Wednesday, April 15, 2020

BANGKOK & BEYOND - DAY 04 - PART 02 - MAEKLONG RAILWAY MARKET


Ok, let's continue with our vacation story in Thailand last year. 

Seterusnya kami nak ke Maeklong Railway Market. Pasar yang ada landasan keretapi tu. My wife and I dah selalu baca tentang pasar ni di internet so we were excited to go see it. 

Naik semula bas menuju ke Maeklong Station and Maeklong Railway Market. 




Sampai dah. Tak jauh jarak Damnoen Saduak Floating Market dan Maeklong Railway Market. 

Bas tak boleh park near the market so we had to walk a bit. Personally we love the walk sebab ia beri peluang untuk kami melihat suasana di bandar ini. 

Gerai buah-buahan. Nampak tak info 'Train Time' tu. Haa.. kami nak tengok keretapi pass by yang pukul 11:30 am. 

Wat Phet Samuth Woravihan - an ancient Thai Buddhist temple. 

Sambil jalan, sambil ambil gambar. Hats and fruits sellers.

Satay pun ada, siap kuah kacang, timun dan bawang. Tapi tak tau la satay apa. 

Phuang malai - floral garlands for offering and good luck.

Kuih loyang pun ada.

Clothes shop and fruit vendor.

Jalan di sini rasa macam lebih kurang di Malaysia.

A corner restaurant. 

Tak tau apa white fluffy dessert ni. Apam agaknya.

Yang ni nampak macam dried bananas. Or may be not.

Pork and pineapples.

Jagung.

Ok, dah pun sampai ke Maeklong Station. 

Besar juga stesen ni. Di kiri kanan trek ada kedai-kedai dan cafe/restoran.

Bertentangan dengan Maeklong Station ialah Maeklong Railway Market. 


Tu boleh nampak landasan laluan keretapi pada Phet Samut Road ini. Di payung besar biru itulah lorong masuk ke Maeklong Railway Market.

Kejap lagi tren akan lalu di sini. Kami rancang nak masuk dan jalan-jalan di dalam pasar ini dulu and then wait in there till the train passes by.

Ok, a bit of info on the unique market. Maeklong Railway Market telah wujud sejak sebelum tahun 1905 (tahun railway dibina). In fact, according to the MaeKlong Train Station chief, sudah ada sejak lebih daripada 30 dekad yang lalu. Pasar ini terletak dalam wilayah Samut Songkhram, berhampiran Gulf of Thailand. 

Perikanan adalah (dan masih lagi) merupakan salah satu mata pencarian utama penduduk yang tinggal di sini, dan pasar di sini adalah tempat untuk mereka menjual hasil tangkapan laut dan barangan lain. Ia adalah salah satu pasar makanan laut segar yang terbesar di Thailand. 

Laluan keretapi ini kemudiannya dibina pada 1905 untuk memudahkan penghantaran barang ke wilayah sekitar Thailand, termasuk Bangkok. Pasar ini terus kekal sampai sekarang, walaupun ada trek landasan keretapi dibina melaluinya.

Keretapi akan lalu di pasar ini beberapa kali sehari: 4 kali dari Ban Laem Station (di Bangkok) ke Maeklong Station dan 4 kali lagi masa patah balik. Jadi dalam sehari pelancong ada 8 kali peluang nak tengok keretapi ni lalu di tengah pasar ini. 

Sempit juga, sometimes tourists have to side step to let others tourists walk by. 

Disebabkan peniaga-peniaga di sini letak barangan sampai betul-betul ke landasan keretapi makanya at certain places ada bottlenecks.  

Seorang peniaga wanita berpakaian tradisional wanita Thai. Pakaian ini namanya Chong kraben atau Chang kben.

Auntie ni jual ikan keli panggang cucuk pada buluh. 

Rasanya ini ikan-ikan segar dan ikan masin. Kami noticed di Thailand ni barangan jualan mereka mesti disusun rapi atau dibungkus dengan baik, very nicely presented. 

Seriously dude? A duck face? Hehehehe... 

And it is so worth mentioning that pasar ini adalah bersih. Dan tiada bau-bau yang kurang menyenangkan. Bagus! 

Selain ikan, sayur-sayuran pun ada.

Jauh juga kami jalan ke dalam. Tapi kena bajet la jugak, terlambat pulak nak patah balik keluar nanti. 

Dan bila laluan clear, boleh la berfotoan.. hehe.

