Assalamualaikum.
Lepas selesai melawat Kasbah Chefchaouen yang hebat itu, kami berada semula di Outa Hammam Square ini, deciding ke mana lagi kami nak explore since masih lagi ada masa sebelum berkumpul semula di Hotel Parador.
Kami pun decided untuk jalan-jalan di celah-celah bangunan/rumah/kedai biru di Chefchaouen ini, memikirkan tentu cantik suasana di dalam sana.
Yang menariknya, bangunan di sini dicat warna biru seluruhnya dan bukan separuh biru-putih.
Ini kedai menjual pelbagai barangan tradisional Maghribi seperti traditional Moroccan jewelries, jubah, beg-beg kulit dan perhiasan rumah seperti dulang-dulang dan ukiran-ukiran kayu. Saya tidak dekati kedai ini kerana takut terbeli beg kulit luggage yang cantik sangat tu... hihi 😅.
Jalan di sini curam sedikit. Maklumlah, Chefchaouen ini lokasinya di kaki pergunungan. Di sebelah kanan itu adalah sebuah hotel/restoran - Hotel Restaurant Al Kassaba. Nama jalan ini ialah Calle Targui atau Targui Street.
Di hujung sana satu lagi hotel - Hôtel Barcelona, a 3 star hotel, di Rue Bin Souaki (Bin Souaki Street).
Beberapa aspek medina ini buat saya berasa seolah-olah telah mengembara kembali ke masa silam.
🔵Ciri yang paling ketara bagi Chefchaouen Medina ialah bangunan bercat biru.
🔵Tradisi mengecat bangunan berwarna biru dikatakan berasal dari pelarian Yahudi yang menetap di Chefchaouen pada tahun 1930-an.
🔵Warna biru dipercayai oleh sesetengah pihak melambangkan langit dan syurga, manakala yang lain mencadangkan ia bertujuan untuk menghalau nyamuk yang menganggap warna biru sebagai air yang mengalir.
Mestilah tak tahan nak bergambar di depan pintu ini 😄. Kebetulan jaket, beg dan kasut dah sama warna 😃.
🔵Pigmen biru asli, dari apa yang saya baca, berasal dari sejenis cangkerang Murex (sejenis siput laut), yang biasanya berwarna ungu yang pernah dihargai oleh empayar Rom dan Byzantine.
🔵Pigmen cerah yang digunakan hari ini untuk mengecat di Chefchaouen dikatakan mungkin sintetik.
🔵Serbuk berwarna dicampur dengan air dan digunakan berulangkali sebagai warna cat, selalunya dengan berus primitif yang diperbuat daripada rumput kering kasar yang diikat bersama dalam satu berkas.
🔵Menambah lapisan warna tambahan dari masa ke masa memberikan permukaan yang berkilat, nampak cantik terutamanya pada waktu petang.
🔵Sebenarnya cat biru pelbagai rona yang paling kerap digunakan kebanyakan warnanya adalah pucat dan tidak pekat. Tetapi apabila industri pelancongan bandar ini berkembang, ketersediaan rangkaian pigmen yang lebih banyak dengan warna yang berbeza-beza dan digabungkan pula dengan semangat kreatif membawa kepada peningkatan dalam kepelbagaian, keceriaan dan keamatan rona-rona biru itu.
Came upon another blue door 😄.
I noticed that door is lined with iron door studs.
"Door Studs were first used on external doors and gates as protection from the swords and axes of an enemy attack. Castles and fortified properties often had large wooden doors with rows of studs".
Kiri ialah Hôtel Barcelona, di jalan Bin Souaki.
Kanan ialah sebuah Knitting workshop yang dikelolakan oleh The Alawite Organization for the Care of the Blind in the city of Chefchaouen.
Bila orang kata tempat ini bagai 'impian fotografer', foto yang macam mana yang dimaksudkan itu, yang dicita-citakan dapat dirakam di sini?
Pada saya, yang sekadar seorang fotografer suka-suka 😅, yang saya mampu capture hanyalah seperti foto di bawah ini.
Seorang wanita tua Jbala, berpakaian tradisi turun temurun, berjalan dengan bantuan tongkat, melangkah dengan sangat berhati-hati kerana usia dan kerana jalan yang agak curam, dengan bangunan biru ikonik Chefchaouen di kiri kanan yang dilingkari oleh grape vines.
Berbanding dengan medina-medina Maghribi lain seperti di Marrakech atau Fez, medina di Chefchaouen adalah kecil dan tenang. Terdapat lima pintu di medina Chefchaouen ini. Selepas melalui salah satu pintu gerbang ini, pengunjung akan serta-merta berasa diselubungi dalam suasana menenangkan, yang membawa pengunjung ke kedai-kedai dan rumah-rumah biru kecil yang sederhana.
Lorong-lorong sempit dan berliku-liku di medina ini diturap dengan cobblestones, menambahkan lagi rasa "old-world charm" tempat ini.
Chefchaouen ialah lokasi 'impian' jurugambar jalanan (street photographer) bukan sahaja kerana bangunan-bangunannya yang berwarna-warni dan pergunungan di sekitarnya yang indah, tetapi juga kerana ada ramai penduduk tempatan di setiap lorong dan sudut dan mereka pula berpakaian tradisional.
Kami pun berjalan lagi dan sampai ke dataran kecil ini, namanya Plaza Kenitra. This is the main square in the neighbourhood of Rif Al-Andalus.
Eh... ada Chinese cafe di sini! Kalau tak silap itu kafe Fruit C Yibai, kafe terkenal di Hong Kong. Menunya adalah pencuci mulut gaya Hong Kong, fruit salad, healthy stews, shaved ice, exquisite snacks, etc.
Ok, jom jalan ke dalam sikit lagi. Saya ingat lagi kami cukup berhati-hati dan beringat-ingat lorong-lorong mana yang kami lalu and which turns we took sebab risau la kalau tersesat pula 😅.
The many colors of the goods offered, together with the doors and tiny windows lining the alleyways, create a striking contrast to the blue of Chefchaouen in the medina.
I really enjoyed witnessing the beautiful and mesmerizing contrast and clash of colors.
It's a trip worth remembering because of the blue-washed houses, traditional craftsmanship, and the surrounding natural splendor.
Chefchaouen terkenal dengan tukang mahir yang menghasilkan kraftangan tradisional Maghribi. Pengunjung ke medina ini boleh menemui pelbagai barangan buatan tangan, termasuk selimut tenunan, permaidani, tembikar dan pakaian tradisional.
Kalau ada banyak masa lagi, memanglah kami nak explore further tempat ini. Tapi sebab kami ada limited time, makanya nak masuk celah-celah lorong begini pun kena fikir 2, 3 kali... hihi 😆.
Saya sangat suka bila jumpa bangunan yang sebahagiannya dicat biru dan sebahagian lagi tidak dicat, leaving the original bricks exposed for us to marvel and enjoy.
Seronok jalan di sini sebab tiada pekedai-pekedai yang memanggil-manggil dan memujuk kita untuk beli barangan mereka. Mereka chill je.
Roti Maghribi yang, pada saya, sangatlah sedapnya. Ia sering dihidang sekali ketika kami makan tengahari dan makan malam di restoran-restoran Maghribi dalam trip ini. Balik Malaysia saya cuba cari, tapi tak jumpa 😆😂.
Guni-guni mengandungi serbuk-serbuk cat berbagai warna untuk dijual. Penduduk di sini dari semasa ke semasa akan mengecat rumah-rumah mereka supaya terus kelihatan biru segar dan berkilat, sesuai dengan identiti bandar ini sebagai "the Blue Pearl".
Maka sudah pun hampir waktu untuk kami berkumpul semula dengan group di Hotel Parador. So we made our way back to the Outa Hammam Square.
Kebetulan semasa kami tiba di Outa Hammam Square, sedang berlangsung satu persembahan tarian dan musik tradisional Maghribi/Chefchaouen.
Maka kami pun merakam beberapa foto.
🔴Sedang saya mencari maklumat tentang musik dan tarian ini, saya terjumpa komentar orang Maghribi sendiri yang mengatakan persembahan ini sebenarnya bukanlah musik dan tarian tradisi asal Chaefchaouen.
🔴Muzik dan tarian jenis ini adalah terkenal di Marrakech dan di Essaouira.
🔴Beberapa kumpulan seperti ini telah menjadi terkenal di beberapa bandar Maghribi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan dikatakan mengganggu muzik popular setiap bandar atau wilayah yang mereka jelajahi.
🔴Penghibur jalanan ini telah mula dilihat dengan kerap di Chefchaouen.
🔴Tanpa menyedari perkara ini, pengunjung akan menganggap bahawa ini adalah muzik dan tarian tempatan bandar ini dan itu tidak benar.
🔴Oleh itu si penulis komentar berharap Moroccan Tourism memberi perhatian serius kepada isu percampuran budaya tempatan antara bandar dan wilayah Maghribi.
Apapun, pada kami persembahan ini sangat menarik dan menghiburkan. It's great to see this quiet and peaceful historic town become vibrant and lively.
Dan tentulah persembahan begini tidak percuma. A few of the musicians walked around asking for 'donations' and the tourists did not seemed to mind, perhaps such arrangement is expected or common knowledge.
Apparently dogs are treated well in this town. Sleeping on the side of the road without a care in the world 😊.
Isteri berhenti sekejap di farmasi ini untuk beli lozenges sebab dia dah mula sakit tekak.
Amboiiii... tidur dengan dog treats 😄.
Saya perasan anjing ini ada ear tag warna hijau. Saya baca, tag telinga pada anjing liar bermakna ia telah dineuter dan diberi vaksin. Tag hijau untuk anjing yang mesra dengan orang, dan tag kuning untuk anjing yang tidak mesra dengan orang.
Kami pun berkumpul dan Mohsein pun mendapatkan petit taxi untuk bawa kami ke tempat parking bas.
Naik bas, kami terus dibawa ke masjid untuk bersolat.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment