Wednesday, November 15, 2023

TAIWAN: XIMENDING WALKING TOUR 01

Assalamualaikum.
Ok, jom kita pergi jalan-jalan di Taipei City ini. Per our itinerary, Philip (our tour guide) akan bawa kami walking tour di Ximending Walking District yang jauhnya cuma lebih kurang 500 meter atau kira-kira 7 minit jalan kaki dari hotel penginapan kami iaitu Hotel PaPa Whale. Tapi kata Philip tak boleh ikut sangat time berjalan Google Maps itu sebab itu ikut kelajuan orang Taiwan berjalan dan Philip kata orang Taiwan memang berjalan laju! 😆 Jadi kami berdua yang berjalan slow ini, dengan kejap-kejap stop ambil gambar, makanya 7 minit itu boleh jadi sampai 20 minit lah 😄.

Dalam pakej percutian kami ini tidak termasuk makan malam. Jadi masa walking tour ini kami minta Philip tunjukkan pada kami lokasi sebuah restoran halal iaitu restoran Chang's Beef Noodle Shop yang kami sudah siap check masa di Malaysia lagi. Kami teringin hendak makan beef noodles 😋.

Tapi sebelum start walking tour, Philip tunjukkan pada kami dulu restoran untuk sarapan pagi esok. 



Keluar dari Hotel PaPa Whale, kami terus ke jalan Section 2, Kaifeng Street menuju ke arah Ximending. Kelihatan bangunan dan padang Fuxing Elementary School, which is a National Primary School.



Apartment and office buildings.

Pemandangan di XiNing Road. Kalau diperhatikan, ada banyak hotel dan restoran di sini. Dalam foto ini saja boleh nampak 3 hotel-hotel on one side of the road.

Di Taiwan ada diagonal crossings begini, atau juga dipanggil all-way pedestrian crossings atau pedestrian scramble crossings. 'Pedestrian scramble' ialah sejenis pergerakan isyarat lalu lintas yang menghentikan sementara semua lalu lintas kenderaan, dengan itu membolehkan pejalan kaki menyeberangi persimpangan di setiap arah, termasuk menyerong, pada masa yang sama. Diagonal crossings dalam foto ini adalah di pertemuan Kaifeng Street dan XiNing Road.
🦓Sebagai tindak balas kepada insiden terbaharu di mana seorang pejalan kaki terbunuh di lintasan zebra, Ministry of Transportation and Communications Taiwan mengumumkan bahawa semua bandar dan daerah di seluruh negara akan membuat 'scramble intersections'.
Insiden: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut selepas dia dan ibunya dirempuh sebuah SUV ketika mereka berjalan melintasi persimpangan pejalan kaki di Tainan City.
🦓Dengan 'pedestrian scramble' atau 'diagonal crossing', semua lalu lintas kenderaan dihentikan untuk membolehkan pejalan kaki menyeberangi persimpangan dari mana-mana arah.
🦓Kelihatan juga di atas jalan raya ini waktu-waktu tertentu bila diagonal crossings boleh dilakukan dengan ditanda tulisan 'During class'/'School time'. Tempoh lintasan menyerong di intersection ini adalah, contohnya, 0720 hingga 0750 dan 1210 hingga 1250.

Bangunan tinggi di hujung sana itu namanya Oman TiT.

Oman TiT, atau Taipei TiT Tower Square, ialah sebuah bangunan pencakar langit kediaman yang terletak di Daerah Wanhua, Taipei, Taiwan. Ketinggian bangunan ialah 130 meter dan ia terdiri daripada 27 tingkat di atas tanah, serta enam tingkat bawah tanah.
🏢Bangunan ini direka oleh kumpulan seni bina Taiwan Taipei International Group, dengan keperluan mencegah gempa bumi dan taufan yang biasa di Taiwan.
🏢Reka bentuknya menyerupai Burj Al Arab di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, melambangkan pelayaran dan kemakmuran.
🏢Tingkat pertama hingga lima dan podium digunakan sebagai pusat membeli-belah, dan tingkat enam adalah ruang kemudahan awam, menampilkan perpustakaan, kolam renang dalaman dan gim untuk penduduk. 
🏢Tingkat tujuh hingga dua puluh tujuh bangunan itu menempatkan 111 unit pangsapuri dengan pintu masuk dan keluar bebas.

Perbandingan antara bangunan Oman TiT, Taipei dan Burj Al Arab, Dubai.

Oman TiT and Burj Al Arab

XiNing Road.

Ini teksi di Taipei. Teksi kuning macam ini kami nampak ada banyak. Macam-macam taxi service ada; Yoxi, TaxiGo, LINE Taxi, DingTaxi, Q-Taxi, etc. Atau call saja the service hotline of Taiwan Taxi (55688 by cell phone).

Lane 28, Section 2, Kaifeng Street.

Kami pun sampai di salah satu jalan besar utama di Taipei ini iaitu di Section 1, Zhonghua Rd, Wanhua District.
Seperti di Amsterdam, Taipei juga merupakan sebuah bandaraya basikal. Ada disediakan laluan khas untuk basikal. Jadi pejalan kaki mestilah berhati-hati.

Di sini juga ada apa yang dipanggil 'Scenic spot' di mana pengunjung boleh naik atas Xiaozihao Overpass ini untuk melihat suasana bandaraya Taipei. Tentu lebih cantik ketika malam.

Xiaozihao Overpass yang dibina merentasi Zhonghua Rd.

Ok, jom kita melintas.

Sudah hendak senja. Pukul 5:10 petang masa ini.

Kata Philip, our tour guide, Taipei ini fast paced, so orang di sini juga kalau berjalan memang laju. Maka kami berdua pun melangkah laju lah masa melintas jalan yang lebar ini. Cuma ada masa 60 saat untuk sampai ke seberang sana... hihi 😅.

Tapi sempatlah juga mengetik kamera 😄.

Senja di Taipei.

Ini adalah salah satu bangunan pencakar langit Taipei; Cathay Zhonghua Tower. 
🏢Cathay Zhonghua Tower ialah sebuah bangunan pencakar langit yang terletak di Daerah Wanhua, Taipei, Taiwan.
🏢Ketinggian bangunan ialah 129.5 meter. Ia terdiri daripada 28 tingkat di atas tanah.
🏢Bangunan ini adalah sebahagian daripada projek pembaharuan bandar lama Bangunan Zhonghua. Bangunan lama itu telah dirobohkan pada 2019 untuk memberi laluan kepada bangunan baharu.
🏢Podium bangunan ini menempatkan pusat membeli-belah dan tingkat tengah dan atas bangunan ini menempatkan sebuah hotel dengan 300 bilik. Hotel ini dipanggil Solaria Nishitetsu Hotel Taipei dan ia dikendalikan oleh rangkaian hotel Jepun Nishitetsu Solaria Hotel yang juga mempunyai hotel-hotel di Bangkok, Thailand dan Seoul, Korea Selatan.

Lepas melintas, kami terus lagi berjalan di Section 1, Kaifeng Street. 

Pedestrian lane and bicycle lane, side by side. Jadi berhati-hatilah ketika berjalan kaki, make sure you are in the pedestrian lane. Di sini pejalan kaki sentiasa mempunyai hak lalu lintas, jadi penting untuk penunggang basikal di sini bersikap sopan dan mengutamakan pejalan kaki.

Dan kami pun tiba di restoran halal ini yang kami sudah siap-siap check masa di Malaysia lagi sebab teringin hendak makan beef noodles 😀. Actually, ada 2 restoran beef noodles yang halal di sini. Lokasi restoran-restoran ini adalah di Yanping S Road.

 Restoran sebelah kiri ini namanya Chang's Beef Noodles Shop.

Terpapar di depan restoran ini 'Zhangjia Halal Yellow Beef Noodle House' dan 'Chang's Beef Noodles Shop'. Pada sign kuning on the side: Home Recipe 50 Years Old Shop - HALAL - Zhangjia Halal Beef Noodle Rice.

Lepas selesai Ximending Walking Tour ini nanti, kami akan ke restoran ini untuk makan malam sebelum balik ke hotel.



Di sebelah kanan ada satu lagi restoran, namanya 'Halal Beef Noodle House'.

المطعم الإسلامي - Islamic restaurant
清真黃牛肉麵館 - Halal Yellow Beef Noodle House

Ok, jom sambung semula Ximending Walking Tour.

Pemandangan persimpangan Yanping Road dan Kaifeng Street, Section 1.

Kelihatan di hujung Yanping Road ini salah satu historical landmark Taipei iaitu Taipei North Gate (Cheng’en Gate).


Dari Yanping Road, kami pun dibawa ke Hankou Street, Section 1 dan berjalan menuju semula ke jalan besar tadi iaitu Zhonghua Rd.

Ada deretan kedai-kedai Shangri-La Foot Gym, Charity lottery dan Foot health center.


Hankou Street ini juga dikenali sebagai "Audio & Video Street" dan "Camera Street". “Taipei’s camera street” ini juga dipanggil “Beimen Shopping Area of Camera Stores.” Hankou Street mempunyai kepadatan kedai fotografi tertinggi di Taiwan.


Kedai-kedai Audio visual equipment supplier dan Foot massage parlor.

Ada mural besar di persimpangan Hankou Street dan Zhonghua Street.


Berjalan di Zhonghua Street.


Masa di Taipei ini kami nampak ada banyak kedai 7-Eleven. Dianggarkan terdapat kira-kira hampir 7 ribu cawangan 7-Eleven di Taiwan. Kata Philip, 7-Eleven di sini sangat popular especially kerana ada menjual ready meals. As mentioned by Philip earlier, memasak menggunakan api adalah tidak dibenarkan di rumah terutamanya rumah jenis apartment. Maka membeli ready meals adalah pilihan terbaik dalam keadaan ini.

"Let's go to the 7” biasa didengari di Taiwan, terutamanya di kalangan generasi muda di mana “7” merujuk kepada kedai serbaneka 7-Eleven. Mengetuai empat rangkaian kedai serbaneka utama dalam bilangan cawangan, "7-Eleven" telah lama menjadi sinonim tempatan untuk "convenience store/kedai serbaneka."

Adakah Taipei right hand drive? Jawapan kepada soalan itu ialah di Taiwan, mereka memandu di sebelah kanan jalan. Ini bermakna tempat duduk pemandu berada di sebelah kiri kereta, dan tempat duduk penumpang berada di sebelah kanan.
Saya baca keadaan traffic di Taipei ini sama saja dengan bandar-bandar lain seperti KL. Ada masa-masanya sesak dan adakalanya tidaklah jam. Di Taipei ini dikatakan keadaan traffic jam sudah berkurangan selepas ada MRT.

Pemandangan sunset di bandaraya Taipei. Kelihatan bangunan Oman TiT, atau Taipei TiT Tower Square.


Seterusnya kami dibawa Philip melintas Zhunghua Road berdekatan persimpangan Section 1, Wuchang Street.

Philip kata di Taiwan ada juga orang-orang Jepun. Saya tanya boleh ke dia bezakan antara orang Taiwan dan Jepun. Dia kata boleh. How? Dengan melihat cara mereka berpakaian. Ok, kalau couple yang depan kami ini orang mana? Cepat Philip jawab kata orang Taiwan. Tambah Philip, kalau couple Jepun, especially yang generasi muda, cara pakaian mereka lebih trendy dan stylish. 

Ketika ini sudah pukul 5:20 petang. Macam pukul 6:30 petang di negara kita. Fyi, waktu masuk solat Maghrib di Taipei masa itu adalah pukul 5:26 petang.

Di area sebelah sanalah kami akan teruskan walking tour kami, iaitu di area Ximending.

Ini salah satu gerbang masuk ke Ximending. 


Kanan sekali ialah bangunan Taipei City Government Police Department Foreign Affairs Division.  


Kalau city walking tour begini memanglah sesuai dibuat waktu malam. Beautiful city lights!

Ini gerbang masuk ke Ximending yang kita nampak tadi. 
Ada signboard besar dengan kata sambutan 'Welcome to Ximen'. 
歡迎來到 優質商圈 西門町 - Welcome to the high-quality business district Ximending.
Kelihatan juga the super cute 西門町 歡樂大使 (Ximending Happy Ambassadors), the 雲犬哈比比, Habibi, the Cloud Dog 😍.

Inilah Habibi, the Cloud Dog, Ximending Happy Ambassadors 😀.

Instead of masuk ke area Ximending, kami dibawa dulu terus berjalan di Zhonghua Street untuk ke satu lokasi tourist attraction.
帕斯塔 義麵所 - Pasta noodles place

This is bike sharing station for Taiwan's YouBike. Dengan sistem pengurusan elektronik, YouBike menyediakan perkhidmatan penyewaan basikal di seluruh bandar. Pengguna boleh menyewa satu basikal di suatu tempat dan mengembalikannya di tempat lain. YouBike mempromosikan gaya hidup mesra alam dan budaya ulang-alik hijau.
YouBike Smile Bicycle 2.0: Zhonghua Emei Street Entrance

Restoran ramen dan 'Monga' jual Taiwanese style fried chicken.

Lane 114, Section 1, Zhonghua Street. 'Comebuy' itu ialah sebuah tea shop.

Color108 is a nail salon.



Seorang penduduk Taipei sedang memungut recyclable paper boxes and other paper containers. 

Kiri ialah Airline Inn.

Restoran Shish Kebab B.B.Q pun ada, tapi rasanya tidak halal. 
羊肉串自動燒烤 - Lamb kebab automatic barbecue.

🏢PARTYWORLD ZhongHua building - a video karaoke bar. 
🏢Di belakang bangunan PARTYWORLD, ialah bangunan (warna hitam) Midtown Richardson, sebuah hotel 3 bintang yang dimiliki oleh owner yang sama yang memiliki hotel penginapan kami Hotel PaPa Whale. 
🏢Kanan sekali ialah Zhongshou Business Hotel Building.

Emei Street.

Popcorn Chicken King Ximen / Taiwan Salt Crispy Chicken restaurant.
台灣塩酥雞雞 - Taiwanese crispy chicken.

T'shirts shop and accessories and leather shop.

Kanan ialah West Gate Hotel, sebuah hotel 4 bintang. Memang strategik lokasi hotel ini.

Zhongshou Business Hotel Building.

PARTYWORLD ZhongHua building - a video karaoke bar. 

Kelihatan Golden Point Commercial Building - an apartment complex. Ketika ini kami berada di dataran depan Ximen MRT station, Ximenli Square.

Di kiri itu adalah Taipei Metro Ximen Station 6. Di sini memanglah tempat shopping. Jadi kalau kawan-kawan hendak ke Taiwan bercuti sambil bershopping, bolehlah ke area membeli belah ini. Elok pergi sebelah lewat petang atau malam sebab suasana lebih meriah dan sejuk nyaman (Oktober).

Itu New World Commercial Building (Ximending New World Building), sebuah shopping mall. Ada gedung H&M besar di dalamnya. 

Dan inilah salah satu attraction yang ada di Taipei. Lokasinya di depan Ximen Station 6. Nama lintasan berwarna warni ini adalah Rainbow Six Crossing.

Hendak tahu tentang lintasan pelangi ini? Silalah baca:
Pada 17 Mei 2019, Taiwan menjadi negara pertama di Asia yang legalize perkahwinan sejenis. Bandar Taipei membuat landskap pelangi yang dipanggil "Rainbow Six" ini di susur keluar No.6 Stesen MRT Ximen pada 25 September bagi melambangkan penghormatan Kota Taipei terhadap hak asasi manusia dan usaha aktifnya dalam mempromosikan kesaksamaan seks dan kemesraan jantina. Landskap pelangi baharu ini juga menjadi tarikan daftar masuk pelancong yang popular di Taipei City.

Di lokasi kami ketika itu ada satu lagi gerbang untuk masuk ke area Ximending. Laluan ini dipanggil Xi-Men Walker.

Kedai dan iklan billboard besar Adidas.

Gedung Nike di hujung sana. Suasana sudah semakin kelam pada masa ini.


Dalam shopping mall Ximending New World Building ini juga ada sebuah theatre, Wonderful Theatre. 
The Theater of Truth, Goodness and Beauty - The helmsman of art films
Salah satu peraturan yang mesti dipatuhi oleh penonton ialah "Merokok dan mengunyah pinang adalah dilarang sama sekali di pawagam ini". Haaa... tidak boleh ngunyah sirih dalam panggung ya 😄.

Kelihatan poster filem Malaysia bertajuk "Tiger Stripes". 
Wikipedia: 
Tiger Stripes is a 2023 Malaysian Malay-language body horror film written and directed by Amanda Nell Eu in her directorial debut. The film had its world premiere at the 2023 Cannes Film Festival on 17 May 2023 where it won the Critics' Week Grand Prize.


Di sebalik tabir dalam kehidupan seorang influencer media sosial. 
Menjadi content creator tidak semudah yang difikirkan. Tanda bakat sebenar seorang influencer adalah keupayaannya untuk membuat sesuatu yang sangat sukar dan mencabar kelihatan begitu mudah dan bersahaja sehingga ia mempunyai penampilan yang memungkinkan sesiapa sahaja boleh melakukannya dan melakukannya dengan baik.

Ok, ini peta walking tour kami setakat akhir blog ini. Bermula dari Hotel PaPa Whale, ke Chang's Beef Noodles Shop dan ke Ximen Station Exit 6.

Bersambung ke bahagian kedua.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment