Monday, March 9, 2020

KL HOP-ON HOP-OFF - GARDEN ROUTE - PART 02

Ok, sambung cerita kami naik bas HOHO KL. Next kami ke Taman Botani Perdana pula. 

Selekoh ke Tugu Negara. I can't even remember if I had ever gone to Tugu Negara. Perhaps pernah, masa I was very small. 

Eh wait.... ada la, pernah once made a quick stop di tugu tu. So cari balik dalam arkib dan jumpa foto-foto below yang saya rakam pada tahun 2006... 14 years ago.. hehe.
Pada 31 Mac 2010, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi setuju memindahkan lokasi sambutan Hari Pahlawan yang sering diadakan di Tugu Negara pada setiap 31 Julai ke Putrajaya. Ini kerana patung menyerupai manusia tidak selaras dengan ajaran Islam. 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 21 hingga 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pembinaan Monumen Peringatan Bagi Angkatan Tentera. Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung sama ada manusia atau haiwan untuk tujuan pemujaan, peringatan atau sebagainya.

Tiada lagi kalungan bunga dan bertafakur seperti di Tugu Negara. Sekarang majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat dibuat sempena Sambutan Hari Pahlawan di peringkat Persekutuan pada tahun ini 2019 di Masjid Negara. 

Masuk ke kawasan Taman Botani Perdana Kuala Lumpur. Ia adalah sebuah taman rekreasi yang besar, dibina pada asalnya di sekeliling Tasik Perdana berhampiran dengan Bangunan Parlimen. 


Peta Taman Botani Perdana Kuala Lumpur

Keindahan dan kenyamanan suasana sekitarnya menjadikan ia tempat pilihan untuk kediaman pegawai-pegawai British pada masa dahulu. Taman ini dulu dikenali sebagai Taman Tasik Perdana (Lake Garden).

Masjid Bukit Aman.

Taman Etnobotani.  


Ini Taman Burung KL. 

Reputed to be one of the largest free-flight walk-in aviary in the world.

Penuh parking Bird Park ni. 

Bahagian air-conditioned tingkat atas.

Stop no. 20 - Bird Park.

Nearby juga ada Taman Orkid.

Pernah dulu saya drive ke sini. Awal pagi dah sampai sebab nak senang dapat parking.

Aviary netting yang sangat besar di Bird Park. 

Ini beberapa foto-foto lama burung-burung yang saya rakam di KL Bird Park ini. Bila tengok balik foto-foto lama ni rasa macam nak ke Bird Park ni lagi. Rasanya macam memang patut sebab foto-foto ni dated tahun 2007! 

Rasanya ini adalah topiary yang sepatutnya berbentuk burung merak. 

Pada hari dan waktu tertentu, parking di sini memang masalah. Pengunjung sampai terpaksa park kereta on pedestrian walkway, tepi jalan dan selekoh. 

Macam-macam tempat menarik ada di sini. Terus saya merancang nak ke sini and spend a whole day (or two) exploring. Tapi masa weekday la, not weekend. 

Saya share lagi di sini foto-foto lama saya. Ni dirakam di Taman Rama-Rama. 

Yang ini pula di Taman Orkid. I just check Taman Orkid ini telah ditutup sejak October 2019 till further notice for upgrading projects. So kalau nak ke sini, atau ke mana pun for that matter, kalau boleh elok la check dulu sebelum pergi.

Planetarium Negara ni tak pernah saya pergi. Perhaps I'll include it in my 'to-visit' list.  

Tak tahu pun ada Balaicerap Purba di sini. Macam Stonehenge. Interesting!

Muzium Kesenian Islam Malaysia. 

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Gigih duduk di bahagian open deck walau pun dah noon time masa tu.. hehe.

TV Alhijrah.

Masjid Negara. Masjid Negara Malaysia merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Masjid yang dirasmikan pada 27 Ogos 1965 ini boleh menampung 15,000 jemaah. 

Sekali pandang, menaranya berukuran 245 kaki tinggi kelihatan seperti sebuah roket. Bentuknya seperti sekaki payung yang kuncup manakala bumbungnya kelihatan seperti payung yang kembang. 

Sebelum terbinanya Masjid Shah Alam, Masjid Negara merupakan salah sebuah masjid yang paling moden di Asia Tenggara. Ia terletak di kawasan seluas 13 ekar, bertentangan dengan Perhentian Keretapi Kuala Lumpur. Pembinaan Masjid Negara ini melambangkan semangat perpaduan dan toleransi.

Sebelum memulakan kerja merekabentuk Masjid Negara ini, arkitek utamanya, Baharuddin Abu Kassim mengkaji masjid-masjid di India, Pakistan, Iran, Turki, Arab Saudi, Republik Arab Bersatu dan Sepanyol. 

Hasrat untuk membina masjid ini timbul sebulan sebelum hari kemerdekaan. Sebuah majlis yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Kerja Persekutuan memutuskan untuk mendirikan sebuah masjid sebagai tanda penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, terhadap jasa-jasanya kepada rakyat. Selepas mencapai kemerdekaan, Majlis Raja-Raja memperkenankan projek tersebut. Bagaimanapun, Tunku tidak mahu masjid dinamakan sempena namanya, tetapi sebaliknya mencadangkan ia dinamakan “Masjid Negara”.

Semua info tentang Masjid Negara di atas adalah dari masjidnegara.gov.my.

Btw, teringat saya pada replika miniature Masjid Negara di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, per below photos. Replika ini dibina pada skala 1:9. 

Teruskan lagi Garden Route tour ini.

Dayabumi.

Seterusnya bas HOHO KL ni stop sekejap di Dataran Merdeka. Ini Muzium Tekstil Negara yang pernah berfungsi sebagai ibu pejabat Federated Malay States Railway. 


Dataran Merdeka yang dinamakan sempena memperingati Hari Kemerdekaan Malaysia adalah tempatnya di mana bendera British Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 yang menandakan tamatnya zaman penjajahan British di Malaysia. Nama asal dataran ini ialah Padang Kelab Selangor. 



Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di depan Dataran Merdeka menjadi mercu tanda bandaraya Kuala Lumpur. 

Ia dinamakan sempena Sultan Selangor yang memerintah pada masa ia mula dibina pada tahun 1894. Senibina bangunan ini mengambil ilham dari Muir Central College yang ditubuhkan pada tahun 1872 di Allahabad, India. 


Menara Jam pada bangunan ini pula dikatakan mengambil ilham dari Menara Jam Big Ben di London, England.


Jalan Raja ni ditutup masa tu. Ada event agaknya. 

Tengah shooting agaknya.


Satu lagi bangunan lama, JabatanWarisan Negara.

National Textiles Museum. 

Bangunan yang berkubah gelap tu pula ialah Kuala Lumpur City Gallery. 

Masa tu kebetulan ada sekumpulan pelukis di penjuru Bangunan Sultan Abdul Samad.








Cantik sungguh lukisannya!




Panorama shot satu 😊.

Diteruskan bus tour di Leboh Pasar Besar. Menyeberang Sungai Klang.

Simpang Sungai Klang (kanan) dan Sungai Gombak (kiri). Lokasi bermulanya sebuah kota.

Di sebelah kiri Sungai Klang bangunan warna light blue tu ialah Central Market.

Masjid Jamek. Masjid yang dibina pada tahun 1907 ini adalah masjid pertama yang dibina menggunakan bata di Kuala Lumpur.

Di jambatan ini ada Masjid Jamek Lookout Point. 






Ramai sungguh warga asing di area ni. Agaknya inilah salah satu tempat yang dilabel sebagai 'wilayah jajahan pendatang'.

Lokasi tumpuan pendatang.




Masuk ke Jalan Tun Perak.

More preserved beautiful old buildings.

Building with colorful facade di persimpang Jalan Tun Perak dan Jalan Tun H S Lee.

Jalan Tun H S Lee.


Lebuh Ampang.

Sebelum Brickfields dikenali sebagai 'Little India' Kuala Lumpur, Lebuh Ampang ini lebih dahulu dikenali sedemikian. 



Stesen LRT Masjid Jamek.



Masjid Jamek. 



Beberapa foto lama Masjid Jamek taken while I was on a morning walk di KL a few years ago. 





Menara OCBC.

Di OCBC Bank ini ada a series of murals yang didedikasikan oleh bank tersebut untuk menyokong seni tempatan Kuala Lumpur. Siri bertajuk 'How Malaysians Save' ini adalah hasil seni artis tempatan yang menggambarkan interpritasi visual pelbagai cara rakyat Malaysia mengurus kewangan mereka.

Mural ini bertajuk 'The Money Factory' oleh Kelseyz Troublexy.



Yang ini pula ini bertajuk 'Growth of Ambition' oleh Najib/Art:Tech.









Jalan Raja.

Di kiri ialah Panggung Bandaraya.

Jam Detik atau Countdown Clock (CDC) - timed art installation with a waterfall. Ada 'Water Curtain' dan 'Video Wall' di sini. 
Now, Kuala Lumpur’s latest tourist attraction – the Countdown Clock, located at Dataran Merdeka – joins this landscape. This captivating modern landmark is part of the River of Life Project which is envisaged to breathe new life into the city through the revitalisation of the Klang and Gombak Rivers into a Heritage and Commercial Centre.
The recently completed clock is complemented by a colourful fountain and surrounded by lovely landscaping, and is best viewed at night. Its kaleidoscopic play of colourful lights and jets of water is guaranteed to mesmerise visitors. The clock counts down the time towards the year 2020.

Source: www.malaysia.travel

Bendera di perkarangan bangunan DBKL.

Bunga raya bunga kebangsaan Malaysia.

Menara KL.

Di Jalan Raja Laut. Jambatan ke Jalan Kuching (Utara & Selatan)

Sogo. Dulu masa mula-mula kerja, setiap kali Sogo ada 'Sale' saya pasti menjengah.. hehe.

MARA.





Sekolah Lelaki Jalan Batu.
Setelah tentera Jepun berjaya menawan Malaya, bangunan sekolah ini telah dijadikan kem tentera Jepun. Padang sekolah yang dahulunya hijau telah bertukar rupa menjadi kebun sayur dan perkampungan tentera Jepun. Keadaan bangunan menjadi rosak, banyak harta benda seperti perkakas dan rekod pentadbiran sekolah telah musnah dan hilang.
Source: baturoadschool.blogspot.com

Maju Tower.

Menuju ke Chow Kit.

Makin terik dah masa ni.. hehe.

Stesen Monorail Chow Kit.

Kampong Bharu.


My first job adalah di area Chow Kit ini. Hari-hari makan tengahari di hujung Jalan Chow Kit ini. Banyak kes ragut handbag di kawasan ini masa tu. 

Chow Kit area.








Many many years ago, saya dan kawan-kawan office pernah berbuka puasa beramai-ramai di Bazaar Chow Kit ni because our office was nearby. Kena kerja overtime sebab month end closing. Masa tu most things were done manually. I know, I know.. I am a dinosaur.. hehehe. Those were the days. I wonder apa khabar mereka semua sekarang. 

Tak tau pun ada Hilton di Chow Kit.


Monorel.


I love mee tarik. The spicy beef one 😋. 



Di restoran atas tu saya tak pernah try. Tapi yang di KL ni dah pernah makan mee tarik, first time di Food Court Sogo. Tapi lama dah tutup.

Then I found out ada satu di Food Court KLCC. Not sure if now still open. Yang di Sogo Food Court lagi sedap.

Mee tarik yang really authentic pernah kami makan masa bercuti di China, di dua restoran. First di restoran Lanzhou Pure Beef Noodles di bandar Yangshuo. Sungguh sedap!

Yang kedua di restoran Brand of Beef Noodles di bandar Guilin. Juga sangatlah sedap. Two enthusiastic thumbs up, way up! 👍👍


Next Bas HOHO KL stop di Quill City Mall. Perhentian ini adalah salah satu perhentian utama di Garden Route. Seperti di Bukit Bintang, di sini ada kiosk tiket KL HOHO. 



Universiti Kuala Lumpur. 



Perjalanan Garden Route ini dah hampir sampai ke penghujung. Dari Jalan Sultan Ismail menuju ke arah Jalan Ampang, passing by Stesen Monorel Bukti Nanas. 





Stesen Monorel Bukit Nanas. Menara KL looming at the back.

Bukit Nanas. 

Restoran Hard Rock Cafe. Which sounds a bit pelik. 


Below are the Hard Rock Cafes that we came upon masa percutian-percutian kami.

Hard Rock Cafe Melaka, Malaysia.

Hard Rock Cafe Penang, Malaysia.

Hard Rock Cafe Cairo, Egypt.

Hard Rock Cafe Prague, Czech Republic.

Hard Rock Cafe Osaka, Japan.

Hard Rock Cafe Istanbul, Turkey.

Hard Rock Cafe Vienna, Austria.

Hard Rock Cafe Amsterdam, Netherlands.


Bersiap sedia nak ambil gambar sebab ada monorel nak pass by.

Got it! Hehehe..



It was a beautiful sunny day.


KL33.

Hotel Istana. 

Parkson Elite. 

Hotel Royale Chulan. 

Mercu tanda terbaru di Kuala Lumpur ~ Menara TRX. 

Tribeca Serviced Suite Bukit Bintang. 

Berjaya Times Square.





Dan kami pun selamat sampai semula ke Stop No. 01 di Bukit Bintang, the stop kami mula the bus tour earlier. 

Maka selesailah perjalanan kami dengan Bas HOHO KL melalui Garden Route lepas hampir 2 jam tanpa turun naik bas. Alhamdulillah. So did we enjoyed it? Definitely. It was interesting 'seeing' Kuala Lumpur from the bus' open deck. Last time saya naik bas ni was back in 2010. So this was after almost 10 years later. 

Next, City Route pula...

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment