Tak habis lagi ke cerita cuti-cuti Thailand ni? Hehehe... dah nak dekat habis dah. After this one, ada 3 episodes lagi, then finish 😄.
So, lepas kami Morning Walk from Nouvo City Hotel to Phra Sumen Fort and back, kami masih ada masa lebih kurang 2½ jam lagi sebelum makan tengahari dan bertolak ke airport. Kami decided nak pergi places of interest yang dekat-dekat dengan hotel ni sahaja, naik tuk-tuk. Yes, kiranya macam nak buat Tuk-tuk Tour la.. hehe. Since kita selalu dengar dan baca banyak cerita scams when it comes to getting a tuk-tuk service, we thought it'd be better to seek the hotel's travel desk help.
Ya betul, bukan sekadar ditolong dapatkan tuk-tuk service, staff di travel desk ini juga tolong kami buat program Tuk-tuk Tour kami dengan mencadangkan ke mana kami boleh pergi given the time constraint that we had. The staff was very helpful. Dan bila dah finalized our simple Tuk-tuk Tour program, kami pun minta tolong staff ni untuk beritahu pada tuk-tuk driver about the said program. Memang la kami minta driver tuk-tuk yang boleh cakap Inggeris, tapi kan bagus kalau driver tu dah diberi a quick briefing of the program before the tour starts. Takut kalau kami sendiri yang beritahu, jadi miscommunications pula nanti.
Ini peta yang kami gunakan masa membuat Tuk-tuk Tour program kami. Inilah tempat-tempat yang dicadangkan pada kami. Mana yang sempat la kan.. hehe. |
Staff tu juga beri kami kad Nouvo City Hotel ini, in case we need to get back to the hotel ourselves. In case la. I guess most hotels ada sediakan kad begini untuk foreign guests mereka due to language barriers. Super helpful!
Dan tuk-tuk pun sampai. Jom kita Tuk-tuk Tour di Bangkok 😊.
Bismillah dan berdoa.
Nama driver tuk-tuk ni ialah Paksorn. Dia tak pandai sangat cakap Inggeris sebenarnya, tapi cukuplah sekadar untuk komunikasi mudah. |
Toyota ada buat tuk-tuk ke in Thailand?
Dan selalunya tuk-tuk di Thailand ada hiasan dalamannya. Tuk-tuk yang kami naik ni ada poster-poster Kings mereka, King Rama IX (Bhumibol Adulyadej), King Rama X (Maha Vajiralongkorn - current king) and kalau tak silap King Rama V (Somdetch Phra Paramindr Maha Chulalongkorn).
Dan bila naik tuk-tuk ni teringatlah pengalaman kami Tuk-tuk Tour di Colombo, Sri Lanka.
Tapi di Colombo kami tidaklah naik public tuk-tuk macam dalam foto atas tu. Kami arrange dengan syarikat tuk-tuk proper atas sebab-sebab keselamatan dan tak nak kena scam/hassle.
Haa.. inilah salah satu yang menariknya touring dengan tuk-tuk. Bila ada traffic jam (dan kita semua pun tahu bagaimana keadaan traffic jam di Bangkok), driver tuk-tuk akan ikut lorong-lorong belakang untuk elak kesesakan lalulintas di jalanraya. Bagus la sebab kami pun tak ada banyak masa for this Tuk-tuk Tour. Jadi tak nak la habis masa tersekat dalam traffic jam pula.
Bila lalu jalan belakang seperti ini juga beri kami peluang melihat dengan lebih dekat beberapa aspek cara kehidupan sebenar penduduk Bangkok.
Banyak gerai makanan yang kami nampak.
Ada yang beli bungkus bawa balik dan yang duduk makan di gerai. Again kami noticed, bersih kawasan ni dan tiada bau-bau yang kurang menyenangkan.
Bila kami lalu selalu je ada orang akan tengok. Agaknya bising bunyi tuk-tuk yang kami naik ni. Actually, memang kuat pun bunyinya.. tuk!..tuk!!..tuk!!!..tuk!!!!... Jadi kamilah yang menyebabkan noise pollution di lorong-lorong ni. Sorry kakak 😊.
Masa ni depan kami tu ada satu lagi tuk-tuk. Agaknya lorong-lorong belakang ni memang laluan tuk-tuk kalau main roads sesak.
Kadang-kadang tu bila nampak yang menjeling macam auntie ni saya rasa macam nak lambai pada dia. But I did not cause too touristy lah.. hehe.
So yea, it was nice masa lalu jalan belakang tu. Dapat see a side of Bangkok yang kami mungkin tak ada peluang nak tengok kalau tak naik tuk-tuk. Now back into the main roads.
A Buddhist monk. Masa ni kami di Phra Sumen Road.
Bagusnya la jalanraya yang Paksorn bawa kami lalu ni lengang.
Dalam tuk-tuk Paksorn ni juga ada gambar monk. Look familiar kan? Haa.. tu la King Bhumibol Adulyadej, ayah kepada King Thailand sekarang. Kenapa dia pakai pakaian sami pula? Because he was ordained as a Buddhist monk on Oct 22, 1956 when he was aged 30. He was in the monkhood from between Oct 22 to Nov 5, 1956, for 15 days.
