Baik, masih lagi dengan siri 'My Photography Journey with Landscapes Photography'. Kali ini saya kongsi pula foto-foto yang saya rakam ketika melawat ke beberapa jeti-jeti di Malaysia ketika bercuti atau photoshoot outings. Sebenarnya landskap di jeti-jeti adalah one of my favourite landscapes kerana ada elemen jeti, air dan langit biru.
Ini salah sebuah jeti nelayan yang ada banyak di kawasan Sekinchan, Sabak Bernam.
Pastinya merakam satu landskap sungai dari jeti ketika ada bot nelayan sedang lalu.
Seronok bila kebetulan masa kami sampai ke situ, ada beberapa orang nelayan yang baru pulang dari laut membawa hasil tangkapan.
Di Langkawi juga ada banyak jeti-jeti nelayan.
Landskap juga cantik kalau kita masukkan susunan bot-bot nelayan dalam framing kita. Selagi suasana di situ tidak terlalu 'busy' lah 😄.
Di Pulau Pinang juga ada banyak jeti-jeti nelayan. Selalunya saya cari jeti-jeti nelayan di negeri-negeri yang saya lawat dengan bertanya pada dan dibawa oleh pemandu-pemandu teksi. Mereka locals jadi mereka tahu mana nak bawa saya dan mana yang best untuk fotografi. Dan yang lagi best pemandu-pemandu teksi ini, bila saya bertanya serba sedikit, akan suka bercerita and imparts many interesting facts and stories of the place. To me these were such big bonuses 😃.
Sebuah jeti di Langkawi dengan backdrop gunung.
Dapat pula jeti yang panjang ke laut, lagi la best. Tapi saya ni tak berani nak jalan jauh ke sana... hihi 😅.
Dan tentunya ada banyak jeti-jeti nelayan di pantai timur. Ini sebuah jeti di Kampung Geliga Kemaman Terengganu.
Berdekatan dengan jeti Kampung Geliga tadi, ada sebuah lagi jeti di kampung sebelah iaitu di Kampung Kuala Kemaman, Kemaman Terengganu.
Sebuah lagi jeti di Pulau Pinang that I managed to visit as well.
Masa bercuti di Sandakan, kami juga jalan-jalan di Pasar Umum Sandakan. Di tepi pasar ini ada jeti nelayan yang besar. Jeti ini paling sibuk waktu awal Subuh kerana itu masanya ramai nelayan menghantar hasil tangkapan mereka ke jeti/pasar ini.
Dengan bertanya serba sedikit tentang pasar ini pada the locals, kita bolehlah merancang untuk capture its busy moments and tentunya the sunrise moments as well.
Beautiful sunrise at Pasar Umum Sandakan.
Jeti yang kami lawat di Johor adalah di Tanjung Piai. Bukanlah sebuah jeti nelayan or a jetty per se, tapi more like boardwalks.
The sky was so brilliantly blue that day.
Di Kelantan pula saya di bawa pak cik pemandu teksi ke jeti nelayan Kampung Sabak Kelantan.
Saya rasa seronok sangat dapat ke sini kerana suasana jeti nelayan ini sungguh 'authentic' 😀. It was so beautiful!
A short stop at a jetty at Kuala Pahang Pekan Pahang semasa pusing-pusing Bandar Pekan.
Ini pula jeti nelayan Balok Pahang. Masa sampai sini suasana sangat sepi. Tiada sebarang aktiviti nelayan. Itulah sebelum ke jeti-jeti kalau boleh cuba find out more about the jetties so that we can be there during its peak hours.
Ini salah satu jeti nelayan yang saya suka, jeti nelayan Kampung Tanjung Api Kuantan.
Fishermen's jetty and with modern structures (Jambatan Tanjung Lumpur dan Menara Teruntum) backdrop.
Ini Pasar Nelayan Kubang Rotan di Kuala Kedah, Kedah.
Satu lagi jeti nelayan di Sekinchan. Ini Jeti Sungai Labu Sekinchan.
Ini pula sebuah jeti nelayan yang serba moden with proper docks and walkways di Pulau Duyong Kuala Terengganu.
Ini di Tanjung Piai Resort, Johor.
Cantik sungguh langit masa tu.
Begitulah perkongsian saya dalam siri 'My Photography Journey - Landscapes - Jetties' 😊.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment