Friday, September 29, 2017

MELBOURNE - DAY 02 - PART 02 - MELBOURNE HIGHLIGHTS - ST KILDA & BATHING BOX

Masih lagi dengan catatan 'Melbourne Highlights' city tour. Jom sambung cerita.

Leaving the beautiful Royal Botanic Gardens. 

Passed by Arts Center Melbourne.

Crown Promenade building on Whiteman St, Southbank.

Menyeberangi Yarra River.

The artwork 'Constellation' by Bruce Armstrong and Geoffrey Bartlett on the Yarra River waterfront. 

Melbourne's skyscrapers di tepi sungai Yarra. Dari kanan: Crown Tower, Prima Tower dan Freshwater Place Apartments. Berapa la agaknya harga satu apartment tu? Saya pun check. Wah! AUD460k! Atau RM1.5 million!

The Intercontinental Melbourne The Rialto hotel, a 5 star hotel. 


Passed by Central Pier, Docklands. 

Ferris wheel ni dipanggil Melbourne Star Observation Wheel. Dikatakan oleh pengendalinya sebagai "satu-satunya roda pemerhatian gergasi Hemisfera Selatan", ia adalah 120 meter tinggi dan mempunyai tujuh jari, mencerminkan the seven-pointed star pada bendera Australia.

Nak lengkap satu pusingan akan ambik masa 30 minit. Pengunjung dapat lihat pergunungan Dandenong Ranges yang lokasinya lebih kurang 60 km dari Melbourne.

Lokasi Melbourne Star Observation Wheel dan Dandenong Ranges National Park.
www.google.com/maps

Menyeberang Yarra River melalui Bolte Bridge. Bangunan senget tu ialah Marina Tower.

Dari Bolte Bridge ni boleh nampak an amazing view of Melbourne. Kelihatan Central Pier, Etihad Stadium dan Melbourne's skyscrapers.

A wonderful view of Melbourne skyline. Central Business District, Docklands Park dan Yarra River.

Ini peta 3D pemandangan yang saya captured dari Bolte bridge dari point anak panah merah. 
www.google.com/maps

Memang la saya berharap nak ambik gambar Melbourne skyline tapi tak sangka la dapat view yang best macam ni. Alhamdulillah.




Alhamdulillah, puas saya ambik gambar masa ni since bas pun tak la laju sangat dipandu William. 

So ke mana kami next? Ke bandar St. Kilda. Dalam peta ni nampak macam jauh tapi cuma dalam 15 ke 30 minit je. So dalam program 'Melbourne Highlights' tour ni tadinya dah cover city dan parks. Now nak ke pantai pulak. Ke persisiran Southern Ocean di selatan Melbourne.
www.google.com/maps

Terus merakam. Lalu di kawasan rumah orang kaya. William, the driver/tour guide, kata ni kawasan affluent. 

Quite likely kawasan yang kami passed by ni ialah South Melbourne atau Albert Park.

Tiba di St. Kilda, dinamakan sempena sebuah kapal Lady of St Kilda yang pernah berlabuh di sini pada masa dahulu. St Kilda yang sebenar adalah sebuah kawasan di Scotland. Yang di Victoria ni menjadi tempat asal penduduk kulit putih yang pertama di sini. Attractions di St Kilda ialah pantai dan juga Acland Street yang terkenal dengan kedai-kedai pastri yang sedap.

Saya suka info dari mobile phone Samsung saya ni sebab ada info lokasi untuk setiap tempat yang kami pergi.

Suasana bandar St. Kilda. Laid back je bandar ni.

Ada street musicians.

Dan... wahhhh!! Ada mural ni! Sukanya sayaaa.. hehehe. Mesti la ambik gambar. Tengah ambik gambar tu saya ditegur oleh an elderly couple tanya saya apa yang cantiknya mural ni. Saya pun cakap la saya appreciate the artist's talent and creativity in expressing his/her art. Something like that lah. Couple tu angguk dan senyum. Then we talked a bit more. When they left I got the impression that they feel murals tepi jalan macam ni tak contribute anything to the city dan tak blend dengan suasana bandar due to its juxtaposition. But they were very polite in expressing and sharing their opinions. Nice couple actually. 

Dan jumpa lagi satu mural! Happy lah! 😁

Comel koala ni 😊. And may I just say it one more time betapa relieved saya rasa guna camera compact kecik comel dan handphone untuk ambik gambar masa percutian kali ini. Tak de lagi bawak dslr dan lenses seberat 5 kg. Tak larat dah pak cik.   


