Monday, April 13, 2020

BANGKOK & BEYOND - DAY 04 - PART 01 - DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET


Good morning Kanchanaburi. Ok sambung lagi cerita vacation kami di Thailand tahun lepas.

Bersarapan.


Ni je yang boleh dimakan. Kami dah belajar, kalau masa travel, makan jangan la cerewet sangat. Asal kenyang je. 

Kanokan Place (Kanokan Hotel), Kanchanaburi, Thailand.

So, ke mana kami pagi tu? It was time to head on back to Bangkok since esok dah nak balik Malaysia. Dalam perjalanan ke Bangkok ni kami akan dibawa singgah ke dua pasar unik di Thailand ni: Damnoen Saduak Floating Market dan Maeklong Railway Market. 

Kami bertolak seawal pukul 7 pagi sebab nak kejar keretapi yang lalu di Maeklong Railway Market pada pukul 11.30 pagi. 

Ok, just wanted to share, sepanjang perjalanan kami di Thailand ni, kami selalu nampak menara tinggi seperti dalam foto-foto di bawah. Like, setiap kilometer mesti ada beberapa menara. Kami agak mungkin menara tangki air, tapi saiznya kecil saja. Jadi kami tanya la Saran, our local guide. Dia kata itu sebenarnya serombong asap di rumah-rumah dan kuil-kuil tempat pembakaran mayat orang yang mati. 
🔴 Pengebumian di Thailand dianggap sebagai upacara penting kerana ia mewakili kelahiran semula dan laluan ke satu kewujudan lain. Bagi yang lebih tua dan lebih dihormati upacara pengebumiannya lebih terperinci. Kebanyakan orang Thailand dikebumikan mengikut ritual Buddha. Tempoh formal wake adalah selama tujuh hari. Pada masa itu jasad dibawa ke sebuah rumah mayat di mana ia boleh disimpan selama beberapa hari atau beberapa tahun sehingga ia dikebumikan.
🔴 Saudara mara dan rakan-rakan tidak akan menunggu sehingga pembakaran mayat selesai. Mereka akan kembali keesokan harinya untuk mengumpul abu. Seorang sami hadir untuk upacara ini. Kelopak-kelopak bunga dicampur dengan abu. Bergantung pada kehendak keluarga si mati, abu akan disimpan dalam satu bekas abu mayat (urn) atau dalam beberapa bekas. Sebaik sahaja abu dikumpulkan ia dibawa ke dewan sembahyang di mana dilakukan chanting. Robes dan makanan diberikan kepada monks sebagai pemberian dari si mati. Ada beberapa cara dibuat seterusnya pada abu si mati. Selalunya ia disimpan di kuil kerana akan ada upacara membuat merit (merit making ceremonies) pada hari ke-50 dan ke-100. Ada juga yang menyimpan abu si mati di rumah. 
🔴 Pilihan ketiga, pilihan lebih popular pada masa kini, ialah melakukan "loi angkarn" yang bermaksud 'terapung' atau hamburan abu di atas air. Walau bagaimanapun, keluarga si mati mungkin juga menyimpan beberapa peninggalan, seperti kepingan tulang, di dalam kuil di rumah. Ini bukanlah tradisi Buddha kerana ia telah disesuaikan dengan agama Hindu di mana mereka sering menyerakkan abu di Sungai Ganges. Sesetengah orang Thailand percaya bahawa menabur abu orang yang tersayang di sungai atau di laut terbuka akan membantu menghilangkan dosa si mati dan juga membantu melancarkan perjalanan si mati ke syurga. 

Gerbang masuk ke sebuah taman atau kawasan perkampungan agaknya. Ke gerbang ke sebuah kuil? Gerbang-gerbang dengan quite elaborate golden ornamental decorations begini banyak kami nampak.

Nampak landasan keretapi ni, teringat the Thai-Burma Death Railway dan Hellfire Pass. Jadi nowadays ramai ke Japanese tourists datang ke Thailand? 1.7 juta pelancong Jepun datang ke Thailand (2017). 10,579 orang Jepun tinggal di Thailand, of whom 9,525 duduk di Bangkok. Sekarang ni the 'War Memory' di Thailand ni sudah tidak lagi 'meminggir' atau 'membenci' orang Jepun kerana terdapat satu persefahaman di Asia Tenggara bahawa Jepun sebagai sebuah negara secara positif membentuk semula imej mereka selepas Perang Dunia II dengan menyumbang kepada pemeliharaan dan projek perindustrian di seluruh rantau ini.


Sebuah sungai. 

Sungai Mae Klong agaknya.

Laluan keretapi Thai. 

Banyak juga terusan yang kami nampak. Untuk pengairan ladang-ladang.


Sebuah hotel agaknya.

Perjalanan dari Kanokan Hotel ke Damnoen Saduak ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Keadaan traffic masa tu nampaknya masih ok lagi.

Kedai jual berhala.

Deretan berhala dan spirit houses untuk dijual diletak/pamer tepi terusan. 

Ini deretan kedai-kedai menjual perabot kayu. Kebanyakkan pengusaha membuat perabot di Thailand adalah bersaiz kecil atau sederhana. Perabot kayu dianggarkan menyumbang 70% daripada semua perabot yang dihasilkan dan bahan yang paling biasa digunakan dalam pengeluaran perabot adalah parawood (60%).

Pengusaha rumah kayu pasang siap begini pun ada juga. Cantik sungguh design tradisionalnya. 
Di Thailand sebuah rumah kayu tradisional pasang siap (boleh dialih dan dipasang semula), 2 bilik single storey berharga USD 85k; about RM 370k. Mahalnya! Tapi bukan la macam dalam foto atas ni. Kalau mahal begitu, definitely with very elaborate design.

Nampak rumah kayu pasang siap tu mengingatkan kami pada Rumah Panggung Minahasa di Desa Woloan, Kecamatan Tomohon Barat, Sulawesi Utara semasa kami bercuti di Sulawesi, Indonesia. Untuk rumah dengan 2 bilik tidur harganya ialah Rp 100 juta atau RM 28,000. 
Rumah Panggung Bongkar Pasang Asli Minahasa.


Mae Klong river. Sampai dah ke Damnoen Saduak. 

Damnoen Saduak terletak dalam wilayah Ratchaburi.


Damnoen Saduak Floating Market pernah kami lawat pada 2012. Masa tu kami dibawa terus dalam van ke floating market. Kali ini kami dibawa ke sana dengan Longtail Boat. How exciting 😊.

Attractions offered to tourists.

Inilah lokasi Longtail Boat jetty dan lokasi Damnoen Saduak Floating Market. Kami akan menyusuri terusan (garisan biru) ke floating market tu.

Here's how I tracked the location.

I was half expecting that there'd be a large crowd, queues of tourists tapi lengang je which was very nice la. 

These are the longtail bots. Boleh muat 8 ke 10 orang.


Longtail boat operators sedang menunggu pelanggan.


Baik je anjing ni, tak kacau orang pun. Jenis husky agaknya.


Lepas beli tiket Saran pun ajak kami semua naik. Saya cepat-cepat tarik isteri naik bot dan duduk paling depan sekali. Nice ambil gambar duduk depan ni.. hehe.

View depan dan belakang bot. As you can see, kami tak pun disuruh pakai life vest. Tak nampak pun life vest dalam bot ni. Apa-apa pun baca Bismillah dan berdoa.

Steady je speed bot ni since lalu di kawasan perumahan. 

Ada floating market lain juga di sini. Yang ini ialah Phung Luang Floating Market.

Rumah-rumah kediaman di tepi terusan. 


Insta-style shot at Damnoen Saduak Canal, Ratchaburi Province, Thailand... hehe.


Sun-flared Damnoen Saduak Canal 😊. 

Pelayaran Longtail Boat kami menggunakan Terusan Damnoen Saduak yang merupakan terusan yang terpanjang dan paling lurus di Thailand. Panjang keseluruhan terusan ini ialah 32 km. 

Pembinaan terusan ini dibuat dari 1866 hingga 1868 dengan perintah Raja Rama IV bertujuan untuk menghubungkan Sungai Mae Klong dan Sungai Tha Chin. Sejak itulah banyak pasar-pasar terapung dibina di canals ini. Dari terusan utama ini juga kira-kira 200 saluran sampingan digali oleh penduduk kampung. 

Ingatkan warning signboard 'Beware of Crocodile'. Rupanya iklan 'Cobra Show'. Dari jauh nampak macam gambar buaya. Kata Saran, tak ada buaya dalam terusan ini. Yang ada cuma biawak saja.

Terusan di sini dipanggil 'Khlongs' (canal) by the locals.

Again it was nice to note that the canal was not congested with boats of tourists. Well, at least the canals we were passing through. 

Ehhh... bot tak goyang ke bila berselisih macam ni? Goyang! Tentu la terumbang ambing sebab bot ni kecik dan panjang. Tapi tak la teruk sebab bot-bot di sini tidak dipandu laju.

Pemandangan ke belakang.


Satu lagi attraction; an Elephant Village. 

Masa ni operator bot ni memecut laju agaknya sebab tak ada bot lain dan bukan di kawasan perkampungan. It was quite exhilirating actually. Terus tanggal topi takut terbang macam masa saya naik motor balik dari air terjun Kawasan di pulau Bohol, Filipina... hehe. 

Kami pun dibawa membelok ke kiri dan memasuki bahagian terusan yang besar saiznya.


A very wide section of the canal. I believe this was part of the original canal built in the mid 1800s. 

Oh ya, lupa nak mention earlier: based on the parts of the canal that we were passing through, kami perhatikan terusan di sini bersih. Tiada sampah sarap terapung sana sini. Dan juga tiada kami terbau apa-apa yang kurang menyenangkan. 

And the best part for me ialah laluan kami ni lengang je. There were hardly any other boats. It was rather calm actually. And yes, I am aware it'll be chaotic dekat floating market nanti. But that'll be beautiful chaos lah.. hehe. 

Ada dibina jejantas pejalan kaki berbumbung menyeberang terusan bagi kemudahan penduduk setempat.

Juga ada titi-titi konkrit yang menyambung rumah-rumah di sini.


Bot-bot diparkir di depan rumah. 


Selain rumah-rumah kampung kayu, ada juga modern abodes. 


Kedai di depan tingkat bawah. Di atas, tempat kediaman. 

Jejantas pejalan kaki / motor juga di bina menyeberang terusan-terusan kecil.

I think ini adalah salah satu cabang terusan yang dikorek sebagai tambahan yang menghubungkan the main canal dengan kawasan perkampungan di dalam sana tu. 

Titian konkrit ini juga digunakan oleh penunggang motor.

The locals.

Tak banyak aktiviti penduduk di sini yang dapat kami lihat di bahagian terusan ini.




Agaknya kalau lama tak pakai bot, elok diparkir atas rak berbumbung macam ni. Also agaknya senang la juga nak cuci the boat's underside. Juga agaknya typically rumah-rumah di sini ada tempayan besar / bekas air besar di tepi tangga rumah untuk membasuh kaki sebelum naik masuk rumah. 

Seorang auntie jual coconut ice cream dari atas bot. Hmm.. unik pulak rupa/design bot merah dia tu. 

Welcome to Floating Market.

Yes, that's a post box.

Since dah dekat dengan the main floating market, banyak la aktiviti penduduk kami mula nampak. 

