Thursday, October 3, 2024

MOROCCO-SPAIN-PORTUGAL - MOROCCO - CHEFCHAOUEN - PART 01

Assalamualaikum.
Selepas makan tenghari, kalau ikut rancangannya kami bersolat jamak Zohor dan Asar di Motel Rif sebelum meneruskan perjalanan ke Chefchaouen. Tetapi Tour Guide dan Tour Leader membuat keputusan untuk membawa kami terus ke Chafchaouen kerana kami habis makan tengahari terlalu awal sebelum masuk waktu Zohor.

Dalam bas kami kami terus merakam pemandangan-pemandangan indah bumi Maghribi.

Ketika ini kami sedang melalui kawasan Bouderoua Beni Quolla. Dari sini perjalanan ke bandar Chefchaouen ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit.

Pemandangan Province of Ouezzane. 
Ouezzane ialah sebuah wilayah di wilayah Maghribi di Tanger-Tetouan-Al Hoceima. Ia dicipta pada tahun 2009 dari bahagian Wilayah Chefchaouen dan Wilayah Sidi Kacem.

El Hallaoui Entreprise - Building works, Public road works, Quarrying.



Pemandangan kawasan ladang-ladang dan padang ragut yang luas.





Bumbung rumah-rumah dan bangunan-bangunan di Douar Tiama, Province of Ouezzane ini nampak semuanya berwarna turquoise. 








Biri-biri Maghribi.



Menyaksikan keindahan banjaran pergunungan Rif (Er-Rif) 

Rif, banjaran gunung di utara Maghribi, memanjang dari Tangier ke lembah Sungai Moulouya berhampiran sempadan Maghribi-Algeria. Untuk sebahagian besar panjangnya (290 km), banjaran pergunungan itu merangkumi Laut Mediterranean, dengan hanya beberapa lembah pantai sempit yang sesuai untuk pertanian atau penempatan bandar.





لا تسرع يا أبي إننا في انتظارك - Don't rush, Dad, we are waiting for you



Ketika ini kami sudah pun masuk ke Chefchaouen Province. 

Sudah kelihatan rumah-rumah dan bangunan-bangunan warna biru dan putih yang sinonim dengan bandar Chefchaoeun. 


Hôtel Chaouen. 

🔴Kelihatan wanita-wanita Jebala (Jbala) yang memakai topi tradisional mereka yang cantik berwarna warni.
🔴Kaum Jebala (Jbāla) ialah sebuah konfederasi puak yang mendiami kawasan di barat laut Maghribi dari bandar Ketema ke bahagian barat. Oleh itu, wilayah Jbala menduduki bahagian barat pergunungan Rif. The Jbala mempunyai populasi 1,284,000 orang dan dibahagikan kepada lebih 40 suku, yang hari ini dikenali sebagai "komune luar bandar".

🔴Topi tradisional ini namanya"sheshia" (chichia) yang biasa dipakai oleh lelaki, wanita dan kanak-kanak di utara Maghribi.
🔴Terdapat dua jenis sheshias yang berbeza, boleh ditukar ganti antara lelaki dan wanita. Kedua-duanya adalah topi bertepi lebar dengan puncak berstruktur. Apa yang membezakan kedua-dua topi ini ialah warnanya.

Ini Restaurant Gastronomique Houda. Cantik bangunannya dicat dengan warna Majorelle Blue. 

Itulah bandar Chefchaouen. 

Sebelum ke bandar, kami dibawa berhenti sekejap di look-out point ini untuk menyaksikan keindahan dan keunikan bandar Chefchaouen yang terkenal dengan warna bangunan-bangunan biru-putihnya. 

🔴Chefchaouen ialah sebuah bandar di barat laut Maghribi. 
🔴Ia adalah bandar utama wilayah dengan nama yang sama, Province of Chefchaouen.

🔴Ia terkenal dengan bangunan-bangunannya warna birunya, yang mana ia digelar "Blue City".
🔴Bandar ini terletak di kawasan pergunungan di utara Maghribi, antara Tétouan dan Ouazzane.

