Ok, sambung lagi cerita cuti-cuti kami di Thailand last year.
Entry ini lebih kepada berkongsi foto-foto yang sempat kami ambil sepanjang perjalanan kami dari Maeklong ke Bangkok, bandaraya Bangkok itself and our short visit to the Honey Center.
So lepas jalan-jalan di Maeklong Railway Market dan experince tengok keretapi lalu di tengah pasar tu, kami pun dibawa ke restoran halal yang ada di kawasan Maeklong ini yang big enough to accommodate our big group. Jalan kaki je sebab tak berapa jauh.
Nama restoran tu ialah Armeen Halal Restaurant. Lebih kurang 750 meter jarak berjalan kaki dari Maeklong Railway Market or about 10 to 15 minutes walk.
Tak tahu kenapa street lamps di Thailand dihias dengan patung-patung ikan. Pada hari ke 3 kami di Thailand pun kami nampak the same, golden fish pada tiang lampu jalanraya di Kanchanaburi. Perhaps this is one way to beautify the street/city.
Macam biasa sambil jalan, sambil ambil gambar.
Macam besar juga Muslim community di sini. Alhamdulillah.
Street vendor.
Kami ni kalau jalan-jalan begini memang la suka. Sebab kononnya kami sedang buat walking tour la.. hehe.
Dari big poster tu pun kita dah tahu street vendor ini jual apa.
Pork balls la tu agaknya. Besarnya.
Nama kuih manis ini ialah toddy palm cake (khanom tan). It is a Thai traditional dessert. I think macam kuih apam kita.
Deretan kedai.
Thanachart Bank - Thailand's sixth-largest bank.
Delivering ice.
AIS, one of Thailand's mobile operator.
Tuk tuks - named for the sound made by their small-capacity, two-cycle engines.. "tuk tuk tuk tuk tuk....".
Ini juga adalah salah satu dari pengangkutan awam di Thailand. Namanya songthaew yang bermaksud 'two rows' - ia adalah pick-up atau trak yang lebih besar yang diubahsuai jadi teksi atau bas.
Jom tinjau di belakang kenderaan ini.
The songthaew takes its name from the two bench seats fixed along either side of the back of the truck.
Kiri: Menghantar makanan yang dipesan.
Kanan: Gerai jual minuman seperti cocoa, caramel milk, green tea milk and Thai milk tea. Mini waffles pun ada.
Dari Kasem Sukuhm Alley ini kami belok ke kanan masuk ke Thanon Chareonchom Preeda.
Di Thanon Chareonchom Preeda ni kami came upon landasan tren yang melalui di tengah Maeklong Railway Market yang kami lawat earlier.
Peta di bawah menunjukkan lokasi kami ketika ini iaitu di point merah dan juga lokasi Maeklong Railway Market.
Bagus juga kalau tren ada lalu di sini masa ni. Dapat la tengok keretapi tu dalam suasana berlainan, bukan di pasar like we saw earlier.
Wat Pomkaew, a Buddhist temple.
Advertistment dengan gambar Thai celebrities.
Wat Pomkaew.
Dan kami pun sampai ke Armeen Halal Restaurant.
Restoran ni ada rating 4.4🌟.
Open concept dan selesa.
Gembiranya bila dapat tahu restoran ni ada disediakan bilik solat untuk pelanggan. Alhamdulillah.
Ni dah hari ke 4 kami di Thailand dan walau pun hidangan-hidangan lunch/dinner kami adalah tipikal Thai food, tapi rasanya berbeza belaka especially the tomyam. Apa pun versi tomyam yang dihidangkan pada kami, semuanya berlainan dan sangat sedap.
Tomyam putih tu memang favourite. Ikan 3 rasa tu versi yang tak pernah saya rasa dan sedap la sangat. Sayur campur seafood tu fresh and the vege crunchy. Telur dadar dah memang favourite kami berdua.. hehe. And the kerabu seafood tuuuuu.... how la to describe.... Cukuplah kami mengucapkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan Allah swt. Alhamdulillah.
Lepas makan, terus kami bersolat. Sementara group members lain selesai bersolat kami bersembang sekejap dengan encik ni. Dia dan family berkonvoi dari Kelantan ke Hat Yai dan lepas tu sini, Maeklong. Wah! Jauhnya! Saya check kalau driving dari Kota Bharu ke Hat Yai then ke Maeklong jauhnya 1,134 km atau 15 jam 30 minit 😲. Tapi ok kot sebab mereka bermalam di Hat Yai. So ada break la. Dan pastinya mereka buat a few stops masa dalam perjalanan dari Hat Yai ke Maeklong. And I understand memang ada orang yang seronok berkonvoi drive jauh-jauh 😊.
Then saya ternampak owner restoran ni, Pak Armeen. Terus saya tegur dan bagi thumbs up nak beritahu hidangan di restoran dia sedap. Kena la guna isyarat tangan begitu since saya tak faham bahasa Thai dan he cannot speak Malay/English. Terus muka Pak Armeen jadi ceria dan mula bertasbih, bertahmid dan berzikir dengan kuat sekali. I mean, like at the top of his lung! Punya la saya terkejut but at the same time rasa lucu pun ada. Semua orang dalam restoran tu pun turut terkejut sama.. hehe. Kami rasa itulah cara Pak Armeen nak menggambarkan appreciation dia.
Ni masa kami tengah bergambar, Pak Armeen tetap continue bertasbih, bertahmid dan berzikir dengan sekuat hati dia 😊. |
Dah siap semua, kami pun naik bas. Perjalanan dari Maeklong ke Bangkok akan ambil masa lebih kurang 1 jam.
Offerings yang diletak oleh owner kedai ini. Ada a bowl of white rice, a piece of meat (may be pork) and tomatoes, kuih warna oren namanya toddy palm cake (khanom tan), fruits (pineapple, bananas and oranges) dan segelas air kosong.
About 5 minutes kami bertolak dari Maeklong, we came upon petak-petak berair yang luas ini. Ini sebenarnya adalah sea salt farm.
Ladang-ladang garam laut ini lokasinya adalah di kawasan tepi pantai dalam wilayah Samut Songhkram dan wilayah Samut Sakhon.
Jalanraya yang melalui di ladang-ladang garam laut ini juga dipanggil 'salt road'. Gabungan hasil pengeluaran garam laut oleh ladang-ladang di sini menjadikan kawasan ini sebagai pengeluar garam laut terbesar di Thailand. Kerja menghasilkan garam laut dilakukan secara bermusim. Air laut dipam ke dalam ladang dan dibiarkan secara beransur-ansur sejat semasa musim kering antara Januari dan April.
Bila air laut telah kering, yang tinggal adalah mineral kristal putih. Kerja mengumpul garam laut ini adalah sangat labor-intensive di mana pekerja manually mengaut garam ke dalam bakul dan diangkut ke setor.
Masa kami lalu di sini it was December, jadi bukanlah musim garam dihasilkan kerana ia perlu dilakukan pada musim kering antara Januari hingga April.
Banyak juga la kami nampak patung-patung golden Buddha masa bercuti ni. I wonder though adakah patung-patung itu dicat dengan warna emas atau dilapik dengan gold papers?
Given its association with Sun, gold in Buddhism stands for knowledge, enlightenment, purity, happiness, and freedom. |
I'm not sure if this is vandalism or intentional. I thought may be someone drew the sunglasses. But then for them Buddha tu kan sangat sacred tak kan la ada yang nak buat begitu. Dan surely lah immediately someone would have erase the sunglasses. Tapi bukan vandalism rupanya.
Central Plaza shopping mall.
Bas berhenti isi minyak. Yang kanan tu pokok derma agaknya.
Main beli je air oren botol ni. Tak perasan cuma 25% orange juice. Manisnyaaaa... mengigil... huii..
Tiang-tiang letriknya pacak dalam air.
Car dealer and furniture mall.
Lots of road works, hence traffic jams.
Kedai dapur dan iklan selipar.
Roadblock.
Menyeberang sungai Chao Phraya menuju ke pusat metropolitan Bangkok.
Bangunan KBank (Kasikornbank) Ratburana. Formerly known as the Thai Farmers Bank. Fourth largest commercial bank in Thailand.
Lebar sungguh sungai Chao Phraya ni.
Menyeberang sungai Chao Phraya dengan Rama IX bridge. Yang kanan tu Star View Condominium. The 2 smaller white buildings tu ialah Riverside Villa Condominium 2. The tall on on the left tu mungkin juga condominium. Selalunya begitulah, di river fronts mesti ada dibina condos obviously because of the views.
Star View Condominium.
Yang bestnya bila naik bas dan lalu pula elevated highway macam ni, kita dapat lihat pemandangan city skylines.
