Monday, December 30, 2019

NEGERI SEMBILAN - PENGKALAN KEMPAS & PASAR NELAYAN TELOK KEMANG

Since kami dah berada di kawasan Pengkalan Kempas ni saya dan En. Zarir pun decided to explore the sleepy town. 

Di kiri kanan jalan utama pekan ini ada deretan rumah kedai-kedai prasejarah yang nampaknya seperti sudah lama ditutup dan terbiar. 

Kami passed by Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yik Hwa, Pengkalan Kempas, Linggi, Negeri Sembilan. Pada tahun 2018, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yik Hwa memiliki seramai 49 orang pelajar dan 11 orang guru termasuk guru besar. 

Sunyi sepi. Hardly any vehicles passing by this main road.

Sebelum pembinaan laluan selatan bagi Lebuhraya Utara-Selatan dari Sungai Besi ke Johor Baru, Pengkalan Kempas adalah tempat perhentian bagi pengguna-pengguna jalan raya ke Melaka dari Port Dickson dan Kuala Lumpur.
  
Pada tahun 1990, jambatan Kuala Linggi telah dibina di merentasi Sungai Linggi di Tanjung Agas yang berhampiran dan ini menghubungkan lebih ramai pengguna ke Melaka. 

Malangnya, jambatan Kuala Linggi itu memintas Pengkalan Kempas, yang pada waktu itu, sudah mula hilang kepentingan dengan jumlah pengunjung yang semakin berkurangan.

Ada saya baca baru-baru ini (Oct 2019), menurut Menteri Besar Negeri Sembilan ada perancangan untuk menaik taraf Pekan Pengkalan Kempas ini. 

Usaha yang akan dibuat pada akhir tahun ini (2019) termasuk menaik taraf Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas dan jeti Pengkalan Kempas, serta mewarnakan bangunan-bangunan lama ini.

Ada la juga satu dua kedai yang buka.

Kelihatan sebuah dataran kecil yang ada pasar nelayan dan sebuah restoran. 

Ada kawasan dataran/parking yang luas di sini. Ada restoran (kiri) dan jeti (kanan). Di belakang sana ialah Sungai Linggi. Inilah Jeti Memancing Pengkalan Kempas, Pengkalan Kempas, Linggi, Negeri Sembilan.  

Bertentangan dengan Jeti Memancing Pengkalan Kempas ada Pondok Polis Pengkalan Kempas, Linggi, Negeri Sembilan. 

Setakat sini saja kami explore Pekan Pengkalan Kempas ini. We did not drive any further so we decided to park the car here and explore the jetty a bit. Ini Bangsal Nelayan Pengkalan Kempas di tepi Sungai Linggi. 

Saya dan En. Zarir pun berjalan ke arah Jeti Memancing Pengkalan Kempas di tepi Sungai Linggi ini. 

Ada jeti konkrit dan perahu-perahu berlabuh.

Di tepi Jeti Memancing Pengkalan Kempas ini satu papan tanda 'Tapak Bersejarah Nenek Moyang Cina Mendarat'.

Lebih dari satu abad yang lalu, lokasi pekan tepi Sungai Linggi yang strategik di sini telah menarik ramai pendatang terutamanya dari wilayah Fujian China yang dikatakan mendarat di Jeti Memancing Pengkalan Kempas ini. Penduduk tempatan di sini berbangga dengan sejarah ini dan tanda di jeti ini mengisytiharkannya sebagai tempat pendaratan bersejarah pemukim Cina awal di bandar itu.

Pendatang-pendatang ini kemudiannya mengusahakan tanah di sini dengan menanam padi dan getah. Hasil pertanian mereka dijual kepada pedagang-pedagang yang singgah di jeti ini. Walaupun jeti ini sunyi sepi sekarang, tapi boleh kita bayangkan bagaimana sibuknya jeti satu ketika dahulu. 

Terdapat dua lagi papan tanda di sini.

Haaa... sungai ni ada BUAYA!! 
Terdapat papan tanda di kawasan jeti ini dengan kenyataan 'Dilarang mengganggu buaya dan habitat buaya di kawasan ini' yang diletak oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan. Jika didapati bersalah boleh di denda atau dipenjara atau kedua-duanya.

Menurut data daripada Perhilitan ada lebih kurang 3,000 ekor buaya di Sungai Linggi ini dan ia boleh diketahui dengan petanda 'di mana ada buaya, di situlah ada burung bangau.'
Gambar hiasan: Buaya berebut makanan (ayam) di Crocodile Farm, Kuching, Sarawak.

....'di mana ada buaya, di situlah ada burung bangau.'

Pada zaman dahulu kala orang kampung dan buaya di Sungai Linggi, Negeri Sembilan dikatakan ada membuat satu perjanjian.
“Kita jangan usik-usik. Kita buat hal masing-masing. Insya-Allah kita akan selamat sehingga ke anak cucu,” begitulah lebih kurang perjanjian itu.
Gambar hiasan: Buaya yang ditangkap menggunakan pencangkuk dan tali di Melaka. Foto dari Muzium Dunia Melayu Dunia Islam, Melaka.

Perjanjian antara manusia dan buaya? Apa-apa pun Alhamdulillah kerana setakat ini belum lagi ada kejadian penduduk di sini diserang buaya Sungai Linggi. 
Gambar hiasan: Buaya sedang santai di Crocodile Farm, Kuching, Sarawak.

Bila berada di Sungai Linggi ini atau semasa dalam bot for the river tours pelawat diminta menghormati beberapa pantang larang seperti tidak menepuk-nepuk air atau membasuh kaki di sungai itu. I suppose these actions will attract the crocodiles. Also dinasihatkan supaya jangan 'cakap lepas'.

Ada saya baca seorang Dutch tourist pergi cruise di sungai ini sebab nak sangat tengok buaya. Gigih usaha dia sampai dia pergi cari 3 hari berturut-turut. Dan pada hari ke 3 akhirnya dia berjaya nampak buaya yang sedang berjemur. 
Gambar hiasan: Buaya berjemur di Crocodile Farm, Kuching, Sarawak.

Crocodiles don't sweat. So while basking under the sun, to keep cool, they open their mouths in a process that is called "mouth gaping," which is a lot like panting.
Gambar hiasan: Buaya ternganga di Crocodile Farm, Kuching, Sarawak.

Dan ada satu lagi papan maklumat di tebing jeti ini tentang 'Program Peningkatan Stok Udang Galah'. Jadi di sungai ini juga ada udang galah.

Dari apa yang saya baca, sudah lebih 10 tahun kawasan ini menjadi tumpuan kaki pancing terutamanya peminat udang galah.

Sungai Linggi juga boleh dikatakan cukup sinonim dengan udang galah atau nama jolokan ‘si sepit biru’ dan pelbagai spesies ikan sungai termasuk senangin, sembilang dan serkot.

Senangin, sembilang dan serkot.

Pada hujung minggu, jeti ini merupakan tempat kegemaran para pemancing yang memancing udang galah.

Mereka yang tidak mahu memancing untuk makan malam boleh memesan udang segar dari nelayan yang menjual dengan harga kira-kira RM80 sekilogram.

Jeti Memancing Pengkalan Kempas, Pengkalan Kempas, Linggi, Negeri Sembilan.    

Ini Sungai Linggi. 

Sungai Linggi merupakan antara sungai utama yang berada dalam Negeri Sembilan. Ia bermula dari kaki Banjaran Titiwangsa berpunca dari kawasan Kampung Jerlang, Pantai dan mengalir melalui kawasan lembangan sekitar daerah Seremban dan berakhir di Kuala Linggi, Melaka. 

Panjang sungai ini anggaran 83.5 kilometer.

Sungai Linggi juga merupakan sempadan semula jadi antara Negeri Sembilan dan Melaka.

Menurut sumber lisan, dahulu-kala Sungai Linggi boleh dimudik sejauh ke pantai. Kapal-kapal kecil boleh belayar jauh ke pedalaman lembah Sungai Linggi. Ia pernah menjadi laluan pedagang bijih timah pada abad ke-18.

Sungai Linggi pernah dikaitkan dengan laluan digunakan Hang Tuah semasa membawa Puteri Tun Teja dari Pahang untuk dipersembahkan kepada Sultan Melaka, Sultan Mansor Shah.


Pada masa dahulu sekitar tahun 1800-an dan awal 1900-an, Pengkalan Kempas merupakan sebuah pelabuhan yang sibuk yang menjadi tempat perhentian kapal-kapal dan perahu.

Malah ahli sejarah mengatakan kawasan itu pernah berfungsi sebagai pangkalan kapal yang sibuk sejak abad ke-14 lagi dan mempunyai banyak peninggalan lama yang belum dirungkai dan dikaji secara mendalam melalui proses ekskavasi. 

Dahulunya, jeti ini dijadikan sebagai tempat pedagang membawa barang dagangan seperti getah melalui Sungai Linggi menuju ke Port Dickson untuk di jual kepada peniaga-peniaga Cina.

Ketika itu ia bukan sahaja digunakan sebagai laluan perdagangan oleh pedagang-pedagang tetapi juga digunakan oleh para pembesar dan orang kenamaan sebagai laluan ke lautan atau tempat-tempat sepanjang sungai. Pengkalan Kempas ini terletak di antara Port Dickson dan Melaka.

Unfortunately masa saya di sini ada nampak banyak pulak sampah. Dan airnya pun nampak kuning berlumpur. 

Jabatan Alam Sekitar (DoE) meletakkan Sungai Linggi sebagai sungai kelas ketiga akibat pencemaran. 
Sungai Linggi di Negeri Sembilan tercemar dengan kehadiran pepejal terampai (SS) dan pepejal terlarut (DS) dalam julat yang tinggi ekoran daripada pembukaan tanah dan penyediaan infrastruktur yang berhampiran.
Sumber: spaj.ukm.my

Masa jalan-jalan ambil gambar di jeti ni, rasa memang cemas especially bila tahu sungai ni ada buaya.  

Mana la tahu kot tiba-tiba muncul sekor macam ni! 😓😮

Di Portal Rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson ada info tentang 'Sungai Linggi River Safari'. 

Aktiviti-aktiviti menarik 'Sungai Linggi River Safari' ini adalah:
a) Melihat Seni Menangkap Lokan
b) Berjalan Di Atas Laluan Pejalan Kaki Yang Diperbuat Dari Cengkerang
c) Berpeluang membawa hasil usaha dengan harga yang murah
d) Keindahan kelip-kelip pada waktu malam

ECO dan AQUA Tourism
Antara tarikan pelancongan ke Kuala Linggi yang berkonsepkan ECO dan AQUA Tourism ialah hutan kayu bakau mukim Kuala Linggi, pohon nipah sepanjang Sungai Linggi dan ternakan ikan sangkar di Sungai Linggi.
Gambar hiasan: Paya Bakau Kuantan.

Juga ada pakej river cruises yang membawa pelancong ke pelancongan eko dan lawatan memancing di sepanjang sungai. Sungai dan hutan mangrove sekitarnya penuh dengan kehidupan, dan terutamanya dikenali dengan buaya estuarine atau buaya tembaga dan kunang-kunang.
Gambar hiasan: Kuantan River Cruise.

Di kawasan ini pada waktu malam pelancong juga boleh melihat kelip-kelip yang dikatakan sehebat yang di Kuala Selangor dan lain-lain tempat di negara ini.

Pada waktu petang hingga malam, bot-bot akan membawa pelancong menyusuri Sungai Linggi sehingga ke Sungai Timun untuk menyaksikan kelip-kelip menghiasi pokok Berembang di tepian sungai. 

Tak berani nak lama-lama berdiri dekat pagar jeti ni.. hehe. 







Ok lah, so secara ringkasnya, masa saya mula sampai di Pengkalan Kempas ni memang terasa like it was a deserted town. Lagi la skeptical masa nak masuk ke Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas tu. Terasa eerie. But don't get me wrong, tapak sejarah tu actually memang bagus, bersih dan dijaga dan sesuai untuk dilawat. Plus there are the megalith stones which to me are super fascinating. And please know that they are the only megalith stones with inscriptions found in Malaysia. 

So yes, the town is practically deserted. But it has its own charms. Dan bila saya baca tentang sejarah pekan ini, lagi la saya jadi fascinated. The thought that this was once a busy town bustling with various human activities made it even more poignant. 

And then there are crocodiles! Memang la saya tak nampak seekor pun buaya tapi being there next to Sungai Linggi yang disahkan ada lebih kurang 3,000 ekor buaya (bersama dengan beberapa sungai lain di sekitarnya) buat saya rasa kecut perut la jugak.. hehe. Irrational? May be but that's just me.. hehe. 

And there are the udang galah. The river cruises. And the fireflies. All in all Pengkalan Kempas ni adalah tempat yang menarik untuk dilawati. Granted I had not been on the said cruise, pancing the udang galah dan see the wondrous kelip-kelip, but still those activities are there for pelancong to enjoy. 

Me go on the river cruise? No thank you.. hehe. Got crocodiles!! 🐊 🐊 🐊 🐊 🐊 !!!

Selesai di Pengkalan Kempas, kami terus gerak ke arah Thistle Hotel. Tapi sebelum tu kami akan buat 2 lagi stops. 


