Friday, April 3, 2020

BANGKOK & BEYOND - DAY 03 - PART 02 - RIVER KWAI BRIDGE


#stayathome #dudukrumah #covid19

Sambung lagi cerita percutian kami di Thailand tahun lepas.

Lepas lawatan ke JEATH War Museum dan Kanchanaburi War Cemetery, kami dibawa melawat ke River Kwai Bridge pula.

Dari tempat parking bas, kami berjalan sikit ke lokasi jambatan itu. Since dah pass by kedai-kedai ni, maka rombongan Kak Kiah pun haruslah berhenti untuk jengok-jengok kot ada yang berkenan di hati. Kan mereka dah berkepok bawak duit baht.. hehe. 

Kami berdua lebih interested pada foto-foto ini yang ada di dalam salah satu kedai-kedai di sini.


Yang abah-abah pun shopping gak.. hehe.

Memang menarik pun kedai-kedai ni. Ada macam-macam benda yang dijual. Dan nampak pun macam ada kualiti.

Ada juga few things especially barangan kraf tangan yang saya tak tahu apa ke bendanya. Unik.

Ambil je la gambar.. hehe.


Sedang akak-akak dan acik-acik sibuk membelek barang, mengira kadar pertukaran wang Baht vs RM dan tawar menawar, kami terus explore kedai-kedai lain di situ.

Ada poster of all the Kings of Thailand. 

Ini bahagian jewels. 

Kami diberitahu Kanchanaburi ini adalah sebenarnya sebuah pusat perlombongan batu permata Ruby tapi batu Ruby yang dijual di sini bukan dari jenis yang berkualiti tinggi.


Ada macam-macam jenis batu dengan macam-macam warna.  





Cantik pulak sia-sia multi-colored tu. Saya hampir terbeli scarfs tu.. hehe. 


Di tepi rak pakaian tu ada diletak offerings yang dicucuk dengan incense sticks. 

Ada a bucket of fried chicken with chili sauce, pau goreng and a cup of coffee. 
🔴Dalam budaya tradisional Thai, mereka meletakkan persembahan makanan atau hadiah sebagai tanda terima kasih atau penghormatan.
🔴 Setiap spiritual offerings mencerminkan status kewangan, agama mereka dan tradisi.
🔴 Offerings diletakkan di sudut-sudut jalan dan tempat ibadat. Juga di tempat matinya orang yang mereka sayang dengan harapan makanan yang dipersembahkan sampai kepada si mati. Biasanya juga yang diharapkan dari pemberian offerings ini adalah kesihatan, kekayaan atau perniagaan yang berjaya. 

Meneruskan jalan kaki ke River Kwai Bridge.

Saran, our local guide sedang buat withdrawal dari ATM.

Masa berjalan ke River Kwai Bridge tu kami passed by World War II & JEATH War Museum. 

Kami tak masuk muzium ini so saya cari la foto-foto dari internet.





Sambung jalan kaki ke River Kwai Bridge.

Gemstone jade juga banyak dijual di sini.

Walked through gerai-gerai jual buah-buahan dan jajan.

Gerai jual fried chicken and fried sliced pork. 



Dan kami pun sampai ke River Kwai Bridge (River Kwae Bridge). 

Mengikut sejarah, Thailand adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah oleh kuasa asing dalam Perang Dunia Kedua disebabkan polisi yang diamalkan oleh pemerintahnya yang bernama King Chulalongkorn. Untuk mengelakkan negaranya dari dijajah oleh Jepun, Kerajaan Thailand telah menandatangani sebuah perjanjian  pada tahun 1942 yang memberi kebenaran kepada Tentera Jepun untuk membina sebuah landasan keretapi dari Burma (Myanmar) ke Thailand. Jumlah kepanjangan landasan keretapi ini adalah 415 km (303 km di Thailand dan 111 km di Burma). Kami turut menyelusuri sejarah pembinaan Landasan Keretapi Maut ini di Kanchanaburi.

Bila group besar kami sampai adik-adik ni terus berkumpul dan bernyanyi. Ramai yang beri sumbangan kepada mereka. 

Pemandangan menghala ke River Kwai Bridge Station dari jambatan. 

Replika Bom Perang Dunia Kedua.

The warnings.

Dan mesti la ada group foto.. hehe.

Berasak-asak.. hehe. 

Salah satu bahagian yang paling popular dari keseluruhan laluan keretapi ini adalah 'Bridge 277', yang dikenali sebagai "Bridge on the River Kwai", yang dibina di atas sebatang sungai yang satu ketika dahulu dikenali sebagai sebahagian daripada Sungai Mae Klong. 

Sebenarnya terdapat 2 jambatan yang pernah dibina di sini. Jambatan asal dibina dari kayu pada tahun 1943. Jambatan ini walau bagaimanapun hanya bersifat sementara sehingga jambatan besi seperti yang dilihat pada hari ini siap. 

Terdapat rekod tahanan perang dipaksa meredah air Sungai Kwai sambil membawa kayu-kayu yang berat untuk membina jambatan kayu sementara itu. 
Bridge over the River Kwai by Leo Rawlings, a POW who was involved in the line's construction (sketch dated to 1943). It depicts four POWs, waist-deep in the water, carrying a large log during the first bridge's construction.
Source: Wikipedia

Bahagian-bahagian besi pada jambatan yang dilihat sekarang dibawa oleh Jepun dari Pulau Jawa di Indonesia. Jambatan ini kemudian rosak dibom oleh Tentera Bersekutu tetapi ia tidak musnah sepenuhnya. Ia telah diperbaiki menjadi seperti sekarang selepas perang tamat. 








Jepun menakluk sebahagian besar Asia Timur sewaktu Perang Dunia Kedua. Selain dari British di Malaya dan Burma, mereka juga berperang dengan Amerika di Filipina dan Belanda di Indonesia (ketika itu dikenali sebagai Dutch East Indies). 

Kerana itulah selain dari tentera British, buruh-buruh paksa pembinaan landasan keretapi juga turut terdiri dari tentera Amerika dan Belanda yang menjadi tawanan perang Jepun. 









Sebahagian besar Thai yang dilalui oleh sungai ini adalah lembah Sungai Khwae Noi (khwae, 'aliran sungai' atau 'anak sungai'; noi, 'kecil'). Khwae sering disalah faham oleh orang bukan Thai sebagai kwai (atau 'kerbau' dalam bahasa Thai). Ini menimbulkan nama "River Kwai" dalam bahasa Inggeris. 

Pada tahun 1960, kerana percanggahan antara fakta dan fiksyen, bahagian Mae Klong yang melepasi jambatan itu dinamakan semula sebagai Khwae Yai. 

Di seberang sana tu ialah kuil Wihan Phra Phothisat Kuan Im.









Di seberang sana sungai juga ada 'Prisoner of War Camp'. 




Ambil gambar jambatan ini dari sudut lain pula.

Jambatan ini popular bukanlah kerana ianya cantik atau because of its amazing engineering tapi kerana sejarah hitamnya. A stark reminder of how horrific the war was.



Berehat sekejap di bawah teduh sitting on a bench. Panas hari tu.

Ambil gambar dari sudut ini pula. Sebenarnya saya nak cuba dapatkan gambar keseluruhan or most of the bridge. 



Then kami turun ke River Kwai Bridge Pier ini pula to get a few shots dari sudut pandangan bawah. 

Ada restoran di pier ini.



River Kwai Bridge shot dari bawah.


Besar restoran ni.



Dan last sekali kami ke floating platform ini for a few closer shots.





Bersambung..

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. sia..
    kami panggil mangkuk tengkat ...
    kadang kadang panggil tepen
    daripada perkataan asal - tiffin :)

    wah..
    kali ni ketua tak pakai bendela ..
    ketua rombongan pakai pompom merah !!

    sunset adalah cun di sini..

    berapa kali En Syed tanya guide tu 'are you sure no train is coming ? ' :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice kan sia2 tu. Import byk2 dan jual di sini laku agaknya.. hehe.

      Yes... much nicer kan.. hehe. Group2 besar je ada diguna benda tu... hehe. Tapi tak de la guide pakai portable speaker jerit2 mcm kat China dulu.. hehehe.
      Yg masa bercuti di China dulu, bila local guide di sana tu nak kami bergerak dia akan jerit, 'FOLLOW JESSICA !!!'. Nama dia Jessica.. hehe.

      I'm sure it is! Timing is everything kalau nak dptkan moments begitu.

      Ehh... sekali ja... hehehe...

      Delete
    2. ada jual kat sini sia tu..
      cuba cari dekat lazada/ IG
      cantik-cantik sangat!!
      warnanya pastel ..

      Delete
    3. Haa.. kan dah ada. If I can think like that, sure la dah ada org lain lagi awal fikir the same dan dah jual.. hehe.

      Delete