Bangkok skyline. Bangunan paling tinggi itu ialah Four Seasons Private Residence, Bangkok. 73 tingkat.
Bangkok's giant advertistment bill boards.
More condominium buildings.
Bangunan putih tu ialah Assumption College. Far right is CAT Tower. The twin towers tu pula ialah Magnolias Waterfront Residences Iconsiam - 70 tingkat (kiri) dan The Residences at Mandarin Oriental Bangkok - 50 tingkat (kanan). Iconsiam merupakan bangunan ke 5 tertinggi di Thailand.
Ke pusat bandar Bangkok dengan Sirat Expressway.
Kiri: City Residence (a 3 star hotel). Kanan: Srijulsup Building (commercial buiding).
Then we came upon this water canal. Mula-mula ingatkan sungai. Namanya Phanfa Water Gate dan ia sebenarnya adalah merupakan sebuah terusan yang dibina untuk menghubungkannya dengan Sungai Chao Phraya.
Ini lokasi Phanfa Water Gate. Boleh cruise di terusan ni dengan water taxi.
Locally ia dikenali sebagai Khlong Saen Saep, terusan ini dibina untuk membekalkan air kepada daerah-daerah tempatan sejak ia dibina pada 1840.
Di bawah tu ialah Petchaburi Road.
Bendera Thailand.
The Ministry of Foreign Affairs building.
King Maha Vajiralongkorn, officially known as King Rama X. Portret King Maha Vajiralongkorn banyak kami nampak diletak di bangunan terutama di bangunan pejabat kerajaan.
Faculty of Science, Mahidol University |
Di bawah tu ialah Samsen Water Treatment Plant. Bangunan putih tu ialah Vichaiyut Hospital & Medical Centre.
Bullet shaped tower tu ialah Pearl Bangkok - 25 tingkat. Di kanannya Piriyaboon Tower. To the left of Pearl Bangkok is Centric Ari Station (condominium complex).
Sirat Expressway.
Wonderful view of Bangkok skyline.
Pearl Bangkok (middle), Piriyaboon Tower (right) and Centric Ari Station (left).
Dan kami pun sampai ke Thepprasit Honey for as short visit.
Biasa la kan, kalau bercuti cara pakej ikut group tour macam ni mesti ada persinggahan wajib begini.
Tapi kata, Puan Mona, tour leader kami, kalau kita ke Thailand semua group tours dimestikan buat 1 sahaja persinggahan begini, taklah sampai 4 kedai macam kalau ke China.
Kedai persinggahan pun boleh dipilih antara pusat jualan madu lebah ataupun kedai permata. Travel Agent kami memilih membawa kami ke kedai jualan madu lebah. Kami faham kerana ini adalah salah satu usaha kerajaan Thailand membantu industri madu/permata/lain-lain mereka.
Dalam group kami tak ada pun kami dengar any of them komplen pok pek pok pek. Semua nampak ok je. Mereka pun nampaknya macam seasoned travelers, jenis yang macam kami ni, yang suka ambil pakej..hehe. So dah biasa dengan lawatan wajid seperti ini. Saya dan isteri ok ke? Eh... kami ok je.. kan interesting.. hehe. Lagi pun letih lelah la nak pok pek. Better enjoy ourselves... hehe.
Nama pusat jualan madu ini ialah Thepprasit Honey. Ia menjual produk-produk madu lebah dari Northern Thailand berhampiran kawasan Chiangmai.
Ketibaan kami disambut oleh seorang petugas yang bernama CK. CK adalah seorang lelaki berbangsa Cina yang sebenarnya berasal dari Pulau Pinang.
Di sini kami diberi penerangan tentang khasiat madu dan produk-produk yang dihasilkan oleh Thepprasit Honey. Produk yang dipromosikan kepada kami adalah Mature Honey. Banyak juga ilmu baru yang kita dapat tentang khasiat madu sewaktu mendengar penerangan dari CK.
Sambil mendengar taklimat, kita dijamu dengan minuman madu sejuk yang memang sedap dan menyegarkan.
Lepas mendengar penerangan, kami diberi masa untuk membeli produk madu. Ramai dari group kami yang membeli. Kami beli bottled drink Lemon Honey ni je.
Harganya THB 30 (RM 4) sebotol. Kami beli 6 botol. Sedap sungguh rasanya. Wished we had bought more!
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
saya terasa lapar bila baca entri ini
ReplyDeletebaru pukul 12 ni
:))
Tu la masa sahur makan la lebih2 sikit :).
Delete