🔴Ia diasaskan pada 1471 oleh Arab Moulay Ali Ben Moussa Ben Rached El Alami. 

🔴Penempatan asal bandar ini pada mulanya hanya terdiri daripada sebuah kubu kecil, kini dirujuk sebagai Kasbah Chefchaouen.
🔴Dalam foto di bawah ini boleh nampak Kasbah Chefchaouen - menara kubu warna coklat di sebelah kanan.

🔴Kasbah Chefchaouen itu didirikan untuk membantu mempertahankan kawasan itu daripada kemungkinan serangan oleh penceroboh Portugis; yang pada masa itu, Portugal sedang giat melancarkan serangan ke atas bandar-bandar dan pekan-pekan utara di Maghribi.

🔴Nama "Chefchaouen" berasal dari bahasa Arab, “Chef", terbitan daripada perkataan Arab "to look" dan "Chaouen," yang bermaksud "tanduk". 

🔴Ia dinamakan sedemikian kerana Chefchaouen terletak di antara dua buah puncak gunung yang berbentuk seperti tanduk.

🔴Kini, Chefchaouen dikenali sebagai "Mutiara Biru" Maghribi, terkenal dengan rumah tradisionalnya yang dicat dengan warna biru dan putih. 


Agaknya inilah puncak-puncak dua gunung yang dimaksudkan dalam penerangan bagaimana 'Chefchaouen" mendapat namanya. Nama gunung-gunung ini adalah Jebel Kelaa dan Tissouka.


Inilah look-out point R412 Highway untuk pengunjung melihat keindahan kota Chefchaouen.


🔴Bandar Chefchaouen terletak kira-kira 600 meter di atas paras laut di kaki gunung Kaʻala di bahagian barat banjaran gunung Rif, di barat laut Maghribi. 

🔴Bandar ini terdiri daripada Medina (old town), bandar berdinding bersejarah, dan bandar baharu yang telah berkembang di luar tembok kota dahulu.

🔴Chefchaouen terletak di wilayah yang secara tradisinya didiami oleh Jebala, kemudiannya disertai oleh pelarian Islam dan Yahudi dari al-Andalus dan Sepanyol.

🔴Bandar ini telah mengekalkan hubungan yang erat dengan penduduk Wilayah Jbala seperti suku Akhmas, Ghomara, Ghazaoua, dan Sanhaja, khususnya dari segi perdagangan.

🔴Persekutuan suku-suku ini kadangkala menjadi sumber kekuatan, dan kadangkala kelemahan kerana mereka sering bergelut untuk memiliki aset seperti sumber air, kawasan ragut dan tanah yang subur.

🔴Rumah tradisional Chefchaouen diperbuat daripada batu, batu bata, jubin, kayu, tanah, dan kapur. 
🔴Setiap rumah mempunyai halaman terbuka di tengah-tengah yang dikelilingi oleh koridor dan bilik tidur. 
🔴Halaman sering dihiasi dengan pokok buah-buahan seperti oren, limau, beri, dan anggur, serta beberapa pokok renek wangi termasuk jessamine mekar malam (Cestrum nocturnum) dan melati (Jasminum officinale). 

🔴Bandar ini dipengaruhi oleh seni bina Andalusia, seperti lengkungan bata melengkung yang mengukuhkan rumah dan menghiasi lorong biru sempit, rangkaian air tradisional, dan landskap serta penjagaan tumbuhan di dalam rumah dan masjid.

🔴Dari perspektif budaya, banyak keluarga Chefchaouen telah memulihara seni muzik Andalusia, yang telah menjadi ritual utama perayaan keagamaan dan upacara sosial Chefchaouen.

🔴Pada tahun 2020, Chefchaouen telah dimasukkan sebagai bandar pembelajaran dalam UNESCO Global Network of Learning Cities (GNLC).
🔴Rangkaian ini menggalakkan perbincangan dasar dan pembelajaran bersama antara ahlinya, untuk menjalin kerjasama dan membangunkan kebolehan dan mereka bentuk alat untuk menyokong dan mengenal pasti kemajuan.

🔴Pertanian merupakan sektor penting ekonomi di kawasan Chefchaouen, yang terkenal dengan komponen agro-pastoralnya yang besar.

Selesai ambil gambar di look-out point, kami pun naik semula bas untuk perjalanan seterusnya ke bandar Chefchaouen.

🔴Pertanian sara diri tradisional diamalkan di Chefchaouen di lereng-lereng bukit dan di lembah-lembah di mana buah zaitun menjadi tanaman utama.
🔴Tanaman tradisional lain seperti anggur anggur, badam dan buah ara masih ditanam.

Selamat tiba di bandar Chefchaouen.

🔴Kanabis telah menjadi lebih menguntungkan dengan peningkatan kemasukan pelancong dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Wilayah Rif di sekitar Chefchaouen merupakan pusat pengeluaran ganja di Maghribi.

🔴Semasa public holidays, bandar ini mengalami kemasukan ramai pelancong Maghribi dan pelancong asing, yang tertarik dengan landskap semula jadi dan monumen bersejarahnya.

🔴Sektor kraftangan atau industri tradisional (seperti menjahit, bekam, pandai besi, pertukangan kayu, kerja menjahit, dan penyamakan) adalah aktiviti ekonomi yang paling biasa diamalkan oleh penduduk Chefchaouen dan dengan itu memainkan peranan penting sosio-ekonomi di wilayah ini. 

🔴Sektor kraftangan Chefchaouen berkait rapat dengan sektor pelancongannya dan melibatkan ramai artisan di mana sebahagian besarnya mempunyai kemahiran dalam kerja-kerja kulit, tekstil, kerja besi dan pertukangan tradisional. 
🔴Produk kayu mewakili produk artisanal terlaris di wilayah Chefchaouen, dengan 57.6% produk terjual.

🔴Dinding biru Chefchaouen adalah subjek yang diminati ramai. Terdapat beberapa teori mengapa dinding dicat biru. 
🔺Satu teori popular ialah warna biru menjauhkan nyamuk. 
🔺Biru dikatakan melambangkan langit dan syurga dan berfungsi sebagai peringatan untuk menjalani kehidupan rohani.
🔺Bagaimanapun, menurut beberapa penduduk tempatan, terdapat perintah rasmi dinding itu dicat biru pada tahun 1970-an untuk menarik pelancong.


Ok, kita saksikan suasana bandar Chefchaouen ini yang sempat kami rakam dari dalam bas.

Bandar ini dibina dalam lembah pergunungan banjaran Rif.

Sangat indah sekali pemandangan pergunungan di sini.

It was quite mesmerizing to see the many hues of the color blue in this city, from the bluest sky to the iconic Chefchaouen blue and white buildings. 

A wonderful mural of Chefchaouen's old medina. 

Al-Nour meat seller.

Kerana berlokasi di lembah pergunungan, Chefchaouen adalah sebuah bandar yang berbukit-bukit. Ini Avenue Zerktouni.

Sebuah kedai foto.

Bangunan perniagaan - ada restoran, kafe, kedai letrik dan shoe shining service. 

Ini pintu gerbang masuk ke Centre Commercial, a seafood market.

Moulay Abdel-Rahman Al-Sharif Mosque.


Deretan kedai-kedai pelbagai perniagaan. 

Di persimpangan jalan raya R412 dan Boulevard Mohamed V.

Torre Hadra - a 3 star hotel. Di hujung sebelah kanan foto adalah Masjid Hassan II.

Bangunan قصر البلدية - Municipal Palace. The Urban Commune of Chefchaouen.

Beautiful mural with majorelle blue color palette.

Boulevard Hassan II.

Sebuah taman awam: Plaza Mohamed V.

Mural bandar Chefchaouen. Di belakang adalah Chefchaouen Cemetery.


Taman Plaza Mohamed V (kiri) dengan latar belakang pemandangan banjaran Rif.


Café Abdelkhalek.

Membelok masuk ke Avenue Allal El Fassi.





Police National, Chefchaouen di Avenue Allal El Fassi.

AXA Assurance.

Avenue Moulay Abdelsalam.

Bangunan "Al Masirah Center for Education, Training and Social Assistance".



Municipal warehouse - Dépôt communal.



مسجد بدر - Badr Mosque.

Mohammed VI Complex for Culture, Arts and Sports building.

Bas besar tak muat untuk masuk ke kawasan Chefchaouen Medina (old town) kerana jalan rayanya sempit. Jadi bas-bas pelancong park di open parking ini, di sebelah bangunan Mohammed VI Complex for Culture, Arts and Sports.

Lokasi Chefchaouen Medina adalah jauh untuk berjalan kaki, jadi Mohsein, our local guide, uruskan kami naik teksi yang dipanggil "petit taxi'. Di Chefchaouen teksi ini warnanya biru. Lain bandar, lain warna teksinya.

Lama juga kami menunggu teksi ini. Kata Mohsein, selalunya sentiasa ada banyak petit taxi di sini menunggu untuk mengambil penumpang tapi pada ketika itu tiada satu pun sebab waktu itu adalah waktu solat Jumaat. Lepas selesai solat, barulah banyak teksi yang datang.


Kami ramai, jadi Mohsein susunkan kami untuk naik teksi. 

Perjalanan naik petit taxi di Chefchaouen menuju ke old medina.

Personally, saya suka pula naik teksi ini sebab berpeluang menyaksikan suasana bandar Chefchaoeun ini dengan lebih dekat lagi. Duduk di sebelah driver lagilah memudahkan saya mengambil gambar ... hihi 😄.

Menaiki jalan berbukit.


Di sebelah kiri itu menara Hassan II Mosque di Avenue Ibn Zouhr.

Masuk ke jalan raya R412.




Hotel Torre Hadra, yang kami nampak earlier.



Court of First Instance building.




Bangunan di hadapan itu adalah Imam Al-Shazly Preparatory Secondary School for Authentic Education under the Ministry of Protective Education, Primary Education and Sports, Regional Academy for Education and Training.

Imam Al-Shazly Preparatory Secondary School for Authentic Education - a Senior High School.


Ketika ini kami sedang melalui Avenue Hassan II.


Left: Hotel Rif - a 2 star hotel.

🔴Nun jauh di atas gunung sana ialah Bouzafer Mosque. Pengunjung boleh ke masjid itu dengan mendaki selama 15 hingga 30 minit dan pendakiannya itu dikatakan "a bit rough, but doable".
🔴Masjid Bouzafar, walaupun tidak lagi digunakan untuk solat harian, mempunyai nilai sejarah yang signifikan. Ia dibina pada abad ke-15 oleh Moulay Ali Ben Moussa, seorang pemimpin agama yang memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di rantau ini.
🔴Ia kekal sebagai mercu tanda budaya dan sejarah di Chefchaouen, berfungsi sebagai simbol warisan kepelbagaian bandar dan legasi yang kekal pada masa lalunya.
🔴Dari segi seni bina, masjid ini menggabungkan pengaruh Sepanyol dan Moor, dengan dindingnya yang putih, pintu melengkung dan perincian berhias. Kesederhanaan dan keanggunan reka bentuknya menyumbang kepada daya tarikannya.
🔴Ia adalah lokasi yang sangat baik untuk menyaksikan keindahan matahari terbenam dan juga panorama malam bandar Chefchaouen ini. 

Kami nampak ada banyak hotel, boutique hotel dan bnb di bandar ini. Tentulah kerana bandar ini adalah merupakan salah satu pusat pelancongan yang popular di Maghribi.



Dan kami pun tiba di Hotel Parador, sebuah hotel 4 bintang di bandar Chefchaouen. 

Di hotel ini kami berkumpul dan diberi penerangan tentang lawatan kami di sini oleh Mohsein. Kami diberi masa selama 2 jam to explore the wonderful old medina.

Di hadapan Hôtel Parador ini ialah Debnat Elmakhzen Square dan bangunan panjang itu ialah Ensemble d'artisanat complexe - the Handicraft Center.

Sementara menunggu kawan-kawan lain sampai, kami relax and explore Hôtel Parador ini dulu.

Suasana dalam hotel.


Ada mural yang sangat cantik di ruang rehat hotel ini. Ia adalah dari lukisan tahun 1959 bertajuk Le Temps des Andalous (The Time of the Andalusians) oleh Ahmed Louardiri ((1928 - 1974).  

Ahmed Louardiri ialah seorang pelukis Pasca Perang & Kontemporari Maghribi yang dilahirkan pada tahun 1928. Banyak galeri dan muzium utama seperti Musée d'Art Moderne de Paris telah memaparkan karya Ahmed Louardiri pada masa lalu.

Ada pemandangan indah bandar Chefchaouen dari hotel ini. Let's check it out.

The hotel's swimming pool.

The view.










Jom kita mula eksplorasi Chefchaouen Old Medina bermula dari Debnat Elmakhzen Square ini.

Seperti di tempat-tempat tarikan pelancong lain, di sini juga ada banyak kedai-kedai menjual pelbagai barangan souvenir dan produk-produk tempatan.

Kelihatan menara Rif Al-Andalus Mosque.

Macam-macam ada. From dresses to dream catchers.

Dari Debnat Elmakhzen Square kami melalui lorong dengan deretan kedai-kedai di kiri kanan ini menuju ke Outa Hamam Square.

Kelihatan salah satu menara kubu Kasbah yang merupakan sebuah kubu bersejarah di Chefchaouen ini. 

Kami ada masuk melawat kubu itu. Blognya in the next entry, inshaAllah.




Selain kedai-kedai souvenir, di sini juga ada banyak restoran dan kafe. Lepas penat berjalan atau just nak enjoy sitting and drinking your favourite beverages while people watching, boleh la lepak di kafe-kafe begini. 





Kami kalau bercuti begini memang tidak shopping unless betul-betul ada something specific yang nak dicari. Kami singgah di kedai ini beli souvenir untuk cat sitter kami. 






🔴Reka bentuk geometri Islam menggabungkan unsur matematik, seni dan sejarah. 
🔴Corak geometri adalah salah satu ciri seni Islam yang paling menyerlah, dianggap mencerminkan bahasa alam semesta dan kehebatan ciptaan. 
🔴Corak geometri (Tastir) yang digunakan di seluruh Maghribi sangat menakjubkan.


Bergambar kenangan dalam souvenir shop in Chefchaouen.


Kami pun tiba di Outa Hamam Square. Di sebelah kiri itu adalah kubu Kasbah Chefchaouen.

Many beautiful paintings of the blue old medina on sale to choose from as memorable keepsake or wonderful gift.  

Kalau nak bergambar dengan parrots pun ada juga. 

Outa Hamam Square ini adalah dataran utama di medina Chefchaouen, yang merupakan pusat bersejarah dan pelancongan Chefchaouen.

🔴Di dataran ini ada Kasbah utama (bangunan paling penting dan bersejarah di bandar ini, ia kini dijadikan muzium), Grand Mosque of Chefchaouen (masjid paling penting di bandar ini) dan kedai-kedai cenderamata dan restoran/kafe. 

🔴Ia juga berdekatan dengan Medina Chefchaouen, menjadikan dataran ini lokasi yang sangat sesuai untuk memulakan atau menamatkan berjalan di sekitar bandar lama ini. 
🔴Di dataran ini adalah tempat orang bertemu dan sentiasa ada muzik dan persembahan.

🔴Terletak di pusat bandar, dataran Outa el Hammam ini menonjol sebagai salah satu tapak yang paling kerap dikunjungi dan dianggap mesti dilawat oleh pelancong yang tertarik dengan keindahan dan kepentingan monumen bersejarah di sekitar kawasan ini.

🔴Satu ketika dahulu, dataran ini pernah menjadi tempat latihan untuk penunggang dan pejuang untuk pelbagai seni mempertahankan diri.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment