Friday, April 24, 2020

BANGKOK & BEYOND - DAY 05 - PART 01 - MORNING WALK - PHRA SUMEN FORT

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, we had a very good rest di Nouvo City Hotel ni. Time to pack our things up sebab hari ni dah nak balik Malaysia. 
Ada this very lovely art di bilik kami. 

Beautiful painting depicting Muslim villagers working in the paddy fields in Thailand. This is after all a Halal and Muslim-friendly hotel in Bangkok.


Amazing details. 

Pemandangan luar Nouvo City Hotel dari dalam glass lift. 

Sunrise over Bangkok.
อรุณสวัสดิ์กรุงเทพ
Xruṇ s̄wạs̄di̒ krungtheph
Good morning Bangkok!

Betul-betul di sebelah Nouvo City Hotel ini ada sebuah terusan yang dibina mengalir ke Sungai Chao Phraya. Banglampoo Canal namanya.


Sarapan di Canal Restaurant, Nouvo City Hotel.

Buffet breakfast.

Ini Halal Certification from The Central Islamic Council of Thailand untuk restoran ini. 

Kami pilih untuk duduk di luar. 

Dengan pemandangan Banglampoo Canal (Bang Lamphu Canal).

Our last breakfast di Thailand. Seronok sebab makanan di buffet halal semuanya 😋. 

Alhamdulillah. 

Fyi, walau pun hotel ini hotel patuh syariah, maka ada larangan jual/bawa masuk arak/no pork etc, kami nampak ramai juga non-muslims yang menginap di hotel ini.

Kalau nak kata may be sebab room rates hotel ni murah tak juga rasanya sebab hotel ni dikategorikan hotel 4 bintang dan lokasinya adalah dalam prime area. May be sebab lokasinya kot. Actually hotel ni memang within walking distance/very short drive to many places of interest including the Grand Palace.

Lepas makan kami pun buat Morning Walk sikit di sekitar hotel ini. Kami pun jalan di Samsen 2 Alley ini menuju ke Banglampoo Canal. Ikut pemerhatian kami jalan-jalan di area ni bersih. Kelihatan sebuah garbage collector truck making its morning round.

Bersih!

Dan kami pun sampai ke Banglampoo Canal. Tak jauh, cuma about 5 minutes walk je. Nuovo City Hotel sebenarnya terletak betul-betul sebelah kawasan bersejarah Rattanakosin, which is just across Banglampoo Canal.  
Lokasi Nuovo City Hotel, Banglampoo Canal dan Rattanakosin.

Rattanakosin ini pula sebenarnya sebuah pulau dengan Grand Palace sebagai pusatnya. Ia bersempadan dengan sungai Chao Phraya di Barat dan terusan-terusan di Utara, Timur dan Selatan. Oleh itu ia juga dikenali sebagai Rattanakosin Island. Kawasan Rattanakosin menempatkan beberapa mercu tanda paling terkenal di Thailand, termasuk Grand Palace, the Wat Phra Kaew dan the Wat Pho.
🔵 Setelah kehancuran Ayutthaya oleh orang Burma pada tahun 1767 Taksin the Great memindahkan ibu kota ke Thonburi di tebing barat sungai Chao Phraya di mana sebuah Istana dan Wat Arun dibina.
🔵 Selepas pemerintahan pendek Taksin, King Rama I memindahkan ibu kota di seberang sungai Chao Phraya. Pada tahun 1782 ia menubuhkan Bangkok sebagai ibu kota baru Siam di tebing Timur Chao Phraya.
🔵 Beberapa terusan digali untuk melindungi kota dari serangan Burma, sehingga terciptanya pulau Rattanakosin. Terusan ke Timur, Utara dan Selatan berfungsi sebagai parit. Beberapa kubu juga dibina di sekitar pulau ini, yang mana kini Mahakan fort dan Phra Sumen fort masih lagi ada.

Ayutthaya juga adalah essentially an island. 

Begitu juga Angkor Wat.

Jadi memang pada zaman dahulu membina terusan atau moat adalah salah satu cara menyekat kemaraan musuh dan mematahkan serangan. 
Dari miniature Kota Melaka Lama yang ada di Muzium Sejarah Ethnografi dan Sastera Melaka ini nampaknya kota ini juga dikelilingi terusan atau moat, which made it an island.


Peta Kubu Pertahanan Portugis 1511 - 1641 Melaka ini juga menunjukkan kubu yang dikelilingi parit.
Dari Muzium Dunia Melayu Dunia Islam, Melaka.

Dan teringat juga saya pada Fort Cornwallis di Pulau Pinang. Kubu itu juga dibina dengan moat dikelilinginya sebagai pertahanan.

Ok, balik pada cerita Morning Walk kami di Banglampoo Canal (Bang Lamphu Canal).

Tak nampak pula sebarang bot atau sampan lalu masa tu. Mungkin masih awal pagi. Tenang je.

Then we noticed something swimming across the canal. Ada biawak! Tengah dia swim away from us, it stopped kejap, looked back at us and sambung balik berenang. Our presence scared him agaknya.. hehe. Fyi, the lizards, known as hia in Thai, are not beloved in Thailand.

Di terusan ni juga ada banyak ikan. Ketepas ketepus permukaan air! Kami diberitahu itu adalah ikan patin atau silver catfish which is a common freshwater fish in Bangkok canals. So bila ada biawak dan ikan, tentu terusan di sini adalah bersih sebab can support aquatic life. 

A beautiful big tree at the bank of Banglampoo Canal. Nice to see they let the tree grow big like that. 

Agaknya malam-malam, ramai orang makan di tepi terusan ni.


Itu adalah Samsen Road bridge.

Then kami berjalan balik ke hotel. Di depan hotel kami nampak an alms giving.
🔴 Dalam ajaran Theravada Buddhism, giving alms pada Buddhist monks dipercayai dapat menjalin hubungan rohani antara Buddhist monks dan para penganut Buddha. Masyarakat Buddhist percaya bahawa mereka memikul tanggungjawab untuk menjaga keperluan fizikal para sami, dan para sami pula diharapkan dapat memenuhi keperluan rohani masyarakat.
🔴 Para sami Buddha adalah saluran yang membolehkan seorang Buddhist mendapat merit dengan memberikan hadiah dan sokongan kewangan kepada para sami. Semasa mereka mengosongkan bekas makanan mereka ke dalam mangkuk sami, mereka mendapat berkat rohani dari sami itu. Sedekah ini mendorong perjalanan seorang Buddhist monk menuju Nirvana, atau true enlightenment.
🔴 Menerima sedekah membebaskan Buddhist monks untuk melayani para penganut agama Buddha dalam komuniti mereka. Contohnya, di Thailand, para Buddhist monks sering diundang untuk memberkati dan memberi perlindungan pada rumah baru. Mereka juga memberi nasihat kepada mereka yang meminta bimbingan. Ada juga yang terlibat dalam pengajaran dan operasi sekolah Buddha.
🔴 Alms yang diberikan selalunya dalam bentuk makanan tetapi boleh juga diberi bunga, colok, tuala, atau keperluan asas lain. Para sami tidak akan bercakap dengan atau berterima kasih kepada pemberi sedekah kerana sedekah itu tidak dilihat sebagai amal. Sebaliknya, sedekah itu adalah unsur hubungan rohani simbiotik antara seorang Buddhist monk dan seorang penganut agama Buddha.
🔴 Buddhist monks yang tinggal di negara-negara yang mengamalkan Theravada Buddhism seperti Thailand, Myanmar, Kemboja, Sri Lanka, dan Laos, masih bergantung pada sedekah untuk sebahagian besar makanan mereka.

Ok, sebenarnya pagi hari ke 5 kami di Thailand ni ada program shopping di Old Siam Plaza sebelum lunch dan bertolak ke airport. Tapi kami tak ikut shopping tu dan rancang nak buat our own program, macam Free & Easy la. Jadi kami beritahu Puan Mona, our tour guide dan dia ok je as long as kami balik ke hotel pukul 11:30 pagi untuk makan tengahari di hotel dan terus checkout lepas tu untuk ke airport. 
Old Siam Plaza - kami tak pergi ke mall ni dan buat program sendiri.

Masa tu pukul 8:40 pagi so ada masa untuk kami jalan-jalan. At first kami nak ke Grand Palace sebab jaraknya walking distance dari Nouvo City Hotel ni. But had to cancel sebab kami diberitahu yang Grand Palace ditutup pada hari itu sebab ada upacara Royal Barge Procession sempena pertabalan King of Thailand yang baru pada petang itu. 
King Vajiralongkorn, juga dikenal sebagai King Rama X, dimahkotai secara rasmi pada bulan Mei 2019, dalam upacara selama tiga hari yang dipenuhi dengan ritual-ritual Brahmin purba dan Buddha. Royal Barge Procession pula menandakan perjalanan terakhir raja dalam pendakiannya ke takhta.

Since dah tak boleh nak ke Grand Palace, kami carilah tempat lain yang boleh kami lawat, yang walking distance. Haa.. jumpa kubu lama, Phra Sumen Fort. 

Dari Nouvo City Hotel kami lalu Samsen 2 Alley dan membelok ke kiri masuk ke Samsen Road. Di selekoh tu ada tuk tuk. Terus kami rancang nak naik tuk tuk pula lepas walking tour ni nanti, kalau ada masa lagi la.

Poster dan decorations sempena pertabalan King of Thailand, King Vajiralongkorn. 
"....bertujuan untuk mencerminkan pengabdian, kesetiaan dan penghormatan negara kepada raja".

Menyeberang Banglampoo Canal dengan Samsen Road bridge ini.

Banglampoo Canal (Bang Lamphu Canal). Di kiri tu ialah Nouvo City Hotel. 

Masa sarapan tadi kami duduk di bawah pokok tu la, dalam Canal Restaurant hotel ini. 

Dari Sumen Road kami belok ke kanan dan masuk ke Phra Sumen Road. 

Boleh tahan sibuk juga jalanraya masa ni walau pun masih awal pagi. Mungkin traffic was diverted to this area sebab banyak laluan utama ditutup/diverted because of the Royal Barge Procession. Puan Mona, our tour leader pesan pada yang nak buat Free & Easy pagi tu supaya menggunakan LRT bagi mengelak dari kemungkinan terperangkap dalam kesesakan jalan raya waktu nak balik ke hotel. Kami tak boleh lambat untuk lunch dan bertolak ke airport.

King Vajiralongkorn. Vajiralongkorn means “adorned with jewels or thunderbolts”. Sebenarnya King Vajiralongkorn sudah pun berusia 68 tahun tapi gambar di poster seperti ini adalah foto masa muda.
Nama keputeraan King Vajiralongkorn ialah Vajiralongkorn Borommachakkrayadisonsantatiwong Thewetthamrongsuboriban Aphikhunuprakanmahittaladunladet Phumiphonnaretwarangkun Kittisirisombunsawangkhawat Borommakhattiyaratchakuman.

Fyi, King Vajiralongkorn bersama ayahnya King Bhumibol Adulyadej ada pada wang kertas Thailand.

Bergambar kejap.

Bukan sahaja jalanraya kurang traffic, kedai-kedai pun banyak yang tutup atau belum time to open. May be sebab the Royal Barge Procession

Perasan tak rendahnya seat belakang tuk tuk tu. Passenger tu sampai macam nak terbaring.. hehe.
🔴 Salah satu simbol nasional Thailand yang tidak rasmi, tuk-tuk, telah semakin popular di kalangan warga negara Thailand dan pelancong.
🔴 Tuk-tuk adalah kenderaan beca bermotor terbuka tiga roda yang popular di bandar-bandar Thailand. Boleh duduk antara 2 ke 3 penumpang.
🔴 Selalunya caj naik tuk-tuk sama atau lebih mahal daripada teksi bermeter.
🔴 Tuk-tuk menawarkan pengalaman perjalanan yang menyeronokkan dan merupakan kaedah pengangkutan yang baik untuk perjalanan jarak dekat.
🔴 Kalau nak guna service tuk-tuk, penting untuk tahu common scam. Jadi pastikan bincang dulu harganya dengan pemandu.
🔴 Selain memberikan pengalaman travelling dalam kesibukan lalu lintas Bangkok, tuk-tuk juga boleh gerak laju menyelit sana sini dalam trafik. Atau senang je untuk tuk-tuk ikut jalan pintas seperti lorong-lorong belakang dan untuk elak kesesakan jalanraya.
🔴 Tapi masalahnya kalau naik tuk-tuk ni ialah bila keadaan panas dan jalanraya berhabuk debu asap. Also tuk-tuk tak ada seat belts untuk passengers. Tambah pulak kiri kanannya terbuka tiada pintu atau penghadang. Also ia tak eco-friendly because of its smoke emission. Dan kalau hujan habis la basah melainkan kalau ada side flaps.

And yes, jalan yang kami lalu ni adalah bersih. 

Lagi kemas kota Bangkok ni kalau tak ada wayar-wayar elektrik yang berselirat tu. 

Bangunan United Nations Industrial Development Organization (UNIDO).

Bangkokian sedang kejar bas. 

Electrical and Electronics Institute.

Mad Monkey Bangkok. 
Unless talking to foreigners , Thais will never call their capital city Bangkok - or never have even heard of it being called that. Instead in Thai it is known as Krung Thep, which roughly translates to City of Angels.
- www.quora.com
Mad Monkey Bangkok is a fun, friendly hostel with a great vibe and the best social scene for backpackers in the City of Angels.
- www.madmonkeyhostels.com



Selit satu foto lorong di Bangkok. 

Di ground floor tu, on the left is 7Eleven. Sebelahnya restoran pizza. 

Ada tourist info board di seberang jalan tu. Let's zoom-in.

Khiannivat Lane-Kaijae Lane Community.

Across this Phra Sumen Road ada sebuah shrine diapit 2 bangunan. Let's zoom-in.

Depan shrine ini ada meja dengan kotak donation for cat food. Sekor kucing pun ada duduk atas meja tu. 

Sambung jalan lagi.

A beautifully restored shophouses. 

Joy Luck Club, a vegan-friendly restaurant. 


Ada info board on Wat Sangwet Wisayaram Worawihan - a 3rd level royal temple built before the Ratanakosin era.


Wat Sangwet Wisayaram Worawihan.

Satu lagi tourist info board: Kuru Sapha Printing House - built in 1925.


Kuru Sapha Printing House. 

Di kawasan ini juga ada sebuah muzium lama: Pipit Banglamphu Museum. 

Pipit Banglamphu Museum which opened on 1 August 2014 preserves the history of Banglamphu, its communities, craftsmen, places and the way of life in this neighbourhood in old Bangkok.
The Pipit Banglamphu Museum is housed in a building that used to be the Kuru Sapha Printing House or Wat Sangwet Printing House. The wooden building, constructed in 1925, served as a text-book store. The concrete building, built in 1932, was the Wat Sangwet Printing School, the first printing school in Thailand.
www.tour-bangkok-legacies.com


Banglampoo Canal.


Jalan sikit ke dalam seberang Banglampoo Canal ni.



Kunci air. 


Lost cat? Kesian Thong Lump... 😢. Hopefully Thong Lump sudah dijumpai dan berada bersama tuan dia. 
Announcement of lost cat !!
🔵 Name: Thong Lump.
🔵 Characteristic: age 3 years old, male, black, yellow eyes.
🔵 Has tag with phone number 087 926 4366.
🔵 Whoever sees please contact No. 087 926 4366.
🔵 There is reward.
🔵 Last seen at the Bang Lam Phu intersection area Near Siam Commercial Bank on 3 Nov.

Watsungwej School.

Watsungwej School dibina di tepi Banglampoo Canal.

Ada mural pada dinding sekolah ini yang mengadap Banglampoo Canal.

Dan muralnya ialah the Royal Barge Procession. Dan lokasinya di tepi terusan. Very fitting indeed.

Dan kebetulan pada hari kami jalan-jalan ini adalah hari Royal Barge Procession





Dan inilah Phra Sumen Fort yang kami nak lawat. Unfortunately, due to the Royal Barge Procession, the fort is closed for visitors. Ambil gambar dari luar ni pun dah bagus dah actually.  

King Vajiralongkorn. 


Phra Sumen Fort. 

Satu masa dulu, ada 14 buah kota yang didirikan oleh Raja Siam untuk mempertahankan Bangkok dari serangan musuh. Walau bagaimanapun, hanya 2 buah sahaja yang masih berdiri kini dan Phra Sumen Fort adalah salah sebuah dari kota tersebut.








Information on Phra Sumen Fort. 


Di sebelah Phra Sumen Fort ada sebuah taman cantik yang bernama Santichaipakarn Park. Masa tu taman ini juga tak boleh dimasuki. 

Taman Santichaiprakarn dibina berhampiran Kubu Phra Sumen di bawah kerjasama antara Kerajaan Diraja Thailand dan masyarakat umum to mark the auspicious occasion of the sixth cycle birthday anniversary of His Majesty the King pada 5 Disember 1999.

Dipercayai pada masa lalu seluruh daerah ini ditumbuhi dengan pohon Lamphu, maka namanya Bang Lamphu. 
Taman ini menempatkan takhta Santichiaprakarn, satu-satunya takhta tepi sungai.

Patah balik jalan ke arah hotel. Ni shrine tadi.

Lepas bincang sikit, kami decided nak jalan ke Grand Palace. Betul istana tu tutup masa tu jadi kami plan nak ambil gambar dari luar saja. 
Bangkokians

Tengah jalan tu terjumpa pula lorong ni.  Ada mural cantik! Nice! Let's check them out. 

Ini lokasinya. It is called the Banglamphu Street Art.

Embroidery art of Trok Kai Chae.


Mural bertajuk 'Glancing Me'.


Dancer holding Phuang malai - a Thai form of floral garland for offering and good luck.


Bergambar dengan mural cantik.

Tengah kami ambil gambar dan bergambar, tetiba handphone saya berbunyi. Puan Mona, our tour leader called. Dia nak buat arrangement untuk pulangkan passport kepada kami. Masa check-in memang passport kami diminta oleh pihak hotel, so mereka nak pulangkan la sebab kami nak balik hari ni. Since Puan Mona masa tu dah nak keluar bawa group members kami shopping di Old Siam Plaza, kami pun minta dia tinggalkan saja passports kami pada staff hotel di Reception Counter so we can pick them up later.

Since masa tu kami cuma a few minutes walking distance away from the hotel, we decided to just go back to the hotel untuk ambil passports. Risau pulak kot anything untoward happen to them. 
Ada massage. Nak braid rambut pun boleh.

I think she's making pancakes or coconut pancakes. 

A lump of very sticky dough smeared by hand on a big hot plate to form thin round slices of pancakes then once cooked were stacked and sold in bulk. 

A customer just walked out of the store with a plastic bag full of hot coconut pancakes.

A massage parlor staff having breakfast.

Sampai di hotel bertembung kami dengan Puan Mona dan group members baru nak berjalan keluar dari hotel menuju ke tempat bas parking untuk ke Old Siam Plaza.
Isteri bergambar dengan reception staff selepas ambil passports.

Inilah peta Morning Walk kami pagi tu.

Kami pun relak sekejap di lobi hotel sambil memikirkan apa rancangan kami seterusnya. Masa tu about 8:50 pagi so kami ada lebih kurang 2½ jam lagi untuk jalan-jalan. Lepas bincang we decided nak go for tuk-tuk tour.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. saya pernah tinggal kat hotel ni !!
    kari hijau dan pulut mangga dia sedap !!
    and kat tepi canal tu lah saya duduk makan sarapan !!

    dia tengah buat kulit popiah tu en syed rasanya..
    guna tangan je ratakan the dough

    kucing tu dah pergi beli makanan dengan duit donation tu !! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan hotel ni! Kami sgt suka!
      Kalau I tau ada pulut mangga dah I order!

      Oooo.. kulit popia rupanya.

      Hopefully! Kesian dia lapar agaknya.

      Delete