Friday, November 17, 2023

TAIWAN: XIMENDING WALKING TOUR 02

Assalamualaikum.
Ok, sambung lagi dengan bahagian kedua night walking tour kami bersama tour guide kami Philip di Ximending area, Taipei. Ximending ialah kejiranan dan daerah beli-belah di Daerah Wanhua Taipei, Taiwan. Kawasan Pejalan Kaki Ximending ialah zon pejalan kaki pertama yang dibina di Taipei dan kekal sebagai yang terbesar di Taiwan.

Kami memasuki Ximending melalui gerbang Xi-Men Walker ini.
Terpapar poster besar di gerbang ini video game Neon Abyss.
Apparently this video game is popular in Taiwan. "Neon Abyss: Infinite" dilancarkan secara senyap-senyap di China, Hong Kong, Macau dan Taiwan. Ia dengan pantas naik ke bahagian atas carta, menduduki tempat pertama dalam kedudukan keseluruhan untuk Taiwan dan memperoleh tempat teratas dalam kategori permainan pengembaraan untuk kedua-dua Hong Kong dan Macau.

Kami juga perasan ada banyak restoran-restoran menjual ayam goreng di sini. Ayam goreng Taiwan terkenal dengan rasa dan teksturnya serta statusnya yang tinggi dalam senarai makanan jalanan menjadikan ia sering dijual di jalanan dan pasar malam. Juga dikenali sebagai 'chicken popocorn'. Di samping menggunakan ayam yang tidak disembelih secara Islam, dalam tepungnya ada ingredient rice wine, jadi tidaklah halal ya ๐Ÿ˜„.

Kami juga nampak ada beberapa orang sedang bersujud begini di tepi-tepi jalan. Kata Philip mereka adalah peminta sedekah. Cara mereka meminta sedekah kelihatan begitu humble dan rendah diri sekali sehingga bersujud. Dan yang kami perasan mereka adalah lelaki-lelaki yang sudah berusia. Ada juga yang disabled. 
Pada 2021, 1.3% (kira-kira 300,000 orang) penduduk Taiwan berada di bawah paras kemiskinan, jauh di bawah berbanding Korea 16.7% dan Jepun 15.7%.

innisfree ialah jenama penjagaan kecantikan naturalistik No. 1 dari Pulau Jeju, Korea Selatan.

Suasana malam di Xi-Men Walker.


Wave Shine is a bikini brand. 

Kedai jual Taiwan Mochi / sticky rice cakes. Juga ada nougat cracker and mango jelly.

 Miss 33 is a hair and hat accessory shop.

Owndays - kedai cermin mata.

Kelihatan iklan-iklan tepi jalan mengunakan pop-up boards offering airport pick-up and drop-off services.

JOY&RAY - Portrait studio. It is a Korean-style sticker machine, trendy selfie studio.

Makim malam, kelihatan makin ramai Taipeians.

Ini kedai Xing Fu Tang, jual air minuman boba/bubble tea shop. Xing Fu Tang is known for making the best hand-crafted brown sugar boba from Taiwan. It is Taiwan's No. 1 Boba.

Skechers Taipei.


Ketika ini kami berada di persimpangan Emei Street dan Hanzhong Street yang sibuk dan meriah. 

Ok, saya cerita sikit tentang Ximending Distirct ini. 
Ximending merupakan suatu kawasan yang berlokasi di antara Jalan Zhonghua di timur, Jalan Kangding di barat, Jalan Chengdu di selatan dan Jalan Hankou di utara. Kawasan ini telah diklasifikasikan sebagai kawasan perniagaan kasual sejak tahun 1890-an dan terus menjadi tempat yang paling sibuk di Taipei Barat sampai sekarang. 

Ximending pada mulanya merupakan pusat pawagam dan rekreasi semasa zaman penjajahan Jepun. Pada asalnya ia berlokasi "di luar" tembok kota Taipei, dalam kawasan tanah tandus. Tetapi kerajaan Kolonial Jepun memutuskan untuk menubuhkan pusat hiburan di sini untuk mencerminkan apa yang telah dilakukan di luar bandar Tokyo di Asakusa.