Ternampak satu lagi mural 😊. Nice!

Di hujung sana tu yang ada roller coaster tu ialah Luna Park. Salah satu attraction di bandar ni. 

Ingat! Impak kena langgar dengan tram ialah macam kena sondol oleh 30 ekor badak sumbu yang sedang meluncur atas skateboard!!

Ada 2 attractions ikonik di St. Kilda ni. Luna Park (kiri) dan Palais Theatre (kanan).

Luna Park ni macam yang di Coney Island, New York.

Tarikan yang paling terkenal di Luna Park ni ialah adalah Scenic Railway Roller Coaster, sebuah coaster kayu. 

Sejarah Great Scenic Railway.


The Great Scenic Railway, roller coaster kayu. Huish... yg metal punya roller coaster pun takut nak naik, lagi la yang kayu! Hehehe... Kayu ke, metal ke, tak akan saya naik! 

Attractions lain di Luna Park.

Ia mempunyai gelaran sebagai roller coaster yang paling lama beroperasi di dunia dan satu-satunya jenisnya dengan brakeman ada dalam gerabaknya yang bergerak. Boleh nampak Port Phillip Bay St Kilda dari coaster ni.

Luna Park dulu-dulu.


Di sebelah Luna Park ni, ada Palais Theatre. Dibina pada 1921 tapi dah tak berfungsi sebagai teater sekarang. Dah jadi venue persembahan konsert dan muzik. Adam Lambert pernah perform di sini.

Dan kami terus berjalan-jalan exploring St. Kilda ni. Next kami ke St. Kilda beach pulak.

Di St. Kilda beach ni ada Brookes Jetty. Ada kisahnya jeti ni.

Spending hari Merdeka afternoon di St. Kilda beach.. hehe.

Ada seagulls. I think ada law tak boleh bagi burung makan di sini.

Amazing blue sky di St Kilda beach, Port Phillip.

Pantai ni 700 meter panjangnya. 

Ada wooden planks macam boardwalk untuk pengunjung pantai melepak. Kot ada yang tak nak sand between their toes 😊.

A nice day to spend by the seaside. Bangunan putih di belakang tu ialah Edgewater Towers Apartment. With prime location like that, harganya can very well easily fetch more then AUD1 million agaknya.

Selain dari di Phillip Island, pantai ini juga terkenal sebagai tempat pendaratan penguin, walaupun bilangannya tak sebanyak di Phillip Island. Tapi bukan la di tepi pantai ni. 'For an unforgettable brush with wildlife, head to the breakwater to see the resident population of little penguins burrowing in the rocks'.

Yes, boleh baring-baring just about anywhere di pantai ni. 

Ada jetty di sini yang menggantikan the original jetty yang dah dirobohkan sebab dah tak selamat. Masa original jeti tu dirobohkan penduduk St. Kilda begitu marah dan protest sampai ada yang ditangkap polis. 

Menara putih tu ialah the Australian Volunteer Coast Guard Tower.

Australian Volunteer Coast Guard.
www.google.com/maps


Sejuk ke? Tak, nyaman comfortable je 😊.

Brookes Jetty.


And of course the dogs need to exercise too 😊. Tapi ni kan public beach. Boleh ke lari-lari dengan anjing di sini. Kan mereka ni kalau hal-hal macam ni begitu perihatin. Especially di sini ada penguins. 
Oh.. rupanya City of Port Phillip ni ada law on this dan dah tetapkan designated areas where dogs can roam freely off leash.
Dog owners, please:
🔹 keep your dog on leash, except in the designated off leash areas
🔹 collect and dispose of droppings
🔹 carry a leash and keep your dog under effective control on off-leash beaches at all times
🔹 ensure your dog doesn’t disturb other people, animals and wildlife.

Cuteness overload at the beach! Dengan baju Spiderman lagi.. hehe 😊


Skaterboyz.

Panorama satu 😊.

Lepas tu kami jalan pula ke Acland streets. Masa dalam bas si William asyik la suggest semua penumpang supaya cuba pastries and cakes yang banyak dijual di jalan tu. Dia kata semua sedap belaka dan portion besar! 

Inilah Acland Street. Ada cool cafes, restoran dan bar, butik fesyen dan muzik dan kedai-kedai buku

Acland Street adalah salah satu daripada Melbourne's Food Precincts dan juga merupakan kegemaran ramai Melbournians dan pelancong kerana kedai kek yang terkenal.

Chinta Ria, restoran Malaysian cuisine, menghidangkan makanan hawker dan masakan moden Malaysia.

Macam kata William memang ada banyak kedai kek dan pastries di street ni. This is one of them, Le Bon Cake Shop. Tengok la tu, bertingkat-tingkat. Tu baru yang di cermin depan ni. 

Macam-macam perasa yang sangat menggoda!

Baru tengok dah rasa giddy.. hehehe. 

Hadoii... tersiksa rasanya...


Diabetic macam saya ni tengok je la.. hehe.

Last-last masuk kedai Acland Continental Cake ni dan beli peach pastry ni. Besor! Dan memang sedap sangat! Tapi ok sebab yang ni tak manis sangat... hehe.

Masa tunggu bas nak bertolak ternampak pulak paragliders.


Next kami dibawa ke satu lagi pantai di Brighton. Tak jauh. Cuma 10 minit dari St. Kilda.

Lokasi Brighton.

Ada truck jual ice cream and hot dogs. Siap ada halal sign. Nice.

Jadi ada apa di Brighton beach ni? Ni ha... ada pondok-pondok warna warni ni. Cool!

Selama bertahun-tahun since the late nineteenth century, Brighton adalah destinasi pantai kegemaran orang Melbourne. Brighton terletak di City of Bayside, mempunyai pantai sepanjang 17 km hingga ke Port Phillip Bay. Terletak di Brighton Beach, kotak mandi Brighton ni adalah ikon Bayside yang popular dan merupakan aset budaya.

Hasil kesan Victorian morality, it dictated bagaimana orang pergi mandi dan berseronok di pantai. Jadi kalau nak mandi manda di pantai pada zaman tu kena la bersopan santun. Bukan macam zaman sekarang sampai ada pantai nudists. 

Asal usul bathing boxes ni bukan lah dari sini tapi ada serentak di pantai-pantai England, Perancis dan Itali. Kotak mandi macam ni di Eropah masih wujud hingga ke hari ini. 

Ada 88 bathing boxes di sini. Yang uniknya kotak mandi ni ialah semua skala dan proporsinya, dibina mengekalkan ciri-ciri senibina klasik dengan rangka kayu, weatherboards and corrugated iron roofs.  

Bathing baths ni memang gitu la rupanya sejak lebih dari seratus tahun yang lalu. Tak ada kemudahan elektrik atau air dalam bathing baths ni.   

Haaa.. dapat juga kami bergambar kenangan depan bathing boxes ni 😊. Kena menunggu jugak la nak bergambar sebab ramai tourists lain. 

Sebagai sisa zaman dahulu yang masih functional, maka kotak-kotak mandian ni jadi sumber budaya dan sejarah yang sentiasa difoto dan dilukis sebagai hasil karya seni.

Pada saya bila dilihat semua pondok-pondok kayu berwarna warni ni secara keseluruhan, nampak macam satu karya kolektif seni yang menarik that compliments the beachscape. Nice lah!

Pemandangan Brighton Beach Bathing Boxes dari atas.
www.google.com/maps

Pondok-pondok ni adalah bathing baths berlesen dimiliki oleh individuals. So tak boleh la masuk. 

Tiap tahun dari 88 pondok mandi yang ada di Brighton Beach ni, cuma satu atau dua pondok sahaja yang up for sale. Pada 2016 ada sebuah dijual melalui bidding dengan harga AUD326,000 !! Atau RM1,083,000 !! Bayangkan bayar RM 1 juta untuk pondok kayu ni.

Majlis Bandaraya Bayside mengeluarkan lesen tahunan untuk kegunaan peribadi biasanya sebagai kemudahan tempat bersalin pakaian, menyimpan aksesori peribadi dan lain-lain. 

Boleh ke pemegang lesen cat pondok-pondok ni ikut suka kaler apa mereka nak? Tak boleh. Bayside City Council dan Brighton Bathing Box Association akan beri garis panduan.

Banyak rules yang pemegang lesen must adhere to. Contohnya, reka bentuk dan warna bathing boxes ni tidak boleh digunakan sebagai iklan, atau dicat dengan warna untuk mengiklankan perniagaan. Pemegang lesen juga tidak dibenarkan menyewa atau sublet bathing boxes mereka, dan mereka tidak boleh tidur atau guna sebagai penginapan.

Sungguh pun banyak peraturan yang perlu dipatuhi, demand for these bathing boxes meningkat dari tahun ke tahun dan harganya juga makin mahal. May be pembeli tak la beli sebab nak guna sangat tapi lebih sebagai investment.

Dari Brighton Beach ni juga boleh nampak Melbourne skyline.


Eh.. ada pulak anjing ni. Hamboi seronok betul dia! Berkali-kali lari ulang alik main air 😊.



Dengan itu maka selesailah Gray Line's 'Melbourne Highlights' tour yang kami sertai. 

On the way balik ke Melbourne dari Brighton Beach kami passed by Albert Park.   



Tiba di Melbourne. Bas Gray Line dropped us off at our hotel. Excellent service!


Alhamdulillah selamat sampai ke hotel. Lebih kurang pukul 5:30 petang. 

Oh ya ni waktu solat di Melbourne.

Overall, memang kami enjoy sangat city tour 'Melbourne Highlights' Gray Line ni yang merangkumi bandar, taman dan pantai. Aturcaranya cukup kemas dan time management juga excellent. It was well phased and not hurried. 

Tidur awal kami malam tu sebab esoknya we will be going for a full day tour. Nak naik keretapi berasap dan tengok penguins pulak 😊.

Bersambung...

Di bawah ialah semua links untuk entries Melbourne, Victoria saya for easy reference:
1) MELBOURNE - DAY 01 - DEPARTURE & ARRIVAL
2) MELBOURNE - DAY 02 - PART 01 - MELBOURNE HIGHLIGHTS - ROYAL BOTANIC GARDEN & YARRA RIVER
3) MELBOURNE - DAY 02 - PART 02 - MELBOURNE HIGHLIGHTS - ST KILDA & BATHING BOX
4) MELBOURNE - DAY 03 - PART 01 - DANDENONG RANGES NATIONAL PARK & PUFFING BILLY
5) MELBOURNE - DAY 03 - PART 02 - SASSAFRAS & CHURCHILL ISLAND HERITAGE FARM
6) MELBOURNE - DAY 03 - PART 03 - KOALA CONSERVATION CENTER
7) MELBOURNE - DAY 03 - PART 04 - THE NOBBIES - SUMMERLANDS - PENGUIN PARADE
8) MELBOURNE - DAY 04 - PART 01 - ANGLESEA - URQUHART BLUFF AIREYS INLET - GREAT OCEAN ROAD
9) MELBOURNE - DAY 04 - PART 02 - MEMORIAL ARCH - GREAT OCEAN ROAD - LORNE CUMBERLAND RIVER
10) MELBOURNE - DAY 04 - PART 03 - APOLLO BAY
11) MELBOURNE - DAY 04 - PART 04 - TWELVE APOSTLES
12) MELBOURNE - DAY 04 - PART 05 - ISLAND ARCHWAY - RAZORBACK - LOCH ARD GORGE - PORT CAMPBELL
13) MELBOURNE - DAY 05 - PART 01 - FEDERATION WHARF - SOUTH BANK
14) MELBOURNE - DAY 05 - PART 02 - QUEEN VICTORIA MARKET
15) MELBOURNE - DAY 05 - PART 03 - MELBOURNE RIVER CRUISE
16) MELBOURNE - DAY 05 - PART 04 - ISLAMIC COUNCIL OF VICTORIA (ICV - CITY MOSQUE) - FLAGSTAFF GARDEN 

17) MELBOURNE - DAY 05 - PART 05 - TREASURY GARDENS AND FITZROY GARDEN - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. bathing boxes tu , dulu dulu untuk orang guna untuk tukar , salin baju , rehat ?
    now orang beli , or sewa?
    kalau beli , dah lah mahal .. more for investment je lah kot..

    sayang nya jeti kayu tu dah roboh
    cantik for photoshoot
    jeti batu tu sangatlah huduh!! :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, macam changing room. Bersopan gitu.
      Beli dan tak boleh disewa atau disewakan. Kena ada lesen.
      Pondok ni subjected to macam2 rules and regulations. Semua yg nak dibuat pada pondok2 ni ada guidelines.
      Tapi owners dan future buyers tak kisah tu semua sebab owning one of this boxes macam prestij cause they are heritage and iconic. Harga jual semula terjamin akan lebih mahal over a few years. Sebab demand nakkan pondok2 kayu ni adalah tinggi, makin tinggi setiap tahun. So yes, like I stated above they are good investment.
      Tapi ada juga owners yang guna, dtg situ dgn keluarga especially masa summer.

      Hehehe.. agreed. Tu yg penduduk situ marah tu. Yg meroboh tu macam tak tau je 'value' jeti kan.

      Delete