Monday, December 4, 2023

TAIWAN - TAIPEI CITY TOUR - TAIPEI GRAND MOSQUE

Assalamualaikum.
Ok, lepas selesai lawat Chiang Kai-Shek Memorial Hall, seterusnya kami ke Taipei Grand Mosque pula.

Ini waktu solat pada masa kami di Taiwan.

On the left is the Central Bank of the Republic of China (Taiwan) and on the right is the central banking bureau building.


This is Chiang Kai-Shek Memorial Hall's Liberty Square Arch, the main of the 3 gates. 

The front archway of the Chiang Kai-shek Memorial Hall is made of imitation white marble stone, 30 meters high and 80 meters wide. It has 5 entrance facades, 6 pillars and 11 large and small roofs. This style is called 5 rooms, 6 pillars and 11 floors. It is the highest standard of the traditional archway, with a sapphire blue glazed tile roof made of multi-layered dougongs.
Source: tour.cksmh.gov.tw

On the right is one of Taiwan historical landmark, the Taipei East Gate (JingFu Gate).
Taipei East Gate (JingFu Gate) telah dibina pada tahun 1884 oleh kerajaan Qing sebagai salah satu daripada lima pintu bandar. Juga dikenali sebagai Pintu Jingfu, ia terletak di persimpangan Jalan Selatan Zhongshan dan Boulevard Ketagalan. Bertujuan sebagai lokasi pertahanan strategik, ia dibina dengan lapisan tambahan dinding tanah untuk melindungi tentera yang ditempatkan di situ.

The National Concert Hall.


The white building - Chunghwa Telecom Taipei South Operations Office Directory Center Unit - one of Taiwan's telecommunications service provider.





Passed through Section 2, Xinyi Road.


Kelihatan bangunan Taipei 101.









Masuk ke jalan Section 2, Xinsheng S Rd. Kelihatan Daan Park. 

Daan Forest Park ialah taman awam berhampiran pusat Daerah Da'an Taipei, Taiwan. Taman ini seluas 26 hektar. Ia digunakan oleh penduduk Taipei sebagai ruang aktiviti hijau dan untuk pelbagai aktiviti luar. Taman itu diwujudkan pada 1994 selepas pengusiran setinggan lama dan perobohan bangunan haram di tanah perbandaran. Ia juga dikenali sebagai "lungs of Taipei City".

Kata Philips, jalan di mana letaknya Grand Mosque Taipei ini yang bernama Xinsheng South Road juga dikenali sebagai "Road to Heaven". Ini adalah kerana selain masjid, di jalan ini juga ada beberapa buah gereja Kristian.

Ini Taipei Municipal Jinhua Junior High School. Saya baca tempoh persekolahan kanak-kanak di Taiwan adalah yang paling lama di dunia. 
🔹Telah dilaporkan bahawa pelajar Taiwan menghabiskan lebih banyak jam di sekolah berbanding yang lain di dunia, dengan purata 9.5 jam di sekolah dari 7:30 pagi dan tamat sekitar jam 5:30 petang. 
🔹Dan ini belum lagi mengira waktu belajar tambahan yang mereka habiskan di cram school, sesi tunjuk ajar dan kelas lain. 
🔹Menghadiri cram school selepas waktu sekolah sehingga 9:30 malam adalah perkara biasa. Ini adalah sekolah khusus yang menyediakan pelajar untuk peperiksaan kemasukan sekolah menengah dan universiti.
Tahun persekolahan bermula pada bulan Februari. Kanak-kanak Taiwan pergi ke sekolah 240 hari setahun (Malaysia 190 hari setahun). Sekolah adalah enam hari seminggu, Isnin hingga Sabtu. Mereka pergi ke sekolah separuh hari pada hari Rabu dan Sabtu.

Payphones. 

Kelihatan bendera-bendera Taiwan dipasang pada tiang-tiang lampu di jalan raya ini. Itulah bendera rasmi Taiwan, yang cuba disekat oleh China daripada ditunjukkan di acara-acara antarabangsa.
🔴Selepas Republic of China (ROC) kalah dalam Perang Saudara kepada Chinese Communist Party, para pemimpinnya (dan berjuta-juta orang) melarikan diri ke Taiwan, dari mana mereka merancang untuk mengambil balik China. Itu tidak pernah berlaku, jadi Taiwan masih secara rasmi dipanggil Republic of China hari ini.
🔵PBB berhenti mengiktiraf ROC sebagai pemerintah sah Taiwan pada tahun 1971, dan AS mengikuti pada tahun 1979. China kini mendakwa bahawa Taiwan adalah salah satu wilayahnya, yang kebanyakan orang Taiwan tidak bersetuju. China menyekat Taiwan daripada memasuki organisasi antarabangsa (namun ia masih tergolong dalam 40 organisasi utama) dan memaksa Taiwan untuk bersaing sebagai "Chinese Taipei" dalam Sukan Olimpik.
🔴Pada masa ini, Taiwan hanya mempunyai 13 sekutu diplomatik rasmi. Daripada 13 itu, sembilan daripadanya adalah negara-negara pulau kecil. Tapi banyak negara-negara lain yang mengekalkan hubungan diplomatik tidak rasmi melalui pejabat perwakilan dan institusi yang berfungsi sebagai kedutaan dan konsulat de facto.
Adakah Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan Taiwan?
Wikipedia: Hubungan ini dibina pada 1964, apabila Taiwan membuka Konsulatnya di Kuala Lumpur. Ia kemudiannya dinaik taraf menjadi Konsulat Jeneral lima tahun kemudian. Walau bagaimanapun, pada 1974, Malaysia mengadakan hubungan diplomatik secara rasmi dengan Republik Rakyat China, disusuli penutupan Konsulat Malaysia di Taipei.

Catholic Church of the Holy Family. Menurut statistik dari 2017, kira-kira 6% penduduk Taiwan beragama Kristian.

Dan kami pun tiba di Taipei Grand Mosque, No. 62號, Section 2, Xinsheng S Rd, Da’an District, Taipei City, Taiwan.

Islam adalah 'minor religion' di Taiwan dan ia mewakili kira-kira 0.3% daripada populasi Taiwan. Terdapat kira-kira 60,000 orang Islam di Taiwan, di mana kira-kira 90% daripada kumpulan etnik Hui. Taiwanese Muslims are mostly descended from Chinese Muslims in Mainland China, and are Sunni Muslims mostly belonging to the Hanafi school.
Pintu masuk ke masjid

Terdapat juga lebih 250,000 orang Islam asing yang bekerja di Taiwan dari Indonesia, Malaysia, Thailand dan Filipina, serta warganegara lain dari lebih 30 negara. 


Sehingga 2018, terdapat sebelas masjid di Taiwan, dengan yang paling terkenal ialah Taipei Grand Mosque ini, yang merupakan masjid yang tertua dan terbesar di Taiwan. Pada masa ini, Taipei City Government merancang untuk membina masjid yang ketiga di Taipei dengan kerjasama Kerajaan Türkiye.
Ini antara masjid-masjid besar yang ada di Taiwan

Penganutan agama Islam di Taiwan bermula sejak abad ke-17 dan bertambah terutama pada tahun 1949 terutamanya selepas penghijrahan penduduk China ke Taiwan. Sejarah umat Islam di Taiwan boleh dikesan kembali ke zaman Ming dan awal dinasti Qing, apabila banyak keluarga Islam dari pantai Fujian berhijrah ke Taiwan. Sebagai contoh, keluarga Ding yang terkenal di Taixi dan keluarga Guo Lugang adalah keturunan Arab. Kebanyakan warga Muslim di Taiwan hari ini datang dari China selepas Perang Dunia II.
Donation box

Gelombang pertama penghijrahan
Islam dipercayai mula-mula sampai ke Taiwan pada abad ke-17 apabila tentera dari wilayah pantai selatan China, Fujian mengiringi Koxinga (Prince of Yanping) dalam penaklukan Taiwan untuk mengusir Belanda dari bandar selatan Tainan pada tahun 1661 dan menubuhkan Kerajaan Tungning di Taiwan. Terdahulu sebelum itu, Islam dipercayai dibawa ke Taiwan oleh Laksamana Zheng He pada abad ke-15. Keturunan mereka, bagaimanapun, telah diasimilasikan ke dalam masyarakat Taiwan dan mengamalkan adat dan agama tempatan.

Jejak terakhir penghijrahan orang Islam pertama ke Taiwan telah dihapuskan semasa pemerintahan penjajah Jepun di Taiwan pada 1895–1945. Penjajah Jepun melarang orang Taiwan daripada mengamalkan agama asing, yang menyebabkan ramai penduduk tempatan mengamalkan kepercayaan mereka secara rahsia. Imam terakhir yang datang dari Tanah Besar China ke Taiwan adalah pada tahun 1922. Pada masa itu, semua agama asing telah diharamkan. Selepas penyerahan Taiwan dari Jepun kepada Republic of China pada Oktober 1945, tradisi menghantar Imam dari tanah besar disambung semula pada tahun 1948.
Apakah yang tertera di papan maklumat ini?

Gelombang kedua hijrah
Gelombang kedua pendatang Islam ke Taiwan berlaku semasa Chinese Civil War pada abad ke-20 apabila sekitar 20,000 keluarga Islam melarikan diri dari tanah besar China bersama Nationalist Government ke Taiwan pada tahun 1949 pada akhir Perang Saudara China di bawah Jeneral Bai Chongxi. Ramai daripada mereka adalah tentera dan kakitangan kerajaan pada masa itu dan datang dari wilayah yang Islamnya kuat seperti Yunnan, Xinjiang, Ningxia, Anhui dan Gansu (kebanyakannya wilayah selatan dan barat China). Peneroka Muslim Cina tanah besar pertama di Taiwan mengasaskan masjid pertama Taiwan pada tahun 1947, Taipei Grand Mosque di Taipei, iaitu masjid yang kami lawat ini. Masjid ini melambangkan sikap mesra daripada Kerajaan ROC kepada Islam dan juga mengukuhkan hubungan diplomatik ROC dengan sekutu Islam mereka. Selepas penubuhan masjid, aktiviti diplomatik antara Republic of China dan negara-negara Islam lain berkembang dengan ketara dan perdagangan meningkat dengan ketara.
Ini terjemahannya

Gelombang penghijrahan ketiga
Sejak 1980-an, ribuan umat Islam dari Myanmar dan Thailand telah berhijrah ke Taiwan untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Mereka adalah keturunan askar nasionalis yang melarikan diri dari Yunnan ketika komunis mengambil alih tanah besar China. Mereka ini merupakan penghijrah Islam ketiga di Taiwan.
Ruang solat utama

Gelombang keempat hijrah
Pada tahun 1989, Taiwan melaksanakan dasar membenarkan lebih ramai pekerja asing mengisi pekerjaan kolar biru dalam sektor perindustrian yang semakin berkembang, kebanyakannya datang dari negara majoriti Muslim di Asia Selatan dan Tenggara. Majoriti orang Islam Taiwan hari ini adalah mualaf yang agak baru, kebanyakannya wanita, yang telah berkahwin dengan orang Islam tanah besar. Hari ini terdapat kira-kira 60,000 Muslim Taiwan dan 250,000 lagi pekerja Islam Indonesia dan Muslim lain dari Malaysia, Filipina, Pakistan, India dan negara lain, menjadikan jumlah semasa lebih 310,000 Muslim yang tinggal di Taiwan.
Kelihatan beberapa orang ahli kariah masjid sedang mengaji

Berikut adalah antara kata-kata dari Presiden-Presiden Taiwan:
🔹"...kerajaan komited untuk mempromosikan kebebasan beragama, meningkatkan kefahaman tentang Islam dan untuk melindungi minoriti Muslim di Taiwan agar mematuhi perlembagaan ROC".
🔹"Taiwan perlu mempunyai beberapa ciri-ciri keIslaman iaitu bertakwa kepada Tuhan Yang Maha Esa, menegakkan keamanan dan keadilan, membantu yang lemah dan miskin, menggalakkan kestabilan sosial, berpuas hati dengan apa yang ada dan bekerja keras. Juga menggesa umat Islam Taiwan untuk memperkenalkan doktrin dan semangat Islam kepada rakan senegara mereka untuk meningkatkan pertukaran pemahaman antara masyarakat Islam dan sektor lain di Taiwan".
🔹"... memberi jaminan kepada orang Islam tempatan bahawa orang Islam di Taiwan akan sentiasa menikmati kebebasan beragama dan bahawa kerajaan akan memberi perhatian kepada sebarang keperluan peningkatan kepada kumpulan itu".
🔹"... bahawa Islam adalah salah satu agama yang paling berpengaruh di dunia dengan 1.7 bilion pengikut. Prinsip utamanya ialah menghormati Tuhan, menolong orang miskin, berbuat baik, mencegah kemungkaran dan mengamalkan sikap hormat dan toleransi. Kesemua ajaran ini telah memberikan sumbangan yang tidak dapat dilupakan kepada tamadun".
Masjid ini boleh memuatkan seramai 1 ribu orang jemaah

Bahasa ibunda Muslim Taiwan ialah Mandarin, oleh itu Quran dan Hadis telah diterjemahkan daripada bahasa Arab asalnya kepada Mandarin. Pada Mac 1959, terjemahan al-Quran pertama dalam bahasa Cina yang mengandungi 400,000 perkataan telah diterbitkan dan dijual di kedai-kedai buku. Ia adalah hasil kerja terjemahan yang dibuat oleh lembaga terjemahan khas selama tujuh tahun.
Mihrab dan mimbar

Semasa Hari Raya Aidilfitri 2017, Ministry of Labor Taiwan memberi kenyataan menggalakkan majikan membenarkan pekerja Islam mereka merayakan perayaan tersebut dan bercuti pada hari tersebut. Sepanjang Ramadan 2018, Department of Labor of Taipei City Government mengingatkan majikan supaya mengakomodasikan pekerja-pekerja Islam mereka dalam menjalankan ibadah puasa dan solat mereka pada bulan tersebut. Umat Islam di Taiwan secara umumnya tidak menghadapi masalah menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadan di Taiwan.
Masjid ini mempunyai hubungan kuat dengan Arab Saudi yang terus memberikan sokongan kewangan kepada masjid ini. Masjid ini sering diziarahi oleh Imam-Imam dari Arab Saudi untuk berkhutbah pada bulan Ramadan. Pada tahun 1971 masjid ini telah dikunjungi oleh King Faisal.

Solat dan sambutan Aidilfitri di Taiwan menarik perhatian media tempatan. Ciri-ciri istimewa acara ini kerap ditulis di akhbar dan disiarkan di televisyen. Fenomena ini memberi rangsangan kepada aktiviti Islam di Taiwan.
Masjid ini juga pernah dikunjungi oleh ketua-ketua negara lain, seperti King Hussein dari Jordan, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Malaysia dan ramai lagi pemimpin Islam terkemuka.

Disebabkan ketiadaan pendidikan Islam formal di Taiwan dan begitu juga dengan agama-agama lain, masjid-masjid di Taiwan mengadakan beberapa kursus Islam kepada umat Islam tempatan seperti bahasa Arab, pengajaran al-Quran dan Hadis dan Syariah atas permintaan daripada ibu bapa. Banyak kursus dijalankan pada hujung minggu kerana kesibukan kerja dan jadual belajar orang Taiwan pada hari bekerja.
Sama seperti masjid-masjid lain, Taipei Grand Mosque ini adalah tempat bagi umat Islam di Taiwan untuk menunaikan solat lima waktu mereka, termasuk solat Jumaat, solat Hari Raya, solat Tarawih semasa bulan puasa dan juga solat jenazah bagi mereka yang meninggal dunia.

Persatuan Muslim Cina juga telah menghantar pelajar Muslim Taiwan ke luar negara untuk menerima pendidikan Islam secara formal. Bagi meningkatkan lagi usaha memelihara akidah Islam di kalangan umat Islam Taiwan, persatuan itu telah membangunkan rancangan untuk "educating secular educators" dan Bureau of Education of the Taipei City Government telah meluluskan cadangan mengadakan kursus-kursus Islam untuk guru-guru sekolah rendah dan menengah semasa cuti musim panas. Mereka juga memberikan maklumat Islam yang sahih kepada guru sekolah awam untuk menghapuskan stereotaip Islam dan salah faham.
Taipei Grand Mosque menempatkan ibu pejabat Chinese Muslim Association (CMA), pertubuhan Islam terbesar di Taiwan. Pertubuhan itu melakukan pelbagai aktiviti berkaitan Islam di seluruh Taiwan dan mempunyai reputasi yang baik di kalangan umat Islam tempatan. Selain CMA, masjid itu juga menempatkan Chinese Islamic Cultural and Educational Foundation.

Kebanyakan perkahwinan Muslim Taiwan diadakan di Taipei Grand Mosque ini kerana saiznya yang besar, dan juga kerana 40% daripada Muslim Taiwan, kebanyakannya sebagai saudara dan rakan mereka, tinggal di Taipei. Umumnya orang Islam di Taiwan mengekalkan tradisi memilih pasangan yang juga beragama Islam atau memeluk Islam kerana perkahwinan.
Masjid ini menerima dana mereka untuk menjalankan sebahagian besar aktiviti Islam dan kos operasi harian mereka daripada sumbangan peribadi. Yang berkaitan hal ehwal tempatan, mereka kadang-kadang meminta subsidi daripada agensi kerajaan tempatan. Beberapa pertubuhan seperti Muslim World League dan World Assembly of Muslim Youth telah membantu masjid ini juga dalam menjalankan aktiviti Islam mereka.

Waktu solat di Taipei untuk Oktober 2023

Papan info masjid

Restoran halal boleh didapati secara meluas di sekitar Taiwan, walaupun kebanyakannya tertumpu di Taipei, dengan beberapa restoran lain di Bandar Taoyuan, Taichung dan Kaohsiung. Sehingga November 2019, terdapat kira-kira 200 restoran Halal kesemuanya di Taiwan. Bilangan itu terus meningkat pada kadar sekitar 20% setiap tahun.
QR Codes to access Halal Taiwan

Salah satu badan pensijilan halal Taiwan ialah Taiwan Halal Integrity Development Association, yang dirasmikan pada Mei 2011 di Taipei, memperoleh keahlian dalam program pensijilan makanan halal rentas sempadan yang ditadbir oleh pihak berkuasa dari Indonesia, Malaysia dan Singapura. Persatuan itu berpusat di Taipei Cultural Mosque. Satu lagi jenis pensijilan Halal, pensijilan 'Muslim Friendly Restaurant', dikendalikan oleh Chinese Muslim Association (CMA). Tujuan pensijilan ini bukan untuk mengesahkan kehalalan makanan, tetapi adalah untuk memberitahu dunia bahawa di Taiwan juga terdapat orang Islam. Garis panduan pensijilan ini menyatakan kaedah, sumber, item, dos and donts ketika menjadi host pelanggan Islam mengikut adat mereka dalam menjamu selera di restoran. 
Halal Taiwan apps at Google Play

Beberapa universiti, seperti National Taiwan University of Science and Technology dan Yuanpei University of Medical Technology telah menyediakan kafeteria di kampus mereka yang menyajikan makanan halal untuk pelajar-pelajar Muslim mereka. Pada Jun 2018, Taipei City Government mengumumkan pengenalan vending machines yang menjual makanan yang diperakui Halal. Pemasangan awal mesin-mesin ini dilakukan di universiti dan kolej berhampiran dengan bilangan pelajar-pelajar Islam yang tinggi.