Nampak tak di hujung belah kanan foto di bawah ni ada signboard Ø­Ù„ال ? Ada restoran halal di bahagian terusan ini. 

Ok, ni saya zoom-in on the restaurant.




Aaa.. berlunjur kaki sekejap.. hehe. Maklum la umur dah gini, cepat lenguhnya... hehe. Btw, I love it that this boat is so colorful! 😊



Seorang auntie tengah makan di anjung rumah tepi terusan. 
Saya kalau dapat tangkap foto macam ni mula saya scrutinize. Ada pasu besar yang pokoknya dah mati. Ada pasu kecil yang dicucuk batang-batang incense. Is that a bottle of anti-bacterial spray? Di belakang auntie tu ada standing fan. Belakang kipas tu ada old black and white photo of a couple. Ada jemuran pakaian orang dewasa dan kanak-kanak. Ada green water plant di bawah anjung. Di bawah rumah ada tiub biru membekal clean water agaknya.
Well, all these observations may not be terribly exciting to some, but they are for me.. hehe. 

Pelayaran kami ini mengingatkan kami pada Kampung Ayer di Bandar Seri Begawan, Brunei. 

Teruskan lagi pelayaran


Di kedua-dua belah tebing terusan ini dibina concrete walkway.

Spirit house yang dihiasi dengan bunga orkid. 

Bot pun dipelahankan sebab dah dekat nak sampai.


Jejantas / gerbang Damnoen Saduak Floating Market. 

Docking.

Alhamdulillah, kami pun selamat sampai. 

Inilah peta pelayaran bot kami dari longtail boat jetty tadi hingga ke Damnoen Saduak Floating Market. Tak lama, cuma lebih kurang 20 minit sahaja.
As you can see kami dibawa dengan bot ikut pusingan besar i.e bergerak memulakan pelayaran ke arah kanan dari jeti instead of the shorter way ke arah kiri. Nice lah!

Again even here, tourists tak terlalu ramai. Selesa la nak jalan-jalan.

A banana seller with matching banana hair clip.. hehe. Nyaring betul suara cik kak ni suruh orang beli pisang, sweet potato, fried bananas and banana chips dia... hehe. 

Kalau nak berfoto dengan ular besar ni pun boleh. 

Dan tentunya ada banyak kedai-kedai begini. 



Cafes pun ada beberapa di sini.

Jeti kecil tempat turun naik sampan.

Penjual durian. Besar betul. Nampak tebal isinya. 

Penjual yang docking begini menunggu pelancong-pelancong yang cruise naik sampan.

Tourists tak ramai, students ramai. Berbondong. Macam masa kami di Jim Thompson Farm that day. Lawatan sekolah la tu.

Beautiful art.

Jom naik ke anjung ni. 

Aaaa.. view yang cantik dari atas. 

Damnoen Saduak is the original floating market in Thailand. 

Ada ramai penjual bersampan.

Tak tau apa auntie ni jual. Nampak macam wrapped glutinous rice and desserts. 


Teringin juga nak cruise naik sampan macam mereka ni tapi we've done it before dulu masa bercuti lawat pasar ni. 

Pada 2012 kami pernah ke sini. Now in 2019, nampaknya tak banyak yang berubah. Seemed the government / Tourism Ministry Thailand memang nak maintain the market the way it is. 



Seorang monk sedang bersampan.

Handbags, ladies?

Arrangements for sampan cruise boleh dibuat di bawah tu. 


Mother daughter team. 

Adakalanya ada sampan bermotor meluncur laju di intersection. 

I worry takut ada sampan yang kena langgar 😞. 

Ambil la gambar puas-puas sebab nice view dari anjung ni. Also, sebab setakat ini rasanya kami tak ada la plan nak ke sini lagi lepas ni... hehe. 


The shops. Kedai-kedai di sini seringkali dilabel sebagai 'tourists trap'. Saya rasa that's unfair. Tak kan la semua penjual di situ unscrupulous begitu. Kesian mereka yang jujur. Hanya kerana nila setitik. Tapi I understand mungkin ada yang kata bukan hanya setitik je nilanya, tapi satu baldi! Habis tercemar semuanya. Entah la. Mungkin saya sendiri tidak pernah kena scam atau saya ni naif orangnya. Saya kesian sebab mungkin ada penjual-penjual di sini yang benar-benar orang susah. 

Geram betul tengok the fresh fruits!

Balik semula ambil foto di terusan. 
Haa.. kalau naik sampan cruise ni, pendayung akan stop-stop di gerai-gerai tepi terusan macam dalam foto bawah ni. Dulu masa kami ke sini, pun begitu juga tapi politely je kami kata tak nak and pendayung sampan akan move on. Tak de pun kena paksa beli. Begitulah cara pendayung sampan tu nak dapatkan extra income sebab if there were purchases made by the tourists from her boat, dia akan dapat commission sebab dia bawakan pelancong ke gerai tersebut. Mesti la ada tourists yang tak suka atau marah sangat kena paksa stop begitu. Tak payah stress, kata je tak nak beli apa-apa. For me, saya seronok sebab dapat tengok dan ambil gambar apa yang dijual 😊. And, dalam ramai-ramai pelancong tu mesti la ada juga yang suka membeli belah dengan cara unik bersampan begini.. hehe.

Auntie yang di tengah terusan tu jual coconut ice cream dan air kelapa muda. Yang sebelah dia tu tak tau apa. Let's zoom-in shall we.

Hmm.. nampak macam some sort of kuih tradisional Thai. Kalau tak silap itulah Kanom Krok atau coconut pancake (foto kiri). Foto kanan: air kelapa muda dalam mangkuk dengan hiasan bunga orkid ungu.

Dropped by to say hello to fellow trader.

Sedap kot jualan auntie ni sebab nampaknya macam banyak dah habis.

Selesa je mereka cruising. Dulu kami di sini sesak, sampai sampan kami bergesel-gesel dengan sampan lain... hehe.. which to us was far more exciting lah... 😊.

Penjual topi. Break makan.

Nampaknya canal ni dah makin sibuk.

Ternampak student Muslim ni, terus ajak bergambar. Sporting je dia gelak-gelak bergambar dengan my wife. 

Aduhh.. saya ni dah la suka sangat buah mangga. Yang dijual di gerai ni dah siap potong-potong pulak tu. They looked so fresh and succulent! But we had to keep going. Jauh lagi nak explore and we do not have that much more time dah masa tu. So kena la lekas.

Di pasar ni juga ada mini food court. Those are pork egg rolls. 

Menunya ada je pork, pork, pork... Ada fried noodles with pork, dried noodles soup with pork, noodles soup with pork, spicy noodles soup with pork and egg, red noodles soup with pork, stewed pork noodles soup etc.

Paew Boat Service.


Ini pula penjual barbeque pork. 

Jumpa satu lagi anjung. Ambil gambar dari sini lagi best. Plus, canal ni pun lebih sibuk masa ni. 

Bergambar di anjung dengan terusan dan sampan-sampan Damnoen Saduak Floating Market di background.

Dari anjung ini boleh nampak jambatan besar Damnoen Saduak Road. Di jambatan tu kiranya macam tempat wajid ambil foto. We're going there in a short while.

I wonder though, did the canal here ever get congested? I guess the authority must have limit the number of sampan that can be in the canal at any given time. 

Haaaa.... kami dulu sesak begini la.. hehe. Tak ke lagi fun nampaknya... hehe.

Sedapnyaaa... jambu air merah besar tuuu... surely juicy dan manis!

Adik berdua ni jual shrimp and chicken satay. 

Nampaknya macam lebar canal ni boleh muat antara 8 hingga 10 sampan at one time.

Grilled bananas. Jagung bakar pun ada. 

Thai grilled bananas with coconut caramel sauce.

This lady pula jual fried chicken, fried shrimp and fried squid. 

Apa pula yang auntie ni jual? Let's have a closer look.

Tak sure tapi rasanya noodles. Those are the assortment of condiments, which I think includes pork.


Fried chicken lady tengah beli noodles pork soup from auntie noodles.

Apa ya jambu air in English? Rose apple?

Yep, tempat ni dah really happening now.. hehe.

Next kami jalan sikit lagi ke jambatan Damnoen Saduak Road. 

View sini memang very nice since you are standing right in the middle top of the canal. 
Nampaknya bot-bot yang parking bertindih sampai 3 bot di sebelah kanan tu yang menyempitkan laluan, taking up almost 1/3 of the canal. Park situ tunggu tourists la tu.



A couple of shots untuk kenangan 😊.





Ok jom lintas Damnoen Saduak Road ini untuk ke sebelah sana canal pula.

Ada monumen wanita Thai bersampan jual buah-buahan. Ikon floating market.

Ke anjung sini pula.



Sebelah sini pun boleh tahan juga sesaknya.



Nampaknya sebelah sini ada lebih ramai penjual bersampan. Nice!




Di sebelah sini juga ada ular untuk pelawat bergambar bersama.

A sampan full of students. Fun field trip!

Macam-macam barangan di jual di pasar ini. 

Nampak tu! Besar betul injin motorbot tu!

Penjual goreng pisang. Mother daughter agaknya.

Saya ingat lagi pada 2012 kami di sini saya ada ambil gambar mak cik ni at exactly this spot. I remembered her because she was a sweet old lady and she has the most memorable face. Saya tengok-tengok la juga sana sini tapi dia tak ada. It has, after all, been 7 years. Perhaps she had retired. 

Apa yang lelaki ni makan? Nama dish ini ialah kuay jap. 

Kuay jap adalah mee dengan sup yang mengandungi usus, darah babi yang dimasak, paru-paru babi, dan organ dalaman babi yang lain, kulit babi, tauhu goreng dan telur rebus, disajikan dengan sos perasa seperti gula, cili, sos ikan dan cuka.

Penjual kuay jap.

Penjual buah-buahan.


Kami tak jalan sampai ke hujung sana, sampai di sini sahaja. Dah almost time to go back to the bus.

Oooo.. manggo sticky rice! I like!

I don't remember it being quite so colorful.. hehe.

Memang dah plan nak makan pulut mangga ni sebenarnya 😊.

Siap minta wife ambilkan gambar saya bersama penjual... hehe.

Looks delish! 😋

Since ada ramai students ni berkumpul di sini, saya pun ajak la bergambar.. hehe. Sebenarnya saya ngajak 2, 3 orang je, depa pi panggil semua gang.. haha. 

Dah jom patah balik ke tempat kami turun dari longtail boat tadi.


Sementara menunggu the rest of the group members kami makan pulut mangga warna warni ni. Sedap! Manis tapi... so serta merta buat firm mental reminder to myself supaya jangan lupa makan ubat.. hehe.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. pulut mangga kat Siam memang sesap kan?!
    tak jumpa lagi yamg sesedap tu kat sini
    ada jumpa tak ?

    kalau tak pandai , mesti kena scam kat sini
    maunya satu sampan kena bayar samoai tiga emoat ratus ringgit..

    hai laaa...
    eberiweh pork pork pork..
    geli geleman nengik :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sgt! Kat sini seingat saya cuma pernah try dari 2 restoran. Dua2 sedap tapi tak sesedap yg di Siam.

      Betul. Bahaya kan. Also can tarnish their image. Mana yg jujur pun kena labelled 'unscrupulous'. Kesian mereka. Years ago masa kami ke sini, local guide kami yg uruskan so kami tak la kena scam.

      Indeed. Mereka sgt gemar pork.

      Delete