Heading back to Port Dickson. Lalu Kampung Bukit Tembok.

Passed by Kampung Pasir Panjang.


Passed through Pekan Pasir Panjang.

Kampung Telok. 


Masa kami passing through Kampung Telok ni, ternampak pulak sebuah jeti. So kena la stop kejap.. hehe. Ini bangunan Persatuan Nelayan Kawasan Telok Kemang.  

Di sini juga ada Pasar Nelayan Telok Kemang. Sunyi je pasar ni sebab nelayan belum balik dari laut masa tu. Kami diberitahu waktu petang baru mereka sampai.


Jom jalan-jalan kejap di Jeti Pasar Nelayan Telok Kemang ni. 

Ini lokasi Jeti Pasar Nelayan Telok Kemang. Kami di jeti anak panah merah tu.

Ramp yang digunakan untuk menurun dan menaikkan perahu. 

Cantik juga view di sini especially with this elongated framing and clean lines.  


Mintak tolong En. Zarir ambilkan gambar saya.. hehe.



Di bangunan tepi laut tu ada Medan Ikan Bakar Kampung Telok Pasir Panjang. 
Medan Ikan Bakar Kampung Telok Pasir Panjang:
Medan Ikan Bakar yang hanya beroperasi selepas jam 5.00 pm ini menawarkan berbagai pilihan ikan segar untuk pelanggan memilih bagi masakan yang digemari. Harga di sini juga berpatutan bersesuaian dengan harga semasa. Waktu perniaagaan bermula 5.00 pm hingga 3.00 am. lokasinya adalah di Bt 16 Jalan Pantai, 71250 Pasir Panjang, Port Dickson.
Sumber: mppd.gov.my





Anak beranak memancing.



Laki bini veteran memancing bersama. 

Suami bawa isteri memancing bersama.


Nun jauh di tengah laut. 

Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Negeri Sembilan.




Dah jom balik ke darat. Cemas pak cik lama-lama di 'tengah laut' ni 😂. 

Sebelum masuk kereta tengok sekejap Pasar Nelayan Telok Kemang ni. Dah buka dan ada seorang peniaga. 

Dan ada banyak kucing! 😍

Pak cik peniaga tu bagi fresh fish lagi. Patut la nampak sihat kucing-kucing ni. Semoga Allah swt memurahkan rezeki pak cik tu. 




Ada seorang penduduk jual hasil tangkapan pada pak cik ni. 

Saya pun tak boleh lama di sini sebab ada satu lagi tempat yang kami nak singgah sebelum balik ke hotel. Lagi pun masa tu dah pun pukul 5 petang.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

3 comments:

  1. orang kata ..
    kalau sungai tu ada banyak udang .. mesti ada buaya ..

    3000 ??!like seriously ???!! 3000 !!!

    cantik kan jeti pasir Panjang tu !!??
    kat situ lah pada suatu petang tu ..
    saya dan dak iyra datang sini
    keluar kereta terus kagum nengok sunset nya
    tiba-tibaaa...
    datang seekor memerang kejar dak iyra
    iyra lari nak masuk kereta
    saya dok pikir nak lari ke nak gelakkan dak iyra
    lasa-last saya dok guling guling gelak..
    dari dalam kereta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udang, bangau... and perhaps other inhabitants as well too I bet.
      I'm so glad the sungai is still teeming with wildlife. Let's hope new land developments do not cause havoc to the fragile eco system.

      Yes, while I was looking for info, I read and re-read and it is indeed more then 3000 ekor. I think it's true sebab sungai ni pun panjangnya lebih dari 80 km. Eh wait, so that's like 37 ekor dalam setiap km!

      Yes, cantik. Lebih cantik lagi kalau dramatic sky masa tu... hehe.

      Laaa... hehehehe.. mana pulak datangnya memerang tu. Rasanya tu bukan kejar, may be dia lapar nak mintak makan dari iyra kot :).
      Why la lari? Kan memerang super adorable? Hehehe..

      Delete
  2. Ayo Cobain Sensasi Bermain Promo Freechip Tanpa Deposit... Join Disini Sekarang Kumpulan Berbagai Macam Permainan Taruhan Online Terbaik, Kunjungi Website Kami Di Klik Disini dan Dapatkan Bonus Terbaru 8X 9X 10X win klik disini untuk mendapatkan akun Sabung Ayam anda dan Bonus Berlimpah.

    ReplyDelete