Ketam pun ada. Tengok la tu bagaimana cermat rapinya mereka ikat setiap ekor ketam tu. 

Penjual ikan. So fresh.

Tak tau saya apa yang dijual oleh peniaga wanita tu. Agaknya steamed rice rolls. 

Haa... payung-payung atau awnings inilah yang akan ditolak ke tepi oleh peniaga-peniaga di sini bila tren lalu. 

Bila ada je laluan clear, kami stop bergambar kejap.. hehe.

Auntie ni jual what looks like purplish powder. It is actually sweet potato powder. Jadikan serbuk ni puree untuk buat pie, biskut, kaserol ubi keledek, sup atau hidangan sampingan. 

Haa... katak panggang pun ada ya. Or is that deep fried frogs? 
🔴 Walaupun di negara barat (seperti Italy, Perancis, Portugal, Spain, Brazil dan Mexico, just to name a few) katak biasa dimakan, di Thailand ia dianggap sebagai makanan istimewa.
🔴 Katak atau "Kob" dalam bahasa Thai mempunyai banyak fungsi dan salah satunya sebagai sumber protein yang kurang lemak.
🔴 Katak-katak ini terdapat di sawah atau di dalam hutan. Ianya dari jenis bersaiz besar seperti spesis bullfrog. Lagi besar, lebih banyak daging dan lebih enak.
🔴 Di Thailand, katak jenis ini kini diternak kerana banyak permintaannya dan ini mendatangkan pendapatan lumayan kepada penduduk kampung. 

4 ekor katak berharga sekitar THB120 (RM 15) atau sekitar THB30 (RM 3) seekor.
🔴 Berasal dari wilayah-wilayah utara Thailand seperti Chiang Mai, hidangan katak adalah sajian biasa dalam masakan utara mereka.
🔴 Dimasak dengan pelbagai cara seperti kari, panggang dan katak goreng, setiap hidangannya dikatakan sangat sedap.
🔴 Bahkan, ada yang berpendapat siapa yang makan katak ini tidak akan tahu ianya katak sehingga diberitahu.
🔴 Dikatakan dagingnya kurang lemak, lembut dan lebih baik daripada ayam.
🔴 Dari sajian hidangan pedas hingga tidak pedas, hidangan daging katak boleh didapati sama ada di restoran Thailand yang tipikal, restoran yang menjual pelbagai jenis makanan berasaskan masakan rumah atau dari gerai makanan jalanan.

Katak menjadi makanan di utara Thailand kerana kebanyakan orang di sana pada awalnya melakukan kerja-kerja berasaskan pertanian dan katak banyak terdapat di sawah dan di hutan. Tambahan pula daging, seperti daging lembu, adalah mahal dan di luar kemampuan kebanyakkan petani-petani di sana. 

Dalam masakan Barat, hanya kaki katak yang dimakan tetapi dalam masakan Thai, sebahagian besar katak dimakan.
🔴 Bahagian yang dicari adalah hati dan kulit. Mereka percaya kulit katak adalah baik untuk kolagen sementara hatinya adalah bahagian katak yang paling sedap.
🔴 Sesetengah restoran atau gerai jalanan akan melapah katak (buang kulitnya) sebelum dimasak manakala yang lain memasak dengan kulit sekali.
🔴 Katak masak kari dan katak goreng adalah sangat disyorkan.
🔴 Makan katak goreng berempah khas Thailand adalah hidangan yang sedap dimakan dengan pulut atau nasi kukus.

Katak melompat keluar dari sawah terus landing dalam kuali kena goreng! 😄 Can't get any more fresh than that! Fresher than fresh!! 😄

Haaa... panjang pulak cerita pasal katak kan.. hehe. 

Oh, btw, if you feel geli tengok katak deep fried tu, my wife and I had seen worst. For example, tikus tanah dan kelawar di Pasar Beriman Tomohon, Tomohon, Sulawesi Utara, Indonesia. 
Fyi, harga tikus bakar ni Rp 20 ribu seekor. Cuma RM 7.00 je. Nak kenyang kena makan at least 5 ekor.

Di sana kelawar dipanggil paniki. Ada yang dijual dengan sayap, ada yang dah dipotong kepaknya. Ada yang masih berbulu, ada yang dah dibakar bulunya. Jadi boleh beli fresh atau dah dibakar dengan sayap atau tanpa sayap.  

Kerang pun ada. 

Trek ini dibina pada 1905, so usianya dah 115 tahun. Ya, pastinya many upgrades and repairs sudah dibuat selama tempoh itu. Sleepers tu pun nampak macam dah terbenam. 

Mungkin asalnya masa landasan ini dibuat, the sleepers dibuat dari kayu. Lepas tu diganti dengan konkrit yang lebih kukuh seperti yang ada sekarang ini. Dan nampaknya juga blok-blok konkrit diletak antara sleepers agaknya untuk memudahkan dan lebih selamat untuk orang berjalan di atas landasan ini. Jadi rata la dan tak la tersadung jatuh terlungkup. Dan patut la sleepers tu nampak terbenam sebab the concrete slabs had raised the bottom part.

Dan inilah rupa landasan ni masa track manintenance pada tahun 2016. 

Jom sambung jalan lagi. Actually ada banyak juga masa kami nak jalan-jalan ni sebab nampaknya keretapi lambat sampai.

Now if you look closer, nampak tak barangan jualan, meja, kotak dan besen ada yang letaknya betul-betul atas rail besi belah kiri tu.

Kalau tak dialih pastinya rosak barang tu digilis dan definitely perjalanan tren akan terpaksa dihentikan. But then peniaga-peniaga di sini bukan baru semalam mereka mula menjual di sini. Dah bertahun. Tahu la mereka apa nak buat.  

Kedai menjual pelbagai produk durian. 

Menjangka yang keretapi akan lalu sekejap lagi, kami pun mencari tempat yang sesuai untuk menunggu dan ambil gambar. Kami decided nak menunggu di kedai kakak ni kerana ada ruang yang boleh kami tumpang. Baik sungguh kakak ni. She made us feel very welcomed dan dia siap jemput kami menunggu di ruang dalam kedai dia. 

Di kedai kakak ni juga kami sempat merakam secara dekat bagaimana cara peniaga-peniaga di pasar ini retreat untuk bagi keretapi lalu. Rupanya ada metal floor track untuk meja. Ini sangatlah memudahkan kakak ni menolak meja-meja dia ke belakang dan balik semula ke depan bila nanti keretapi dah lalu.  

Baiknya kakak tu kasi kami duduk 😊.

Dan mesti la saya minta kakak ni bergambar bersama isteri 😊. Sporting sungguh dia!

Btw kakak ni jual bahan-bahan kering untuk buat tomyam. Satu bungkus tu dia kata boleh masak 3 kali. Kakak ni kata yang buat ramuan tu ialah her old older sister. Harganya THB 20 (RM 2.60) sebungkus atau THB 100 (RM 13) untuk 6 bungkus. 

Since kakak ni baik sangat dan kami pulak dah memang duduk depan kedai ni macam kedai ni kedai kami, kami pun decide nak tolong kakak ni jual produk tomyam dia ni. So bila nampak je group members lalu, kami terus sapa dan promote produk tomyam ni. Dan kami berjaya menjual 10 bungkus ramuan kering tomyam! Hehehehe...
Kami sempat crash course dulu dengan kakak ni tentang produk dia.

Antara produk-produk yang dijual oleh kakak baik hati.
Pes tomyam dan pelbagai serbuk rempah.

Ramuan kering tomyam dan serbuk cili merah.

Kakak baik hati ni sebenarnya ada 2 kedai, one of each side of the track, exactly on the opposite side. So dia jaga kedai sana, kami jaga kedai sini.. hehehe. Tak sangka dapat pengalaman jadi pekedai di Maeklong Railway Market.. hehe.

Sempat ambil gambar auntie ni tengah lalu bawa sejenis kuih tradisional Thai. I think those are coconut pudding pancakes.

Tiba-tiba terdengar bunyi hon amaran (fog horn) dan pengumuman dibuat dalam 3 bahasa: Thai, Jepun dan Inggeris mengatakan keretapi nak lalu. Masa inilah kita dapat melihat peniaga-peniaga dengan cepat menolak ke dalam gerai barangan jualan mereka untuk membolehkan keretapi lalu. Awnings yang ditongkat dengan buluh merentang landasan keretapi juga ditarik ke tepi. 

Kakak baik hati sedang menolak meja-meja dia yang penuh dengan barang jualan ke dalam kedai.

Peniaga-peniaga lain juga melakukan yang sama.

Oleh itu orang Siam panggil Maeklong Railway Market ini Talat Rom Hup yang bermaksud 'umbrella pulldown market', 'market umbrella close' atau 'folding parasols'. Ada juga yang panggil 'Siang Tai' (life-risking) Market. 
Sayur atas lantai tu tak dialih juga ke? Actually tidak. Sayur-sayuran tu selamat di situ, tidak menghalang perjalanan keretapi dan tidak digilis. 

Mengalih batang buluh yang menongkat plastic awning. 

Kakak baik hati sedang mengemas kedai yang belah kami duduk ini pula. Habis tu tak tolong ke? Tolong! Saya tolong alihkan kerusi-kerusi plastik yang kami duduk tu.. hehe. 

Mengunci kaki meja supaya tak tergelonsor ke landasan.

Tiba-tiba muncul seekor anjing yang memakai orange colored safety reflective vest sambil membawa bakul di mulut bersama tuan dia. Cute! Ramailah yang Oooo.. dan Awww.. termasuklah kakak baik hati. Dia siap ke hujung sana nak agah-agah anjing tu.. hehe. 

Ke arah belakang pun sama, semua peniaga sudah bersiap sedia nak bagi keretapi lalu.

Kiri kanan landasan dah clear dengan jarak lebih kurang 1 meter on each side. Mesti la kan sebab gerabak keretapi tu lebar. So tadi sarat dengan barang, sekarang dah kosong berlorong.

Melihat ke atas pula kami lihat semua awning dan khemah sudah siap ditarik dan terlipat rapi. Tadi teduh, sekarang terang panas.

Kakak baik hati sudah bersiap sedia. Siap pose istimewa untuk kami.. hehe. Comel je dia berdiri macam tu macam kejap lagi nak beri tabik hormat or something.. hehe.

Since keretapi masih jauh lagi, jom bergambar dengan suasana berbeza ni di mana barang-barang jualan sudah diketepikan dan awnings sudah terlipat.

Haaa.. tu dia, dah nampak dah.. excited.. hehe..

Ramai tourists di sana tu. Tempat kami menunggu ni ok je, tak sesak.

Just about around the bend, tren ni membunyikan lagi horn. Kuat sungguh bunyinya. Elok la tu bagi amaran walau pun keretapi bergerak dengan begitu romantik sekali.

Begitulah perlahannya tren ni, auntie dan akak tu relak je tak lagi nak ke tepi.

Tak perlu risau kena gelek dengan keretapi ini sebab ia adalah salah satu keretapi yang paling perlahan di Thailand, dan kelajuan purata untuk keseluruhan rangkaian adalah hanya 30 km/jam. Bila lalu pasar ni lagi la slow.
Masa saya tengah ambil foto-foto ini, ada seorang tourist di sebelah saya masa tu yang merungut bengang dengan lelaki berknapsack tu. Agaknya that guy merosakkan gambar yang tourist tu ambil.
In fact, nampak tak lelaki yang betisnya bertattoo tu? Haa.. dari isyarat dan gerak tangan dia, he also looked very annoyed dengan the knapsack guy.
If you ask me, yes, I agree with the tourist. But for me ok je, at least ada la benda yang boleh saya bebelkan di sini.. hahahaha.

Karna ku kau selow sungguh selow
Sangat selow tetap selow
Santai santai jodoh gak akan kemana

Karna ku kau selow sungguh selow
Sangat selow tetap selow
Santai santai ku yakin tuhan berikan gacoan
Selow - Wahyu

As it came closer and closer...

... maka makin sibuklah semua yang ada di situ mengetik kamera dan handphone/tab etc. 

Being the worrier that I am, I was still concerned about the barang-barang jualan yang tak dialih tu! As seen at the red arrows below.

Rupanya bottom part of the gerabak tren ni tinggi so barang jualan tu tak kena atau tak tersangkut pun pada gerabak tu. Cumanya mungkin ada isu kebersihan. But then those are vegetables so boleh cuci je abuk-abuk yang melekat. Kalau dibiar begitu dan ia menyebabkan tak ada orang beli tentu la peniaga akan alih. 

Walau pun plastic awning dah retracted, kakak baik hati tetap pegang awning tu sebab mungkin takut awning tu flapping dan terbuka agaknya. Tak salah kalau berhati-hati. 

Beginiah dekatnya kami dengan keretapi ini masa it passed by us. 

It was quite exciting actually. Slow je pergerakan tren ni. Tiada gegaran. Cuma bunyi kuat dan bau injin/fuel.

Kami excited la, tapi pada kakak baik hati ni dah tak ada apa dah since 8 kali sehari tren ni lalu sini 😊. 

Ada juga saya cari di internet, wondering pernah ke berlaku sebarang kemalangan di sini masa keretapi lalu. Tak jumpa apa-apa pun. Cuma ada la a few years ago seorang influencer yang bergambar di depan tren ini when the train was approaching towards her. Habis kena hentam dengan netizen sebab, tak kisah la tren tu slow ke laju ke, she was setting bad example. Ended up she removed the photo from her instagram account and apologized. 

Rapat sungguh. Tetiba saya panic, teringat anjing comel tadi, jangan la tetiba ada kucing atau anjing yang melintas masa keretapi tengah lalu! 😓

Ambil gambar bawah pula. Rustic charm.

Lepas tu cangkung pulak nak shoot at an even lower angle.. hehe.

Then saya pass kamera saya pada kakak baik hati minta dia ambilkan gambar saya masa tren ni tengah lalu. Inilah hasilnya.. hehehe. Gelak kakak baik hati tu.. hahaha. Ye la, kan sempit tu 😊.


Ramai juga penumpang dalam tren ni.

Kejap je lalunya, tak sampai 5 minit. 

Bila tren dah berlalu, pasar ini bertaup kembali. Meja-meja didorong semula hingga menyentuh landasan, awnings dikembang dan ditongkatkan dan suasana kembali teduh. And everything was back to normal in a matter of just a few minutes.

Dan kami berdua pun berpatah balik menuju ke jalan masuk pasar ini untuk berkumpul dengan group di Maeklong Station.

Sambil tu captured a few more shots.


Jemuran barangan kering dah letak balik di atas awning.



Macam-macam jenis ikan kering auntie ni jual.


Agaknya secucuk ikan keli panggang ni harganya THB35 (RM 4.60).

Durian pun ada. Cannot buy sebab hotel don't allow.. hehe.


Nak kata the train the main attraction, tak ada apa istimewanya tren ni kalau dibandingkan dengan tren lain. Malahan pasar ini lebih lagi istimewa sebab dah ujud sejak beratus tahun yang lalu. Kalau nak kata yang istimewanya di sini ialah pasarnya, sungguh pun dah lama ujud dan ada landasan keretapi membelah pasar ini, other than that ia sama sahaja dengan pasar-pasar lain di kawasan ini. So what made it so special? It is when the two is together. Terbelah dan bertaupnya pasar ini sebelum dan selepas keretapi lalu and the slow unhurried movement of the train, those were to us quite the spectacle, an experience for tourists like no other. 

Sibuk sungguh Phet Samut Road ni masa kami  nak lintas. Mujur ada petugas ini. 


Babai Maeklong Railway Market.

Sementara menunggu yang lain sampai, kami jalan-jalan ambil gambar kejap.


Tren tadi. Pergerakan tren ini ada jadualnya.



Bersambung..

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

8 comments:

  1. Satu laluan train lagi di Hanoi , celah2 kedai .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Baru a few days ago kami tengok satu rancangan memasak di Astro. The chef memasak atas landasan keretapi di Hanoi tu. Bila ada keretapi nak lalu, kelam kabut mereka alih segala dapur, kerusi meja off the train track.. hehe.

      Delete
    2. saya dah jalan atas landasan ituuu !!! :)

      Delete
    3. Saya tak tahu bila lagi doc :).

      Delete
  2. baju tie die biru kat foto awal awal tu cantik !! saya ada beli 2 helai

    so uneven berjalan atas landasan tu
    saya cukup takut tersadung terpelecok !!

    sweet potato powder!! menariknya!!
    tak pernah jumpa kat sini

    you are such a worrier !!! :))
    lek la bro .....:)

    terus saya search lagu Selow tu !! hehehhe
    best jugak ...

    nama lain tempat ni
    ' Keretapi Lalu Depan Batang Hidung "
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice! Kami tak sempat nak belek2 pun masa tu kat situ.. hehe.

      Me too. Tak tersadong especially bila tgh teruja sgt nak ambik2 gambar.

      Sesuai buat kuih2 warna purple. Eh... kuih2 kita ada ke yg warna purple?

      I like that song. So bila dah like, sehari dok dengar sampai berpuluh2 kali sambil2 edit2 foto2 yg berlambak ni. Berulang2. Now cannot listen anymore already.. hehehehe.

      Batang hidung?!! Oooisshhh.. dekatnya.. hahaha...
      Agaknya hidung saya yg kembang tak mancung ni jauh la sikit jaraknya.. hehehe.

      Delete
  3. As salam, how do you go there? With travel agent ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, saya dan isteri join group organized by travel agent.

      Delete