Di Thanon Phra Sumen.
Seorang wanita Muslim Bangkok.
🔵 As of 2015, di seluruh Thailand 94.50% are Buddhist. Orang Islam cuma 4.29% (2.8 juta orang) yang majoritinya adalah Thai Malays di wilayah selatan. 🔵 Ada 3,494 masjid di Thailand yang kebanyakkannya di seletan Thailand. Di Bangkok ada 170 buah masjid. 🔵 Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Muslim In Thailand, boleh lah ke LINK ini. Banyak pengiktirafan dan hak untuk Thai Muslims di Thailand. Menarik, sila la baca. |
Mengharungi bandaraya Bangkok dengan Toyota Tuk-Tuk 😃. Teruhuk-uhuk la jugak kami sebab banyak asap.. hehe. If otherwise, tak authentic la pulak tuk-tuk ride ni kan.. hehehe.
Tiba di kawasan Grand Palace.
Ada banyak decorations sempena the Royal Barge Procession.
Ada replika the Royal Barge yang dihiasi dengan bunga-bunga berwarna warni di depan Grand palace.
Royal Barge Procession adalah upacara yang mempunyai kepentingan keagamaan dan diraja yang telah berlangsung selama sejak hampir 700 tahun. Sampan diraja ini adalah gabungan seni pertukangan dan seni tradisional Thailand. Perarakan Royal Barge jarang berlaku, hanya ketika ada events budaya dan keagamaan yang sangat penting sahaja. Semasa pemerintahan King Bhumibol Adulyadej yang panjang, yang merangkumi lebih dari 70 tahun, perarakan ini hanya berlaku sebanyak 16 kali sahaja.
Memandangkan Grand Palace ni tutup kerana the Royal Barge Procession, saya kongsi la di sini a few photos of the palace I took masa kami ke istana ini pada 2012.
Grand Palace, Bangkok, Thailand 2012.
Grand Palace, Bangkok, Thailand 2012.
Grand Palace ditutup kerana COVID-19.
Tak pasti ini statue siapa. Mungkin salah seorang dari Thai Kings.
Meneruskan perjalanan ke Golden Buddha.
Masa ini kami mula masuk ke Chinatown, Bangkok.
Berselisih dengan beberapa tuk-tuk lain.
Chinatown Bangkok adalah salah satu Chinatown terbesar di dunia. Ujud sejak 1782 ketika ibu kota Kerajaan Rattanakosin dibentuk. Ia menjadi kediaman penduduk Cina imigran Teochew, yang merupakan kumpulan etnik dominan di kota ini. Awalnya berpusat di sekitar Sampheng, pusat Chinatown ini sekarang terletak di sepanjang Jalan Yaowarat.
Samphanthawong District, containing most of the Chinatown area. |
Perjalanan Bangkok Tuk-tuk Tour kami bermula dari Nouvo City Hotel, passed by Grand Palace dan melalui Chinatown untuk ke Golden Buddha (Wat Traimit).
Suasana di sini lebih kurang macam Chinatown, Kuala Lumpur.
Di Samphanthawong District ini ada sebuah pasar namanya Nakhon Kasem yang dikenali sebagai Thieves Market kerana pada masa lalu kebanyakannya barang curi yang dijual di pasar itu. Sekarang barangan yang dijual di situ adalah seperti antik tiruan, perabot lama dan barang tembaga.
ที่จอดรถเต็ม / Parking lot full.
Stesen MRT.
บริษัท ไชน่ามาร์ท จํากัด / China Mart Company Limited.
Kwong Siew Association of Thailand.
โยเกิร์ตดัช กันทุกวัน ดีทุกวัน / Dutch Yogurt: Together every day, good every day. 😊😋
Cara pemanduan Paksorn adalah kemas dan berhemah.
UOB.
Nampak macam buah nangka.
Ada banyak banners. We think those are the Royal Barge Procession banners.
Street decorations in Chinatown, Bangkok.
Dan kami pun sampai ke Wat Traimit. Parkson pun turunkan kami di gate masuk. Since dia tak boleh park tuk-tuk di depan kuil ini, dia kata dia akan tunggu di tempat lain and pick us up when we're done. Kami beritahu yang kami tak lama di sini, cuma around 30 minit sahaja. Kami pun sebenarnya tak mahu la berlama-lama di kuil begini.
Gerbang masuk ke Wat Traimit Withayaram Worawihan.
Jom masuk tengok macam mana rupanya patung Buddha solid gold tu. Sambil melangkah masuk tu kami berdoa pohon dilindungi.
Gerai di gate masuk yang menjual pelbagai Buddhist prayer/ritual items.
Pintu masuk ke kuil utama adalah di sebelah sana bangunan kanan ini.
Berjalan ke kaunter beli tiket masuk.
Tiket masuk yang dikenakan ialah THB 40 (RM 5.50) seorang.
Kami juga diberi pamphlet ini.