Pada November 2018, Taiwan Adventist Hospital in Songshan District, Taipei merupakan hospital pertama di Taiwan yang disahkan mesra Muslim. Pensijilan itu dibuat oleh Majelis Ulama Indonesia selepas makanan, ubat-ubatan dan produk kosmetik yang mereka sediakan disahkan Halal, serta mempunyai ruang solat Muslim. Pada masa ini, Taipei City Government juga sedang bekerjasama dengan hospital untuk memperluaskan bilangan hospital mesra Muslim di bandar itu. Pelbagai hospital di sekitar Taiwan turut menyediakan surau dan pilihan tempat makan halal untuk pengunjung.

Kini terdapat empat pusat penyembelihan di Taiwan yang menyediakan daging halal iaitu satu di Taipei dan tiga di Yunlin.

Persatuan Muslim Cina Taiwan merupakan pertubuhan masyarakat Islam yang paling penting di Taiwan. Selain daripada menyebarkan ajaran Islam, ia juga mewakili umat Islam Taiwan dalam menjalinkan hubungan diplomatik dengan umat Islam dari seluruh dunia.

Di Taiwan ada 'Inter­national Muslim Tourism Industry Development Association'. Juga ada 'Taiwan INHART Halal Certification Authority' di mana istilah "halal" menunjukkan kepatuhan dengan doktrin Islam, dan produk yang disahkan halal termasuk bahan makanan, ubat-ubatan dan kosmetik dan tempat seperti restoran dan tarikan pelancong.

Seterusnya kami ambil gambar masjid dari luar pula. 

Semasa bulan puasa, umat Islam di Taipei mengadakan berbuka puasa di masjid ini. Pelajar dan pekerja Islam asing turut menyertai acara tersebut. Makanan ringkas seperti kurma dan air mineral biasanya dihidangkan daripada kutipan derma sepanjang bulan Ramadhan untuk berbuka puasa, diikuti dengan jamuan makan malam yang disediakan oleh jawatankuasa masjid dan sukarelawan.
Wikipedia: The mosque also has two minarets with a height of 20 meters each located at both ends of the building. The minarets are grey in color with a red-colored neck and an onion-shaped spire on top. The design uses a blend of Taiwanese and Central Asian materials.

Masjid ini sering menerima kunjungan pelajar-pelajar yang beragama lain di mana mereka diberikan penerangan tentang Islam oleh Imam supaya mereka lebih memahami ajaran Islam. Masjid ini juga mengadakan bengkel antara agama dan perbahasan antara Islam dan Konfusianisme, Katolik dan Buddhisme untuk menggalakkan persefahaman bersama dengan agama lain.

Taipei Grand Mosque dibina mengikut agama Islam dan seni bina Arab. Ia telah direka oleh arkitek Yang Cho-cheng, arkitek yang sama yang mereka bentuk Taipei Grand Hotel, Chiang Kai-shek Memorial Hall, National Theater and Concert Hall dan banyak bangunan mercu tanda lain di Taiwan.

Pada mulanya, ruang solat hanya ada di tingkat bawah masjid. Tetapi disebabkan peningkatan jumlah jemaah, tingkat dua telah ditambah di atas dewan solat utama untuk menempatkan jemaah wanita.

Wikipedia: The mosque has an enormous greenish-bronze domed roof at a 15 meters height and 15 meters of diameter, and is supported entirely without beams. It is wrapped by brass sheets. As years gone by, oxidation with air has turned the dome from spangle to verdigris. The dome has two Byzantium style onion-shaped-spires. Crescent decorations sit at the tip of the spires and at the iron railings.
Kerja-kerja baikpulih sedang dilakukan














Sebelah Taipei Grand Mosque ada Nordic Pet Hotel, providing pet boarding service. Kebiasaannya pet hotels di Taipei penuh bila ramai pet owners balik kampung semasa Lunar New Year holiday. Sambutan tahun baru ini officially adalah selama 4 hari, tapi boleh sampai 9 hingga 10 hari kerana termasuk hari Sabtu dan Ahad. Bagi pets berat bawah 5 kg untuk regular room the rate is NTD700 a day atau RM104. Lebih 5 kg, NTD800 (RM120). Masa cuti Lunar New Year, boleh jadi double.

Haaa.... cerita pasal pet hotel pulak kan... hihi 😄.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
  
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment