Wednesday, April 8, 2020

BANGKOK & BEYOND - DAY 03 - PART 04 - HELLFIRE PASS


#stayathome #dudukrumah #covid19

Baik, sambung lagi cerita cuti-cuti kami di Thailand tahun lepas.

So lepas naik 'Special Tour Train - Excursion Train Bangkok - Namtok' dengan Thai-Burma Death Railway dari River Kwai Bridge Station ke Tham Krasae Station, melalui River Kwai Bridge dan Tham Krasae Bridge, kami pun dibawa untuk makan tengahari. 

Ada banyak gerai-gerai makan dan kedai-kedai souvenir di Tham Krasae Station ni.


Itu keretapi yang kami naik dari River Kwai Bridge Station.


Berjalan ke restoran. About 10 minutes walk. 


Makan tengahari kami di J.R. Tham Krasae Restaurant yang ada Sijil Perakuan Halal dari Majlis Agama Islam Thailand. 


Luas ruang makannya.

Beautiful view of Khwae Noi river.

Di restoran ni kalau nak duduk makan bersila sambil mengadap Sungai Khwae Noi pun boleh.

Cushions disediakan sebagai tempat duduk.


Lunch halal kami dihidang buffet style. Yang tidak halal dihidang berasingan di hujung bangunan ini, in a different section altogether.


Sedap juga makanannya. 

Waktu makan tengahari ini juga kami manfaatkan untuk menunaikan solat. Kami diberitahu yang pemilik restoran ini sebenarnya mempunyai perancangan untuk membina sebuah bilik solat yang sempurna untuk pelanggan Muslimnya, tapi bilik ini belum siap lagi sepenuhnya pada masa itu. Kami ok je solat di bilik itu. Actually tempat solat tu luas dibuat di tingkat satu dan cukup selesa cuma belum ada proper dinding. Lupa pulak saya nak ambil gambarnya.

Dari J.R. Tham Krasae Restaurant ni boleh nampak Wang Pho Viaduct.

Let's zoom in.


Pelancong boleh jalan-jalan di jambatan kayu ini. But at your own risk la ya as there aren't any safety features like handrail. 

Jambatan Wampo (Wang Po) dibina pada bulan Mac-April 1943 dan telah siap dibina secara 'speedo' (kerja tanpa henti). 

Diperkukuh dan dibina semula kepada reka bentuk asal pada tahun-tahun pasca perang, jejambat itu masih merupakan sebahagian daripada landasan keretapi yang digunakan dan beroperasi sejauh Nam Tok (Tarsau).



Selesai makan dan bersolat, kami pun dibawa ke destinasi lawatan kami yang terakhir di Kanchanaburi iaitu Hellfire Pass.

Kami pun tiba di sebuah kem tentera. Hellfire Pass yang ingin kami lawati sebenarnya terletak di dalam kem tentera ini. Semua pelawat perlu mendaftar di pintu masuk kem tentera ini. Semuanya diuruskan Saran, our local tour guide. 

Tempat parking kenderaan di Hellfire Pass.

Tempat pertama yang kami lawati adalah muzium di Hellfire Pass Interpretive Centre yang dibina oleh Kerajaan Australia untuk memperingati anggota tentera negara tersebut yang menjadi tawanan perang Jepun dan dijadikan buruh paksa pembinaan Thai-Burma Death Railway.  

Ini peta keseluruhan Hellfire Pass.

Terbahagi kepada 2: Hellfire Pass Interpretive Centre and Memorial Walk.


Maklumat tentang Hellfire Pass Interpretive Centre. 

Ke toilet dahulu.

Ok jom masuk ke Hellfire Pass Interpretive Centre ini. A place of quiet contemplation and remembrance. 

"They went with songs to the battle, they were young, straight of limb, true of eye, steady and aglow..."

Audio Tour Guide.



Sebelum melawat ke ruang pameran muzium, kami dibawa terlebih dulu ke Platform Pemerhatian di luar muzium untuk melihat pemandangan dari sana. Kelihatan landskap gunung-gunung tinggi yang cukup indah sekali.

Cantik sungguh pemandangannya.

Ada peta.

Let's have a closer look. Ada sungai Khwae Noi. Juga ditunjukkan laluan berjalan mengikuti penjajaran keretapi asal Burma-Thailand dari Hellfire Pass hingga ke Hintok Cutting. Juga lokasi Bangkok dan sempadan Myanmar.

Information on Khwae Noi Valley.

Di sebalik pergunungan ini adalah negara Myanmar.


Untuk ke Hellfire Pass Railbed and Walking Trail, pelawat kena turun dari center menggunakan tangga dan boardwalks. 


Jom masuk ke dalam muzium di centre ini. 

Nama-nama tentera Australia yang terkorban dalam pembinaan Landasan Keretapi Maut diabadikan pada dinding di muzium ini.


Ok, saya kongsi some of the information yang sempat saya rakam.


































Sebagai tentera, sebagai POW dan selepas terselamat. 

Kemudian kami masuk pula ke sebuah teater di mana ditayangkan dokumentari mengenai pengalaman bekas-bekas tawanan perang Tentera Bersekutu yang berjaya diselamatkan selepas perang tamat. Sedih sungguh mendengar cerita mereka.
















































































Bersambung..

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. i purposely ask dak iyra to sit/ baring on the railway track and took her photo sebab nak send to you sebab kita orang tahu mesti en syed akan cringe and seriau !!!

    esok sambung..
    nak balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... baiknya Cik Iyra tu kan. Sporting sgt... hehe. She is indeed your perfect travel partner.

      Delete
  2. one word to describe Hell Fire pass
    sombre

    tak banyak tour group yang bawak orang ke sini ..
    sebab i suppose tak ramai yang suka tempat tempat gini.. no shopping ma ...

    eh
    kita orang tak daftar pun kat askar tu
    menonong je masuk pick up truck tu ! :))

    balik dari sini , malam tu dak iyra mengigau
    sampai ke Malaysia 'benda ' tu mengikut..
    lepas saya ajar dia apa yang ada orang tu ajar kat saya .. terus hilang ' perasaan ' itu ...

    gun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, I agree... sombre.

      Gitu la doc. Each person has different interests. Bila go vacation may be mereka nak happy2 je so tmpt depressing mcm ni not in their itinerary. And yes, to a lot of people, shopping brings so much joy.

      Habis tu soldiers tu tak tahan? Tak tanya? Agaknya yg big2 group je mereka tahan kena daftar kot.

      Alhamdulillah. Yg 'ikut2' tu yg suspen tu doc.

      Delete