... largest golden Buddha... made of pure gold... 5.5 tons... 28.5 million pound... originally covered with plaster to conceal from enemy... I wonder patung ni ada insuran tak? And how to know how much to insure? I mean patung ni dah kira kategori relics berusia 700 ke 800 tahun. That itself pun agaknya dah sangat mahal. Lagi la pulak dibuat dari solid gold.
The ticket.
Juga ada poster larangan menggunakan imej Buddha sebagai tattoo.
Tiket berasingan diperlukan untuk melawat temple ini. Kami tak masuk ke sana.
Wat Traimit Withayaram Worawihan / “The Temple of the Golden Buddha”.
White marble, golden pagodas and blue sky.
Ada gambar besar King Bhumibol Adulyadej.
Gambaran dari epik Ramayana agaknya.
Laluan masuk. Ok la, tak ramai pelawat. Boleh la kami cepat-cepat selesai lawat kuil ni.
Ada loceng besar di sini.
And rows of smaller ones.
Pintu masuk utama ke dalam temple.
And yes, kena tanggal kasut sebelum masuk.
Ada golden bells and golden bowl di sini. Mereka ni biasa la mesti akan bunyikan loceng-loceng tu.
Ikut kepercayaan mereka, golden bowl ni ada kisahnya. Kalau nak tahu boleh baca di sini.
Tulisan di bawah tu ialah prayers for offering food. Agaknya bila ada penganut mereka datang nak bagi makanan dia akan melutut depan golden bowl tu dan utter the prayers. Sebab tu la agaknya prayers tu diletak di bawah mangkuk tu, at eye level dengan orang yang melutut tu.
Sepasang naga emas di tangga masuk pintu utama kuil. Agaknya ditutupi dengan plastic casing untuk elak dari dipegang dan digosok by tourists yang boleh menyebabkan naga-naga emas jadi luntur dan kusam. Dan agaknya ada yang nak sentuh-sentuh dragons tu untuk ambil berkat. Sweaty palms can be quite hazardous !! 😄
The grand main entrance.
Ok, cap kena tanggal. Fotografi adalah dibenarkan. Teringat masa kami bercuti di Sri Lanka, ada temple di sana kalau nak masuk ke buka tudung.
Dan inilah the Golden Buddha; solid gold seberat lebih 5 tan.
Bila King Rama I menubuhkan kota Bangkok, baginda mengarahkan patung-patung Buddha di Ayutthaya dan kawasan-kawasan di sekitarnya yang masih terdedah kepada ancaman Burma dibawa ke Bangkok. Golden Buddha telah dibawa ke Wat Chatonaram di Bangkok sebelum dipindahkan ke sini, dalam keadaan masih bersalut dengan plaster.
Sebuah bangunan telah dibina di perkarangan kuil ini pada tahun 1955 untuk menempatkan patung tersebut. Sewaktu diangkat dengan kren, kabel kren telah putus menyebabkan patung terjatuh ke dalam lumpur. Bimbang mereka akan dirundung nasib malang kerana menjatuhkan patung suci, kesemua pekerja yang terlibat melarikan diri.
Patung ini ditemui keesokan harinya, sewaktu sami-sami datang ke kuil. Patung ini ditemui dalam lumpur dan sebahagian plaster yang menyalutnya telah pecah menyerlahkan rupa sebenar patung ini yang diperbuat dari emas. Patung ini kemudiannya didirikan semula dalam kuil dalam keadaan asalnya dengan penuh penghormatan.
Tulisan merah Thai pada papan putih di bawah tu adalah mantra untuk menyembah Buddha Maha Suwan Patimakorn.
Worshiping the Buddha Maha Suwan Patimakorn with incantations.
Patung Buddha setinggi 3 meter dan seberat 5.5 ton ini dianggarkan berusia di antara 700-800 tahun. Ia adalah patung Buddha emas padu yang terbesar di dunia. Guinness Book of World Record telah menganggarkan nilai patung ini sebanyak GBP 21.1 juta pada tahun 1991.
The Golden Buddha.
Banyak kotak derma diletak di sini mainly for education purposes termasuk sekolah yang dikelola oleh kuil ini sendiri.
Patung-patung Buddha lain juga ada diletak di sini.
View dari belakang. Yes, you can walk around it.
Mereka pun ada holy water.
Emas sana sini.
Siling kuil.
Ramai groups yang datang for prayers.
Young Thais.
Dekorasi pada pintu.
Kami cuma 5 minit sahaja di dalam bahagian kuil yang ada golden Buddha tu. Tak perlulah dan tak elok kami berlama-lama di dalam tu.
Laluan keluar dan masuk disediakan secara berasingan untuk mengelakkan kesesakan
Terus kami ke main entrance tadi dan cari Paksorn, our tuk-tuk driver.
Bsersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
solid gold?
ReplyDeleteseriously ??!!
dari mana dan berapa lama lah depa kumpul emas tu
Yes, pure gold according to the pamphlet and info we found.
DeleteOoo... I wonder the same too tapi tak jumpa info on that.