Monday, November 6, 2023

TAIWAN: PREDEPARTURE - SAMA-SAMA HOTEL

Assalamualaikum.
Pada tahun 2023 ini bermakna telah pun 25 tahun saya travels/vacations. Berikut adalah ringkasan 63 travels saya dari tahun 1998 hingga 2023. Semuanya 39 negara. 
Syukur Alhamdulillah.

Sebagai penutup travels saya dan isteri untuk 2023 ini, kami telah ke negara Taiwan. Sebenarnya ada beberapa kali merancang untuk ke Taiwan sebelum ini tapi tidak jadi sebab pakejnya mahal (harga lebih terjangkau untuk ke negara lain) dan unexpected pull-out by other group members untuk pakej yang kami sudah pun berdaftar.

Syukur Alhamdulillah perancangan kali ketiga ini berhasil. Bak kata orang 'third time's the charm' 😊.

Makanya kami pun pergilah ke MATTA Fair cari-cari pakej-pakej dengan harga terjangkau. 

Memang ada banyak juga pakej ke Taiwan yang bagus-bagus dari beberapa Travel Agents. Tambahan pula Taiwan kelihatannya begitu agresif dalam pelancaran Muslim Tourism mereka. Jadi memang bertepatanlah langkah kami ke Matta Fair ini.

Lepas pusing-pusing dalam suasana meriah MATTA Fair ini, kami pun setuju ambil pakej private tour V-Islamic Travel dari syarikat Corporate Information Travel (CIT). Asalnya pakej ini adalah untuk 5 hari 4 malam tapi kami pendekkan ke 4 hari 3 malam kerana dalam pakej asal itu ada pergi ke beberapa tempat membeli belah. Kami tidaklah begitu berminat untuk bershopping maka lepas potong sana cancel sini, pakej itu kami dapat pendekkan sehari. Jadi selamatlah duit kami sebab tiada shopping dan harga pakej jadi kurang sebab less 1 day... hihi 😄. Ini itinerarinya, cover area utara Taiwan/Taipei dan tidak bahagian selatannya.  

Suhu di Taiwan ketika itu adalah seperti di Malaysia dengan ramalan hujan sebelah petangnya. Waktu solat Subuh pukul 4:37 am dan Maghribnya pukul 5:26 pm. Makanya kalau pada hari yang kami tidak sempat hendak balik ke hotel sebelum Maghrib, maka kami mestilah pastikan bersolat Zohor/Asar semasa jalan-jalan. 

Travel Agent CIT telah mendaftarkan pakej percutian kami dengan Taiwan Tourism Bureau. Seminggu sebelum kami berlepas ke Taiwan, ada cenderamata dihantar oleh Taiwan Tourism Bureau ke rumah kami.

Ada sanitizers, pocket prayer mat with compass dan bag strap 'Salam Taiwan'. Kami berdua suka sejadah poket ini. 

Beberapa buku dan phamplets tentang Muslims Travels in Taiwan turut diberikan. Nice!

Seperti biasa mestilah juga tukar duit. Lebih kurang RM1 ribu boleh dapat NTD7 ribu. Barang di Taiwan mahal sikit dari Malaysia. Harga air botol 12 oz di sana lebih kurang NTD21 atau RM3. Tapi tidak perlu bawa banyak wang tunai sebab mostly di sana adalah cashless transactions. Bawa saja secukupnya untuk makan dan beli souvenirs. 

Bercuti ke Taiwan tapi kenapa ke Sama-Sama Hotel pula? Sebab penerbangan ke Taiwan kami adalah pada pukul 9:15 pagi, which means kami mestilah bertolak dari rumah awal subuh. Bila sudah berusia begini, sudah tidak larat dah kami nak bangun awal menuju ke airport. Jadi sehari sebelum departure, kami menginaplah di Sama-Sama Hotel dengan rate mampu semalam dapat dari Agoda. Dulu masa kami ke Miri (2022), flight juga awal pagi, jadi masa itu kami bermalam dulu di Tune Hotel near KLIA2. 
Naik Grab ke KLIA1




Sama-Sama Hotel, KLIA.



Ini kali pertama kami menginap di hotel ini. Mewah di dalamnya. 


Check-in.



Beautiful decoration above the reception counter.



Mini garden behind reception. Such a beautiful fresh green view.

Ada flights information monitors.

Beautiful marble flooring. So slick and polished.

Wonderful lobby centerpiece. 




Another beautiful centerpiece with mesmerizing chandelier in front of the lifts.

Beg-beg kami dibawakan oleh seorang baggage porter. Dia turut memberitahu kami tentang the hotel facilities and amenities. He was very courteous and professional.



Berjalan ke bilik. 


Bilik kami. Luas sungguh. Maklumlah, hotel banyak bintang. Mujurlah isteri dapat rate semalam yang murah 😅.





A welcome message from the hotel displayed in the TV monitor. Nice!


Arah kiblat.





The amenities.



Peti sejuk ini berkunci. Kalau hendak unlock, kena bayar deposit RM300. Peti sejuk ini ada sensor. Angkat apa saja barang di dalamnya, terus kita kena caj, ditolak dari deposit tadi. 

Bilik mandi.






Pemandangan dari bilik.






Lepas solat dan berehat kami pun keluar dari bilik untuk jalan-jalan sekitar hotel, pergi check-in di KLIA1 dan makan malam.
Kelihatan dari tingkap di lantai bilik kami ini kedua-dua menara KLIA1 dan KLIA2




Di lobi hotel.








Ada taman dengan air terjun.


Cantik!



















KLIA1's Air Traffic Control Tower.


Sama-Sama Hotel KLIA1.


KLIA1.

Masuk semula lobi hotel.






















Seterusnya kami hendak ke Bangunan Terminal Utama KLIA1. Dari hotel ini, ada disediakan perkhidmatan buggy untuk hotel guests ke bangunan terminal.

Laju sungguh puan ini drive! I had to hold my cap... hahaha 😅😆.

It was a fun ride indeed 😄.



Masuk ke bangunan terminal.



Di sini, firstly kami pergi pick up pocket wifi device from Roamingman. Sudah beberapa kali kami guna Roamingman ini masa vacations abroad. The coverage was very good.




Dulu di KLIA1 Roamingman ini beroperasi hanya di sebuah kiosk kecil sahaja. Sekarang sudah ada kedainya sendiri. Maju jaya syarikat ini. Service/coverage memang bagus. Tentunya mereka ada ramai repeat customers seperti kami ini. In fact, masa kami sedang berurusan di sini, datang seorang tour guide dari sebuah travel agent ingin menggunakan service Roamingman ini untuk semua group members dia.

The device.



Ada restoran Jamie Oliver.




Seterusnya kami buat self check-in di kiosk ini.

Sengaja kami buat check-in awal supaya esoknya kami cuma perlu buat bag drop sahaja.

Untuk penumpang Malaysia Airlines, self check-in ini boleh dibuat seawal 48 jam sebelum departure. Bila buat self check-in begini, esoknya kita mestilah check semula departure gate kerana mungkin ada pertukaran gate. Juga check kalau ada delay.

Selesai ambil pocket wifi device dan check-in, kami pun pergi makan malam di Food Garden KLIA.








Makan malam kami, nasi campur.



Lepas dinner, naik semula buggy balik ke hotel.




A convenience store at the hotel.

Macam-macam ada. Harganya macam luar negera.

Cantik bercahaya lobi hotel ini di malam hari.

Suasana di luar hotel.




Ok, jom balik ke bilik untuk solat, rehat dan tidur. Tomorrow is going to be along day.











Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment