Monday, April 6, 2020

BANGKOK & BEYOND - DAY 03 - PART 03 - THAI-BURMA DEATH RAILWAY TRAIN RIDE


#stayathome #dudukrumah #covid19

Ok saya sambung lagi cerita cuti-cuti kami di Thailand last year.

Walaupun Landasan Keretapi Maut yang sebenar tidak sampai ke sempadan Myanmar selepas dimusnahkan bila perang tamat, bahagian landasan yang berada di Thailand kini digunakan oleh State Railways of Thailand. River Kwai Bridge adalah sebahagian dari landasan ini.

Juga dikenali sebagai Death RailwaySiam–Burma Railway dan Thai–Burma Railway, ia adalah laluan keretapi sepanjang 415 kilometer antara Ban Pong, Thailand dan Thanbyuzayat, Burma yang dibina oleh Empayar Jepun pada tahun 1943 untuk menyokong pasukannya dalam kempen Burma semasa Perang Dunia II.
Laluan ini ditutup pada tahun 1947, tetapi bahagian antara Nong Pla Duk dan Nam Tok dibuka semula 10 tahun kemudian.

Laluan landasan keretapi yang dibina oleh ratusan ribu buruh paksa dari pelbagai negara yang hidup penuh siksa sehingga ramai yang mati, kini telah menjadi salah satu tourist attraction utama di Thailand. Dan antara yang dipaksa menjadi buruh sehingga ada yang meninggal dunia termasuklah saudara-saudara seagama kita. Al Fatihah untuk mereka. 

This 'attraction' is a sombre reminder of the atrocities of world war 2, of the horrific conditions in the labour camps. 

Sebahagian jajaran Landasan Keretapi Maut berhampiran Stesen River Kwai Bridge. 

Perkhidmatan keretapi dari Bangkok ke Nam Tok masih menggunakan landasan ini. 

Deretan gerai-gerai menjual pelbagai barang di Stesen River Kwai Bridge. 

Keretapi ini adalah sebenarnya keretapi untuk membawa pelancong melihat Landasan Keretapi Maut, tetapi turut digunakan oleh penduduk tempatan yang tinggal di sekitar laluannya.

Ramai penumpang yang turun di stesen ini. 

Termasuk the monks. One of them was equipped with a digital camera. A Thai Buddhist monk with worldly possession? Am I witnessing material habits of the modern-day monk? Bukan ke ada anti-material Buddhist ideal? Monk consumerism? Fascinating.
Buddha said in the 5th century BC, “the monk is contented with robes that protect his body and alms food that protects his belly. Wherever he goes, he takes only his barest necessities along.”
www.pri.org

Jom explore stesen ni.


Keretapi ini adalah 'Special Tour Train' - 'Excursion Train Bangkok - Nam Tok' yang digunakan bukan sahaja pelancong tapi juga the locals.

Papan tanda stesen dipasang bendera Thailand dan bendera Diraja.

Di sebelah sini juga ada banyak kedai.

Young monks and senior monk.

Makanan dan buah-buahan juga ada dijual di sini.

Nasib baik tak kena marah dengan mak cik garang ni.. hehe. Tak tau balls apa yang di goreng tu. Surely ada pork tu.

Fresh fruits. 

Trinkets. 

Ubi, pisang dan telor panggang.

Typical tourist doing typical touristy thing.. hehe. 

Actually ini bukan keretapi yang sepatutnya kami board. Kata Saran, our local guide, our train will be the next one. So while waiting, since keretapi ni pun sedang menunggu penumpang, saya pun tanya la train attendant ni if I can board and take photos. Dia kata ok je.

Begini la rupa di dalam excursion train ini. 

Nice pulak dapat ambil gambar dalam keretapi ni masa tengah tak ada orang.. hehe. 


Tak ada air-con, tapi ada kipas siling rotating. 

Very classic looking rotating ceiling fan. I like. 

Tengok kipas-kipas klasik ni teringat saya masa kami naik North Borneo Railway di Kota Kinabalu. Blog saya naik keretapi ni boleh dibaca di LINK ini.

Ambil gambar wife dari dalam train.

Wife ambil gambar saya dari bawah.. hehe.

Explore lagi keretapi ni. I love it that this is not one of those ultra modern train. Keretapi ni ada klasik feel. Like it has been around for years, quite likely even decades. 


Tempat drebar pun saya ambil gambar.. hehe.

Dah jom turun. Keretapi stop sini dalam lebih kurang 15 minit sahaja.

Suasana di River Kwai Bridge Station.


Boleh tahan ramai juga tourists masa tu.

Selain penjual ada juga street performer. 

Masa kami tengah duduk menunggu, adik ni dok mengagah saya.. hehehe... comel sangat. Parents dia pun baik sangat. Jenuh berkomukasi tapi akhirnya saya dapat kebenaran ambil gambar mereka.. hehe. 
Lepas kacau orang, pi lari sembunyi kat bapak. Cubit-cubit pipi tu karang baru tau.. hehe.

Langsung saya ajak bergambar bersama... hehe.

Isteri bergambar bersama group members kami dari Sarawak. 

Masa tengah menunggu tu juga we were approached by mak cik  jual poskad yang super friendly ni. Masa sembang tu, berkicau mulut dia riang ria.. hehe. Yes, she speaks English quite fluently too. So saya pun beli la satu set poskad dari dia. 


Keretapi yang stop di sini tadi pun berlalu meninggalkan River Kwai Bridge Station ini. 

Kucing-kucing Siam.

Landasan kosong.

Photos from group members. Yang muda loncat-loncat. Yang veteran duduk-duduk je.. hehe. 

Mereka ni selalunya dalam small/family/friends groups je. And, fyi, masa ni tak ada big loud group from China. 

Ada petugas State Railway of Thailand yang datang memeriksa tiket kami dan mengedarkan sticker kepada pelancong-pelancong yang akan naik ke tren seterusnya. Saran yang tolong handle semuanya. 

Sticker tadi kena ditampal pada baju. Ada nombor koc dan tempat duduk ditulis pada sticker ini.

Selepas beberapa ketika, tren kami pun sampai. Maka semua orang di platform pun sibuk mengetik-ngetik kamera dan handphone excitedly, termasuk la kami.. hehe.

Menunggu keretapi betul-betul berhenti dulu sebelum naik.

Saja la ambil gambar low angle gini, ala 'travel photo' la kononnya.. hehe.


Keretapi yang kami naiki ini datangnya dari Bangkok yang berlepas dari Stesen Bangkok Thonburi pada pukul 7.50 pagi menuju ke Nam Tok Sai Yok Noi. Kami naik tren ini dari Stesen River Kwai Bridge dan akan turun di Thamkrasae.
Kami di Koc 3.

Tempat duduknya bernombor, so tak perlu berebut. Yes, kami semua duduk sebelah kanan keretapi (kami berdua duduk membelakang arah). Katanya elok kalau dapat seat sebelah kiri sebab belah kiri tu akan mengadap sungai Khwae Noi dan pemandangannya cantik. Tak pe, sampai sana nanti boleh ambil gambar dari pintu. 

Keretapi ini pun berlepas dari River Kwai Bridge Station pada pukul 10.45 pagi mengikut jadual. Tiada air-con, cuma kipas siling antik. Tak panas, suasana quite pleasant actually. 

Menyeberang Sungai Khwae Yai dengan River Kwai Bridge dalam 'Special Tour Train - Excursion Train Bangkok - Namtok'. 

Beautiful Khwae Yai river.

Kuil Wihan Phra Phothisat Kuan Im. 

Death Railway ini dibina oleh Jepun menggunakan buruh-buruh paksa yang terdiri dari tawanan tentera-tentera dan orang awam dari beberapa negara-negara Asia Tenggara (yang dipanggil Romusha) kerana Jepun tidak menandatangani Geneva Convention yang melarang penggunaan tawanan perang dalam projek-projek pembinaan bagi kegunaan perang.  
Replika Kem Tawanan Perang di seberang River Kwai

Kadar kematian tawanan bukan tentera yang menjadi buruh paksa dianggarkan melebihi 100,000 orang. Lebih dari 86% berasal dari Asia. Penderitaan buruh-buruh paksa ini berakhir selepas Jepun tewas kepada Tentera Bersekutu pada tahun 1945. Salah seorang survivor yang dapat pulang ke kampung halaman adalah datuk saudara isteri saya. Tak terbayangkan bagaimana gembira dan bersyukurnya perasaan keluarga datuk saudara isteri saya itu kerana selama permergiannya dia disangka telah pun meninggal dunia.

Ada penumpang yang sedap tidur. Tapi kami super alert sibuk ambil gambar.. hehe.

Saya juga pergi check out kejap di mana pintu untuk saya ambil gambar nanti. 



Melalui kawasan-kawasan perkampungan.

Lama dah tak naik tren macam ni so mula la rasa ngantuk.. hehe. 

Baru nak lentuk... tetiba! Hahaha..

Death Railway melalui banyak kawasan pertanian dalam perjalanan menuju ke Thamkrasae. 

Vast farming area.

Pemandangan gunung ganang yang indah.

On the other side tu ladang jagung agaknya.





Saya, tourist, ambil gambar tourists lain.. hehe. Just thought it was nice to capture this happy moment.. hehe.

Most times tren ni lalu kawasan ladang yang luas. At times juga it passes by laluan sempit seperti ini. Dekat sungguh dengan dinding batu tu. 

Bayangkanlah bagaimana teruk buruh-buruh paksa ketika itu hendak 'memotong' bukit batu ini. 

Sebuah kuil di atas bukit with golden stupa.

Kebun sayur - Kanchanaburi Province farmland. 


An intersection.

Ladang pisang. 




Ladang jagung.


Cantik juga landskap ladang ni.





Penjual jajan. 



Bahagian barat landasan ini telah diperbaiki untuk meneruskan kegunaannya dalam perkhidmatan keretapi di Thailand. Tapi landasan di utara yang berhampiran dengan sempadan Burma telah dimusnahkan langsung untuk memastikan ia tak lagi dapat digunakan oleh Tentera Jepun jika mereka kembali berkuasa. Kesan bahagian landasan yang musnah ini masih boleh dilihat di Hellfire Pass yang akan kami lawati pada petang nanti.




Kuil besar.





Stesen Wangyen. Train conductors checking tickets. Stop di stesen-stesen tak lama, just a few minutes.






Satu lagi stesen: Ban Kao. Ada beberapa orang local dan penjaja turun naik di sini. Ternampak penjual ni. Donut ke tu? 

Larangan duduk di tangga dan bumbung keretapi. But surely views dari bumbung adalah awesome.. hehe.

Penjual buah-buahan. Telor rebus pun ada juga. 

Masa dalam tren ni ada staff keretapi yang ambil gambar penumpang. Gambar-gambar ini kemudian dijual dalam bentuk sijil naik keretapi sebagai souvenir yang dah siap laminate. Biasa la kan since this is after all a 'Special Tour Train'. Kalau tak silap, harganya THB 10 (RM 1.40). Kita pun belilah untuk dijadikan kenangan.

Kebetulan kami ada la rasa lapar sikit-sikit masa tu. Tapi sebenarnya saya nampak donut-donut gebu begitu sedap.. hehe. Lepas sembang sikit dengan penjual ni kami found out he is a Muslim dari Bangladesh. Baik orangnya. Tapi lupa pulak nama dia, rasanya Abdullah. Masa tu tergerak hati saya nak tolong dia so saya pun belanja belikan donut untuk semua group members kami. He was so happy. Saya pun jalan sama dengan penjual ni dari seat ke seat where our group members duduk dan terangkan kepada each of them that lelaki ni adalah seorang Muslim dan jualan dia adalah halal. Later group members kami kata donut tu sangat sedap! Alhamdulillah.

Dan memang la sedap sungguh donut tu. Kami pulak cuma beli seketul seorang je. Tapi sebab saya beli banyak penjual tu bagi kami 2 keping complimentary pancakes. Haaa.. pancakes tu pun sedap sungguh! Alhamdulillah.
Me happily munching away a mouthful of the delicious donut 😋. 

Haaa.. dah nampak sungai Khwae Noi. 

Banyak resorts di sini.

Saya pun bergegas la ke pintu tren. Wooii.. gayat!

Tapi tetap beranikan diri sebab nak ambil gambar.. hehe. Ramai yang lain juga hulur-hulur cameras and handphones.

Such a beautiful view. 

Haaa.. dapat pun ambil gambar the Tham Krasae Bridge – Wampo Viaduct. 

Tak terbayangkan bagaimana buruh-buruh paksa dikerah bina jambatan kayu keretapi ni masa tu. 


Must be quite nice capturing a passing train on this railway from the opposite side of the river.


Shoot arah depan.

Shoot ke belakang untuk dapatkan lengkungan gerabak-gerabak tren ini.  

Nampaknya mereka macam local tourists. Boleh jalan-jalan di jambatan tu. Mungkin mereka nak ke sana.

Puan Mona, our tour guide, juga sibuk merakam untuk diupload ke FB syarikat.

Saya dan isteri dah rancang, saya ambil gambar di sebelah kiri dan dia ambil di sebelah kanan, belah our seats.

Punya la rapat!

Pelancong yang berjalan kaki nak ke jambatan dari stesen terdekat.

Balik semula ke foto-foto yang dirakam di sebelah kiri tren.


Tu dah nampak dah landasan kayunya.

Bila dah passed by kawasan berpokok/semak tadi maka nampaklah pemandangan yang lebih menarik.

Ini pandangan ke bawah di sebelah kanan. Huisshhh... seram!

Nampak macam dah reput je kayu-kayu tu. Weather beaten.


Dan bila lalu betul-betul di tengah jambatan ni, tren ni condong sedikit ke kiri! Aduh.. kecut perut! 

Jambatan ini memeluk tebing di Kwai Noi, dan di tempat-tempat tertentu tingginya adalah 8 hingga 9 meter.

Inilah bahagian yang dipanggil Tham Krasae Bridge atau Wampo (Wang Pho) Viaduct, terletak antara Thamkrasae Station dan Tham Krasae Bridge Station.



Pada bulan Mac dan April 1943, 2,000 POW dan Rōmusha (perkataan Jepun untuk 'buruh') membina jambatan ini dalam masa hanya 17 hari. Panjangnya 400 meter. 

Dikatakan bahawa laluan ini adalah salah satu yang paling sukar untuk dibina dan juga bahagian Death Railway yang paling berbahaya.

Meneruskan perjalanan ke Tham Krasae Station di mana kami akan turun dan pergi lunch.


Yes, lepas keretapi dah lalu, pelawat boleh jalan-jalan atas jambatan ni. 

Masih ada keretapi menggunakan landasan jambatan ini beberapa kali sehari dan pemandu-pemandu keretapi tahu ada pelancong berjalan-jalan di jambatan ini jadi mereka akan memberi amaran.

Di sebelah kanan pula ada Wat Kra Sae Cave. 

Wat Kra Sae Cave dibuka kepada semua pelawat untuk masuk dan memberi penghormatan kepada Luang Po Tham Krasae, yang merupakan imej Buddha yang penduduk setempat telah hormati untuk masa yang sangat lama.

Sebenarnya masa lalu di jambatan kayu ini tren ini berjalan dengan begitu perlahan sekali. Jadi ia tidaklah membahayakan pejalan kaki.

Punya la saya grip kuat door handle ni.. hehe. Gayat sungguh! Dah la tren senget ke kiri! 

Sungai Khwae Noi membelok di sini. 


Menghala ke Tham Krasae Station.






Selamat sampai ke Tham Krasae Station.



Inilah peta perjalanan kami naik 'Special Tour Train - Excursion Train Bangkok - Namtok' dengan Thai-Burma Death Railway dari River Kwai Bridge Station ke Tham Krasae Station. Perjalanan ini ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit.

Tren yang kami naiki ini melalui 2 jambatan: River Kwai Bridge dan Tham Krasae Bridge.

Jom kita pergi lunch dan solat.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. :))
    :))
    :))

    dah hagak dah !!
    mesti seriau diri dekat pintu tu !!

    i totally love this epic train ride !!
    from Bangkok Noi to Sai Yok !!

    donat and penkek Abdullah memang sedap sangat !!
    dan stays soft sampai ke pagi esoknya !!

    kita orang dok stare kat dia dan donatnya..
    dia kata halal ! Halal !!!
    pe lagi.. borong lah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah la ketaq dok kat pintu tu, saya jadi lagi risau bila tgk org yg hulur2 handphone keluar tingkap tanpa sebarang 'attachments' of the handphone to their hands. Risaunya aku tgk!! Hahahaha..

      We love it too. The train ride was nice and relaxing. And big plus, the donuts and pancakes were delicious! Hehehe...

      Delete
  2. hujung minggu je ada special train from Hua Lampong ni
    hari hari biasa tren dari Bangkok Noi
    FOMO tu a[akebenda ...
    Aunty ni tak biasa lah bahasa orang sekarang ni..
    apesal pipi pakcik pink sangat masa cakap FOMO tu ?? :)
    depa suka makan telor rebus dengan kicap dalam tren tu ..
    \
    saya dah pesan
    KIRI !!!
    :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa bezanya doc between special tren dan tren biasa tu? Yg special tu ada include meals and beverages ke? May be tren special tu lagi grand kot.

      FOMO is 'fear of missing out'.. millennial la sgt kan.. hahahaha..

      Yes, yes.. saya ingat sgt pesanan tu. Tu yg saya rayau2 cari pintu tu.. hehehe...

      Delete
  3. sama je gerabaknya.
    ada prepacked food .depa akan berhenti kat satu stesen and collect the food
    harga mahal sikit lah
    assign seats
    dan departure from Hualpamphong
    oohh..
    fOMO.. macam kiasu lah kot .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I see. That's nice, got meals. I imagine macam Maharajas' Express.. hehe.

      Delete