Friday, August 14, 2015

JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - GALERI WAU PAK SAPIE - CIK MINAH SONGKET

Jalan-jalan Pantai Timur - Day 05 - Part 07 - Galeri Wau Pak Sapie dan Cik Minah Songket.

Seterusnya kami bercadang untuk pergi ke Galeri Wau Pak Sapie, seorang pembuat wau yang terkemuka. Galeri wau ini terletak di Kampung Badang. Excited nih! Hehehe...


Hehehe.. tak de ejaan jawi for 'Krezz Krezz' tu.. hehehe... 



Oooo... gitu rupanya ejaan 'Popeye' in jawi... hehehe...



Alaa... tak nampak pulak ejaan jawi untuk 'Joe Flizzow' tu.. hehehe... 





Cuaca panas hari tu... 




Dan kami pun sampai ke Galeri Wau Pak Sapie di Kampung Badang, cuma beberapa meter sahaja dari Police Station Kampung Badang. Tetapi, alangkah kecewanya saya kerana galeri wau ni tutup! :(



Sebelum saya ke sini, dah saya baca tentang Pak Sapie, terutama yang menarik pada saya ialah tentang kehebatan dan kemahiran beliau membuat wau. Terus Khairil bertanya kepada beberapa orang di rumah berhampiran dan diberitahu yang Pak Sapie tak de hari tu sebab dia ke Melaka untuk beberapa hari. 



Ok lah, saya share sikit apa yang saya baca tentang Pak Sapie di sini ya. 



Pak Sapie pernah menerima anugerah Adiguru Kraf dalam bidang Kraf Wau pada tahun 2009 dari Kementarian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. 



Tidak bergantung kepada pembekal, Pak Sapie dan anaknya sendiri akan masuk ke hutan mencari buluh hampir setiap hari. Ini penting kerana beliau akan tahu buluh yang mana sesuai untuk digunakan. Buluh yang digunakan ialah buluh duri yang sangat susah dicari. 



Wau pertama yang dijual beliau ialah pada sekitar tahun 1960an kepada seorang lelaki Denmark dengan harga RM1.50. Sekarang satu wau bulan beliau boleh dijual dari harga RM5.00 hingga ke RM4,500.00 bergantung kepada ukiran corak wau. 



Beliau banyak menerima undangan membuat pameran dan memasuki pertandingan di luar negara seperti di Australia, New Zealand, Perancis, Denmark, Maldives, Indonesia, China, Pakistan, Jerman dan Brazil.



Jenis-jenis wau yang dibuat Pak Sapie termasuk wau bulan, wau puyuh, wau jala budi, wau kucing dan wau sobek. Wau yang paling banyak dimainkan ialah wau bulan dan wau puyuh. 



Wau dijual bukan hanya pada peminat wau sahaja tetapi juga mendapat pasaran korporat dan dalam industri pelancungan. 



Kecewa memang la kecewa tapi apa nak buat kita cuma hanya mampu merancang. I wonder kenapa la Doremi Travel tak call dulu Pak Sapie dan check his schedule. And if Pak Sapie is not available, they could have arranged for me to visit other kite makers. Tapi saya tak la suarakan rungutan saya ni pada Khairil sebab dia cuma guide saja. Saya pun terlupa masa tu nak cadang supaya kalau boleh Khairil bawa kami ke pembuat wau yang lain. 



Ni yang rasa nak ke Kelantan lagi ni.. hehehehe.. boleh la ini dijadikan alasan nak jalan-jalan pantai timur lagi.. hahahaa.. lagi pun banyak lagi tempat menarik yang tak sempat saya lawat di Kelantan, Terengganu dan Pahang :).



Anyway.... 



Next kami ke Cik Minah Songket nak tengok orang menenun songket pulak :).



Cik Minah Songket ni terletak di Kampung Penambang, Kota Bharu, Kelantan.



Cik Minah songket ni bermula sejak 1930 dan sekarang keturunan Cik Minah sendiri yang menguruskannya. 



Di ground floor belah kanan tu ialah tempat menenun songket dan di tingkat 1 ialah galeri songket. 



Cik Minah Songket - The traditionally renown Kelantan songket maker :).  



Saya terus ke bahagian bawah bangunan kerana nak lihat kerja-kerja menenun songket dahulu sebelum naik ke atas di mana songket dijual. 



Ada 4 orang mak cik sedang menenun masa kami sampai. Suasana begitu tenang dan mak cik2 tu semua sedang tekun menenun penuh concentration. 




Jom tengok gambar-gambar saya saya ambil. Tidak seperti selalunya, saya tidak berbual dengan mak cik2 ni sebab tak mahu ganggu. Lagi pun very likely saya tak faham kot kalau nak sembang.. hehehe... 





Saya noticed semua mak cik ni tak pakai pun cermin mata! Saya rasa mereka sudah pun berumur lebih 60 tahun.  







Mak cik ni obviously sangat pakar. Tentunya dia dah hafal pola corak songket yang sedang ditenun.  








Masa saya ambik gambar mak cik ni perasaan saya bercampur baur. Rasa bangga, rasa macam terharu pun ada. Saya diberitahu mak cik ni dah berumur 88 tahun dan telah bertenun sejak berumur 17 tahun. 






Corak pada kain songket terdapat enam jenis yang utama seperti berikut:

1) Songket bunga penuh
2) Songket bunga bertabur
3) Songket corak jalur
    i)   Jalur corak berdiri
    ii)  Jalur corak melintang
    iii) Tepi kain
4) Songket corak siku keluang (zig-zag)
5) Songket tapak catur
6) Songket pucuk rebung
Sumber: http://kenalkraftradisional.blogspot.com/



Proses membuat songket adalah mencelup benang, menerai benang, menganing benang. menyapuk benang, mengarat, menyongket dan menenun. 

Sumber: http://kenalkraftradisional.blogspot.com/


Antara motif songket yang diilhamkan daripada tumbuh-tumbuhan ialah pucuk rebung, bunga lawi ayam, bunga baling, tapak kecupu, bunga tanjung, bunga cermai, bunga setelop, tampuk kesemak, tampuk manggis, dan buah delima. Manakala corak-corak songket yang abstrak dinamakan kasap, pecah lapan, tapak kacip, potong wajik, bunga tiga dara, bunga logam, bunga kerongsang, dan jong sarat.

Sumber: http://kenalkraftradisional.blogspot.com/


Motif yang diilhamkan daripada alam sekitar pula dinamakan bintang buta, air molek, awan larat, dan teluk berantai. Yang diilhamkan daripada haiwan ialah bunga lawi ayam, unduk-unduk, bunga hati, dan sisik kelah.

Sumber: http://kenalkraftradisional.blogspot.com/


Kain songket menggunakan warna seperti merah asam jawa, merah darah ikan, merah jambu, kuning penang masak, kuning lemak ketam, kuning tanah liat, kuning kunyit, hijau pucuk pisang, hijau serindit, hijau batang bemban, hijau lumut, hijau terusi, biru air laut, biru manis, ungu biji rembia (butir setar), ungu manis, kelabu asap, dan hitam.

Sumber: http://kenalkraftradisional.blogspot.com/



Seterusnya saya naik ke galeri songket pula.



Besar galeri ni. And quite posh looking too :). 



Songket yang bercorak simple akan mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk disiapkan. Kalau coraknya intricate boleh sampai 6 bulan. 




Harga songket di sini ranges dari RM200.00 hingga ke RM5,000.00. Kalau ditempah khas boleh sampai RM15,000.00. Since kualiti dan hasil tenunannya sangat halus dan cantik, tak hairanlah harganya sedemikian. 



Ini adalah Puan Hajah Kelthom binti Haji Hussein yang sudah berusia 68 tahun. Beliau telah 58 tahun menceburi industri songket dan telah mula bertenun sejak berusia 10 tahun lagi apabila diajar arwah ibunya Che Minah Omar mengenai cara menenun dengan betul. 



Ibu Kheltom Hussein telah mendapat penghargaan sebagai Adiguru Kraft 2014 yang diberikan oleh Krafttangan Malaysia. Bukan sembarangan orang boleh dapat anugerah Adiguru ni. Jadi apakah Adiguru Kraf?

Penghargaan kepada Adiguru Kraf diberikan kepada Adiguru kraf tempatan yang berkemahiran tinggi dan memberikan sumbangan yang besar dalam membangun dan mengembangkan seni kraf negara. Adiguru Kraf ialah seseorang yang diberi penghormatan dan pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia sebagai seorang tokoh setelah mereka menepati kriteria-kriteria iaitu:
1) Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang kraf kepakarannya atau ahli di dalam seni kemahiran ketukangan, penciptaan, penggubahan dan pengeluaran barangan kraf warisan bangsa Malaysia
2) Memainkan peranan penting dalam usaha memulih dan memelihara seni kraf warisan.
3) Bersungguh-sungguh menurunkan kemahiran kepada kumpulan pelapis agar seni kraf warisan berkenaan mempunyai kesinambungan.
4) Kreatif dan inovatif dalam usaha memaju dan meningkatkan kualiti produk kraf yang dihasilkan.
Sumber: http://www.kraftangan.gov.my/



Saya minat betul salah satu baju di rak baju kuning tu. Baju yang berwarna putih di bahagian belakang. Harga pun ok. Malangnya dah tak de saiz pulak.. hehehe...


Dengan lawatan ke Cik Minah Songket ni maka berakhirlah City Tour kami dengan Doremi Travel and Tours. Tempat-tempat yang sempat kami cover dalam tour ni ialah KB Permai Silvercraft, Nordin Batik, RS Serunding, Dodol Hjh Wan Nab, Bahulu Pasir Hor, Galeri Wau Pak Sapie [tutup] dan Cik Minah Songket. 8 tempat dalam masa 4 jam. Ok lah, kira 7 tempat je since Galeri Wau tu tutup... hehehe...  

Bersambung......

Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:


No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan Syed & salm perkenalan,

    Tahniah kerana telah dapat menerokai negeri Kelantan. Cukup menarik. Walapun saya anak jati Kelantan, tapi tak semua tempat tu dikenali/ketahui. Boleh dijadikan panduan untuk membawa anak2 saya melawat Kelantan bila balik kampung. Selalunya hanya tertumpu ke Kota Bharu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikusalam En. Sukri.
      Terima kasih :). Lama dah saya teringin nak jalan-jalan ke pantai timur, baru ni dapat peluang. Alhamdulillah.
      Tu satu idea yang cukup bagus. Elok sangat dedahkan anak-anak pada tradisi dan keunikan tempatan. Banyak sebenarnya tempat-tempat menarik di negara kita ni :).

      Delete
  2. amazing kan makcik tu punya eye sight!!
    halus halus gitu dia boleh nampak dengan telitinya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc, tu la yg amazing tu doc! Mata mereka dah kecik2 dah sebab dah tua kan... tapi still boleh tengok jaluran benang2 halus tu. Dah la corak dan patternnya sangat rumit!

      Delete
  3. ASSALAMUALAIKUM
    tuan syed

    sy memohon untuk menggunakan gambar2 tuan untuk dijadikan sebagai coffee table book Kota bharu
    credit pada gambar akan diberikan ke atas nama tuan
    mohon perhatian tuan .
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Tuan Zuraihan
      Boleh, silakan.

      Delete