Monday, July 18, 2022

PERLIS - DAY 02 - PART 09 - KANGAR STREET ART 2.0

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. 

Selesai bersiar di Dataran Empangan Timah Tasoh, maka selesailah program jalan-jalan Perlis kami untuk hari ke 2 dibawa oleh Pak cik Saadon. 


Kami dihantar oleh Pak cik Saadon ke hotel penginapan kami di Bandar Kangar.

Bulatan Tuanku Syed Putra, Kangar.

Ada hiasan taman bunga tulip yang menyala pada waktu malam. 


Lepas bersolat dan berehat di bilik hotel, kami pun keluar untuk makan malam. Tapi sebelum itu kami nak ke Kangar Street Art 2.0 dulu.

Untuk ke Kangar Street Art 2.0, kami berjalan kaki sahaja dari hotel penginapan kami iaitu Hotel Sri Garden. Jaraknya cuma lebih kurang 300 meter atau 5 to 10 minutes walk.

Berjalan di Jalan Kangar-Alor Setar sambil merakam suasana lewat petang di Bandar Kangar.

Belok ke kanan dan masuk ke Jalan Penjara. 

Bila nampak jejantas ini, street art itu ada di sebelah belakang bangunan sebelah kanan. Behind blok bangunan Arked Mara dan CIMB Bank Kangar.

Inilah Kangar Street Art 2.0. Seperti yang ada di bandar-bandar di negeri-negeri lain, konsep Street Art ini adalah salah satu usaha menjadikan mural sebagai tarikan pelancongan, yang merupakan produk pelancongan bersandarkan karya seni. Bermula pada Disember 2019, projek ini siap pada Januari 2020, melibatkan 15 orang seni tempatan.

Lokasi Kangar Street Art 2.0 ini adalah di Lokasi Kilometer 0, 01000, Kangar, Perlis. Ada banyak lukisan mural bukan sahaja di dinding tapi juga di lantai di lorong belakang bangunan CIMB di Jalan Lencongan Dua, Kangar ini. Lorong ini panjangnya 95 meter.

Paparan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Persatuan Pelukis Negeri Perlis.

Ada maklumat tentang Sejarah Kangar Street Art 1.0.
Mural-mural ini dihasilkan oleh murid-murid dari 16 negeri yang menyertai festival kesenian peringkat kebangsaan 2016 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Festival ini berlangsung selama 4 hari pada 7-10 Oktober 2016. 
Masa versi 1.0, di Street Art ada lebih 80 mural yang dilukis oleh 30 orang pelajar.

Ada info tentang panduan mengambil gambar di sini.

Kini Lorong Seni ini dikenali sebagai Kangar Street Art 2.0, iaitu versi 2.0, upgrade dari versi 1.0.  Ada 25 lukisan mural di sini. 3 darinya ada di lantai lorong ini dalam bentuk 2D dan 3D. Mural-mural di sini menonjolkan 2 elemen iaitu warisan dan nostalgia melalui kisah masyarakat setempat sejak 1970an supaya ia mempunyai unsur 'kedekatan' dan paling penting dapat mengimbau sedikit sejarah mengenai Bandar Kangar. 

Ada mural Allahyarham Yusri Edo atau lebih dikenali sebagai Pak Yus Jambu @ Yus Raja Lawak. 

Allahyarham pelawak Pak Yus Jambu dengan teh ais ikat tepi.

Seni yang bersifat interaktif pun ada juga. Bolehlah posing-posing 😃.

Ini pula adalah wajah-wajah ikon yang begitu sinonim dengan masyarakat Perlis iaitu Penglipur Lara Awang Batil dan Pak Samad Putu Mayang.
Awang Batil berperanan untuk menghiburkan dan mendidik masyarakat melalui kisah klasik. Awang Batil akan mengembara dari kampung ke kampung dan dari rumah ke rumah untuk menceritakan kisah seperti Raja Dewa Lok, Raja Berdarah Putih, Anak Lang Pak Lang, Cerita Angan-angan, Jabat Jabit, dan Abu Nawas. Kini, persembahan Awang Batil dapat ditonton semasa pesta, majlis perkahwinan dan kenduri kesyukuran.
Sumber: kebudayaan.usim.edu.my

Pak Samad Putu Mayang yang sudah meninggal dunia pada 2020 lalu, adalah wajah yang begitu ikonik kepada masyarakat setempat sebagai peniaga. Boleh dikatakan dari era 70-an, mereka yang bersekolah di Kangar ini akan mengenali beliau yang berniaga putu mayang di bawah pokok ru di Stesen Bas Kangar.

Dulu lorong ini adalah jalan yang dilalui oleh kenderaan-kenderaan jalanraya. Kemudian dibenarkan ditutup dan dijadikan pedestrian walk oleh Kerajaan Negeri Perlis dan Majlis Perbandaran Kangar. 

Wau-wau turut digunakan untuk menghiasi lorong ini. 

3D mural.

While this mural is quite beautiful, I have no idea what it means or represent. I struggle to see its relation to 'warisan' and 'nostalgia' 😕. 


Perhaps this mural depicts ikan laga. Was it a big thing in Perlis? Still is? 

And this one puzzled me too. It is apparently clear that I am not an 'artistic' person lah... hihihihi 😄.

Jom kita bergambar 😄.


Mural sebuah kedai runcit. 

Ada mesin pengisar ais batu. 

Mural Gua Kelam.

Saya baca setiap malam minggu, ada macam-macam aktiviti di sini seperti persembahan busker/band, permainan tuju kasut, permainan dart, batu seremban, tempahan potret karikatur dan lain-lain. 

Caged parrot.

Mural bertajuk 'Abang' oleh artis Shahreen.

Ini pula mural sebuah kedai buku, Kassim Book Store, yang saya baca dahulunya terkenal di bandar Kangar kerana sering dikunjungi penduduk setempat untuk membeli bahan ilmiah.

Basikal tua di depan Kassim Book Store.



Saya dulu mesti beli majalah Fantasi tu setiap kali new issue came out. Siap buat koleksi 😃.

Today, majalah humor Ujang dan Gila-Gila masih ke ada lagi di pasaran? 

Amy Search, Siti Nurhaliza dan Jamal Abdillah... betul ke? 😄😁 

Another 3D mural.


Pada tong gas mini terbalik ini ada sticker dengan tulisan 'Tabung Sumbangan Untuk Pengurusan Kangar Street Art'. 

The artistically challenged me failed miserably yet again in trying to understand this mural 😄😅. 

Bangunan-bangunan tinggi di sebelah Street Art ini turut dijadikan sebahagian daripada ekspresi seni di Lorong Seni ini. Pada Bendera Negeri Perlis ada jalur berwarna biru yang mengambarkan simbol rakyat jelata. Mungkin sebab itu warna biru dipilih untuk mewarnai bangunan-bangunan ini. Mungkin la, saya agak-agak je 😊.

Mengindahkan Lorong Seni ini dengan mural sawah padi juga adalah pilihan yang tepat kerana seperti yang kita tahu Negeri Kedah dan Perlis adalah terkenal dengan kawasan tanaman padi sehinggakan digelar jelapang padi negara.

Saya personally suka mural ini kerana selain keindahan sawah padi yang menguning, suasana indah waktu senja turut digabungkan in this beautiful landscape scenery. Dilengkapkan pula dengan details seperti sarang-sarang burung Tempua di pohon-pohon tepian sawah, lagilah saya suka! Saya beri Two Enthusiatic Thumbs Up for this mural 😃. 

Ini pula mural Ketam Rebab atau Fiddler Crab. Ketam rebab ini saiznya kecil tapi menarik kerana berwarna merah dan yang jantan mempunyai satu penyepit yang bersaiz besar. Habitatnya di kawasan hutan bakau dan pesisir pantai. Mudah dijumpai di kawasan dataran lumpur yang terbuka.

Ketam jantan mempunyai satu sepit besar sebagai senjata dan juga sebagai pemikat ketam betina dengan cara melambai-lambaikan sepitnya yang besar. Gerakan-gerakan penyepit utama (the big claw) oleh si ketam jantan adalah untuk menunjukkan kepada ketam betina keadaan kesihatan si ketam jantan. 

Another caged bird. Mungkin membela burung adalah salah satu hobi di negeri ini. 

Nak berselfie dengan orangutan? Silalah bergambar di mural ini 😊.

Cultivating interests in kids about the solar system.

Pencawang Elektrik TNB di lorong ini turut dimuralkan.

Burglars adalah kumpulan muzik dari Perlis yang begitu popular suatu ketika dahulu. Mereka adalah Juara Kugiran 1973 anjuran RTM.

The Burglars.

Mural-mural bulat ini juga turut dilukis di lantai Lorong Seni ini. Let's have a closer look. 




Bumble bee transformer pun ada. Ini macam 'fan art' je ni... hihi 😄.

The underwater world.  
🐙Why is there an ATM machine, you asked. Nampak tak the person in deep sea diving suit with the red electrical box as the helmet. Him and the other person behind the red octopus both are holding a red card. Those are ATM cards. Both of them are floating towards the ATM machine to make withdrawals I presume 😄.
🐙And all these stems from, I think, the 'ATM' abbreviation which in the underwater world refers to ATMOSPHERE (amount of underwater pressure that increases the deeper you go underwater).
🐙Then there is the red octopus. Well, we all know that red octopus is CIMB's mascot named Octo. Then why CIMB and not other bank? Sebab Lorong Seni ini is located at the back of CIMB's Kangar branch.
🔴Also do take note of the boat at the top with the air-conditioning condenser units painted as boat rubber fender tyres.
Anyway, itulah apa yang saya faham tentang mural ini... hihi 😄.

This mural... I have no idea what it is. I am totally clueless.. hahaha 😆.

Yep, still no idea what it is 😄.

Kucing, ikan laga, 2 ekor tikus, lukisan bunga matahari, botol with dark content and a rack of books. Also I have no idea lah what this mural is all about. I am so not artistically inclined... hihi 😄. 


Kangar Book Store.



Mural suasana di depan Bazaar Melayu Kangar satu ketika dahulu. Di belakang bangunan Bazaar Melayu itu adalah Menara Jam Kangar. Sekarang Bangunan Jam Besar ini adalah merupakan Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan Negeri Perlis.

Pada malam hari gerbang-gerbang gelung besar dan wau-wau di lorong ini akan menyala. Jadi nice kalau ke sini pada waktu malam.

Di lantai hujung Lorong Seni ini next to Jalan Panglima, juga ada dilukis Snake and Ladder board game. I guess siapa yang lahir pada tahun 70an mesti ingat permainan ini 😃.

Zon Kopi.


Mural Visit Perlis 2021. Ia menggambarkan tempat-tempai tarikan pelancong di Negeri Perlis. 

Ini antara tempat-tempat yang sempat kami lawat atau ada kami passed by semasa kami di Perlis. 

A closer look at this mural.




At night I think these signs also lit up.




Sampai sudah di hujung Kangar Street Art 2.0 yang menghadap Jalan Panglima. Maka selesailah lawatan kami ke Lorong Seni Kangar ini.

Bangunan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Selesai spend time di Kangar Street Art 2.0, kami ke satu lagi mural dinding di Jalan Panglima. Mural ini kami ada nampak earlier dari dalam teksi. The mural is located at BERNAMA building, just on the next block from Kangar Street Art 2.0. Betul-betul depan mural itu ada pula mural ikan koi di atas pedestrian walk ini. Nice!


And these are the murals. Very likely mural ini adalah tajaan BERNAMA.

Dari apa yang saya perhatikan, mural ini menggambarkan kedai-kedai dan restoran lama di bandar Kangar ini yang masih lagi bertahan dengan konsep asalnya, which I think is very charming and should be preserved if not in real life, then in these murals. 


Kedai serbaneka.


Kedai gunting rambut - முடிதிருத்தும் கடை



Restoran.

Masih ada scaffolding di sini. Masih dalam proses.



The murals are huge, so I had to cross the Jalan Panglima to get the overall shot.

Very nice murals.

Melihat pada scaffoldings dan tin-tin cat ini, rasanya mural ini masih belum lagi siap sepenuhnya masa kami di sini. Tapi pada saya sudah cantik sangat dah!


Ada satu lagi set mural yang kami nampak masa dalam teksi Pak cik Saadon during one of our jalan-jalan trips. Mural ini berlokasi di Jalan Kangar, depicting the period of the Covid 19 pandemic. 



Ok, selesai dengan murals, sudah pun time for dinner. Masa tu lebih kurang pukul 7:30 malam. Kami makan di KFC memandangkan kebanyakkan restoran dan gerai di sekitar Kangar Street Art 2.0 tutup. 

Di KFC Kangar branch ini kalau nak order sila guna mesin order touch screen ini. I suppose, selain untuk increase efficiency, ordering using this machine will avoid crowding which is a big no-no during the pandemic. 
🔶Penggunaan utama teknologi skrin sentuh dalam restoran fast food adalah untuk membuat pesanan.
🔶Pesanan skrin sentuh boleh mengurangkan masa untuk buat order, which obviously is important to customers. 
🔶Lepas order, kita duduk saja dan tunggu hingga nombor order dipanggil.
🔶Saya baca ada juga cara lain untuk order makanan di restoran seperti menggunakan tablet atau secara online dengan mengimbas QR Code yang ada di meja dan select orders via their order website.

Bila nombor order dipanggil, customer terus ke kaunter untuk ambil makanan. 

Our KFC dinner. 

Lengang restoran ni. Tak ramai customers mungkin sebab pandemik. Patut la most restaurants and food stalls nearby were closed.


Selesai makan, kami berjalan balik ke hotel. 





Till  the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. Nice photos of Perlis, rasa nak puji juga even dah banyak tahun tak pernah ke sana. Anyway, good efforts and useful for people as informative.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you. Perlis memang indah dan mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik untuk kita lawat. Jarak antara tempat-tempat itu pun tak jauh, so we can really save a lot of travelling time.

      Delete
  2. Sir, your photographys are Super. The murals painters are a salute to them. without your photography we are not able get this information, Thank You. May God Bless your Health.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Whenever I got the opportunity to explore a town on foot, I'm always looking for murals. I just think they are amazing and really admire the artists skills and creativity.
      Thank you for your kind words about my photography :).
      And may God bless us all.

      Delete