitek Hernán Ruiz I di bawah Bishop Martín Fernández de Angulo antara 1510 dan 1516. 
🔵Susun atur semasa taman dan pokok adalah hasil kerja yang dijalankan di bawah Bishop Francisco Reinoso antara 1597 dan 1601.

🔵Sebagai pernghormatan kepada keindahan konsep dusun abad ke-16, halaman itu dipanggil Patio de los Naranjos [Laman Pokok Oren].  
🔵Halaman ini menampilkan tumbuh-tumbuhan seperti pokok-pokok oren, cemara dan pokok palma dan dipisahkan kepada tiga petak, yang setiap satunya dilengkapi dengan air pancut.
🔵Pokok zaitun, pokok oren, dan pokok palma mungkin telah diperkenalkan oleh orang Kristian pada abad ketiga belas, memberikan halaman ini namanya yang masih digunakan hari ini.
🔵Dikatakan ketika itu bahawa halaman berdinding dengan pepohonan seperti ini hanya boleh ditemui di al-Andalus sahaja, kerana masjid-masjid di negara lain tidak pernah menjadi tempat tumbuh-tumbuhan ditanam sebagai satu elemen pengindahan.

🔵Pokok oren, pokok palma dan pokok cemara ditanam berbaris-baris, seolah-olah ia adalah sambungan zahir tiang-tiang yang terdapat di masjid. 
🔵Air juga mempunyai tempatnya di ruang unik ini, dengan kehadiran dispenser dan air pancut.

🔵Penggunaan taman ini telah berubah dengan ketara semasa banyak fasa-fasa sejarahnya, daripada halaman untuk berwuduk kepada dijadikan halaman Kristian di mana ia menjadi salah satu ruang terpenting di Katedral untuk upacara-upacara Katolik. 
🔵Walau bagaimanapun, perbezaan pada courtyard ini didapati bukan sahaja dalam fungsinya, tetapi juga dalam bentuknya. Sebagai contoh, semasa zaman Khalifah façade utara dibuka ke halaman, selepas penaklukan Kristian, dengan pembinaan kapel, ia mula tertutup.

Di salah satu beranda/galeri di halaman ini ada dipamerkan sebuah diorama model Masjid - Katedral Córdoba yang menggambarkan perarakan Holy Week (Semana Santa) memasuki Patio de Los Naranjos.

🔵Semana Santa, atau Holy Week, ialah perayaan keagamaan yang berlangsung pada minggu sebelum Easter Sunday dan memperingati kematian dan kebangkitan Jesus Christ. 
🔵Ia merupakan percutian utama di banyak negara berbahasa Sepanyol, termasuk Sepanyol, Portugal dan negara Amerika Latin.

🔵Pada masa kini, Holy Week di Cordoba mempunyai warisan yang kaya dalam bentuk ukiran, perhiasan dan objek liturgi dan membangkitkan perasaan passionate di kalangan penonton, dengan 38 persaudaraan (brotherhoods) yang berbeza menganjurkan perarakan di sekitar bandar.




🔵Semasa Semana Santa, peserta yang dikenali sebagai penitente, memakai jubah (nazareno) dalam pelbagai warna:
🔹Ungu: Warna yang dikaitkan dengan royalti dan penderitaan, jubah ungu dipakai oleh penganut lelaki semasa Lent (tempoh berpuasa dan menyesali dosa)
🔹Hitam: Dipakai selepas Good Friday untuk mewakili perkabungan
🔹Putih: Dipakai untuk meraikan Easter Sunday
🔹Warna lain yang mungkin dipakai termasuk navy, hunter green, burgundy dan sky blue. Warna dan jubah berbeza mengikut persaudaraan.

🔵Penitentes juga memakai topi runcing yang dipanggil capirotes, yang pernah menjadi simbol penebusan dosa. 
🔵Jubah dan capirotes menambah mistisisme perarakan, yang berlangsung dengan latar belakang seni bina bersejarah Sepanyol.





Float of Jesus of Nazareth on Good Friday.


Di Courtyard of the Oranges ini ada banyak pokok-pokok oren. Begitu juga di sekitar bandar Córdoba. Kenapa ya?
🔵Pokok oren ialah ciri hiasan di taman, jalan dan dataran di bandar ini. 
🔵Pokok oren memberikan naungan tempat berteduh di ruang awam dan persendirian, yang sangat penting dalam iklim panas di selatan Sepanyol. 
🔵Bunga oren yang harum memenuhi ruang jalanan pada awal April, mencipta pengalaman unik untuk pelawat. Bau azahar, atau bunga putih, adalah sebab utama orang ramai melawat bandar-bandar selatan Sepanyol pada awal musim bunga.
🔹"Azahar" ialah perkataan Sepanyol yang merujuk kepada bunga oren atau limau. Perkataan itu berasal dari bahasa Arab "al-azaharque", yang bermaksud "bunga putih".
🔵Orang Moor membawa oren pertama ke Sepanyol sekitar 1000 AD. Pokok oren telah diperkenalkan ke Semenanjung Iberia semasa zaman Al-Andalus, dan orang Moor menanamnya di seluruh semenanjung kerana mereka percaya ia akan membawa kebahagiaan kepada pemiliknya.
🔵Pokok oren adalah peninggalan masa silam Islam al-Andalus. Pokok oren dan bunganya sering dipaparkan dalam puisi. 

Saliran air untuk pokok-pokok.




This is Fuente de Santa María / Fountain of Saint Mary.

Di tempat di mana pada zaman dahulu umat Islam berwuduk, kini adalah Fountain of Saint Mary, fountain terbesar di Masjid-Katedral ini.


🔵Dari menara Islam pertama hingga Menara Loceng sekarang, bangunan ini telah mempengaruhi profil dan imej Cordoba dengan ketara. 
🔵Bentuk dan gayanya telah berkembang dari semasa ke semasa, tetapi ia sentiasa memenuhi tujuan asas calling forth the faithful. 
🔵Ia adalah struktur tertinggi di bandar ini, dengan ketinggian 54 meter.

🔵Selepas penaklukan Kristian, bekas menara masjid ini telah diubah menjadi menara loceng. 

🔵Menara ini digunakan sehingga tahun 1589 apabila gempa bumi menjejaskan strukturnya dan keputusan dibuat untuk membina menara baru yang menyelubungi sebahagian daripadanya.

🔵Selepas Hernán Ruiz III menyiapkan loceng, menara Katedral baharu ini telah dibina mengikut reka bentuknya. 
🔵Arkitek Juan Sequero de Matilla, yang menambah jam, dan Gaspar de la Peña, yang mereka bentuk kubah yang akan memegang figura Saint Raphael, karya Pedro de la Paz dan Bernabé Gómez del Río, turut ditambah.

🔵Deringan loceng terus mengawal kehidupan liturgi Katedral hari ini. 
🔵Kemuncak di antara loceng ini ialah apa yang dipanggil kumpulan "loceng liturgi". 
🔵Keunikan mereka terletak pada hakikat bahawa setiap daripada loceng-loceng itu mempunyai nama tertentu, seperti "Assumption" atau "Saint Zoilus", yang ditunjukkan dalam inskripsi. 
🔵Butiran lain juga kelihatan terukir, seperti tahun pembuatannya, nama kanun kerja dan jata Bishop yang mengarahkan pembinaannya.

🔵Salah satu jata (coat-of-arms) di Puerta de Santa Catalina (pintu gerbang laluan kami masuk tadi) ada menggambarkan menara loceng ini sebelum pembinaan semula pada tahun 1593.

🔵Pintu di sebelah menara ini dinamakan Door of Forgiveness (Puerta del Perdón) yang merupakan sebuah lagi pintu masuk untuk pelawat ke Mezquita-Catedral. 
🔵Ini adalah salah satu pintu gerbang terpenting dalam upacara-upacara Katedral kerana ia adalah laluan untuk beberapa keramaian keagamaan yang paling penting. 
🔵Disiapkan pada tahun 1377, ia telah mengalami pelbagai pembaharuan, seperti pada tahun 1650 oleh arkitek Sebastián Vidal.

🔵Patung yang ada di atas Door of Forgiveness (Puerta del Perdón).


🔵Satu lagi pintu gerbang yang dapat dilihat dari Courtyard of the Oranges ini ialah Puerta de las Palmas.

🔵Puerta de las Palmas (Door of the Palms) ialah pintu gerbang upacara besar dari Courtyard of the Oranges ke bahagian dalam katedral, dibina di atas apa yang pada asalnya adalah muka depan seragam gerbang terbuka yang menuju ke dewan solat bekas masjid. 
🔵Pada asalnya dipanggil Arco de Bendiciones (Arch of the Blessings), ia adalah tempat untuk upacara pemberkatan bendera diraja, satu upacara yang merupakan sebahagian daripada upacara pertabalan raja Sepanyol. 


🔵Bentuk semasanya bermula dari pemulihan dan pengubahsuaian yang dilakukan oleh Hernán Ruiz I pada tahun 1533, yang mencipta muka depan platresque di atas ambang pintu. 

🔵Patung fasad menggambarkan Annunciation manakala, agak luar biasa, terdapat figura yang lebih kecil di sudut bawah menggambarkan makhluk mitologi.

🔵Solemnity of the Annunciation of the Lord pada Gereja Katolik adalah perayaan yang paling penting. 
🔵Mengikut kepercayaan ajaran Kristian, The Annunciation of the Lord merujuk kepada masa ketika angel Gabriel melawat Blessed Virgin Mary untuk memberitahunya bahawa dia akan menjadi mother of the savior.

Puerta de las Palmas (Door of the Palms).

Dahulu ia adalah pintu gerbang masuk ke dewan solat yang pada asalnya dibina pada tahun 958M oleh Abdul Rahman II.









Kelihatan di hujung sana satu lagi monumen - Triunfo de San Rafael de la Puerta del Puente (Triumph of Saint Rafael of the Bridge Gate).

This 18th-century monument features the Archangel Raphael, the guardian angel of Cordoba.

🔵Kami bertemu dengan Antonio, seorang Local Guide, kira-kira pukul 4.30 petang, yang akan membawa kami masuk ke Mezquita-Catedral. 
🔵Kami juga diberikan alat audio untuk mendengar penerangan yang akan diberikan oleh Antonio, sama seperti semasa lawatan kami ke Alhambra sebelumnya.

Kemudian Antonio membawa kami masuk semula ke Orange Trees Courtyard untuk beratur ikut giliran masuk. Panjang barisan masa itu tapi kami tidak lama beratur as the queue moved quite fast. 



Sambil beratur dalam barisan, Antonio memberi penerangan tentang sejarah Mezquita-Catedral dan Door of the Palms.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment