Wednesday, April 1, 2020

BANGKOK & BEYOND - DAY 03 - PART 01 - JEATH WAR MUSEUM & KANCHANABURI WAR CEMETERY

Assalamualaikum.

#stayathome #dudukrumah #covid19

Baik, saya sambung lagi cerita percutian kami di Thailand pada tahun lepas.

Pagi tu bangun teringat our cat Tam Tam. Sad sebab rindu. But we knew he should be just fine sebab kami dah buat arrangements. 

Sejuk pagi tu. Winter ala Thailand.

Lapar dah, jom sarapan.


Hotel ini ada coin operated laundry machines for guests.

Kolam di depan main building of the hotel.

Sunrise over Kanchanaburi, Thailand.

Kanchanaburi adalah sebuah bandar di barat Thailand. Ia terkenal dengan Death Railway, dibina semasa Perang Dunia II. Laluan landasannya melintasi Sungai Khwae Yai melalui Death Railway Bridge. Dan ada juga JEATH War Museum bagi memperingati tawanan perang yang meninggal dunia membina jambatan itu. Tidak jauh dari jambatan ini, ribuan tentera Sekutu dikebumikan di Kanchanaburi War Cemetery. Dan pada hari ini kami akan dibawa pergi ke tiga-tiga tempat ini.

Patung-patung baby sheeps.

Kanokan Place (Kanokan Hotel), hotel 3 bintang. Hotel ni lokasinya dalam bandar Kanchanaburi. 

Jom masuk. Boleh tahan juga sejuknya di luar ni di awal pagi. 

Portraits of King Bhumibol Adulyadej and Queen Sirikit.

Lobi hotel.

Seperti sarapan semalam di Nannam Country Home Resort & Restaurant, di hotel ni banyak yang kami tak boleh makan. Sebab malas nak bawa roti, Brahim bagai, maka makan la kami roti dan telur rebus je.. hehe.. 

Puan Mona dan Cik Aisyah.

Sarapan di tepi kolam.

Lepas sarapan ada masa lagi sebelum bertolak for the day's tour. So jalan-jalan around the hotel dan ambil gambar. Di depan hotel ini, di jalan masuknya ada this spirit house. 

Ada staff hotel yang membersihkan shrine ini dan meletakkan fresh flowers and new offerings. 


Ada four-faced Buddha. 

Di tempat lain yang kami nampak banyak shrine macam ni ialah di Bali.

Kanokan Place โรงแรมกนกกาญจน์ (Kanokan Hotel), Kanchanaburi.




Relax dulu di lobi dan siap-siap pergi toilet sebelum bertolak.


Ok jom jalan. 


Untuk ke JEATH War Musuem, bas kami parked di parking depan sebuah kuil. Ini temple Wat Chai Chumphon Chana Songkhram. Dikatakan di dalam kuil ini ada disimpan Buddha's foorprint. 

Ada sami Buddha sedang passed by. No sure what's the 'law' of photographing Thai monks in public, so I was being very careful when taking this shot. 

Besar temple ni.



Di tepi bangunan utama kuil ini ada patung besar: a deity riding a white horse with Buddha in front of the horse's two raised front legs. The horse was attached to a huge boat-like carriage, a royal carriage, perhaps. 


Dikatakan ini adalah replika kenderaan perarakan mayat raja untuk pembakaran dan diberi nama 'Cremation Memorial'.





Sekali imbas macam patung Satria Gatotkaca (below) yang pernah kami lihat di Bali. 


Sebuah lagi Buddhist temple on the opposite side of Wat Chai Chumphon Chana Songkhram.

Jom jalan ke JEATH War Museum yang terletak di seberang jalan dari kuil Wat Chai Chumphon Chana Songkhram.

Gerbang warna emas yang besar, extravagantly decorated I must say.

Kan 'musim sejuk' di Thailand masa tu, makanya anjing jalanan ini dipakaikan t'shirt, agaknya oleh penduduk di situ.

Peniaga jual sarapan pagi. 

Tiba di JEATH War Museum. 'JEATH' bermaksud Japan (J), England (E), Australia/Amerika (A), Thailand (T) dan Holland (H). 

About JEATH War Museum.

Di main entrance muzium ini ada dipasang bendera-bendera negara-negara JEATH.

Sesi fotografi.. hehe.

More information on JEATH War Museum.


Ada dipamerkan Map of P.O.W Working Camps Thailand-Myanma Railway 23 October 1942 - 17 October 1943. Juga dinamakan The Death Railway. 

Ada tercatat dalam sejarah 220 orang rakyat Malaysia (yang ketika itu dipanggil Malaya) terkorban dalam pembinaan Landasan Keretapi Maut ini. Sebenarnya jumlah korban mungkin jauh lebih besar kerana rakyat Malaysia (juga warga Asia yang lain) yang ditangkap oleh tentera Jepun untuk dijadikan buruh paksa adalah terdiri dari rakyat biasa yang tidak mempunyai rekod pengenalan. Hanya keluarga mereka yang tahu mengenai kehilangan mereka.

Orang Barat yang dijadikan buruh paksa pula adalah tentera yang mempunyai rekod pengenalan yang lengkap. Kerana itulah ada tercatat beribu-ribu warga Barat yang maut dalam pembinaannya. 

Information on Kilometer Chart of Death Railway and The Name of P.O.W Camps in Thailand.

Pelawat-pelawat ke JEATH War Museum ini ada diberi pamphlet ini menerangkan apa yang ada dalam muzium ini. 



JEATH museum has been constructed not for the maintenance of hatred among human beings, especially among the Japanese and allied countries, but to warn and teach us the lesson of how terrible war is. 

Jom masuk dalam bamboo hut ini. 

Ada banyak gambar dan bahan sejarah berkait dengan tahanan perang dipamerkan di muzium ini.



Unfortunately, photography is not allowed di dalam sana tu.

So cari la di internet. Beginilah keadaan the P.O.W.




Kecil muzium ini tapi sarat dengan maklumat dan foto-foto lama yang sangat mengesankan pada pelawat. 
Pintu keluar dari muzium.

Menara pemerhati untuk mengawasi pergerakan P.O.W.

Pandangan bamboo hut P.O.W dari luar. Turut dipamerkan serpihan bom.

Lawatan ke muzium ini sedikit sebanyak mengingatkan kami kepada lawatan kami ke Nazi Concentration Camp di Dachau, Germany dulu. Siksaan tahanan Nazi camp ini adalah lebih dahsyat lagi. Boleh baca di blog saya ini --> Link
Dachau Concentration Camp Memorial Site, Dachau, Germany. 

Di sebelah JEATH War Museum ini ada Sungai Mae Klong. 

Di luar muzium juga ada didirikan patung Takashi Nagase, seorang bekas tentera Jepun yang bersimpati kepada tahanan perang di Kanchaburi.


Takashi Nagase. 
► After the end of the Second World War, Takashi Nagase became a devout Buddhist priest and tried to atone for the Japanese army's treatment of prisoners of war. He made more than 100 missions of atonement to the River Kwai in Thailand.
► He died in 2011.
Wikipedia

World Peace Memorial.

Mae Klong river. 


Selepas lawat muzium dapat pula ambil beautiful panoramic scenery by the Mae Klong river. Nice bonus.

Ada banyak floating restaurants.


Also floating accommodations. 

Masa buat Google search, keluar message 'COVID-19 alert' ni.


Ada esplanade dibuat di tepi Sungai Mae Klong ini.

Very serene.

Such a calm place, ada monk contemplating di sini.




Juga ada khidmat River Cruise di sini.


Tak tau gunung apa di hujung sana tu. 


Jom turun ke jeti kecil ini. 





Ada lelaki ni. Dia operator river cruise di sini. Sembang dengan dia kejap. He speaks good English. River Cruise tu lamanya 30 minit. Jadi tak dapat la kami naik sampan bermotor ni sebab kejap lagi nak bertolak ke tempat lain. 



Bergambar dengan this very friendly Mae Klong River Cruise operator. Ada saya tanya nama Thai dia tapi tergeliat lidah nak sebut.. hehe. Dia of course ada nama orang putih supaya senang nak deal with foreign tourists, tapi lupa pulak dah nama tu.

Leaving the JEATH War Museum.


Berjalan semula ke bas. Ini gerbang emas tadi.

Visit toilet dulu sebelum sambung tour. Yes, this is very important.. hehe.

Dekat Wat Chai Chumphon Chana Songkhram ada beberapa lagi temples.

Di kawasan ini ada kuil Wat Chai Chumphon Chana Songkhram, Cremation Memorial, Buddha's foot-print shrine, Buddha's relic shrine, Watchaichumpol Foundation Office, The Shrine of former abbot dan Phra Vihar (Former Buddhist Church). 

So, ada monks yang pakai orange robes dan white robes.
Orange was chosen mainly because of the dye available at the time. The tradition stuck and orange is now the color of choice for Theravada Buddhist followers in Southeast Asia, as opposed to a maroon color for Tibetan monks. The robes themselves are meant to symbolize simplicity and detachment of materialism..
www.exotravel.com
Buddhist nuns traditionally wear white robes. Buddhist women in Thailand who wear white robes and live a religious life and occupy a position somewhere between that of an ordinary non-monk and a full ordained monk.
www.bangkokpost.com

Ada banyak temple/shrines di sini.




Young monks.



Watchaichumpol Foundation Office

Buddhist nun / female monk.





Naik bas dan meneruskan tour ke Kanchanaburi War Cemetery.

Pemandangan Sungai Mae Klong.


Kalau tadi sungai Mae Klong, yang ini pula ialah Sungai Khwae Yai.


Walking st. @pakprak ini adalah Heritage Trail Kanchanaburi. Pada walking trail ini ada banyak bangunan lama yang dibina pada tahun 1920-an dan 30-an dan gaya Sino-Portuguese, Thai, Vietnam dan Cina yang telah dipelihara. Juga ada beberapa bangunan yang ada hubungan dengan pembinaan Death Railway.

Kuil besar.


Perkuburan Cina di Kanchanaburi. 

Dan kami pun sampai di Kanchanaburi War Cemetery. Perkuburan ini dijaga rapi oleh Commonwealth War Graves Commission. 



Gerbang masuk ke cemetery.




Maklumat tentang Kanchanaburi War Cemetery yang dipaparkan di sini.

Cemetery and memorial register. 


Ini 'Kanchanaburi Memorial', commemorating 11 Indian Army servicemen. Nama-nama yang dicatatkan adalah nama-nama Islam. Kami diberitahu cuma tentera yang beragama Kristian sahaja yang disemadikan di sini. Sebelas orang tentera beragama Islam dalam pasukan tentera British dari India yang turut terkorban disemadikan di pusara Islam di tempat lain. 
Kesemua tentera Muslim yang direkodkan terkorban dalam pembinaan Landasan Keretapi Maut berasal dari Undivided India. Ketika itu India dan Pakistan masih bersatu sebagai sebuah negara. Walaupun tidak disemadikan di sini, nama mereka diabadikan di dalam Memorial Peringatan di Kanchanaburi War Memorial ini.

"A perpetual resting place".


Information about Kanchanaburi War Cemetery by CWGC (Commonwealth War Graves Commission).








Di hujung sana sebelah kiri tu ditanam cremated remains of 300 Commonwealth servicemen who died of cholera. Yang di hujung sebelah kanan tu pula ialah Memorial commemorating the 300 cremated servicemen.
Dibakar kerana untuk mengawal wabak kolera. Kesemua mereka ditemui di Kem Nieke pada tahun 1943 dan abu mayat mereka disemadikan di dua buah pusara.

Head stones at cemetery plot no. 01.



Phuang malai diletak di atas head stone ini. Fresh lagi nampaknya kalungan bunga ni. Agaknya ia baru dilawat oleh keluarga/saudara.
Phuang malai is a Thai form of floral garland. They are often given as offerings or kept for good luck. Wikipedia.



Kesian juga lihat mereka lawat kubur tok (agaknya la) mereka. At least mereka ada pusara untuk dilawat. 

Cemetery plot no. 02 and 04.




Death Railway Museum.




Ini adalah 'Cross of Sacrifice' - honours the Christians buried here.

Phuang malai diletak sebagai peringatan. 


Berkunjung cemetery begini mengingatkan kami pada Manila American Cemetery and Memorial yang pernah kami lawat masa percutian di Manila dulu.
Manila American Cemetery and Memorial


Next kami nak ke Bridge On River Kwai dan Thai-Burma Death Railway.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. Replies
    1. Maaf ya, tapi seni yg mana dlm entry ni yg Cik Fida maksudkan?

      Delete
  2. 220 ??
    impossible .....
    missing few zeros tu ....

    ada seram-seram tak masa dalam museum tu ?
    masa tu saya jalan sorang sorang
    tiba tiba meremang bulu tengkuk
    mencecet saya berlari keluar !! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, yes.. silap.. hehe... thanks.

      Masa dlm muzium tu saya tak de rasa seram sebab ramai kami masa tu. I was more curious. looking at all the b&w photos.

      Delete