Friday, February 25, 2022

MIRI & KUCHING - DAY 01 - PART 02 - MIRI - BUKIT TENAGA & TAMU KHAS

  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Lepas makan tengahari, kami sambung dengan program Miri City Tour. Next, kami ke Bukit Tenaga yang dahulu dikenali sebagai Bukit Kanada (Canada Hill).

Pemandangan ketika naik ke Bukit Tenaga.



Itu Muzium Petroleum (dibina oleh Petronas dan Shell), salah satu attraction di Bukit Tenaga ini. 

Di dalam muzium ini terdapat pelbagai pameran tentang sejarah industri petroleum di Sarawak dan di seluruh Malaysia serta paparan berkaitan dengan industri petroleum termasuk sumbangannya kepada negara.

Inilah The Grand Old Lady, Telaga Minyak Malaysia pertama yang dibina pada tahun 1910. 

The Grand Old Lady ialah pelantar minyak pertama yang ditemui dan didirikan di Miri. Ia adalah salah satu monumen bersejarah di Miri. Ia telah menghasilkan minyak selama 62 tahun dari tahun 1910 hingga tahun 1972.

Cerita Amza (Tour Guide) pada kami, katanya dulu-dulu di Miri ini, minyak boleh dijumpai dengan hanya mencangkul tanah. Ketika itu the locals tidak tahu nilai dan kegunaan minyak ini. Tapi one thing for sure they knew kalau ia disambar api akan terbakar habis satu rumah. So they called it 'Devil's Oil'. 

Ini bukanlah lokasi asal telaga minyak ini. The original site is however nearby kata Amza. 

Amza turut bercerita sebelum kerja menggali minyak dimulakan, the locals membantah kerana takut seekor harimau sakti yang tidur di kawasan bawah bukit akan terjaga dan malapetaka akan menimpa mereka. After much persuasions, Syarikat Anglo Dutch Saxon berjaya meyakinkan the locals yang kerja-kerja menggerudi tidak akan mengganggu sang harimau sakti.

Dipanggil 'The Grand Old Lady' kerana ia adalah telaga minyak nombor 1 di Miri, umpama seorang 'ibu' yang mengeluarkan hasil yang bernilai kepada rakyat negaranya.

Diorama menunjukkan menggerudi dengan cara alat kawat (cable tool method).

Tinggi menara telaga ini adalah 30 meter, didirikan menghadap Bandaraya Miri. 

Penemuan minyak pada tahun 1910 di Bukit Tenaga adalah sejarah penting bagi Miri, di mana industri minyak di Sarawak bermula, dengan kejayaan menggali telaga minyak Miri pada 1 Disember 1910. Perkembangan industri minyak telah membantu mengubah Miri dari sebuah perkampungan kecil nelayan pada abad ke-20 menjadi sebuah bandar moden dan maju pada abad ke-21.

Maklumat tentang Telaga Minyak Miri No.1.

Menurut Amza, 'The Grand Old Lady' pernah dibom Tentera Jepun masa Perang Dunia Kedua. Jepun menyerang Miri untuk mendapatkan bekalan minyak bagi kegunaan kenderaan pasukan tentera mereka dalam usaha menakluk seluruh benua Asia.

Menurut ceritanya juga jurutera yang membina 'The Grand Old Lady' ini berasal dari Kanada. Kerana itulah bukit ini pernah dikenali sebagai Canada Hill. 



Di 'muzium terbuka' ini juga ada 3D wall murals mengenai sejarah perlombongan minyak di Miri - 'A History of Pioneering in Oil and Gas Technology'. Let's have a look, shall we.


Peta menunjukkan lokasi-lokasi Gas Fields and Oil Fields.

1964 Single Buoy Mooring. 

1988 Horizontal Well Drilling (Erb West).

1997 Float Over Method in Platform Installation. 

2001 Smart Well (Kinabalu Platform).

Gambaran transformasi Miri dari sebuah perkampungan kecil nelayan kepada sebauh bandar moden selepas penemuan minyak. 

Amza memberi penerangan.

Muzium Petroleum. 

Kami tidak berpeluang nak lawat muzium ini sebab masa itu ia ditutup for renovations.

Seterusnya kami menyusur naik ke next level di mana ada deretan bahan-bahan pameran serta maklumat. 








Di sini juga satu lagi pameran alat penggerudi minyak lama yang dipanggil 'Nodding Donkey'. Dipanggil demikian sebab bila menggerudi ia terhangguk-hangguk macam keldai. Juga katanya alat ini berbunyi macam keldai bila sedang beroperasi. 




Ok, selesai sudah lawatan ke 'The Grand Old Lady'. Now let's enjoy beautiful views sebelum bertolak ke destinasi seterusnya. 

Bukti Tenaga ini juga adalah merupakan lookout point yang bagus untuk melihat Bandaraya Miri dari atas. 

Pemandangan dari Bukit Tenaga ini adalah amazing sebab kita bukan saja boleh lihat panorama Bandaraya Miri, but also can see sempadan Miri-Brunei, pelantar-pelantar minyak di luar pesisir pantai dan Sungai Miri.


Ada lebih 600 pelantar minyak di tengah laut di Miri dan disebabkan cuaca baik dan cerah masa itu, we able to see 8 of them dari Bukit Tenaga ini. 


Bangunan Dewan Bandaraya Miri. 



Pullman Hotel Miri, hotel penginapan kami selama di Miri dengan backdrop Laut China Selatan.

Pelantar minyak.


Kelihatan Sungai Miri dan Stadium Tertutup dan Stadium Terbuka Miri. 


Nun sayup di sana adalah Sempadan Miri-Brunei. 

Ok, jom ke destinasi seterusnya dalam program Miri City Tour kami. Ini bangunan shopping mall Medan Niaga SEDC (Sarawak Economic Development Corporation) Miri di Jalan Melayu.

Di persimpangan Jalan Kingsway dan Jalan Cina.

Seterusnya kami dibawa Amza ke Tamu Khas. 

Selain Tamu Khas, di lokasi ini juga ada Tamu Kedayan dan Tamu Muhibbah. Amza bawa kami ke Tamu Khas sahaja kerana pasar itu lebih menarik di mana di situ ada dijual barangan etnik Miri. Jadi bolehlah kami dapat a bit of insight tentang budaya penduduk setempat.

Nampaknya konsep tamu-tamu di sini adalah seperti pasar pagi atau pasar harian that we all are familiar with.

Ragi sedang dijemur. Digunakan untuk buat tuak.

Peniaga-peniaga di Tamu Khas ini adalah kebanyakkan dari masyarakat Kayan, Kenyah, Iban, Melayu dan Kelabit. Mereka yang gerainya kami singgah, semuanya baik dan ramah belaka walau pun kami cuma melihat-lihat dan mengambil gambar sahaja. Malah mereka sudi menjawab soalan-soalan yang kami tanya tentang produk-produk yang dijual.

Ragi atau yeast balls. Tuak, minuman masyarakat Iban Sarawak, terbahagi kepada dua jenis iaitu tuak apai (lelaki) dan tuak induk (perempuan). Tuak apai lebih masam dan digemari oleh orang lelaki manakala tuak induk lebih manis dan disukai wanita.

Produk yang popular yang dijual di sini adalah beras, terutamanya beras bario. Bario bermaksud ‘angin' dalam bahasa Kelabit. Ia adalah padi bukit (padi huma) yang datang dari Tanah Tinggi Bario. 

Kata Amza beras ini dikatakan sangat berkhasiat kerana ditanam dengan menggunakan air gunung. Tapi harganya mahal kerana ia perlu diterbangkan ke Miri dari kawasan pergunungan ataupun dibawa menggunakan jalan balak.

Beras Bario ada 4 jenis: Adan Halus, Bario Tuan, Bario Merah dan Bario Celum. 

Beras bario mempunyai pelbagai khasiat seperti mempunyai kadar Indeks Glisemik (GI) yang rendah, mengurangkan tahap kolesterol dalam badan, mempunyai serat tinggi untuk tahan lapar serta cepat kenyang, mengandungi kadar zink dan antioksidan yang tinggi dan mengandungi kandungan vitamin tinggi untuk fungsi organ dalaman optimum. (Source: neuroversiti.com)

Beras Bario adalah juga salah satu produk pilihan pelawat dari luar Miri seperti dari Semenanjung Malaysia dan Brunei Darussalam untuk dijadikan buah tangan atau pun untuk kegunaan sendiri.

Beras Bario Adan Rice Ba'kelalan. Di Ba'kelalan ada 9 kampung berlokasi di Tanah Tinggi Maligan Bahagian Limbang, Sarawak, Malaysia. Ia berada di kira-kira 3,000 kaki (910 meter) di atas paras laut, 4 km dari sempadan dengan Kalimantan Indonesia dan 150 km dari bandar Lawas yang terdekat. Penduduk di Ba'kelalan adalah dari suku Lun Bawang.

Selain beras bario, antara produk-produk makanan lain yang juga laris yang ada dijual di sini adalah ikan terubuk masin, garam bario, belacan dan ikan bilis.


Nanas Sarawak yang cukup popular juga ada dijual di sini. Menurut Amza, jualan nanas meningkat ketika musim-musim perayaan.

Seterusnya Amza menunjukkan pada kami garam bario atau garam bukit. Kata dia selain untuk memasak, sesuai juga digunakan untuk mandian. Ia dihasilkan di kawasan lembah pergunungan setinggi lebih 1,000 meter dari paras laut dari penghasilan garam semulajadi dari telaga masin. Dikatakan garam ini memiliki khasiat tersendiri untuk menghindari pelbagai penyakit.
Proses pembuatan garam bario:
- Air dari telaga masin dimasak secara tradisional selama 24 jam dalam kuali besar. Kayu api yang cukup perlu disediakan. Api perlu dijaga supaya tidak terpadam sepanjang proses itu.
- Sebatian garam terbentuk di dasar kuali dengan berat kira-kira 3 kilogram. Kemudian garam itu dimasukkan ke dalam buluh yang ditebuk lubang kecil di dasarnya dan disalai beberapa jam lagi untuk disejat lembapannya.
- Buluh itu kemudian dibakar. Sebatian berbentuk silinder yang tinggal dibersihkan dengan mengikis bahagian luarnya sebelum dibungkus dengan daun dan diikat dengan jalinan buluh bagi tujuan pemasaran.
Sumber: bharian.com.my


Selain dibalut dengan helaian buluh (foto atas), garam ini juga ada dijual dalam botol plastik. Harga garam ini agak mahal boleh menjangkau hingga RM20 satu silinder kerana proses pembuatannya sangat rumit dan lama dan kos pengangkutan untuk dibawa ke bandar seperti Miri adalah tinggi. 

Di Tamu ini juga ada dijual bermacam-macam kuih tradisional Sarawak. Yang ini namanya Tebaloi. Dalam besen biru tu adalah kuih Cincin. Yang merah tu tak sure, mungkin kerepek ikan pedas.

Satu lagi produk popular di tamu ini adalah Belacan Miri. Ia dibuat menggunakan udang geragau atau 'bubuk'. Generally belacan Miri dibuat oleh para suri rumah dan ianya bebas MSG.

Udang kering Miri yang berkualiti. 

Ikan terubuk masin Miri juga banyak dijual di sini.

Macam-macam kuih tradisional ada dijual di sini. All look so yummy 😁.



Akhirnya tergoda juga so saya belilah 4 jenis kuih-kuih tradisional ini. Nak merasa. Kami berdua suka, especially saya sebab kuih-kuih ini semuanya kurang manis 😀. Patutlah saya perasan orang-orang Miri slim belaka. In fact, kami juga perasan bila kami order jus buah-buahan di restoran di sini misalnya, ianya langsung tidak dicampur gula. So good!!


Pelbagai rempah.

Ini natural loofah sponge yang diguna sebagai penyental badan (bath scrub). Nampak keras tapi bila kena air ia jadi lembut. 

Juga ada pelbagai barangan kraftangan.

Biji benih pelbagai jenis sayur-sayuran juga ada. 


Duri landak.

Masa nak beredar, we came upon buluh-buluh ini. Amza kata buluh-buluh ini digunakan untuk masak ayam. Nama masakan itu ialah Ayam Pansuh. 

Akan bersambung... Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. tau tak loofah tu diperbuat daripada apa?
    buah petola

    banyaknya benda menarik kat pasar tu .. duri landak.. beras bario.. nanas bario .. garam bario..
    jom kita pergi Bario ramai-ramai !!

    devil's oil -- minyak setan ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes I knew that fact masa pergi trip mana tah.. kat Istanbul rasanya.

      Macam2 ada doc. Banyak produk2 yg tak pernah saya nampak sebelum ini. Unik!

      Delete