Ok, masih lagi dengan kategori landskap untuk siri 'My Photography Journey ~ Landscapes Photography'. Dalam entry ini saya nak kongsi pula foto-foto landskap beberapa gua yang pernah saya lawat.
Tentunya ke Batu Caves yang merupakan salah satu gua yang terkenal bukan sahaja sebagai tempat kaum India beragama Hindu berkumpul semasa Perayaan Thaipusam tapi juga kerana ianya adalah salah satu lokasi lawatan popular di Malaysia.
Terletak di sebuah bukit batu kapur, Batu Caves yang mempunyai tiga gua utama dan beberapa gua kecil ini terbentuk lebih 400 juta tahun yang lalu. Lokasinya adalah di Daerah Gombak, Selangor.
Saya ke sana bersama seorang rakan ketika Perayaan Thaipusam 2008. And as you can imagine, tentulah ada ramai orang ketika itu. Fyi, itulah kali pertama saya ke Batu Caves.
Ada 272 anak tangga. Memang lelah nak panjat tapi ok je sebab banyak stop ambil gambar para penganut agama Hindu yang hadir ketika itu.
Tangga masuk ke gua dan tangga di dalam gua. Pada saya, it was quite tricky nak ambil gambar dalam sebuah gua kerana suasana di dalamnya yang agak kelam. Kalau fokus on the dark areas, yang dark areas akan nampak jelas dalam foto. Tapi bahagian terang pulak akan over exposed dan hilanglah the details. Jadi kenalah agak-agak nak adjust camera setting nak kasi balance both areas.
It is quite beautiful inside dengan sebuah corong besar semulajadi menerangi kawasan dalam gua.
Gua yang terbesar di sini dikenali sebagai Cathedral Cave atau Gua Kuil. It is massive.
Wonderful cave landscape.
Sambil ambil gambar kenalah juga make sure we were not in any way be in the way of the devotees performing their prayers.
Wonderful high ceiling.
Next, Gua Charas yang terletak di Panching, Sungai Lembing.
Lepas panjat tangga yang agak curam sampai termengah-mengah, maka sampailah jua ke pintu gua 😅😝. Mesti juga ambil gambar landskap pintu gua yang sangat besar ini.
Nak masuk ke gua kena turun tangga.
Ada tebing-tebing tinggi yang cukup indah dan epik di sekitar pintu masuk ke gua. Maka haruslah mendongak dan merakam pemandangan landskap ke atas.
Nun sayup ke bawah turun tangga masuk gua. Such a massive entrance!!
Ruang di dalam gua ini adalah sangat besar! See how tiny those people are dalam foto ini! Maka haruslah dirakam guna wide angle lens. Itu pun macam tak dapat nak capture the whole scenery 😅.
Landskap pintu masuk dirakam dari dalam gua.
Merakam dinding dan siling gua batu kapur yang terbentuk secara semulajadi sejak berjuta tahun yang lalu.
Ada sebuah kuil hindu di dalam gua ini. Juga ada patung-patung Buddha.
Seterusnya landskap dalam Gua Tempurung di Gopeng Perak.
Senang sikit nak ambil gambar dalam gua ini sebab ada pencahayaan dari lampu-lampu.
Ada disediakan laluan titi yang memudahkan pengunjung berjalan dan menyaksikan the spectacular stalactites and stalagmites.
Next, Gua Kek Look Tong. Lokasinya dalam barisan gunung batu kapur Lembah Kinta di Gunung Rapat, Ipoh.
Di dalam gua ini ada tokong penganut agama Buddha.
Juga sudah berusia jutaan tahun, gua ini penuh dengan stalactites and stalagmites.
Laluan di dalam gua ini sudah disimen memudahkan perjalanan pelawat.
Dalam gua ini juga disuluh dengan lampu-lampu that beautifully highlight the amazing walls and ceiling of the cave. Jadi senanglah nak ambil gambar dan tidak perlu crank up the ISO 😄.
Ini pula Gua Kelawar Langkawi yang kami lawat semasa the Mangrove Tour.
Sungguh mencabar nak ambil gambar dalam gua ini kerana ianya gelap gelita. Mestilah begitu dan tidak boleh dipasang lampu-lampu kerana itu akan mengganggu kelawar yang bersarang di dalamnya.
Di dalam Gua Kelawar ini juga pelawat boleh berjalan dalam air dari satu pintu gua dan keluar di pintu satu lagi.
The ceiling is very low dan terpaksa membongkok sikit. Parah kalau terhantuk kepala... hihi. Jadinya juga mencabar nak ambil gambar.
Berhati-hati berjalan di dalam gua berair yang gelap. Mujur ada lampu picit disediakan untuk pelawat.
Bahagian dalam gua ini adalah the opposite of the caves like Gua Tempurung dan Gua Charas yang mempunyai siling yang sangat tinggi.
Tak banyak kami ambil gambar sebab sibuk menunduk-nunduk dan rasa takut-takut kalau ada apa-apa yang menyentuh kaki kami dalam air tu... hihi.
All in all memanglah menarik melawat ke gua-gua di Malaysia ini. Tapi kalau lawat ke gua-gua dan bahagian-bahagian gua yang lebih ekstrem agaknya mesti lagi menarik landskap dalamannya. Tapi saya tak berani dan dah tak kuat dah badan ni... hihi. Begitulah sharings of my 'My Photography Journey - Landscapes - Caves' 😊.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment