Sambung lagi cerita percutian kami di Thailand dengan pakej Bangkok & Beyond 2019.
Lepas spent time di Chocolate Ville, kami terus dibawa ke Asiatique the Riverfront pula.
Tiba di Asiatique The Riverfront.
Jarak dari Chocolate Ville ke Asiatique the Riverfront cuma lebih kurang 30 minit. Lokasi Asiatique The Riverfront adalah di tepi Sungai Chao Phraya.
Asiatique The Riverfront adalah sebuah pusat membeli belah terbuka yang besar di Bangkok, Thailand. Ia berlokasi di bekas dermaga East Asiatic Company, dan menghadap ke Sungai Chao Phraya dan Jalan Charoen Krung. Kompleks ini dibuka pada tahun 2012 setelah pengubahsuaian yang besar.
Opening hours: 4pm to midnight (Boats run from 4pm to 11.30pm). |
ASIATIQUE The Riverfront will be Bangkok’s first large-scale riverside project combining shopping, dining, sightseeing, activities and events under one roof. The strong cultural aspect is what sets it apart from other shopping malls. Embracing history, but avoiding the cultural clichΓ©s and traditional symbols, it strikes a balance between tradition and globalization.
www.asiatiquethailand.com
The mall, featuring a historical theme from the period of King Chulalongkorn's reign (1868–1910), operates as an open-air night market. It features 1,500 shops and stalls and 40 restaurants, most of which are housed in the former warehouses.
Map of Asiatique The Riverfront.
Pusat beli belah ini terbahagi kepada 4 Districts.
Ia juga ada 7 wonders. Historical wonders.
Pusat beli belah ini terbahagi kepada 4 Districts.
Ia juga ada 7 wonders. Historical wonders.
Di panggil night market tapi nampak macam shopping mall. Kiranya macam hybrid mall/night market la.
Di sini ada lebih dari seribu gerai butik, 40 restoran mewah, gerai street food, hiburan dan pemandangan tepi sungai yang indah.
Moh kita jalan-jalan tengok apa lagi yang ada di sini.
Bagunan-bangunan kedai-kedai di sini asalnya adalah bangunan gudang sebuah dermaga besar pada zaman dahulu.
Yes, there are halal food sold here.
Ini di Factory District. Ada Tram Stop.
I guess the best time to come here is at night. So sparkly and glittery π.
Nice ambiance with colorful moons and stars.
Banyak betul gerai makan...
.. dan restoran.
Di Warehouse 9.
Dari Factory District kami ke Waterfront District yang terletak di tepi Sungai Chao Phraya.
Di tepi Sungai Chao Phraya.
Floor compass menunjuk arah dan jarak negara-negara.
Waterfront District.
Ada 2 cara nak ke Asiatique ni: jalanraya dan sungai
Night cruise.
Teringat night cruise di bandar Shanghai di Sungai Huangpu masa kami bercuti di sana pada 2009.
Night landscape at Asiatique The Waterfront's promenade.
Dikatakan esplanade ini adalah yang terpanjang di Bangkok, sepanjang 300 meter. Di sini ada beberapa restoran, ruang acara besar yang digunakan untuk konsert, festival dan perayaan Tahun Baru, dan Asiatique Sky, yang ada Ferris wheel tertinggi di Bangkok at 60 meter height.
Cantik kalau bergambar di sini.
Sejarah tempat ini - Liberalizing Siam Trade.
Night cruise.
Iklan cosmetic.
More historical infromation.
The Denmark-based East Asiatic Company was founded in 1897 and was one of several Western firms conducting trade with Siam at the time. The company owned port facilities on the Chao Phraya, which included several warehouses, the oldest extant building dating from 1907.
The port ceased operations in 1947, and the facilities later fell into disuse. In May 2011, real estate company TCC Land announced its plans to renovate and develop the site into a retail/entertainment complex to be known as Asiatique The Riverfront.
MetroBangkok riverscape.
Lama dah tak buat night photography. Terkial-kial pak cik π. Last-last tembak je pakai handphone. Senang! π
Esplanade, restaurants, ferris wheel and skyscrapers. Nice!
Iklan kosmetik lagi.
Sejarah Asiatique sebagai Pelabuhan Bangkok di zaman dulu kala juga tidak dilupakan. Ada dibina patung-patung yang menggambarkan pekerja-pekerja pelabuhan tengah mengangkut barang dari kapal.
Stevedores unloading bagged cargo.
A stevedore, longshoreman, docker, or dockworker is a waterfront manual laborer who is involved in loading and unloading ships, trucks, trains or airplanes. |
Di Asiatique Park pula.
Beautiful carousel and ferris wheel.
Grand carousel ni.
Mystery Mansion.
Ada mechanical mummy tengah memanjat.
Bangkok’s landmark, 60 metres high with 42 gondolas.
Beautiful Bangkok moon.
Jom jalan satu lagi round untuk balik semula ke main entrance tadi.
Rows upon rows of shops.
Kemudian kami lalu di Chareonkrung District yang ada performing venues untuk Joe Louis Traditional Thai Puppet Theatre, the Calypso Cabaret show and live Muay Thai performances.
Restaurant.
Kalau nak tengok Muay Thai boxing matches boleh ke sini.
Live Muay Thai boxing matches are mentored by Muay Thai Grand Master Kru Sane Tubtimtong. The fighters are both local and international, and represent various gyms around Bangkok.
Since kami tiada peruntukan masa nak tengok Muay Thai boxing match ni, saya kongsi foto-foto lama Muay Thai show yang saya rakam masa kami bercuti ke Bangkok in 2012.
Massage and Fish Spa.
Spa rendam kaki dalam aquarium kasi ikan-ikan kecik ni gigit geli-geli.. hehe.
Show Calypso Bangkok pun ada di sini. Kami dah pernah tengok show ni back in 2012 masa kami bercuti ke Bangkok. Back then it was called Calypso Cabaret.
Ladyboy adalah perkara biasa di Thailand kini. Malah kami diberitahu keluarga-keluarga di Thailand sekarang memang berfikiran terbuka kalau ada anak-anak lelaki mereka nak membuat pertukaran jantina. Malah ada yang berpendapat masa depan anak mereka sebagai Ladyboy jauh lebih cerah berbanding masa depan sebagai anak lelaki.
Calypso Cabaret 2012.
More shops.
Adik cantik manis ni bukan ladyboy. Dia buat persembahan memainkan sejenis alat musik tradisional Thai namanya Khim, untuk mengutip derma bagi membiayai pengajiannya.
Thailand pernah menang Miss Universe 2 kali dan Miss International 1 kali. I'm just saying π.
Chinese Rickshaw sculpture.
Sebelum meninggalkan Asiatique The Riverfront, kita singgah sebentar di butik Naraya. Naraya adalah sebuah jenama kedai yang terkenal di Thailand. Ia ditubuhkan oleh Queen of Thailand terdahulu (Queen Sirikit) bagi membantu ibu-ibu tunggal di seluruh negara itu. Naraya menjual pelbagai barangan handikraf yang diusahakan oleh ibu-ibu tunggal dari seluruh Thailand.
Gambaran pekerja gudang makan-makan pada masa dulu.
Jom jalan-jalan di gerai-gerai makan ni tengok apa ada.
Barbeque.
Gerai-gerai 'ΨΩΨ§Ω' pun ada juga. Halal grills and noodles.
Fancy some grilled octopus? π
Ok, yang ni tak halal.. hehe. I wonder how the meat taste? Like chicken? Of course they'll say it tastes like chicken, they always do.. hehe. Such a well-worn clichΓ© phrase.. hehe.
Grilled crocodile by Bangcro Exotic Stakehouse. |
Sebanyak 1.2 juta buaya diternak di lebih dari 1,000 ladang di Thailand, menurut angka dari Jabatan Perikanan Thailand. Disebabkan ada begitu banyak crocodile farms, jadi tidak menghairankanlah bila orang Thailand memerlukan crocodile hotline semasa banjir, bimbang dimakan oleh buaya yang melepaskan diri.
Thailand mempunyai industri penternakan buaya terbesar di dunia. Beberapa ladang-ladang buaya di Thailand dilengkapi dengan rumah sembelih dan penyamak untuk menghasilkan produk mewah.
Daging buaya dilapah terus dan dibakar atas grill. |
Mereka menjual kulit eksotik buaya kepada jenama fesyen antarabangsa yang terkenal. Selain kulit buaya, Thailand juga mengekspot daging buaya (boned and boneless), sosej buaya dan daging buaya cincang.
Nampaknya ini buaya saiz kecil, bukan yang besar-besar tu. Mungkin ini buaya muda, so dagingnya lebih tender, agaknya la. |
Daging buaya dianggap sebagai alternatif yang sihat dan berkhasiat selain daging babi atau ayam, kerana mengandungi kurang lemak, kadar kolesterol yang lebih rendah dan bahagian protein yang lebih tinggi daripada haiwan yang disebutkan tadi. Ini bertujuan untuk memberi manfaat kesihatan untuk jantung, meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan penyakit pernafasan, serta beberapa penyakit lain. Darah buaya juga ada permintaan tinggi di pasaran negara Asia kerana khasiat perubatannya.
Melapah daging buaya. |
π Bon AppΓ©tit !! π
Nampak macam halal.
Ok, time untuk berkumpul semula. Next kami nak ke hotel dan makan malam. Lapar dah masa tu.
Best pakej percutian yang kami ambil ni sebab jalan-jalan sampai malam. Dengan lawatan ke Asiatique The Riverfront tadi tu maka berakhirlah program kami pada hari ke 4 ni. Esok dah nak balik ke KL tapi belah pagi ada masa untuk jalan-jalan lagi. Jadi kami berdua pun merancanglah apa nak buat pagi esok. Stuck kami dalam traffic masa nak ke Nouvo City Hotel, hotel penginapan kami malam tu.
Kami akhirnya tiba di Nouvo City Hotel pada pukul 10 malam. Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas Bangkok lebih sejam walaupun jarak dari Asiatique The Riverfront ke Nouvo City Hotel hanyalah 11 km atau 17 minit. Gitu le.
Hotel ini istimewa kerana ia adalah sebuah hotel 4 bintang yang patuh syariah di Bangkok. Pemilik hotel ini adalah seorang Muslim Thai. Lokasi hotel ini juga hampir dengan Grand Palace yang merupakan tarikan pelancong paling popular di Bangkok.
Lobi di Nouvo City Hotel. |
Makan malam kami juga disediakan di hotel ini sendiri. Disebabkan hotel ini patuh syariah, makanan yang disediakan memang semuanya makanan Halal. Memang puas hati dapat mencuba segala-gala yang dihidangkan dalam buffet di restoran hotel ini.
Canal Restaurant di Nouvo City Hotel. |
Our dinner. Alhamdulillah.
Cantik hotel ni.
Our room.
Alhamdulillah, selesa sungguh bilik kami.
Ehh... ada gajah-gajah comel ni!
Teringat kami pada gajah tuala yang sama macam ni masa kami bercuti di Sri Lanka in 2015. Di bilik Pegasus Reef Hotel, Colombo pun ada gajah tuala ni.
Perbandingan. Lawa lagi yang di Sri Lanka sebab ada mata dan belalainya lebih lentik.. hehe.
Ada tanda arah Kiblat.
Letih betul kami masa tu. Ye la, dah check out hotel awal, then whole day jalan-jalan sampai malam. Tapi memang best la. Alhamdulillah.
Bersambung..
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
kesian buaya ... :(
ReplyDeletehhehehhe
dalam movie Surfs Up
ciken dude dalam move tu tasted something.. and he said .. ' taste like ciken ! ' :))
Kan. Semuanya taste like chicken :).
Delete