Zon membeli-belah ini mengasimilasikan pelbagai unsur sub-budaya seperti fesyen pakaian golongan muda yang terkini, makanan dan minuman, seni dan hiburan. Pelbagai lukisan grafiti, hiburan segar dan topik popular sering dapat diperhatikan di setiap penjuru zon ini.

Oleh sebab ia mempunyai suasana persekitaran yang riuh-rendah dan menjadi tempat perhimpunan anak-anak muda, banyak majlis pelancaran bagi tayangan filem, penyanyi, barang 3C dan fesyen pakaian diadakan di sini yang menyebabkan bukan sahaja anak-anak muda Taiwan suka melepak di sini, malah semakin ramai pelancong asing yang muda berniat untuk mengunjungi Ximending dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Hari ini Ximending ialah pusat makmur untuk gedung serbaneka, pawagam dan hiburan. Fesyen terkini untuk golongan muda dan bergaya boleh didapati di sini, bersama-sama dengan kafe dan restoran. Ximending ialah rangkaian jalan pejalan kaki yang penuh dengan pembeli siang dan malam.


Kedai Swatch, Switzerland popular watch brand.


Sebuah kedai menjual xiao long bao which is soup dumplings.
ๅฟ…ๅƒๅ็”ข้ฎฎ่‚‰ๅคšๆฑๅฐ้พๆนฏๅŒ… - Must-eat the famous fresh meat and juicy dragon soup dumplings
ๅฐๆนพๅฟ…ใš้ฃŸๅ็”ฃ่‚‰ๆฑๅฐ็ฑ ๅŒ… - A must-try Taiwanese specialty, xiao long bao with plenty of gravy

Decorated with beautiful colorful traditional lanterns. 

Very traditional and ornate steamer. 

Ada pelbagai jenis xiao long bao dijual di sini. Semuanya described as top-notch. 
Got Taiwan Top-notch Tender Meat Xiao Long Bao, Brown Sugar Boba Xiao Long Bao, Taiwan Hsinchu Meatball Soup, Taiwan Top-notch Ancestral Pig's Trotter Over Rice and Taiwan Top-notch Ancestral Braised Pork Rice.

L`HERBOFLORE provides a full range of high-quality beauty care and vitality health care services. 

Juga ada Uniqlo.

Terus berjalan di Hanzhong Street.

Pekerja sedang membersih jalan.

ONEBOY is a Taiwanese online functional clothing brand that provides affordable and high-quality functional clothing.

St★b@ck Coffee.


Pada satu corner ini saja ada pelbagai kedai dan restoran.

Kelihatan peniaga jalanan menjual Ximending pancakes with red bean, chocolate and other fillings.

Kiri: Seorang lelaki memegang placard iklan untuk kedai shaved ice. 
Kanan: Penjual jalanan yang nampaknya menjual gelang dan aksesori lain.

Di Fubon Wanguo Commercial Building ini ada gedung besar Uniqlo dan ABC-Mart Grand Stage.


Seorang pemuzik muda jalanan yang cacat penglihatan.


Pada malam itu tidaklah terlalu sesak Ximending ini dengan pengunjung. Kata Philip sebab ketika itu hari Rabu. Kalau hujung minggu memang sesak kata dia.


Seorang lagi pemgemis yang meminta ikhsan pengunjung dengan berposisi bersujud dengan tangan dilapik dengan selipar. Kelihatan quad crutches beliau di sisi.

TOP3C - Cell phone accessory store.

Kami terus lagi dengan night walking tour di Hanzhong Street, Ximending Walking District.

Kedai pelbagai buah-buahan dan jus.

Visitor Center.

Tiang penanda Xi-Men Walker yang cantik. "Xi-Men" to sudah macam "X-Men" pulak ๐Ÿ˜„.


OMA - clothing store. 

Tiba di intersection Hanzhong Street and Section 2, Wuchang Street.

Kami perhatikan di intersections di Ximending ini memang ramai orang.

Crazy Cut Hair Salon - touted to be one of the best hair salon in this Ximending area.

Iklan FunPASS Taipei di atas gerbang.

Ada laluan yang indah dengan hiasan string lights.





A tea and fried chicken shop. Kelihatannya ayam goreng cukup popular di sini. 

Kata Philip inilah salah satu kedai menjual ayam goreng yang terkenal di Ximending District, selling spicy fried chicken, curly fries and sides.

A Japanese restaurant. 


Chef Hideto Hasegawa.


Taiwan Cuisine restaurant.


Ini satu lagi restoran popular di sini kata Philip. Namanya Tiantianli Restaurant, a Taiwanese restaurant. Kelihatannya pada masa itu ada ramai juga pembeli yang sedang beratur.  

The restaurant's popular menu is braised pork rice and oyster omelet.

 The oyster omelets being prepared by the chef.


Sambung lagi jalan-jalan.



Yang tengah itu kedai jual Origin Tofu Pudding. 

Yang kiri pula restoran 'Thank You Squid Soup' menjual sup sotong. 


Ini Mr.Ho Shop Taiwan Tea (Ho Kee snack souvenir/bakery).

Di tepinya ada arked crane games, juga dipanggil claw machines. Macam yang ada di shopping malls dan amusement parks di negara kita tu. 

Colorful with bright lights to attract "clawers"... hihi ๐Ÿ˜„.

Fatwa Mufti Perlis: Fatwa itu mengarahkan umat Islam di negeri ini supaya mengelakkan permainan mesin cakar (claw machines games) kerana ia adalah "dosa besar", serta tidak mengendalikan "alat perjudian" ini kerana "ia adalah satu bentuk penipuan dan mempengaruhi mereka (kanak-kanak) untuk bermain untuk mendapatkan ganjaran.” Ia juga menyatakan bahawa tiada orang Islam dibenarkan untuk mengendalikan atau membantu dalam pengendalian mesin itu dalam apa cara sekalipun.

Snowflake ice specialty store. 


"A bowl of snowflake ice that conveys happiness".

Macam-macam pilihan ada. Should be halal, right?


So many snack shops. Kuri Kuri, if I'm not mistaken, is a Japanese desert. It is chestnut fillings inside cinnamon mochi.

Kata Philip, ini pula ialah juice shop yang popular di Ximending. Namanya King of Bitter Melon shop.

Selain jus buah-buahan/sayur-sayuran lain, jus sayur inilah yang paling popular di Taiwan kata Philip i.e the White Bitter Gourd Juice/Bitter Melon Juice (Jus Peria Putih). Kata Philip lagi, ianya sangat pahit tapi jadi sedap bila sudah dicampur gula dan kombinasi jus-jus/bahan-bahan lain.
Juga dikenali di Taiwan sebagai "Taiwan White Jade Honeydew"



Kami pun tiba di intersection Hanzhong Street dan Section 2, Hankou Street. Maka selesailah night walking tour kami di Ximending District, yang merupakan zon membeli belah popular di Taipei ini. We were quite pleased actually that it was a night tour sebab terasa lebih meriah dan cantik dengan suasana malam dan berlampu sana sini.

Baik, selanjutnya Philip akan bawa kami balik semula ke hotel penginapan kami iaitu Hotel PaPa Whale. Tapi sebelum itu mestilah pergi makan malam beef noodles dulu, yang saya teridam-idamkan sejak dari Malaysia lagi... hihi ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜‹.

Dari Section 2, Hankou Street ini kami berjalan ke arah Section 1, Zhonghua Road, then masuk ke Section 1, Hankou Street dan seterusnya ke Yanping Road di mana terletaknya lokasi restoran Chang's Beef Noodles Shop.










Bersambung ke bahagian seterusnya.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment